Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 13 April 2012

[GR NUKILAN PENA] GEGARAN TSUNAMI????SEKADAR PERINGATAN ILLAHI

SEMALAM : 11-04-2012 - SEBUAH NEGARA dinamakan Malaysia, iya,hanya sebuah negara kecil namun punya nama gah di antarabangsa. Semalam negara ini menyambut hari bersejarah lagi. Pertabalan Yang Dipertuan Agung kali ini bersejarah kerana merupakan kali pertama Sultan yang sama iaitu Sultan Kedah diangkat menjadi ketua negara buat kali kedua. Alhamdulilah usia dipanjangkan Allah. Kebetulannya juga menarik...berkhidmat di era Memanda Perdana Menteri anak beranak. Kali pertama dengan ayahnya Tun Abdul Razak dan kali ini dengan anaknya YAB Dato Najib Tun Razak. DAULAT TUANKU!!

Tambah uniknya negara kecil ini merupakan salah satu dari sejumlah kecil (rasanya xsampai sepuluh) negara di dunia yang masih mempunyai sistem beraja. Yang masih mendaulatkan rajanya (walau sekadar Raja Berpelembagaan).

Aku sendiri semalam dalam hendak tak hendak sebelah paginya menonton di kaca tv perjalanan pertabalan tersebut yang penuh istiadat. Yalah, semalam juga merupakan cuti umum, siaran utama pula hampir semua menunjukan pertabalan ini.

dalam pada itu.......

SEMALAM:11-04-2012 - Petangnya seperti dijanjikan bermulalah perjalanan aku dengan beberapa sahabatku dengan misi 'lawatan bayi baru' hahahahaha...=P Melawat rakan2 kerjaku yang baru mendapat cahaya mata baru.

Lewat tengah hari kami tiba di rumah pertama di kawasan Tikam Batu dalam kampung Datuk "K". Tersergam indah masjid yang dinamakan sempena tokoh kampung tersebut, Masjid Khalidiah. Dalam tengah duduk bersila berborak-borak sambil tengok2 'baby' member tu..tup tup...aku rasa cam pening je...bergoyang2 mcm atas feri dilambung ombak. Akhirnya salah sorang member aku pun bertanya samada kami terasa seperti apa yang dia rasa. Semua mengakui apa yang dia rasa. Agak lama hampir dua minit juga sehingga kami keluar rumah pun gegaran masih dirasai walau kekuatannya semakin kurang.

Namun malangnya apabila ditanya pada sorang makcik yang berjalan keluar dari rumah jawapannya amat mengecewakan...'makcik xrasa pape pun...' Adehhhhh..makcik..makcik!! Namun kami amat past ianya satu gempa bumi cuma tidak pasti akan berlakunya tsunami (risau gak time tu sebab xjauh dari Kota Kuala Muda)

Dalam kenderaan menuju ke satu lagi rumah member kami, barulah dimuktamadkan apabila berita memaklumkan akan kejadian gempa bumi (berita agak lambat dan amat sedih juga amaran dikeluarkan oleh agensi berkaitan di media-media juga amat lambat...bagi pendapat aku la)

Satu yang aku bersyukur sebab berlaku ketika hari cuti...Seandainya kejadian berlaku ketika waktu kerja...aduhhhhhhhhhh.....xtergambar kepenatan dan kelenguhan apabila terpaksa menuruni tangga dari pejabat di tingkat 30 Menara KOMTAR)..Huhhhhh!!

3 GEGARAN DI LAUTAN HINDI

SEMALAM...11-04-2012 - Jam 6.30 ptg.. Hari yg penuh bersejarah..Dimulai dengan pertabalan disudahi dengan gegaran. Menurut berita terdapat 3 kejadian gempa telah berlaku dengan gempa kedua direkodkan setinggi 8.9 skala ritcher. Kekuatan melebihi ketika kejadian tsunami 2004. Gegaran yang juga berlaku berhampiran Banda Acheh. Namun mujur kali ini tidak mendatangkan musibah yang besar selepas 2004 dan terbaru di Jepun.

Baik di Indonesia membawa ke India, Malaysia, Thailand hatta Singapura semuanya merasai gegaran tersebut. Mereka yang berada di bangunan tinggi bertempiaran lari turun. Baik rumah pangsa, pusat membeli belah hingga ke hospital.

Aku juga turut membaca dari mula hingga akhir paparan hari ini. Hampir kesemuanya memberikan status berkaitan gempa bumi yang dirasai dan dialami di Muka Buku. Tiada lagi maki hamun, tiada jua luahan cinta..semuanya kisah detik cemas..kisah duka lara...lafaz kesyukuran, lafaz doa pohon perlindungan dan keselamatan dari Tsunami menhujani paparan.Hahahaha...amat menarik sekali.

Satu gegaran yang dirasai sekadar beberapa detik....barulah muncul kalimat-kalimat Tauhid di bibir kita. Barulah keluarga kita ingatkan.Betullah...bila kita susah baru tuhan kita dambakan. Bila senang tuhan kita pinggirkan. Betullah...di akhir zaman penyakit Wahan menguasai kita.Wahan?Cintakan dunia takutkan mati..!!

Kita benar2 ketakutan akibat gegaran tersebut. Kita bertempiaran lari akibat gegaran tersebut. Walau sebenarnya kita tahu kematian itu pasti. Jika dalam beberapa detik begitulah keadaan kita, bagaimanakah keadaan kita kiamat kelak?Benarlah..Bila sangkakala dibunyikan, maka akan bertempiaranlah kita umpama kelkatu berterbangan. Tiada mustahil lagi, bukti telah terbentang bagi mereka yang menafikannya..Anda sendiri dapat saksikan latihannya..anda sendiri alaminya

Muka Buku.Status menjadi perhatianku.Dalam lafaz syukur, dalam doa kita lafazkan kepadanya namun semacam ada yang tidak kena. Benarkah kita benar2 mendambakan perlindungannya? Adakah ujian kecil ini menyedarkan kekhilafan kita?Atau sekadar mainan bibir tatkala ketakutan tanpa ada rasa untuk bermuhasabah diri dengan ujiannya itu? Bayangkan dalam kita melafaz kalimah-kalimah Tauhid, gambar profil kita tetap tidak bertudung...foto kita tetap dedah sana sini...Tidak terlintas pun untuk kita ubah atau buang mungkin buat seketika waktu (sehingga masa kita insaf hilang dari diri kita mungkin) foto-foto kita yang menjolok mata.  Umpama kita mempermain-mainkan Yang Maha Esa semata-mata. Adakah kita benar2 terkesan dengan gempa tersebut yang memberikan keinsafan walau seketika? Atau mungkin.....tiada apa terasa..








Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...