LGE:TPM sebut perkatan bodoh terhadapnya adalah rasis
Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat"kerja bodoh' kerana meminta orang ramai memakai pakaian dalam tiga warna apabila menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, telah dikecam sebagai "rasis".
Lim melahirkan rasa kesalnya terhadap kenyataan tersebut, dan berkata beliau tersinggung kerana Muhyiddin mengucapkan kenyataan 'rasis' yang menghinanya secara peribadi.
"Muhyiddin tidak pernah menggunakan perkataan ini terhadap menteri besar Melayu dalam Pakatan Rakyat," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.
"Ini menunjukkan sifat rasisnya. Perkataan 'bodoh' yang digunakan terhadap saya adalah menghina," katanya.
"Beliau tidak pernah menggunakannya terhadap MB Melayu dalam Pakatan Rakyat dan kerana saya satu-satunya KM Cina, beliau menggunakannya terhadap saya," kata Lim.
Muhyiddin sebelum ini dilapor menyifatkan gesaan Lim supaya rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN sebagai satu kerja yang 'bodoh'.
Timbalan perdana menteri dilaporkan berkata Lim seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.

sumber Malaysiakini
Kenyataan LGE ini adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal. Bodoh itu rasis? secara dasarnya aku sendiri tidak setuju kehadiran PSY ke negeri ini dengan perbelanjaan yang amat tinggi hanya untuk menyanyikan 2 ke 3 lagu sahaja.Namun kenyataan dikeluarkan LGE ini juga aku anggap kebudak-budakan. Hanya kenyataan TPM mengatakan beliau melakukan perbuatan bodoh, yang mungkin LGE mengatakan kenyatan tersebut tidak sesuai digunakan @ biadap digunakan namun bukanlah dalam konteks Rasis. Tidak nampak dari mana-mana sudut bahawa ianya rasis.
Kehadiran PSY sememangnya dijangka untuk menarik kehadiran pengunjung yang ramai ke Rumah Terbuka berkenaan. Jika diambil artis tempatan atau artis yang sering mengadakan pertunjukan di negara ini yang tidak mempunyai 'X Faktor' maka kehadiran yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Maka wnag ringgiti bukan menjadi pokok utama, asalkan matlamat untuk menarik rakyat memenuhi program yang diatur adalah lebih utama.
Ketidakhadiran dan kekurangan pengunjung dalam program terutama yang dihadiri PM adalah satu ketakutan dan fobia buat BN terutama menjelang PRU 13. Justeru mereka perlu memastikan dalam apa cara sekali pon ianya mesti dipenuhi untuk mengelakkan menjadi mangsa cipisan, hinaan blogger dan ceramah PR.
Antara yang menjadi jangkaan seperti mana kebiasan selepas Rumah Terbuka esok ialah 'statement' yang akan keluar. Jika berjaya menarik ribuan pengunjung biarlah atas faktor apa sekali pon, maka ayat yang lancar keluar di mulut ialah kehadiran ramai rakyat telah menunjukkan keyakinan rakyat yang semakin pulih terhadap barisan nasional.Adehhhh
Bagi MT program Rumah Terbuka mahupun hiburan serta sebarang program yang menjanjikan habuan terhadap pengunjung ianya tidak boleh dijadikan kayu ukur sokongan rakyat. Makan percuma, persembahan artis pujaan secara percuma, bantuan-bantuan percuma merupakan pilihan rakyat negara ini. Jika ada semua itu, maka penuhlah dengan rakyat jelata kerana rakyat tidak memilih parti ketika itu asalkan habuan diperoleh. Rezeki jangan ditolak merupakan pegangan rakyat kita. Hanya saat mengundi barulah kita lihat siapa menjadi pilihan
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan