Terbaik Sepanjang Minggu

Selasa, 21 Ogos 2012

[GR SUKAN] KEPUTUSAN EPL 2012/13:PERLAWANAN KE-2


PASUKAN kegemaran MT akhirnya berjaya merakamkan kemenagan pertama 3-2 ke atas Fulham setelah berhempas pulas di laman sendiri, Old Trafford. Fulham yang masih segar dengan kemenagan pertama membelasah Norwich 5-0 terlebih dahulu membuka jaringan melalui Damien Duff seawal permainan

Namun Bintang baru United, Van Persie dan Kagawa mencuri tumpuan apabila masing-masing menjaringkan gol. Jaringan volley Persie yang amat menarik menyamakan kedudukan sebelum Kagawa menyambar bola muntah di depan gol untuk mendahului 2-1

Rombakan Ferguson terhadap skuad menunjukkan peningkatan dengan United lebih agresif berbanding pertemuan dengan Everton. Rooney, Nani, Welbeck dan Scholes direhatkan dengan Persie, Young, Rafael, Andersson membarisi skuad utama.

Rafael melengkapkan separuh masa pertama dengan jaringan ketiga melalui tandukan menjadikan kedudukan 3-1 tamat separuh masa. Kedudukan tersebut dianggap selesa menyebabkan MU mula mengendurkan tekanan yang menyaksikan Fulham mengusai perlawanan dan kerap menyerang. Padahnya, hasil hantaran lintang yang tidak merbahaya namun kesilapan kapten pasukan, Vidic dan De Gea, Fulham berjaya merapatkan jurang  hasil jaringan sendiri Vidic.

MU membawa masuk Rooney, Welbeck & Giggs namun gagal mendatangkan impak dan mengubah momentum serangan.


PERLAWANAN KEDUA

CHELSEA 2:0 NEWCASTLE
MAN UNITED 3:2 FULHAM
A. VILLA 1:3 EVERTON
NORWICH 1:1 QPR
SOUTHAMPTHON 0:2 WIGAN
TOTTENHAM 1:1 WEST BROM
SWANSEA 3:0 WEST HAM

PERLAWANAN RABU

CHELSEA 4:2 READING

PERLAWANAN PERTAMA

EVERTON 1:0 MAN UTD
MAN CITY 3:2 SOUTHAMPTHON
WIGAN 0:2 CHELSEA
NEWCASTLE 2:1 TOTTENHAM
ARSENAL 0:0 SUNDERLAND
FULHAM 5:0 NORWICH
QPR 0:5 SWANSEA
READING 1:1 STOKE
WEST BROM 3:1 LIVERPOOL
WEST HAM 1:0 ASTON VILLA



AKHIRNYA sia-sia penantian MT untuk melihat permulaan cemerlang team MT, MAN UTD  sebagaimana musim lalu apabila kecundang 1-0 kpd Everton. Jika dilihat dari permainan masih  banyak yg perlu dilakukan Ferguson andai ingin menjulang kembali EPL musim ini

Namun langkah sumbang itu juga turut dirasai pasukan gergasi EPL seperti Liverpool, Spurs yang turut kecundang manakala Arsenal hanya mampu seri tanpa jaringan dengan Sunderland

Manakala pasukan juara musim lalu, City turut melalui 90 minit perlawanan sukar bertemu pendatang baru Southampton apabila sekadar menang tipis 3-2

Yang paling mengecewakan ialah pasukan yang amat dekat dgn Malaysia, QPR apabila tewas besar 5-0 di tangan Swansea di halaman sendiri. Pembelian beberapa pemain bintang baru gagal menampilkan impak yang diharapkan seperti kapten pasukan, Park Ji Sung yang tenggelam aksinya dalam perlawanan tersebut


>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>




Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...