Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 11 Oktober 2011

[GR INFO] 10 HAIWAN YG PALING SUKAR DITEMUI DI DUNIA [SIRI1]

Makhluk-makhluk ini berada di tempat-tempat tersembunyi seperti lautan dan gua yang dalam Haiwan – haiwan berikut ini mungkin bukan yang paling comel, tetapi mereka adalah jenis haiwan yang paling sulit ditemui di bumi.

Solendon adalah mamalia kecil yang berasal dari Cuba . Makhluk ini sangat mirip dengan tikus, ia memiliki muncung panjang dan ekor bersisik. Namun, Solenodon memiliki muncung yang fleksibel berbanding tikus kasturi.
Ciri khas lain dari haiwan ini adalah bahawa haiwan ini sangat beracun. Solenodon adalah satu-satunya mamalia yang dapat menyuntik mangsanya dengan bisa. Jadi yang terbaik adalah berundur jika anda terserempak makhluk ini, kerana mereka suka menggigit manusia.


Kakapo adalah satu-satunya kakatua yang tak boleh terbang di planet ini, sedangkan keluarga mereka yang lain melakukan perjalanan yang jauh melalui udara. Spesies ini memilih untuk berjalan kaki atau naik dari tempat satu ke tempat yang lain, untuk bergerak. Burung ini mampu mencapai berat sehingga 8kg


Olm adalah amfibia yang berasal dari Eropah, terutama di kawasan Itali. Makhluk ini memiliki tubuh panjang berwarna putih, dengan empat kaki kecil. Sekilas pandang, ia kelihatan sangat mirip dengan ular kecil.
Haiwan ini menghabiskan hidupnya di gua-gua bawah tanah. Makhluk ini mempunyai mata yang tidak berkembang dan benar-benar buta. Walaupun Olm tidak dapat melihat bukan bererti ia tak berdaya. Olm mempunyai pendengaran dan deria bau yang sangat tajam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...