Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 4 Januari 2012

[GR ISU PANAS] AMALINA DULU & KINI..APA KATA IBUNYA


YAHHHH....sapa yg tidak kenal Amalina yg merupakan slaah seorang pelajar paling cemerlang dalam negara kita suatu ketika dulu. Pelbagai tips dan panduan telah diberikan kepada kita dan majoritinya tidak lari dari apa yang dianjurkan agama kita. Ianya seolah-olah mmberitahu bahawa belaiu merupakan seorang yang berpegang teguh pada ajaran Islam itu sendiri. Ramai telah menjadikan beliau sebagai role model termasuklah kita sendiri yang meminta anak-anak kita untuk mencontohi kejayaan beliau.

Namun sudah lumrah, pelbagai halangan akan datang dalam kehidupan kita. Begitu juga beliau apabila terdapat cerita-cerita yang kurang enak seperti terkandas dalam pelajaran yang akhirnya dinafikan. Terbaru apabila tersebar pula gambar-gambar beliau berpakaian menjolok mata, seksi dan menyeksakan menghiasi laman-laman alam maya. 
Imej beliau yang bersih sebelum ini sering kali dikaitkan dengan wanita & anak yang solehah akhirnya musnah dengan penyebaran gambar-gambar ini. Dalam kita berteka teki samada ianya benar atau sebaliknya, respon ibunya telah menjadikan ianya sebagai SAHIH...

"Sabariah berkata, beliau kesal dengan laporan blog itu yang melemparkan pelbagai tohmahan termasuk menyiarkan gambar peribadi anak tunggalnya berusia 23 tahun itu yang kini sedang menamatkan pengajian tahun akhir.
Beliau yang juga Penolong Kanan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Johor Jaya 2, berkata gambar yang disiarkan blog terbabit dipercayai dicuri dari laman sosial Facebook Nur Amalina.
“Pakaian yang dipakai Amalina dibeli saya sendiri, manakala gambar terbabit dirakam ketika kami bersama melancong ke Paris untuk bercuti pada Ogos 2009.
“Sebenarnya, gambar yang disiarkan itu gambar lama yang bersifat peribadi.
Saya mengenali setiap rakannya yang turut berada dalam gambar itu,” katanya.
Sabariah berkata, Amalina ada menghubunginya melalui panggilan video ‘Skype’ kelmarin berhubung penyebaran gambarnya yang dituduh seksi itu dalam laman blog.
“Dia ketawa ketika menceritakan perkara itu kerana sudah lali dengan tohmahan sebegini. Ini bukan kali pertama kejadian seumpama itu berlaku. Mungkin ada orang cemburu dengan kejayaan anak saya selama ini,” katanya."
  Secara tak langsung ,timbul persoalan..siapakah yang rosak ni..anak ke ibunya??jeng jeng jeng.....

Apapun kita sebagai manusia juga sebagai saudara seagama bersama-samalah kita memohon dan berdoa kepada Allah agar perubahan yang berlaku bukan mutlak namun hanya perjalanan seorang budak hingusan yang melalui dan mencuba sesuatu mengikut sekeliling dalam mencari identiti diri. Semoga beliau kembali menjadi AMALINA yang kita KENALI dulu...Jangan hampakan harapan mereka yang menjadikan engkau sebagai Idola wahai Amalina....


Megat Terawis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...