Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 4 Januari 2012

[GR CORAT-CORET] ZIZAN feat USTAZ AZHAR IDRUS CERIAKAN SAMBUTAN TAHUN BARU 2012

ASSALAMUALAIKUM...

Apa khabar semua? Sebelum  Megat teruskan lagi. Megat mohon ampun & maaf lambat nak ucapkan tapi Megat tetap nak ucapkan juga..sebab baru dua hari kan..SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2012.Malam tu Megat pasti ada yg kuar sambut dan ada juga yang tidak kuar..hanya di rumah sahaja.Namun semuanya mesti sudah bersiap sedia dgn AZAM yang baharu kan? Semestinyalah...

Iyalah. tidak semestinya duduk di rumah itu baik dan yang keluar sambut itu maksiat..bergantung pada niat jugalah. Sebab sekarang ni banyak sambutan secara alternatif telah disediakan oleh insan-insan yang prihatin. Cuma kita perlu tepuk dada tanyalah selera kita. Ke mana arah tujuan kita.Ke mana arah sambutan kita. Hiburan saja ke? Sekadar utk berpeleseran merempit saja ke? Atau kita mencari sesuatu yang memberikan manfaat kepada kita? Pendek kata, biarlah sama-sama kita mencari hiburan yang bermanfaat.

Contohnya?? contohnya baru-baru ni kerajaan Negeri Selangor telah menganjurkan sambutan tahun baru alternatif dengan temanya yang mengelak dari perlakuan zina. Bukan sekadar hiburan menjadi wadah namun turut diselitkan dengan ceramah secara santai dari pendakwah terkenal seperti Ustaz Azhar Idrus serta Akhil Hayy. Kekadang akan timbul persoalan, ada ke anak muda nak datang tengok? Sapa kata xde. Majlis Jom Santai ni telah menerima sambutan yang paling hangat apabila dikatakan hampir 70 ribu...saya ulang 70 ribu hadirin membanjiri Dataran Shah Alam.

Salah satu segmen yang paling memikat yang patut diberi pujian kepada pihak penganjur ialah segmen santai antara Artis Komedi popular Zizan Raja Lawak yang digandingkan dengan Ustaz Azhar Idrus. Biarlah terdapat blogger2 yang mengutuk Ustaz Azhar dengan mengaitkan beliau sebagai agen yahudi, namun bagi saya kita perlu keluar sedikit dari kepompong untuk menarik minat orang muda terutamanya untuk lebih meminati dan menghadiri majlis ilmu.



Tidak salah hiburan selagi tidak melalaikan. Ustaz Azhar bermain gitar bukan untuk berhibur semata-mata namun lebih kepada untuk memberi nasihat melalui ucapan-ucapan beliau. Seperti mana dilalukan Ustaz Asri dari kumpulan Rabbani yang mmberikan nafas segar dalam lagu nasyid setidak-tidaknya telah memberi kesan kepada pendengar irama rock untuk meminati lagu nasyid. Kita juga boleh lihat Ustaz Akhil Hayy mencuba untuk berdakwah melalui pendekatan yang lebih mesra dengan jiwa remaja. Remaja meruapakan aset kita.

Begitu juga halnya dengan Ustaz Azhar. Kehadiran belaiu setidak-tidaknya memberi peluang mereka yang tidak pernah mendengar nama beliau serta tidak pernah hadir ke masjid-masjid atau ke majlis-majlis ilmu yang hadir ke sambutan tersebut untuk berhibur mengenali beliau, mengenali bahawa tidak semua penyampai serta tidak semua pendakwah bersikap serius dan penyampaian membosankan. Mungkin dengan izin Allah suatu hari nanti terdapat ceramah beliau berhampiran kediaman remaja ini, secara tidak langsung remaja yang mula tertarik dengan cara penyampaian beliau akan menjadi sebuah papan iklan bergerak memromosikan rakan-rakan lain untuk hadir mendengar ceramah Ustaz Azhar..Insyaalah


Sekali lagi saya mengucapakan SELAMAT TAHUN BARU.Walau apapun korang lakukan, walau di mana korang berada harap korang x lupa mulakan langkahan tahun baru dengan berdoa, memohon keberkatan dari yg Maha Esa agar dikurniakan tahun yang lebih barokah dan tunas AZAM yang ditanam akan menghasilkan pepohon yang dihajati,Insyaallah. Ingat, walau tahun berganti tahun, angka satu berganti angka dua, namun perjuangan kita tidak lagi selesai selagi nyama belum bercerai dari jasad

Nak menonton video USTAZ AZHAR MAIN GITAR DENGAN ZIZAN?? >>KLIK SINI<<

Megat Terawis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...