Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 20 Jun 2014

[GR SIHAT] JOM MUDAHNYA DIET IKUT JENIS DARAH

 



Diet Untuk Golongan Darah ‘A’
Dr. Peter J.D’Adamo dalam bukunya menyarankan pemilik jenis darah A mengambil diet vegetarian dengan pengambilan makanan yang mengandungi lektin yang sedikit.
 
Ini kerana jika kandungan lektin diambil dalam kuantiti yang banyak akan mengakibatkan masalah perut. Menurut beliau lagi, golongan individu yang memiliki jenis darah A menghasilkan kandungan lendir lebih banyak berbanding jenis darah lain.
 
Keadaan ini menimbulkan risiko terhadap jenis penyakit jenis alahan seperti asma, infeksi telinga dan gangguan pada saluran pernafasan. Selain itu sumber makanan berasaskan haiwan seperti ikan dan ayam boleh diambil tetapi dalam kuantiti yang terbatas.
 
Individu dengan jenis darah ini juga dianjurkan mengambil susu yang telah melalui proses penapaian seperti susu masam, krim tanpa lemak, keju alami, telur dari jenis organik atau ayam kampung (dalam jumlah terbatas), lemak (dalam jumlah terbatas, kekacang dan bijirin dan susu kacang soya.
 
Individu darah jenis ini perlu mengambil sayur-sayuran dan buah-buahan dalam kuantiti yang banyak.
 
Makanan yang harus dihindarkan adalah hidangan laut berwarna putih seperti ikan siakap putih, cumi-cumi, daging lembu, daging salai, susu, keju hasil olahan industri, kacang merah, roti, kuih-muih, kek, kentang, mangga, betik, jeruk, pisang, minyak jagung dan minyak kacang Tanah.
 
Ciri khas individu jenis darah A:
 
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Perlu menghindari makanan yang daripada produk susu dan daging
Dianjurkan menjadi vegetarian atau mengambil makanan berkadar karbohidrat tinggi, namun rendah lemak
Mengurangkan stres dengan bermeditasi, atau berolahraga
Cukup beristirehat

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air putih dicampur jus limau nipis dan oat
Snek: Jus anggur / kopi
Makan Tengah Hari: Salad dan roti gandum satu potong serta teh herba
Snek: Kuih beras dua potong dan teh hijau
Makan Malam: Pasta tanpa daging campur brokoli, yoghurt dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah ‘B’
Berbeza dengan individu darah jenis A, individu darah jenis B lebih fleksibel.
Teori Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan golongan jenis darah ini menghindari makanan beku atau makanan dalam tin manakala sangat menganjurkan makanan berasaskan susu yang memiliki kandungan karbohidrat yang tinggi.
 
Ciri khas golongan darah B:
Dianjurkan untuk melakukan diet dengan berbagai-bagai variasi makanan, namun perlu menghadkan pengambilan daging.
Disarankan mengambil makanan dan minuman berasaskan susu untuk meningkatkan sistem imunisasi badan.
Olahraga yang sesuai dilakukan adalah berenang, bermain tenis, berjalan kaki dan bermeditasi.
Untuk mengatasi stres, disarankan memiliki hobi dan aktiviti berasaskan kreativiti.
Pemilik golongan darah B sangat mudah terhadap penyakit berkaitan imunisasi dan serangan virus, mereka disarankan agar mengambil sayuran hijau yang kaya magnesium dalam kuantiti yang banyak.
Makanan yang dianjurkan adalah daging lembu, kambing kibas, arnab, ikan laut, semua produk susu kecuali ‘blue chesse’ dan aiskrim, telur ayam organik dan ayam kampung, minyak zaitun, beras merah, beras putih, makanan berasaskan beras dan buah-buahan.
Manakala makanan yang perlu dikurangkan pengambilannya adalah ayam, ketam, udang, kerang-kerangan, telur puyuh, telur itik, minyak bijan, minyak jagung, minyak biji matahari, minyak kacang tanah, minyak soya, kelapa, santan, soya, kacang tanah, biji bunga matahari, biji labu, bijan, kacang pistacio, tempe, tauhu, kacang merah, makanan berasaskan gandum, mi segera, beras pulut, jagung, lobak, tomato dan jagung.

