Saya ditanyakan persoalan berkenaan hukum memakai inai bagi lelaki semasa perkahwinan yang mana ia menjadi satu adat didalam perkahwinan?
Jawapan:
Didalam Islam, kita mengutamakan dalil iaitu dari Al-Quran dan Al-Hadis dari Al-Qur’an dan sunnah, sebagaimana Firman Allah:
Bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
(QS. 17:36).
Dan orang yang berkata dalam masalah agama tanpa dalil,bererti berkata atas nama Allah tanpa ilmu. Dan ini dilarang oleh Allah,sebagaimana firman-Nya,
Bermaksud:“ Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui”, (QS.2:169)."
Begitu juga ketika seseorang berfatwa dan
memberikan jawapan dalam masalah agama tanpa dalil yang benar,maka
fatwa atau jawabannya hanya akan menyesatkan saja. Rasulullah bersabda,
Bermaksud:
“Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dari manusia dengan
mencabutnya, tetapi dengan mewafatkan para ulama’, dan ilmu akan ikut
hilang bersamanya. Dan akan tinggal insan-insan jahil yang berfatwa
tanpa ilmu, Maka dia telah tersesat dan akan menyesatkan”, (HR.Bukhari
dan Muslim).
Jadi untuk menjawab persoalan ini
memerlukan kepada tokohnya iaitu ulama yg berilmu.Dalam meneliti soalan
dalam permasalahan Fiqh, metode yg digunakan adalah mengutamakan dalil
dari Al-Quran dan Hadis kemudian Ijma' Sahabat dan pandangan ahli ilmu.
Memetik Fatwa Syiekh Masyhur Hassan Salman[1] didalam Kitab kumpulan Fatwa beliau:
خضاب الرجل يكون على الحال الذي استخدم عند الصحابة والتابعين ويكون في اللحية والشعر إن كان فيهما شيب ، أما في اليدين والرجلين فلا يجوز للرجل أن يستخدم الحناء إلا تطبباً ، أما من باب التزيين ففي هذا تشبه بالنساء فلا يحل له أن يحني رجله أو يديه إلا من باب التطبيب أما الشيب في اللحية أو الشعر وإن كان قليلاً فمن السنة أن يحني الشيب فقد صبغ النبي صلى الله عليه وسلم لحيته وشعرات الشيب قليلة
Didalam Fatwa Online[2] oleh
Mufti Markaz Fatwa dibawah naungan Prof. Dr Abdullah Faqeh, diajukan
soalan berkenaan "Adakah dibolehkan inai dipakai oleh lelaki untuk
majlis perkahwinan?
Beliau menjawab:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد
Sekiranya
yang dimaksudkan penyoal adalah mewarnakan seorang lelaki tangannya
atau kakinya dengan inai bagi majlis perkahwinan, maka hal itu tidak
dibolehkan, malah juga tidak dibolehkan selain perkahwinan kerana hal
itu adalah daripada perhiasan wanita, dan tidak boleh (haram) menyerupai
wanita ke atas apa yg dikhususkan ke atas para wanita dalam perhiasan
atau pakaian.Dan dalil yg mengkhususkan bagi perempuan adalah
berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan juga Al-Nasai'e
dengan sanad yg Hasan:Dari Ummul Mukminin A'isyah r.a. berkata: Seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai inai dijarimu.dan juga hadis yg diriwayatkan oleh abu hurairah radhiallahu anhu:
"Bahwasanya Nabi SAW didatangkan kepadanya seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn inai. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu diperintahkan lelaki itu dihantar ke naqi'ah(nama tempat) (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yg soheh)Berkata Imam Al-Nawawi rahimahullah: Dan berkenaan menginaikan kedua-dua tangan dan kaki maka ia satu sunnah kepada pengantin perempuan. Dan ianya haram ke atas lelaki melainkan untuk tujuan perubatan. Dan daripada dalil-dalil ke atas pengharamannya adalah dari sabda baginda SAW:
Bermaksud:"Allah melaknat orang yg menyerupai wanita dari kalangan kaum lelaki, dan juga perempuan-perempuan yg menyerupai lelaki dari kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)
Dan sekiranya bertujuan untuk menwarnakan uban dengan inai maka ianya dibolehkan malahan ia adalah sunnah ini berdasarkan hadis Nabi SAW:
Ertinya : Sesungguhnya sebaik-baik bahan untuk mengubah (mewarna) uban ini adalah inai dan khatam(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)
Janganlah kita mencabut uban kerana Nabi SAW bersabda:
Ertinya : Janganlah kalian mencabut uban kerana uban itu cahaya seorang muslim. Tidaklah seorang muslim tumbuh ubannya kerana (memikirkan) Islam malainkan Allah catatkan baginya (dengan sebab uban tersebut) satu kebaikan, mengangkatnya (dengan sebab uban tersebut) satu derajat, dan menghapus darinya (dengan sebab uban tersebut) satu kesalahan (Ahmad dan Abu Daud)
-----------------------------------------------------------------
Foot Note:
Albania juga murid kepada Syiekh Nasaruddin Al-Albani rahimahullah.
[2] Meenyepakati Fatwa Lajnah Al-Daimah Lil- Buhus I'lmiyah Wal Iftaa'
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan