Terbaik Sepanjang Minggu

Sabtu, 12 Januari 2013

[GR SESAJA] HKR:80K @ 45K TIADA MASALAH ASALKAN TETAP RIBUAN


HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR) YANG berlangsung di stadium Merdeka berjalan lancar dengan kehadiran puluhan ribu dan kemungkinan ratusan ribu rakyat Malaysia. Walau himpunan tanggal 12 Januari ini bukanlah himpunan pertama gabungan parti pembangkang namun ianya boleh dikatakan sebagai himpunan aman pertama tanpa kekacauan

Walaupun warta berita perdana seperti TV3 & RTM terus dengan momokan negatif, namun laporan seimbang diberikan Bernama & Awani. Jika di buletin Utama hanya kenyataan keburukan dikeluarkan, namun sebaliknya suasana aman dan ucapan terima kasih peserta atas sikap profesional polis menjadi santapan kepada penonton. Ini membuktikan tiada kekecohan berlaku sekiranya dibenarkan himpunan tanpa sekatan dari pihak kerajaan dan tindakan negatif dari pihak polis. Syabas


Melalui tweet yang dilakukan pihak polis menerusi twitternya dikhabarkan ketika itu Stadium telah dipenuhi 80k peserta. Namun mungkin sedar bahawa tindakan menggambarkan jumlah yang begitu ramai akan memberi kesan kepada kerajaan ianya segera diubah kepada hanya 45k sahaja. Namun rata-rata rakan-rakan MT yang hadir setelah dihubungi menyatakan bahawa jumlah yang hadir mungkin hampir mencecah 100k.

Polis telah mengeluarkan kenyataan bahawa jumlah tersebut melampaui jumlah yang dibenarkan hanya 30k. Persoalannya, himpunan ini bukanlah himpunan berbayar yang mempunyai kuotanya,yang boleh dihadkan namun himpunan umum atas kerelaan sendiri untuk hadir. Adakah perlu disekat kehadiran rakyat setalah mencapai angka yang dibenarkan? Apapun kita harapkan mereka yang hadir dapat memberikan kerjasama yang penuh dan yang penting kebersihan haruslah dititikberatkan.

Selain itu,pihak polis juga memaklumkan himpunan ini melanggar syarat apabila terdapat kain rentang yang menghasut selain kanak-kanak turut dibawa dalam himpunan. Polis juga turut memaklumkan bahawa himpunan Shamsidar turut melakukan kesalahan yang sama seperti HKR seagaimana dilaporkan Buletin bernama. Malangnya tiada sebarang paparan ditunjukkan RTM & TV3 selain hanya kesalahan HKR sahaja. Mt pasti suratkhabar utama juga akan menyiarkan keburukan HKR sahaja esok sebagai berita utama , kesesakan jalanraya(seolah-olah KL tidak pernah berlaku kesesakan langsung sebelum ini),keluhan peniaga kerugian terpaksa menutup kedai(walhal peniaga kecil yang membuka niaga di stadium mendapat keuntungan berlipatganda dengan kehadiran peserta dari seluruh pelosok negara ) walaupun tiaa rusuhan terhadap sebarang premis perniagaan seperti kebiasaan berita akhbar utama. Hanya tambahan yang dikeluarkan ialah pujian melangit terhadap polis & kerajaan Najib

Dalam pada itu satu kenyataan dikeluarkan seperti berikut

Ibu bapa yang membawa anak menyertai perhimpunan yang dianjur pembangkang esok boleh dikenakan tindakan undang-undang
di bawah Akta Kanak-Kanak 2001.  
    
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Malaysia Datuk Noraini Mohd Hashim berkata ibu bapa atau penjaga dinasihat tidak melibatkan anak-anak di bawah jagaan mereka dalam aktiviti yang boleh mendatangkan kemudaratan seperti menyertai perhimpunan haram.  
    
"Sekiranya gagal berbuat demikian, tindakan boleh diambil mengikut
subseksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001 iaitu denda tidak lebih RM20,000 atau penjara tidak lebih 10 tahun, atau kedua-duanya jika sabit kesalahan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. 
    
Sehubungan itu, beliau berharap ibu bapa atau penjaga yang bertanggungjawab akan melindungi dan tidak membahayakan nyawa serta keselamatan kanak-kanak supaya kesejahteraan mereka terjamin. 
    
- Bernama

Persoalannya di sini kenapa  kenyataan ini dikeluarkan walhal himpunan ini telah mendapat kebenaran dan kelulusan secara halal tidak seperti kebiasaan sebelum ini? Adakah himpunan untuk anak kecil dibenarkan hanya ketika himpunan hiburan seperti konsert K-POP di Himpunan Jutaan Belia yng lalu?

Himpunan jalanan atau disebut BN sebagai politik jalanan dan sering diburukkan dengan sentimen negatif terhadap parti pembangkang. Ianya digendangkan bahawa pembangkang menghasut rakyat untuk ke jalanan melakukan huru hara dan negara akan menjai huru hara sekiranya diperintah pembangkang.
Seharusnya pihak yang mengatakan sedemikian sedar bahawa politik jalanan atau himpunan,perarakan dan demonstrasi di jalanan bukanlah sesuatu yang salah jika dilakukan secara tidak salah. Ianya juga bukan hak eksklusif pembangkang kerana ianya sudah lama dilakukan di negara kita. Bahkan kini ianya juga diambil sebagai wadah politik BN di negeri-negeri ditadbir pembangkang. Bukankah seolah-olah meludah ke langit jatuh ke muka sendiri?


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...