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Bijirin dan buah pisang beserta segelas susu tanpa lemak
Snek: Jus anggur
Makan Tengahari: Sepotong dada ayam dan dua potong roti beserta salad dan teh herba
Snek: Jus limau/yogurt dan teh herba
Makan Malam: Sepotong ikan salai, sayur rebus, buah-buahan segar dan teh herba

Diet Untuk Golongan Darah ‘AB’
Pola makan pemilik golongan darah AB adalah gabungan antara pola makan golongan darah jenis A dan B.
 
Penyakit yang berisiko dijangkiti adalah sinus, infeksi telinga, dan gangguan saluran pernafasan.
Pengambilan jenis makanan yang dianjurkan adalah hidangan laut, semua jenis telur (kecuali telur itik), susu fermentasi (melalui proses penapaian), minyak zaitun, minyak kacang soya, minyak kacang tanah, kacang tanah, semua jenis sayuran kecuali jagung, taugeh dan cendawan dan semua jenis buah-buahan kecuali jeruk.

Golongan daripada jenis darah ini, harus menghadkan pengambilan daging lembu, udang dan ikan laut, susu dan semua produk susu serta daging yang diproses.

Makanan berasaskan kekacang pula perlu diambil dalam kuantiti sedikit.
Kurangkan pengambilan berasaskan gandum seperti roti, kek, kuih-muih dan pasta.

Ciri khas individu jenis darah AB:
Memiliki sistem pencernaan yang sensitif
Disarankan untuk mengambil makanan dalam kuantiti sedikit tetapi kerap
Untuk lebih bertenaga olahraga pada setiap pagi digalakkan

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Air limau nipis, jus anggur, roti dua potong beserta satu potong keju
Snek: Yogurt
Makan Tengahari: Dada ayam empat hirisan, salad, dua biji buah plum dan teh herba
Snek: Kek keju dan teh herba
Makan Malam: Omelet dan salad buah serta kopi

Diet Untuk Golongan Darah ‘O’
Dr. Peter J.D’Adamo menyarankan agar pemilik darah jenis O lebih banyak mengambil makanan berprotein tinggi, mengikut diet rendah karbohidrat dengan pengambilan ikan atau daging (kecuali daging yang diolah) serta sayur-sayuran yang banyak, telur dan kacang namun menghindari produk susu dan gandum.
 
Beliau turut menyarankan agar pemilik darah jenis ini menghadkan pengambilan buah-buahan. Pemilik darah jenis O harus menghindari semua jenis bijirin, pasta dan nasi. Dr. Peter J.D’Adamo turut menyenaraikan jenis makanan yang perlu dihindar seperti sayur brokoli, sawi, taugeh, terung, cendawan, dan kentang.
 
Bagi pemilik darah jenis ini, telur, susu, gandum dan kekacang tidak diperlukan memandangkan tubuh telah mendapat khasiat daripada sumber daging.
Hindari jeruk kerana ia mampu mendatangkan keracunan usus kepada golongan darah jenis ini.

Ciri khas golongan darah O:
Memiliki sistem imunisasi tubuh yang lebih tinggi berbanding golongan darah jenis lain
Mudah mengadaptasi berbagai makanan
Untuk mengatasi tekanan, disarankan melakukan aerobik
Dianjurkan untuk mengambil makanan berprotein tinggi dan rendah karbohidrat, seperti daging, buah-buahan, ikan, sayuran
Berisiko terkena radang dan kerosakan organ seperti arthritis jika makanan yang diambil tidak bersesuaian

Menu diet yang dianjurkan:
Sarapan: Dua potong roti bakar lapis mentega dan sebiji pisang
Snek: Teh herba
Makan tengahari: Sepotong daging panggang, salad bayam dan epal
Snek: Sepotong kuih
Makan Malam: Sepotong daging lembu dan asparagus yang direbus, kentang rebus, buah-buahan dan teh herba
......................................................................................................................

