Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 21 Mac 2014

[GR SEMASA] NADEEM NAZRI AZIZ : DULU, KINI & AKAN DATANG..?

DULU DULU......
 






KINI-KINI....
 





 
AKAN DATANG....?
 
Wallahualam :P
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 


[GR HIBURAN] LAYAN POSTER FILEM-FILEM P RAMLEE










[GR SEMASA] TRENDING MALAYSIA: BOMOH VIP DO RE MI

2 MINGGU  terakhir ini bukan sahaja kehilangan MH370 menjadi bualan malahan kehadiran seorang bomoh, Ibrahim Md Zain telah turut menggemparkan Negara. Dikatakan terkenal dengan bantuannya dalam isu Mona Fendi, Highland Tower dan beberapa kes berporfil tinggi, namanya gah, serta percakapannya yang agak bongkak terus menjadi trending serta parody rakyat Malaysia
 
Jom layan bomoh ini..hehehe
 
*Harap kesesatan dan khurafat yang dibawanya dapat dihalang segera oleh Jabatan Agama di Negara ini
 
 
Kediaman beliau di Perak
 

 






[GR HIBURAN] 22 MAC - KELAHIRAN SENIMAN AGUNG NEGARA : P. RAMLEE

 
 
ESOK 22 MAC 2014. Pada tarikh ini merupakan tarikh kelahiran seniman agung dr Pulau Pinang, Tan Sri P. Ramlee pada tahun 1929
 
 
Tan Sri Datuk Amar Dr. P. Ramlee (dilahirkan sebagai Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh; 22 Mac 1929 - 29 Mei 1973) merupakan seorang penyanyi, pelakon, pengarah, pemuzik dan penulis lagu yang berasal dari Pulau Pinang, Malaysia. Beliau juga digelar sebagai "Seniman Agung Negara" kerana jasanya yang amat besar dalam industri hiburan terutamanya di rantau Asia Tenggara. Beliau pernah mendapat pengiktirafan antarabangsa seperti Best Male Lead Role (Festival Filem Asia Ke-4, Tokyo) dan Most Versatile Talent (Festival Filem Asia Ke-10, Tokyo). Beliau berjaya menghasilkan sebanyak 401 buah lagu dan 66 buah filem sepanjang hayatnya.[1] 

[GR AUTO] HONDA CITY BARU DILANCAR DI MALAYSIA

TAHUN 2014 Honda telah melancarkan kereta Honda City terbarunya di pasaran Malaysia!!
 
Dengan menampilkan 4 varians sebagai pilihan iaitu S, S+, E dan V pasti ia merancakkan lagi segmen aotomotif Negara kita.
 
Harga yang ditawarkan ialah antara RM75k hingga RM90k
 


 

[GR SUKAN] SELAMAT HARI LAHIR KAGAWA

SHINJI Kagawa telah menyambut hari lahir beliau baru2 ini.
 
Beliau yang merupakan pemain kelahiran Jepun yang bermain di kelab Man United menyambut ulangtahun kelahirannya yang ke 25
 
Happy Birthday Kagawa!!
 
 



[GR DUNIA] GEMPAR!! BAYI 8 BULAN SEBERAT KANAK-KANAK BERUSIA 6 TAHUN

NI DIA...HABAQ HANG..!
 
Percaya atau tidak ini adalah kenyataan. Seorang bayi berusia 8 bulan...diulangi..8 bulan bukan 8 tahun memopunyai berat badan mencecah 20KG (44 pounds).
 
Berat bayi yang dilahirkan di Colombia ini dikatakan menyamai kanak-kanak berusia 6 tahun

psss: ada Nampak macam kartun @ mascot Michelin tak? :P





Selasa, 18 Mac 2014

[GR INFO] RAHSIA LELAKI PERLU TAHU BERKENAAN SELUAR DALAM WANITA


Wanita tidak suka memakai seluar dalam? Adakah ini benar atau sekadar lawak?



Pada suatu hari ada 2 orang penjual pakaian dalam wanita yang sedang berbincang tentang pendapatan perniagaan di kedai mereka yg semakin merosot.
A: "Kamu percaya tak kalau aku kata 99.9% wanita tidak memakai seluar dalam?" 

B: "Ahhhhh… tidak benar." 
"Apa buktinya?"

Lalu si A membuktikannya dengan bertanya kepada setiap wanita yang lalu lalang di depannya. 

A: "Cik, pakai seluar dalam tak hari ini?" 

Wanita 1: "Ahhh… tidak, kemarin saya pakai, hari ini tidak!" 

A: "Puan, nak seluar dalam tak, baru sampai nie?" 

Wanita 2: "tidak mahu laahh!" 

A: "Makcik, nak beli seluar dalam tak, macam2 saiz ada?" 

