Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 24 Jun 2011

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!! KITA KE PERINGKAT KUMPULAN


MALAYSIA  2 - 1  LABENON
(AGREGAT 2-1)

HARIMAU MALAYA mengaum malam tadi di Stadium Nasional Bukit Jalil dalam perlawanan kedua timbal balik Kelayakan Olimpik Peringkat Kedua apabila berjaya menundukkan Labenon 2-1. Kedua-dua pasukan terikat 0-0 pada perlawanan pertama di Labenon Ahad lalu.

Dalam perlawanan yang lebih dikuasai pasukan pelawat, Malaysia mendahului 2-0 pada separuh masa pertama hasil gerakan menyerang yang cantik dan tersusun. Namun pasukan pelawat menguiasai sepenuhnya babak kedua setelah seorang pemain Malaysia dibuang padang akibat mnenerima kad kuning kedua. Malaysia hanya mampu bertahan dan pasukan pelawat memperoleh gol pertama ketika itu.

Namun kekentalan pertahanan negara serta rentak menyerang secara perlahan yang ditunjukkan pelawat menyebabkan Malaysia mampu bertahan sehingga akhir perlawanan dan berjaya menlangkah ke pusingan ketiga.

TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...