Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 9 Januari 2012

[GR NUKILAN PENA] 901 : PENENTU PUSINGAN PERTAMA TARIKH PRU 13


ESOK tibalah masanya saat yang dinanti.Sudah lebih seminggu kita dicanang dalam setiap media berkenaan 901. Apa 901? 901 merupakan satu tarikh iaitu 9 Januari 2011 atau 9/01/2011 yg disingkatkan menjadi 901. Kenapa tarikh ini menjadi tersangat popular? Kerana pada tarikh ini iaitu bersamaan dengan Hari Isnin Mahkamah akan membuat keputusan ke atas kes yang melibatkan Ketua Pembangkang, DS Anwar Ibrahim iaitu Liwat II dengan Saiful Bukhari.

Tambah menghangatkan lagi suasana apabila Pakatan Pembangkang ingin mengadakan perhimpunan di hadapan Mahkamah Jalan Duta. Perhimpunan yang dikatakan akan menghimpunkan 100 ribu rakyat dipanggil Langgar 901 telah mendapat bantahan yang meluas dari BN UMNO serta NGO Pro UMNO yang telah membuat berpuluh-puluh laporan polis. Tapi yang sering ke udara berkokok di media-media bukan dari BN keseluruhannya. Cuma UMNO dan mereka yang bergelar Melayu sahaja. Ke mana menghilangnya rakan sekutunya MCA mahupun MIC?Tidak diketahui

Bolehlah dikatakan tindakan UMNO dan NGO terbabit merupakan satu bentuk pemasaran atau hebahan percuma yang telah diberikan secara meluas oleh media. Walaupun bantahan demi bantahan diterima, namun hasil rundingan PKR dengan polis telah mencapai persetujuan untuk membenarkan perhimpunan diadakan di tapak letak kerata berhampiran Mahkamah berkenaan. Syabas dan tahniah di atas keterbukaan pihak polis terhadap perhimpunan ini setelah dinafikan hak berkenaan pada Bersih yang lalu.

Walaupun dikatakan kawasan tersebut hanya dapat menampung sekitar 5 ribu orang sahaja, namun ianya merupakan kemenangan moral bagi Pakatan Rakyat. Cuma penulis agak kurang setuju dengan kenyataan saudara Azmin Ali apabila beliau mengatakan tiada sebarang syarat dikenakan sewaktu perbincangan dengan phak polis sehingga membawa kelulusan untuk berhimpun. Bagi penulis, semestinya 'win win situation' berlaku sewaktu kata sepakat dicapai dalam membenarkan Langgar 901 diadakan. Tidak semudah itu untuk pihak polis memberikan keizinan tanpa sebarang syarat setelah pelbagai bantahan diterima selama ini. Semestinya telah dipersetujui dengan beberapa syarat.

Keputusan Hakim esok juga pastinya bagi penulis akan diikuti dan dinantikan dengan penuh minat puak UMNO terutama DS Mohd Najib, PM Malaysia. Sebabnya? Ini kerana penghujung tahun lalu telah heboh disebutkan berkaitan pengumuman tarikh pilihanraya ke 13 yang akan diumumkan Najib dalam waktu terdekat. Namun penulis yakin tiada tarikh lagi yang bermain di fikiran beliau melainkan selepas tarikh 901 ini. Penentuan keputusan kes Anwar akan menjadi penentuan juga ke atas keputusan Najib selaku pemutus untuk memutuskan tarikh pilihanraya ke 13 negara kita. 

Jika melihat situasi semasa, jika benar mahkamah telah dipengaruhi dan menerima arahan politik, maka harapan Anwar untuk tidak dipenjarakan adalah sangat tipis. Berdasarkan perbicaraan yang telah mengambil masa yang amat panjang, situasi berat sebelah banyak kelihatan yang memungkinkan Anwar akan diputuskan bersalah seperti yang telah diminta pemerintah. Bagi penulis sendiri amat yakin Anwar akan kembali disumbat ke dalam penjara kecuali, Najib ingin meraih sokongan rakyat dengan menunjukkan bahawa tiada campurtangan pemerintah dalam kes Anwar.

Jika Anwar berjaya disumbatkan ke dalam penjara, ianya akan menjadi tarikh azimat bagi Najib untuk menentukan tarikh PRU yang akan datang. Namun pastinya penentuan itu hanya secara kasar kerana Anwar pastinya akan membuat rayuan lagi.


 ** Sekadar pandangan peribadi penulis,Megat Terawis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...