Hasil kajian yang dilakukan oleh Dr. Peter J.D’Adamo ini adalah suatu yang baru dan masih terdapat pertikaian daripada pakar pemakanan. Justeru, tidak melihat kepada jenis darah, apa yang lebih utama adalah mengamalkan pemakanan yang sihat.
 
Pemakanan sihat hakikatnya adalah mengenai memenuhi keperluan pemakanan harian dan pada masa yang sama, mengelakkan kekurangan atau berlebihan zat yang boleh menyumbang kepada risiko penyakit yang berkaitan dengan pemakanan tanpa mengira jenis darah individu.
 
Ia meliputi membuat keputusan yang bijak tentang apa jenis makanan yang harus dimakan dan bagaimana mengamalkan tabiat makan yang sihat.
 
Justeru, terpulanglah kepada anda sama ada ingin mengadaptasi saranan Dr. Peter J.D ‘Adamo ataupun tidak.

sumber dunialelakimaskulin.net

[GR TUTO-REAL] NAK MASUKKAN WATERMARK DALAM GAMBAR SECARA ONLINE PERCUMA

OK SELAMAT PETANG SEMUA :)

Petang ni rajin sikit nak share, mungkin dah biasa tapi sharing is caring kan, so tak salah la..hehehe

Banyak yang suka letak gambar-gambar kat blog kan, pastu taknak orang curi gambar kita tu terutama yang ada nilai sentimental mesti nak letak watermark kan. Ala tulisan kat gambar kita tu la

Ok...mungkin ada yang guna PhotoScape, ada yang muat turun software2 tertentu. Apa kata kalau dah ada talian internet tu korang guna je software online, tak yah duk susah muat turun software tu.

Korang leh guna dan buat watermark seperti di web sebelah-------->>UMARK ONLINE

Mudah je, ikut step yang diberikan dan siap. Tak sampai 2 minit pon.
Selamat mencuba yea

[GR SUKAN] PILIHAN NAJIB TEWAS ; SENTIMENTAL NAJIB TERKANDAS


 
PIALA DUNIA FIFA 2014 membawa duka buat PM kita la gamaknya ye tak. Kenapa? Sebab kedua-dua pasukan dekat di hati beliau dah kena humban balik awal..hahahahaha
 
Juara Dunia 2010, Sepanyol yang merupakan pasukan pilihan beliau lebih memilukan apabila memulakan perlawanan dengan dibelasah Belanda 5-1 sebelum diaibkan pula Chile 2-0 dalam perlawanan kedua sekaligus menjadikan mereka sah terkeluar dari pesaingan ke pusingan kedua.
 
England pula pasukan yang sentimental bagi Najib tewas 2-1 kepada Itali dan tewas lagi 2-1 kepada Uruguay menjadikan team tersebut juga bakal mengikut jejak langkah Sepanyol.
 
Apa perasaan beliau melihat kedua-dua pilihannya terkeluar dari pesaingan seawall pusingan pertama?
Pasukan mana pula menjadi pilihan PM kita selepas ini? :)
 
Tiki Taka teka teki...

Jumaat, 13 Jun 2014

[GR SUKAN] JADUAL PERLAWANAN PIALA DUNIA FIFA BRAZIL 2014 WAKTU MALAYSIA


[GR SUKAN] WC2014~ BRAZIL 3-1 CROATIA

SAO PAULO: Budak poster Brazil, Neymar meledakkan dua gol sebelum Oscar melengkapkan jaringan ketiga yang menghadiahkan tuan rumah kemenangan dramatik 3-1 ke atas Croatia pada perlawanan pembukaan Piala Dunia, Kumpulan A di Corinthians Arena. 


