Terbaik Sepanjang Minggu

Sabtu, 8 Oktober 2011

CATATAN DARI BUMI KENYALANG

SESUDAH puas bercuti di Krabi Thailand, sampai pula giliran Sarawak menjadi sasaran destinasiku yg berikutnya. Tapi kali ini bukanla percutian bajet seperti biasa, perjalanan kali ini di bawah Lawatan Integrasi Pejabat Perpaduan SPT ke Negeri Sarawak. Percutian 4H3M...yg padat menantiku di sana........

6 OKT 2011 (KHAMIS)

Sejak malam 5hb lg aku sudah tidak dpt melelapkan mata. Yeala, kena berkumpul jam 4 pg, takut x terbangun je lau tido. Nak kemas pun bukannya nak bawa baju banyak2. Biar beg je besar & kosong..mudah utk isi barang bila shopping nnt nk dibawa balik..hehehehe

Pukul 4 lebih bas tiba. Tidak lama bas menunggu terus je bergerak mengambil peserta lain di Kamdar BM. Lebih kurang 33 peserta kali ini dibawa ke Bumi Kenyalang. Alhamdulilah cuaca pagi ini amat baik, tiada tanda2 hujan seperti dua minggu kebelakangan ini yang hampir tiap hari hujan di waktu pagi.

Tiba di Lapangan Terbang Bayan Lepas, kami mula 'check in' sarapan pagi, solat subuh sebelum menaiki 'flight' jam 7.30 pg. Sudah lama aku tidak menaiki kapal terbang..last skali mungkin 10 tahun yg lalu..hahaaks Perjalanan dengan pesawat Air Asia mengambil masa hampir dua jam dan aku hanya mampu menghabiskan masa dengan melelapkan mata...

Tiba di Lapangan Terabng Kuching, kami disambut oleh agensi pelancongan dan wakil KRT di sana. Cuaca mendung dan hujan juga turut menanti kami..cuma diharapkan agar cuaca baik sepanjang kami berada di sini..aminnn.Kami terlebih dahulu di bawa sarapan di restoran berdekatan. Memandangkan McD telah aku baham di Airport Penang, hanya teh tarik & roti canai (hanya je tu) menjadi pilihan aku. Kemudian kami di bawa pusing-pusing Bandar Kuching ditemani celoteh informasi pemandu pelancong, En Joseph berkaitan Kuching.

Kami terlebih dahulu dibawa ke Muzium Kuching yg tidak jauh dari Segitiga Emas Kuching. Masuk adalh percuma. Terdapat beberapa bangunan yang mempamerkan  bahan mengikut kategori. Kami cuma mampu dan sempat menghabiskan satu bangunan saja. Takpelah, sekadar syarat je..hehehehe..Kami dibawa menyelusuri Sungai Sarawak sebelum tiba di hotel lebih kurang jam 1 ptg

TEMPAT LAWATAN YG PATUT ANDA KUNJUNGI

MUZIUM KUCHING
MASUK: PERCUMA
LOKASI: BANDAR LAMA KUCHING

PERKAMPUNGAN BUDAYA SARAWAK
MASUK: RM60 SEORANG
LOKASI: DAMAI, SARAWAK (XJAUH DARI GUNUNG SANTUBONG)

TAMAN BUAYA
MASUK: RM15 SEORANG

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...