SALAM SEMUA...aii. Ok untuk post kali ni agak best la bagi MT. Ianya berkenaan dengan sebuah bank iaitu CIMB Bank. Sebenarnya MT tiada akaun di bank ini melainkan kecik2 dulu ada la time tu dengan Bank Bumiputra lagi tu..Lama giler la..hahaha
Hasrat tu ada.Yala, CIMB Bank ni juga merupakan salah satu bank terkemuka negara, banyak plak dan antara bank yang menjadi pilihan ramai kan. Tapi bila sifat malas menguasai diri, tak buat lagi la. Satu hal nak kena p ke bank, ambil nombir, tunggu pula giliran, nak kena pula ada duit ratus2 untuk deposit awal, tu buat lagi malas tu..kan kan
:P
Namun kini yang best nak habaq mai.... tak oayah lagi dah susah2 nak ke bank untuk buka akaun di CIMB Bank. CIMB Bank baru2 ni memperkenalkan CIMB KWIK iaitu satu kemudahan untuk membuka akaun TANPA perlu ke bank dan TANPA deposit wang lagi!! FREE la mudah cerita
FUNGSI & KEMUDAHAN CIMB KWIK
Menghantar dan menerima wang (guna email dan no telefon saja pon boleh)
Membuat bayaran bil
Menuat bayaran topup kredit handphone
Alternatif belian seumpama kad debit/credirt terutama belian online
BAGAIMANA NAK BUKA AKAUN CIMB KWIK?
Pertamanya korang perlulah ada internet kan :)
Then korang buka laman rasmi Cimb Clicks iaitu http://www.cimbclicks.com.my
atau lebih mudah korang .. KLIK SINI
Korang akan nampak satu paparan banner berkenaan CIMB KWIK itu. Klik saja banner tu dan korang akan dibawa ke paparan berikutnya berkenaan CIMB KWIK
Di paparan ni korang boleh la amik masa sikit untuk baca apa itu CIMB KWIK, kemudahannya, promosi, FAQ dan Macam mana nak apply.
Kalau rasa berminat, nak registernya senang saja. Korang klik HOW TO APPLY then button APPLY NOW
ataupun lebih mudah KLIK SINI
Masukkan butiran yang diperlukan. Di bawah sekali jika korang memerlukan kad fizikal tick kotak kecil tu (korang akan dicharge RM10 sekeping)
Then tick kotak ACCEPT dan teruskan dengan klik button CONTINUE
Korang akan diminta no TAC yang dihantar ke no telefon korang yang didaftarkan sebelum pendaftaran korang disahkan.
Jika korang ada membuat permohonan untuk kad bayaran RM10 dikenakan dan korang perlu memilih samada unuk membayar secara atas talian melalui FPX (online banking bank lain) atau kredit kad sebelum pendaftaran korang selesai dan berjaya
Dah selesai cuba korang LOGIN dengan klik button login. Jika berjaya korang boleh tengok No Akaun bagi akaun CIMB KWIK korang dipaparkan di sebelah kanan.
SELAMAT MENCUBA!!
...........................................................................
Tiada ulasan:
Catat Ulasan