Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 22 November 2011

[GR SUKAN] HARIMAU MALAYA SELAMANYA DI HATI !!!


TAHNIAH...TAHNIAH...& TAHNIAH buat anak-anak buah Ong Kim Swee yg berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA yg dimenangi 2 tahun lalu setelah berjaya mematahkan terus kedua-dua sayap garuda yg ego semalam. Tambah manis kejayaan tersebut dilakarkan di Gelanggang lawan dengan penyokong fanatik mereka yang biadap, dengan Barracuda menjadi pengangkutan rasmi, diundi dalam kumpulan yang dikatakan maut, layanan tidak mesra dari tuan rumah (penganjur) semuanya itu menjadi pengalaman yang amat bermakna kerana emas yang akhirnya berjaya dituai

Biarpun kita dikejutkan seketika dengan jaringan awal Indonesia, ianya sebenarnya tidak langsung melemahkan semangat juang anak-anak muda ini dan berjaya meraih jaringan penyamaan. Jika tidak dek kerana ketumpulan barisan serangan (harap2 jgn la Fakri dipilih lagi mewakili skuad ini selagi tidak menunjukkan peningkatan) kemungkinan kita sudah selesa mendahului

Namun kesudahannya....
HARIMAU MALAYA TERUS MENGAUM DI BUMI ASIA TENGGARA!!!



Sambil2 kita meraikan kemenangan yg dicipta dlm kempen bolasepak Sukan Sea semalamkita layan lagu ini yg ada kena mngena dgn bola kita....ala2 lagu tema piala dunia :)

***Megat Terawis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...