Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 11 Februari 2013

[GR NUKILAN] HURU HARA HARA HIRI

Meninjau perkembangan mutakhir ini, isu politik @ omong-omong politik kembali berputar ke isu yang sama dimainkan kembali. Agak mengecewakan juga seolah-olah kekeringan idea untuk menjatuhkan pihak lawan.

Isu negara akan menjadi kacau bilau seandainya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) kini menjadi tajuk utama media-media. Ianya juga menjadi buah ulasan pemimpin Barisan nasional. Mungkin isu ini akan terus hangat dalam 2 3 minggu ini. PR dikatakan akan menajdikan 'Arab Spring' sebagai modal untuk dilakukan di negara ini. Malahan turut disuarakan kebimbangan campurtangan asing seandainya kekalahan di alami PR

Namun malangnya seolah-olah BN lupa bahawa kekalahan meruapakan 'kemenangan' yang sering diperoleh parti-parti pembangkang di negara bernama Malaysia ini. Sejak tertubuhnya Malaysia, sejak kali pertama Malaysia menjalankan pilihanraya belum pernah parti-parti pembangkang ini menjadi kerajaan yang memerintah negara ini tanpa kehadiran parti dari Barisan Nasional

Belum pernah tercatat di sejarah Perdana Menteri dari pembangkang dan belum pernah lagi UMNO menjadi  parti pembangkang bagi pemerintahan pusat di negara ini.Ianya secara tidak langsung mencerminkan bahawa setiap kali pilihanraya umum berlangsung, setiap kali itu juga parti-parti pembangkang mengalami kekalahan. Sinonim sudah kekalahan dengan pembangkang seolah-olah ianya satu kemenangan dan keputusan mutlak mereka.

Persoalannya, sepanjang 12 kali PRU dijalankan, pernahkah terjadi kekacauan? Walaupun hakikatnya pilihanraya yang dijalankan seolah-olah berat sebelah kerana kerahan ke atas penjawat awam untuk turut sama membantu kempen pilihanraya. Seolah-olah BN lupa bahawa penjawat awam dan jentera kerajaan bukanlah ahli dan komponen parti. Tugas parti dan tugas sebagai kerajaan ada pemisahnya yang sengaja dilupakan setiap kali berlakunya pilihanraya

BN juga lupa bahawa mereka juga pernah berkata agar rakyat tidak mengundi PR dalam PRU yang akan datang. alasan dan amaran yang diberikan kerana seandainya PR memerintah maka akan berlaku huru hara di negara ini. Aii, menang huru hara, kalah pon huru hara juga ke? Atau sebenarnya peringatan itu diberikan awal yang BN akan melancarkan huru hara seandainya rakyat menlak BN buat kali pertamanya dalam sejarah dalam PRU akan datang?:)



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...