Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 6 Mac 2012

[GR HIBURAN] BUNOHAN : SATU KELAINAN



BUNOHAN menceritakan mengenai kisah tragis tiga saudara yang terpisah – seorang peninju tomoi, seorang ahli perniagaan dan seorang lagi pembunuh upahan yang kembali ke kampung halaman mereka di Kampung Bunohan, di mana mereka tersepit dalam pelbagai konflik. 

BUNOHAN dibintangi oleh Faizal Hussein, Zahiril Adzim dan Pekin Ibrahim, serta dibantu oleh pelakon-pelakon seperti Bront Palarae, Soffi Jikan, Nam Ron, Wan Hanafi Su, Amerul Affendi dan Tengku Azura.

FILEM ini juga merupakan salah satu filem yang juga amat dinantikan selepas mendapat pujian serta pengiktirafan penggiat seni serta festival filem luar negara.
Dikatakan filem yang memaparkan konsep cerita yang lari dari kebiasaan filem tempatan semestinya filem ini harus disenaraikan sebagai filem WAJIB tonton bulan ini bersama2 filem Seefood yang ditayangkan serentak di pawagam negara kita

FILEM TEMPATAN WAJAH TEMPATAN MEMUKAU DUNIA !!
Jom kita ushar2 jap portal rasmi 
**Megat Terawis

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...