Andai mereka mampu menewaskan Malaysia ianya merupakan satu kepuasan. Namun seharusnya ianya tidak mengundang gentar kepada Harimau Malaya kerana beraksi di hadapan sorakan ribuan penyokong lawan sudah pun diharungi sebelum ini. Namun persengketaan luar padang antara negara kita dengan Indon mungkin akan membibitkan provokasi yang melampau dari penyokong tuan rumah. Hal ini telah kita saksikan sepanjang kejohanan Sukan SEA ini berlangsung. Diharapkan tuan rumah mampu mengetatkan lagi keselamatan sewaktu perlawanan.
Walau apapun yang dikaitkan pengundang kekalahan ianya tidak sepatutnya melemahkan dan melunturkan semangat sang harimau untuk mudah mengibarkan bendera putih sebelum melangkah ke gelanggang pertarungan. Ianya bukan modal untuk kita dibelasah Indonesia. Kita harus buktikan semangat harimau tetap membara, taringnya hanya menunggu masa untuk merobek gawang. Melangkahlah penuh gagah, buktikan keperwiraan dan status STATUS JUARA ANDA!!!
AYUH HARIMAU MALAYA!!!!!
BOLA SEPAK SUKAN SEA 2011
MALAYSIA vs INDONESIA
8.00 MLM
**Megat Terawis
Tiada ulasan:
Catat Ulasan