Wanita 3: "Tak mau… lain kali sajalah!!" 

Jadi terbuktilah kata2 penjual A kepada B, bahawa ramai wanita kini tidak memakai seluar dalam... Maaf ini sekadar lawak, jika benar 99.9% wanita tidak gemar memakai seluar dalam maka banyaklah kes rogol di negara ini. Saya yakin semua wanita suka memakai seluar dalam untuk keselesaan dalam kehidupan sehari-harian. Mana yang tak suka tu mungkin ada agenda tersendiri... 


Berbalik kepada pakaian dalam, ia merupakan pakaian yang dipakai di bawah pakaian lain, sering kali bersentuhan dengan kulit. Ia menjauhkan pakaian luar daripada dikotorkan oleh peluh, kencing, mani, najis, dan kotoran lain; membentuk tubuh; dan memberikan sokongan pada sebahagian darinya. Dalam cuaca sejuk, pakaian dalam panjang kadang-kala dikenakan bagi memberikan kepanasan tambahan. Sesetengah pakaian dalam bertujuan memberik eksan berahi. Jenis pakaian dalam tertentu memiliki kepentingan keugamaan. Sesetengah jenis pakaian diistilahkan sebagai pakaian dalam, sementara yang lain, seperti T-shirt dan seluer pendek tertentu, adalah sesuai sebagai pakaian dalam dan pakaian luar. Jika dihasilkan dari bahan yang sesuai, sesetengah pakaian dalam juga digunakan sebagai pakaian malam dan baju mandi.

Pakaian dalam yang biasa dipakai oleh wanita kini termasuk coli dan seluar dalam wanita, sementara lelaki mengenakan seluar dalam lelaki, seluar pendek boxer, dan seluar dalam boxer. Pakaian yang biasa dipakai oleh kedua jantina termasuk T-shirts, baju tanpa lengan (juga dipanggil singlet), Bikini, Thong, dan G-string.

Untuk lelaki tulen, jangan pandai buka seluar dalam pasangan anda sahaja, kenalah tahu jugak jenis-jenis seluar dalam yang dipakai oleh seorang wanita. Dan mungkin ramai yang kurang ambik port, terutama sang suami, kalau nak berikan hadiah romantik, cubalah berikan seluar dalam kepada isteri anda, aku pasti mereka akan lebih menghargai anda.

Bukan satu yang pelik seandainya seorang wanita punyai lebih seluar dalam daripada baju yang dipakainya. Ia ibarat seperti juga kasut, ada banyak jenis .... bukan dari segi corak, tapi jenis. Seluar dalam seorang wanita memang ada banyak jenis. Ia berpadanan dengan aktiviti, atau mungkin cara penggayaannya pada satu-satu hari tertentu.

Jika anda ke pusat membeli-belah, anda akan dapati banyak jenis seluar dalam wanita yang dijual. Ada yang nampak biasa, ada yang berenda, ada yang seksi, malah ada yang pada pandangan seorang lelaki, tak menarik langsung.

Meh kita lihat jenis-jenis seluar dalam seorang wanita yang mungkin anda perlu tahu sebagai satu info am, agar nanti anda tidak berasa pelik mengapa seorang wanita perlu ada sehingga 4 seluar dalam berbeza yang berwarna merah!-rossacalla blog
9 Jenis Seluar Dalam Wanita

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR TIPS] 14 SEBAB PERLU AMALKAN MAKAN TIMUN




 Timun barangkali adalah antara tanaman yang paling banyak ditanam di seluruh dunia, mudah ditanam malah adalah antara sayuran yang sering diambil di kalangan rakyat Malaysia sebagai menu sampingan bersama Nasi Lemak serta ulaman dicicah dengan sambal belacan.

Tetapi selain dijadikan sebagai makanan sampingan, tahukah anda bahawa timun merupakan makanan berkuasa dan sangat baik untuk kesihatan anda? Lupakan snek ringan dan cip kentang, mulai hari ini sila jadikan timun sebagai 'snek' utama anda. Berikut adalah 14 sebab mengapa anda perlu mengamalkan memakan timun!

Timun menghidrat tubuh anda
Sekiranya anda terlalu sibuk untuk minum air secukupnya, anda boleh terus memakan timun yang sejuk ini kerana ia mengandungi 90 peratus air. Ianya dengan mudah dapat mengimbangi kandungan air yang kurang dari tubuh anda.

Timun dapat melawan suhu panas
Memakan timun dapat melegakan pedih hulu hati dan melegakan tubuh dek deman panas. Selain itu juga, sekiranya tubuh anda mengalami selaran matahari, anda boleh meletakkan timun yang dikisar lalu disejukkan ke tubuh anda kerana ia dapat melegakan kepedihan akibat panahan matahari itu.

