Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 16 Ogos 2012

[GR NUKILAN] FILEM KONTROVERSI 'TANDA PUTERA' AKHIRNYA KE PAWAGAM

TANDA PUTERA, filem terbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, merupakan buah tangan terbaru Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini akhirnya ditayangkan di pawagam.Selepas ditangguhkan tayangan, filem yang dikatakan berbaur politik dan perkauman itu akan mula ditayangkan di seluruh negara mulai 15 November.Filem tersebut telah diluluskan Lembaga Penapisan Filem Malaysia dalam kategori PG13.

Filem yang mengetengahkan kisah persahabatan Perdana Menteri ketika itu, Tun Abd Razak dengan timbalannya mencetuskan kontroversi terutama apabila dikatakan terdapat babak membabitkan watak pemimpin pembangkang yang membawa kepada penangguhan tayangan.

Namun setelah hampir dua minggu kontroversi ini panas, ianya akhirnya mendapat kelulusan untuk ditayangkan walaupun masih terdapat ketidakpuasan hati di kalangan beberapa pihak.


** Nak tahu betul atau tidak isu yang ditimbulkan namnpaknya kena pi tengok sendiri la kat panggung.Baru kita dapat nilai sendiri dengan pemikiran waras yang dikurniakan ni.Kalau isu itu benar sebagaimana keadaannya ketika itu, apa salahnya dipaparkan sebagai pengajaran? Filem kita kan wajah kita...:P

..................................................................................................


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...