Begitupun, jaringan kedua peribadi bintang Barcelona itu pada minit ke-72 menerusi sepakan penalti dianggap penuh kontroversi apabila pengadil dari Jepun, Yuichi Nishimura menyalahkan kapten Croatia, Dejan Lovren kerana menjatuhkan Fred sekalipun pemain itu dilihat sengaja merebahkan badan. 

Apa pun, jaringan pertama Neymar yang dianggap bintang harapan tuan rumah pada minit ke-29 jelas menjadi pencetus utama kebangkitan Brazil selepas Croatia terlebih dulu di depan hasil jaringan sendiri Marcelo pada minit ke-11. 

Selain menjadi gol pertama Piala Dunia kali ini, Marcelo yang juga tonggak gergasi Sepanyol, Real Madrid turut merakamkan rekod apabila bergelar pemain pertama dari Brazil yang meledak jaringan sendiri sepanjang kempen Piala Dunia. 

Jentera pertahanan Brazil nampak goyah apabila Ivica Olic mudah berjaya melepasi beberapa pertahanan lawan termasuk kapten, Thiago Silva, sebelum melepaskan sepakan lintang rendah yang dikuis Nikica Jelavic sebelum Marcelo menampannya ke gawang sendiri membuatkan penjaga gol, Julio Cesar sekadar terpaku. 

Namun, hasil gerakan cantik bersama Oscar, Neymar kembali mencetus riuh penyokong juara dunia lima kali itu menerusi gol pertamanya apabila rembatan rendah dari jarak 25 meter gagal dibaca penjaga gol, Stipe Pletikosa. 
Dan ketika Croatia terdesak memburu jaringan penyamaan, Oscar yang juga bintang Chelsea menampilkan magisnya apabila dengan mudah memperdaya tiga pemain lawan sebelum melepaskan rembatan yang tepat ke gawang lawan pada minit terakhir perlawanan. 

Dua gol Neymar pada perlawanan kali ini menambah jumlah jaringannya buat Brazil kepada 33 dalam 50 penampilan. 

Kemenangan turut meredakan sedikit ketegangan yang melanda negara Amerika Selatan itu sebelum kejohanan terulung itu bermula apabila berlaku beberapa siri rusuhan keganasan yang membantah wang yang digunakan kerajaan bagi menganjurkan Piala Dunia. - Reuter

Selasa, 10 Jun 2014

[GR PIC] OPTIMUS PRIME DARI FILEM TRANSFORMERS DIKITARSEMULA



FUHYOOO...MENGANCAM...TERBAIKKKK..!!

hasil seni dari barangan terbuang siapa sangka mampu mendirikan sebuah Optimus Prime. 
NAK SERIBU DAYA KAN :)

[GR SUKAN] BEGITULAH KESUDAHAN API PERJUANGAN SKUAD HOKI NEGARA DI PIALA DUNIA 2014


AKHIRNYA hanya penentuan tempat ke 11/12 menjadi noktah perjuangan skuad campuran senior junior bimbingan Dharmaraj DI KEJOHANAN PIALA DUNIA HOKI 2014 BELANDA.

Semangat dan kejutan yang amat diharapkan mampu dipamerkan di kejohanan tersebut sebagai pasukan underdog yang mencipta beberapa kejutan dalam kejohanan sebelum Piala Dunia gagal menghadirkan gerun dan menyuntik semangat dan mental pemain, tiupan semangat Malaysia Boleh dari penontotn Malaysia yang hadir juga tidak mampu diresap para pemain. Kesudahannya Malaysia tewas kesemua perlawanan kumpulan.

Sebagai pasukan paling lemah sememangnya tiada harapan diletakkan atas skuad ini namun peminat yang sudah lama menanti kelibat skuad hoki terbaik di Asia Tenggara ini mampu sekurang-kurangnya memberikan saingan sengit dan mempamerkan kejutan tersendiri sebagaimana sewaktu menjadi tuan rumah pada tahun 2002

Namun mungkin kerana matlamat yang diletakkan hanya untuk layak beraksi di kejohanan utama ini atau mungkin juga para pemain telah mencapai kemuncak dan klimaks prestasi sebelum kejohanan ini menyebabkan rata-rata pemain mempamerkan aksi hambar tidak seperti kebiasaan. Atau mungkin juga pemilihan skuad terakhir tidak kena? Atau mungkinkah terdapat percakaran yang masih ada antara senior dan junior?