Timun dapat menyingkirkan toksin
Kandungan air yang terdapat dalam timun bertindak sebagai 'penyapu virtual', yang akan membersihkan kesemua sisa buangan yang terdapat dalam tubuh anda. Dengan amalan memakan timun yang kerap, timun sekaligus dapat melarutkan batu karang.

Timun sebagai sumber vitamin harian
Timun mengandungi hamper kesemua jenis vitamin yang diperlukan oleh tubuh dalam sehari iaitu vitamin A, B dan C yang menggalakkan sistem imunisasi agar anda lebih bertenaga dan berseri-seri. Jadikan ia lebih jus minuman lebih 'berkuasa' dengan mencampur timun, lobak merah dan daun bayam. Ianya juga elok untuk kulit anda kerana ianya mengandungi 12 persen vitamin C yang mana cukup untuk keperluan kulit dalam sehari.

Timun membekal mineral kepada kulit
Timun merupakan sayuran yang sangat tinggi dengan Potasium, Magnesium dan Silikon. Sebab itulah penggunaan timun sangat banyak digunakan oleh kebanyakan pusat Spa.

Membantu dalam penghadaman dan penurunan berat badan
Disebabkan kandungan air yang sangat tinggi dan kalori yang rendah, timun merupakan sumber ideal kepada mereka yang sedang dalam program menurunkan berta badan. Jadikan timun sebagai menu harian anda seperti sup timun atau salad. Malah anda boleh gantikan amalan mengunyah cip kentang anda dengan menjadikan timun sebagai snek wajib anda mulai hari ini. Variasikan cara pengambilannya, agar anda tidak bosan asalkan ia masih dalam nilai kalori yang anda perlukan dalam sehari. Selain itu, mengunyah timun juga merupakan salah satu senaman yang baik untuk rahang anda. Malah, timun juga kaya dengan serat yang sangat baik untuk sistem penghadaman. Pengambilan timun dalam kehidupan seharian disifatkan membantu merawat sembelit kronik.

Menyegarkan mata
Mata letih, lingkaran hitam bawah mata? Letak saja timun bawah mata mesti elok lepas tu. Petua kecantikan seperti ini acapkali kita dengar dan bunyi agak klise, tetapi ia memang benar-benar berfungsi membantu mengurangkan lingkaran hitam bawah mata dan keletihan mata kerana sifat anti radang yang terdapat pada timun.

Timun dapat melawan kanser
Timun diketahui sebagai sayuran yang mengandungi secoisolariciresinol, lariciresinol dan pinoresinol. Ketiga-tiga sebatian semulajadi ini mempunyai kaitan yang kuat sebagai lignan yang mampu mengurangkan risiko beberapa jenis kanser seperti kanser ovari, kanser payudara dan kanser prostat.

Boleh merawat diabetis, mengurangkan kolestrol dan mengawal tekanan darah
Jus timun mengandungi sejenis hormone yang diperlukan oleh sel pankreas untuk menghasilkan insulin yang kebaikan kepada pesakit diabetis. Para penyelidik telah menemui sejenis kompaun (sebatian) yang digelar 'sterol' pada timun yang mana dapat menurunkan paras kolestrol. Timun juga kaya dengan serat, potassium dan magnesium. Ketiga-tiga nutrisi ini sangat efektif untuk menstabilkan tekanan darah. Sebab itu, timun sangat mujarab baik untuk merawat tekanan darah tinggi mahupun tekanan darah rendah.

Melembutkan rambut dan kuku
Keajaibab mineral silica yang terdapat pada timun dapat menjadikan rambut dan kuku anda lebih lembut, bersinar dan kuat. Kandungan Sulfur dan Silika yang ada pada timun pula membantu meransangkan pertumbuhan rambut.

Bertindak sebagai penyegar mulut
Jus timun dapat merawat dan menyegarkan penyakit gusi. Ambil beberapa hirisan timun dan tekan ia pada bahagian lelangit mulut anda menggunakan lidah selama setengah minit, fitokimia pada timun boleh membunuh bakteria pada mulut yang menyebabkan nafas berbau.

Bermanfaat pada kesihatan sendi, melegakan artritis dan gout
Memandangkan timun merupakan sumber silica yang paling hebat, ia dapat meransang kesihatan sendi dengan menguatkan tisu-tisu penghubung. Apabila ia dicampurkan dengan jus lobak, ia dapat melegakan kesakitan arthritis dan gout dengan merendahkan paras asid uric.

Melegakan migrain dan mabuk
Untuk mengelakkan pening kepala di pagi hari, migraine atau ingin menghilangkan mabuk (yang disebabkan pengambilan alkohol), anda bolehlah memakan beberapa hirisan timun sebelum tidur. Timun kaya dengan vitamin B, gula dan elektrolit untuk menambahkan nutrisi dan mengurangkan sakit kepala mahupun mabuk.

