Jumaat baru ini berlangsung di PISA Pulau Pinang Maharaja Lawak Minggu ke 10 yang dilancarkan secara langsung di Astro Warna. Ianya merupakan lokasi pertama dlm tour ML sebelum ke Pahang dan Johor.
Setelah asyik menyaksikan Program ini termasuk Raja Lawak selama 5 Musim di kaca tv saja (almaklum la,asyik wat di lembah Klang je) akhirnya ada juga peluang untuk menyaksikan secara live. Aku pon tak melepaskan peluang yang terhidang ni.Bukan selalu kn
Dua hari pas masuk secara percuma diedarkan di pintu masuk PISA. Penangan ML memang ketara di utara ni apabila pas yang diedarkan habis. Ada yang menunggu seawal jam 2 petang (pas diedarkan jam 4 petang) juga tidak dapat tiket. Bayangkan muka-muka yang penuh hampa, marah,kecewa berbaur2.
Yela, ada yang dtg sejauh Perlis dan Perak semata-mata untuk mengambil tiket. Seorang pula hanya dihadkan 2 tiket. Jadi yang punya anak ramai, terpaksa membawa anak isteri namun pulang hampa. Hal ini juga berlaku pada aku ketika aku nak amik pas masuk ni pada hari Khamis selepas pulang kerja. Pukul 6 aku tiba, namun pas dah tiada.Katanya datang esok saje..huhuhuhu.. lain kali pihak Astro perlu juga memaklumkan sehingga jam berapa pas diedarkan dan berapa jumlah pas diagihkan sehari.Ianya dapat meglakkan kekecewaan orang ramai.
Pada malam ML, pintu hanya dibuka jam 8.30 malam. Aku tiba lebih kurang jam berkenaan namun orang ramai sudah bersesak2 di pintu masuk. Tambahan hanya satu pintu sahaja dibuka (sedangkan ada lebih 10 pintu masuk dan ada pintu yang lebih luas). Setelah bersesak, berhimpit2 akhirnya dapat gk aku masuk tapi malangs ekali lagi apabila kerusi bahagian bawah telah pun penuh. Terpaksa la aku duduk di bahagian atas dengan jarak yang agak jauh dari pentas.
Namun semuanya kekecewaan dan ketidakpuasan hati itu hilang apabila program bermula dengan keloteh peserta. Bagi aku malam tersebut persembahan yang paling bagus ialah kumpulan JAmbu dan Sepah. Jozan bolehlah tahan. NAbil?R2? ke laut la jawabnya..hehehehe
Bermula selepas dari persembahan Jambu, stadium menjadi Happening dengan trademark Jambu malam itu "haa?".Kumpulan Jambu mendapat tepukan yang paling gemuruh dari para penonton dan sorakan 'Haa??" menjadi sorakan penonton sehingga tamat program berkenaan.
Jika anda belum menpnton, saksikan Live dari PISA penang. Linknya saya sediakan di bawah ini =)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan