Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 26 Mac 2012

[GR SUKAN] PIALA AXIATA: DUA HARIMAU KE SEPARUH AKHIR

PIALA AXIATA , kejohanan badminton yang menawarkan hadiah termahal di rantau ini membuka gelanggangnya Jumaat yang lalu. Walaupun pasukan negara dibelenggu dengan masalah kecederaan Lee Chong Wei, namun ianya tidak mematahkan semangat apabila kedua-dua pasukan, senior (Malaysia Tiger) dan pelapis (Malaysia Leapord)  mencatatkan kemenangan dalam dua pertemuan dari 3 pertemuan dalam kumpulan. Tahniah diucapkan kepada barisan pemain muda negara (Malaysia Leapord) yang walaupun beraksi di bumi Indonesia, namun tetap mempamerkan semangat juang tinggi bagi membuktikan kemampuan menggalas tanggungjawab negara selepas ini.

Kita lupakan seketika kemenangan tersebut. Jika kita saksikan perlawanan di kedua-dua venue, Kuala Lumpur dan Indonesia pasti kita dapat saksikan perbezaan. Perbezaan apa yang dimaksudkan? Perbezaan sokongan penonton. Yea, memang jauh berbeza. Apabila skuad Indonesia bertanding tidak kira peringkat awal atau akhir, stadium tersebut akan dibanjiri penyokong-penyokong tegar negara berkenaan memberikan sokongan jitu terhadap pasukan mereka.Malaysia? Sebaliknya berlaku apabila tidak sampai suku stadium dipenuhi penonton walaupun membabitkan perlawanan pasukan kita. Semangat yang tidak sama seperti di bumi seberang. Kita cuma dapat saksikan kepadatan stadium andai kita sudah melangkah ke separuh atau akhir nanti. Tak percaya..kita saksikan nanti k.

Mungkin sudah sampai ketikanya penganjur mengubah venue yang sering menjadikan ibu negara sebagai gelanggang ke negeri-negeri lain yang mempunyai penyokong yang mampu memenuhkan gelanggang memberikan semangat kepada pemain. Ingat..penyokong merupakan antara nadi semangat pemain. Mungkin penduduk ibu kota sering disajikan dengan pertandingan-pertandingan antarabangsa saban waktu menyebabkan keinginan menyaksikan perlawanan tersebut telah luntur. Juga mungkin terdapat banayk rancangan-rancangan lain yang bertembung tarikh dilangsungkan di ibu kota yang turut menarik mereka. Justeru, kita ubah sekali sekala keluar dari Kuala Lumpur ke negeri lain.13 negeri sedia menjadi tuan rumah andai diberi peluang!

Kembali ke gelanggang perlawanan. Hari ketiga kejohanan iaitu hari terakhir sebelum disambung perlawanan separuh akhir minggu berikutnya. Hari ini merupakan hari yang amat malang buat badminton Malaysia. Hari yang amat malang buat peminat badminton Malaysia. Hari yang amat malang dan merugikan buat mereka yang hadir ke stadium memberikan sokongan kepada skuad negara. Kita semestinya sudah menduga akan kekalahan skuad Malaysia Leapord kepada Indonesia Garuda (skuad senior) kecuali berlaku kejutan yang dilakukan pemain kerana perkara itu tidak mustahil. Ramai yang berkira-kira pasukan Malaysia Leapord dan Tiger akan bertemu sesama sendiri di peringkat separuh akhir. begitu juga dengan Indonesia Rajawali (skuad pelapis) dan Garuda.

Seperti jangkaan Malaysia Leapord tewas 3-0. Ianya tidak mengejutkan kerana sememangnya telah diduga. Namun amat mengejutkan ialah apabila Malaysia Tiger tewas 2-1 kepada Indonesia Rajawali. Tewas pula di gelanggang sendiri, di hadapan penyokong sendiri. Situasi yang amat memalukan pasukan kebangsaan terutama dalam misi Emas Olimpik seperti yang sering diwarwarkan. Baik Hafiz Hashim selaku perseorang pertama mahupun beregu emas Tan-Koo keduaduanya mempamerkan pemainan yang memualkan. Bayangkan beregu yang menduduki 10 dunia, beregu yang digalaskan harapan emas Olimpik tewas kepada beregu muda yang baru ingin mencipta nama. Seperti ada yang tidak kena dalam perlawanan malam ini. Sesuatu harus dilakukan andai kejayaan ingin digapai terutama dalam Piala Thomas dan Sukan Olimpik.


**Megat Terawis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...