Memastikan buah pinggang berada dalam keadaan baik
Timun mampu merendahkan paras asid uric dalam tubuh anda sekaligus mampu memastikan buah pinggang anda sentiasa berada dalam keadaan baik, selagi anda terus mengamalkan pengambilan timun dalam kehidupan seharian.-YAHOO!

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Jumaat, 14 Mac 2014

[GR IT] KHAS BUAT PEMINAT TEGAR NOKIA : NOKIA X

Jika korang merupakan fan henfon NOKIA..segalanya NOKIA...tapi agak hampa bila Nokia tidak mengeluarkan henfon Android,kini korang boleh bergumbira. Walaupun agak lewat namun belum terlambat apabila akhirnya Nokia telah beralhi jua ke platform Android bagi Henfon terbarunya, NOKIA X. Hahahaha...Baiah untuk taat setia kepada Windows sebelum ini tak terjadi sebab dah tak tahan jualan merudum kot. 


Apa taknya, segmen Android menguasai pasaran dunia dalam 60 ke 70%. Rugi la Nokia tak ikut semasa kan. Satu ketika dulu Nokia merupakan kuasa besar bagi segmen henfon ni sebelum merudum apabila platform Android mula diperkenalkan. Salah diorang gak la tak nak join together2 kan..hihihi

Berita gumbira juga bila Nokia X ini sudah memasuki pasaran Malaysia dengan harga RM399.Wowwww!!!! Murah tu.Ianya akan disusuli dengan dua lagi dalam model yang sama iaitu XL dan X+ dgn harga yang lebih mahal. Kiranya henfon ni henfon mampu milik la. Namun spesifikasinya masih tidak mengecewakan bagi model berharga sedemikian. Terdapat 6 pilihan warna untuk korang pilih

Spesifikasinya:

Rangkaian: 2G, 3G, wifi
Saiz: kenipisan 10.4mm
Berat: 128.7g
Skrin: 4-inci 480 x 800
Memori: 4GB, RAM 512MB
Kamera: 3.15MP
OS: Android 4.1 Jelly Bean
Pemproses: dual core 1GHz
Bateri: 1500mAh

Setakat ini dikatakan henfon ini tidak dapat disambungkan akses ke Google Play dan perkakas rasmi Google namun Nokia telah mendirikan stor aplikasi androidnya sendiri bagi mengatasi masalah tersebut

*Bolehlah try tengok..lama dah tak merasa guna Nokia ni ;)

 

Khamis, 6 Mac 2014

[GR EBOOK] PERMATA YANG HILANG : RUJUKAN TERBAIK PASANGAN BERKAHWIN

BUKU PERMATA YANG HILANG~ bukanlah sebuah karya cipisan seks namun ianya merupakan satu panduan yang berguna bagi pasangan suami isteri dalam perhubungan intim.

Karya Ibn Yusof ini telah lama di pasaran, sehinggalah kini masih lagi boleh diperoleh. Panduan yang terbaik dalam edisi bahasa melayu malahan lebih baik dari Kamasutra yang lebih ideal dan sesuai dengan sekeliling kita terutama orang Melayu

Amat disyorkan bagi pasangan yang telah berumahtangga atau bakal mendirikan rumahtangga untuk membaca buku ini. Bermula dari bahagian-bahagian tubuh dikenalkan secara terperinci beserta ilustrasi, kaedah-kaedah, petua-petua sehingga ke teknik senaman yang amat baik diamalkan. Senaman ini bukan rekaan penulis tersebut namun merupakan amalan orang-orang Melayu dahulu yang kini telah hilang pengamalannya dalam kehidupan

Elakkan dari terlepas kepada mereka di bawah 18tahun :)

fail saiz: 8mb

Muat Turun ebook 
Permata Yang Hilang


[GR DUNIA] MENGANDUNG HANYA KERANA SELIMUT??

TELAH tersebar di web seorang wanita telah disahkan mengandung hanya kerana menggunakan selimut adik lelakinya sewaktu tidur.

Remaja perempuan yang berusia 17 tahun itu dikhabarkan beliau mengandung oleh doktor yang membuat pemeriksaan ke atasnya setelah beliau menjalani pemeriksaan akibat tidak datang haid. Soal siasat beliau mengakui tidak pernah melakukan hubungan seks

Seteleh disiasat lagi perkara yang dilakukan beliau dalam sebulan terakhir, beliau mengakui pernah menggunakan selimut adik lelakinya yang berusia 15 tahun ketika tidur. Akhirnya pakar perubatan membuat kesimpulan beliau mengandung setelah menggunakan selimut adiknya yang mempunyai sperma hidup ketika itu

#So berhati-hatilah wahai anak dara sekelian :)

sumber:terbakar.com

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...