Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 26 Julai 2012

[GR SUKAN] TAHNIAH HARIMAU MALAYA!!


 MALAYSIA vs ARSENAL
1           :        2

WALAUPUN hakikatnya kita tewas kepada skuad Arsene Wenger namun sekalung tahniah juga harus diberikan kepada skuad Harimau Malaya yang berjaya mengimbangi perlawanan. Pada awal permainan seolah-olah skuad negara sekali lagi menjadi lauk dengan asakan berat sebelah namun semangat tinggi yang dipamerkan berjaya meningkatkan mutu permainan dan memberikan aksi yang lebih baik sehingga ke akhir permainan.

Ledakan pemain pertahanan kiri negara pada masa kecederaan separuh masa pertama telah mengejutkan Arsenal. Namun ianya belum mencukupi apabila di penghujung permainan, sekali lagi penyakit lama skuad negara yang sering leka di babak-babak akhir perlawanan seharusnya dipandang berat dan diatasi segera. Hal ini menyebabkan hasrat untuk memenangi pertemuan atau sekurang-kurangnya seri terbantut.

Secara keseluruhannya skuad negara sememangnya tidak harus kalah dengan jumlah jaringan besar memandangkan kita merupakan skuad pertama ditemui dalam jelajah Asia bagi kelab tersebut.

.................................................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...