Semasa menjawat jawatan Perdana Menteri Britain dan tinggal di Downing Street, Tony Blair dikenal sebagai seorang yang enggan berbicara tentang agama. Namun, sejak bersara pada tahun 2007, Blair menjadi lebih terbuka dalam soal agama dan mengakui kepentingan agama.
Beliau yang memeluk Katolik beberapa bulan sebelum meninggalkan kediaman rasmi Perdana Menteri, kini mengaku membaca al-Quran setiap hari. Menurut Blair, dengan membaca kitab suci Islam -yang diyakini orang Islam sebagai kata-kata yang benar daripada Tuhan (Allah SWT) – memastikan bahawa beliau sentiasa celik-agama.
Dalam sebuah wawancara dengan majalah Observer, yang disiarkan semalam, Blair berkata, “Menjadi celik-agama adalah sesuatu yang penting dalam dunia yang semakin global, itu yang saya yakini,” katanya, seperti tersiar dalam DM.
“Saya baca al-Quran setiap hari. Sebahagiannya untuk memahami beberapa hal yang terjadi di dunia, namun faktor utama kerana kitab itu (al-Quran) sangat instruktif.”
Mantan pemimpin Parti Buruh itu yakin pengetahuannya tentang agama yang ada di dunia akan menguatkan peranan baharunya sebagai utusan Timur Tengah bagi PBB, Amerika Syarikat, Eropah, dan Rusia. Peranan Blair ini bertujuan mencari penyelesaian konflik antara Palestine dengan Israel.
Blair sebelum ini memuji Islam sebagai agama yang ‘indah’ dan menyatakan bahawa Nabi Muhammad adalah ‘penguasa yang beradab’. Pada tahun 2006, beliau memuji al-Quran sebagai ‘kitab reformasi’, inklusif, meninggikan ilmu pengetahuan dan membenci tahyul. Kitab ini juga mengandungi petunjuk secara praktikal tentang menjalankan urusan perkahwinan dan pemerintahan.
Sebelum ini tersiar cerita tentang adik iparnya, Lauren Booth yang mengejutkan dunia dengan pengumumannya memeluk Islam setelah mengalami ‘pengalaman spiritual’ ketika melawat sebuah tempat suci di Iran. -VIVAnews

** Kalau benar kisah ini, walau dgn apa niatnya samada utk mengkaji bagi kebaikan atau mencari kelemahan bg menyerang ISlam, moga-moga beliau diberikan hidayah daripada Allah...Amin
Sebenarnya ramai di luar sana yang bukan beragama Islam lebih dekat dgn kitab Allah, Al-Quran berbanding kita umat Islam. Walaupun Rasulullah sendiri berpesan kpd kita agar Al-Quran sentiasa kita jadikn makalah rujukan utama agar kita tidak sesat namun ianya semakin jauh dari jiwa kita. Sedangkan bangsa lain berlumba-lumba membaca Al-Quran..bukan sekadar bacaan kosong tetapi mengkaji Al-Quran sehingga banyak ilmu-ilimu yg mereka peroleh dari Al-Quran. Kita umat Islam hanya menjadi pengguna sahaja tanpa kita ketahui sebenarnya itulah yang diajar dalam kitab Allah
Adakah kita masih berpeluk tubuh???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan