Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 5 Julai 2012

[GR HOT] UNCLE SEEKERS DULU MEMBURU KINI DIBURU???

Tulisan di blog Uncle Seekers didakwa aib Sultan Johor


Tiga puluh individu hari ini membuat laporan polis terhadap pengamal paranormal Syed Abdullah Hussein Al-Attas atau lebih dikenali sebagai Uncle Seekers berhubung penyiaran artikel dalam blognya
yang dikatakan berunsur provokasi, hasutan dan mengaibkan Sultan Johor.

Laporan polis berkenaan dibuat pada pukul 12.10 tengah hari di Balai Polis Sentral, di sini, bagi memohon pihak berkuasa menjalankan siasatan terhadap blog uncleseekers.blogspot.com yang turut berunsur mengaibkan Tunku Mahkota Johor, pemimpin dan penjawat awam kerajaan Johor.

Wakil kesemua individu berkenaan, seorang peniaga, Khairil Azlishah Jalil, 32, ketika ditemui pemberita berkata pihaknya meminta blog berkenaan ditutup memandangkan terdapat dokumen-dokumen sulit yang dipaparkan pada blog tersebut.

"Sebagai rakyat Johor yang taat setia kepada Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor Sultan Ibrahim dan kerajaan berperlembagaan, kami tidak puas hati dengan dakwaan-dakwaan serta hasutan yang boleh memecah belahkan rakyat Johor dan kesejahteraan negeri ini.

"Kami tidak mewakili mana-mana parti atau badan bukan kerajaan. Kami dapati penulisan di dalam blog berkenaan semakin hari semakin menjadi-jadi dan sehubungan itu kami mahu polis menjalankan siasatan mengenainya," katanya.

Bernama
>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>

  
SIRI PENDEDAHAN maha berani blog uncleseekers menjadikan blog tersebut tidak putus-putus dikunjungi trafik.Jika anda juga seperti MT nak tahu lebih lanjut apa sebenarnya yang dikatakan beliau dalam blognya, dan membaca siri pendedahan ekslusif tersebut, sila >>KLIK SINI<<

Apapun tahniah buat blogger tersebut. Eh tahniah ke? Bukan menghina Raja ke tu? Bukan hina insitutsi yang diagung-agungkan di negara Malaysia ni ke? Hahahahaha
Apa salahnya, jika Insititusi yang kita harapkan menjaga kedaulatan agama rasmi, Islam sendiri tidak dapat menjaga Islam pada dirinya, adakah salah kita mendedahkan sekelumit? Sekurang-kurangnya dapat menjadi iktibar bahawa inilah corak hidup sebanar mereka. 

Raja baik kita sokong raja tak baik kita sanggah!!
Takkan berpisah Raja & Rakyat 
Tiada Berpisah jua nyawa dan jasad 
Hanya kepada Maha Raja Allah kembalinya hayat 
........................................................................................
Ternanti-nanti juga kenyataan Istana Johor dalam isu ini. Apatah lagi gambar dan dokumen pun dah terpamer nyata, bagaimana nak mereka nafikan? Sama-sama kita tunggu.....

Kalau tak salah berita tadi ada melaporkan Uncle Seeker telah ditahan dibawah OSA. Apa tindakan lanjut? Entah la...kita saksikan juga drama terbaru ini... :P 
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...