Terbaik Sepanjang Minggu

Sabtu, 31 Mac 2012

[GR SUKAN] PIALA AXIATA : MALAYSIA LEAPORD IKUT JEJAK TIGER

SEPARUH AKHIR yang tidak mendatangkan sebarang keceriaan buat kem Malaysia. Langkah longlai ditunjukkan kedua-dua pasukan negara. Walaupun hadiah yang ditawarkan amat lumayan namun tiada sebarang inspirasi kepada pemain bagi memenangi separuh akhir pertama.

Selepas skuad abang, Tiger dikalahkan Indonesia Garuda 2-1, pasukan adik menyusuli abang apabila  tewas 3-0 kepada Rajawali.Kemungkinan akhir nanti adalah pertemuan sesama Indonesia, kita hanya mampu melopong memerhatikan sahaja walaupun kita merupakan tuan rumah bersama.

Disebalik berita kekalahan tersebut, Indonesia membuktikan mereka mempunyai barisan pelapis yang mampu dan telah membuktikan keperkasaan mereka dengan mengalahkan Malaysia Tiger (pemain elit negara). Kekalahan yang seharusnya menerbitkan rasa malu dikalangan pemain elit terutama pemain yang digalaskan sebagai harapan emas Olimpik negara.

Sebaliknya skuad muda kita masih terkial-lial mencari rentak. Kita gagal mencabar skuad elit Indonesia bahkan tewas mudah kepada skuad muda Indonesia. Melihat permainan sebenarnya skuad Rajawali lebih bersedia dan bersemangat mencari kemenangan untuk ke perlawanan akhir berbanding Leapord yang longlai tanpa semangat terpapar di wajah mereka.

Kekalahan kepada Garuda mungkin dimaafkan kerana jurang yang jauh (namun kemenangan bukan mustahil seperti ditunjukkan Rajawali ke atas Tiger) namun kekalahan mudah kepada Rajawali menunjukkan kelemahan ketara kepada pemain kita wwalaupun nama pemain pemain ini sering dilaungkan sebagai pelapis terbaik negara. Nampaknya mereka gah pada nama ketika ini namun masih belum bersedia di atas gelanggang realiti. Seharusnya semua kemenangan yang pernah digapai seperti Juara Remaja Dunia sebelum ini harus dilupakan. Pentas kini merupakan pentas yang berbeza yang memerlukan semangat serta kawalan permainan yang lebih tinggi. Jangan terus dibuai kemenangan lalu. Tingkatkan usaha dan pamerkan semangat juang seperti mana Rajawali beraksi kini!!

Megat Terawis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...