Tiada siapa yang tahu dan kita harap skuad hoki kembali perkasa di masa akan datang

[GT TUTO-REAL] CONVERT YOUTUBE KE MP3 ONLINE & PERCUMA

ADUHH...sekarang ni susah betoi la kan nak dapat lagu mp3, nak beli kekadang tu cam xberbaloi ja, bukan semua best pon lagu dalam CD tu. Kekadang tu boleh tengok kat Youtube tapi tak leh nak download dari Youtube, lagipon bukan nak format FLV ke pe, cuma nak suara je.

Ok..ok...kita settlekan prob tu sama-sama ok. Yang pernah admin guna nak convert ke format MP3 dari Youtube senang je. masuk je web ni ===>  YoutubeMp3 (klik je link tu)

Bila dah masuk laman tu, ada ruang kosong dia tinggal atas butang Convert Video. 
Betoi tak?

Ok pi dekat Youtube , buka video yang korang nak kat Youtube then copy URL video tu then paste ke ruangan kosong tu

Then klik button Convert Video

Akan keluar lepas tu kotak hujau muda di atas dengan bertulis Video successfull convert to mp3. Ada Tajuk mp3, dan panjang masa mp3.

Di bawah semua tu ada link download bewarna biru, juz klik perkataan download tu dan tunggu sehingga siap dimuatturun

Selamat mencuba..!!

contoh preview

Isnin, 9 Jun 2014

[GR SANA SINI] JOM KE AGROFEST PENANG 2014


NI  dia sambutan agrofest peringkat negeri Pulau Pinang. Sapa berkesempatan boleh la singgah mai nooo

sumber: FB Page Komuniti ANAK Penang

[GR ANIMASI] FROZEN~ LAGUNYA MENJADI SIULAN RAMAI DENGAN ALIHBAHASA KE 25 BAHASA


LAYAN video di atas, terbaik laa...apabila kesemua 25 bahasa yang telah dialaihkan dalam lagu  Let It Go, lagu dalam animasi FROZEN dikumpulkan dan disatukan dalam satu video. Menarik...!!

Apatah lagi terdapat juga yang dialihbahasakan dalam Bahasa Melayu yang dinyanyikan oleh Marsha turut disatukan. Lagu dalam animasi ini sememangnya menjadi kegilaan dan fenomena. Baik kanak-kanak hingga dewasa sukakannya

Oh ya bagi yang nak layan versi Bahasa Melayu boleh tgk video di bawah ok :)



LIRIK LAGU BEBASKAN VERSI BAHASA MELAYU
Nyanyian : Marsha Milah

Bebaskan bebaskan

Tak dapatku pendam lagi
Bebaskan bebaskan 
Mulakan hidup baru

Salju putih menutupi malam

Tiada jejak yang terlihat
Kerajaan yang terasing dan akulah ratunya
Hembusan bayu bak gelora jiwaku
Puasku cuba tuk memendamnya

Jangan sampai mereka tahu

Harus menjadi yang diharapkan
Lindungilah yang sebenar
Kini aku

Bebaskan bebaskan

Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Tidak seperti duluDi sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku

Kini dapatku lihat jelas dari kejauhan

Ketakutan terpendam telah dapat ku lepaskan
Diatas kedinginan ku bernyawa lagi
Kisah silam ku lepaskan tak mungkin ku sesali

Bebaskan bebaskan

Tak mampu bertahan lagi
Bebaskan bebaskan
Ku cuba sedayaku
Di sini berdiri megah
Bebaskan bebaskan
Kedinginan tak pernah menggangguku

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...