KEBANYAKAN mereka dikenali sebagai fashionista..gaya feseyen mereka sentiasa diikuti oleh peminat-peminat. Namun walau kini mereka sudah berhijab ianya tidak sesekali menghalang artis-artis ini untuk terus berfesyen
SITI NURHALIZA
Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia yang bersuara emas ini. Mula berhijab sepenuhnya pada awal tahun lalu, Siti dilihat semakin ayu dan menawan berbanding hanya mengenakan tudung pada sebahagian kepalanya. Bijak bergaya dengan fesyen-fesyen terkini, penggayaan hijabnya penuh variasi mengikut kesesuaian majlis dan situasi dan baru-baru ini melancarkan koleksi tudungnya hasil kerjasama bersama Ariani.
NATASHA HUDSON
Pelakon kacukan berusia 31 tahun ini semakin selesa dengan kerjaya barunya sebagai seorang pereka fesyen busana muslimah di bawah jenama Dream Cloud by NH. Isteri kepada Carleed Khaza ini juga telah dilantik sebagai duta terbaru produk kecantikan Aura White bersama Amyra Rosli yang menggantikan duta sebelum ini iaitu Hanez Suraya. Natasha yang merupakan seorang model semestinya lebih tahu bagaimana untuk bergaya semenjak mengenakan hijab.
IRMA HASMIE
Walaupun sudah bergelar seorang
ibu kepada anak lelakinya Irfan, namun dirinya masih kekal jelita dan
pakar dalam menjaga kecantikan. Jadi tidak hairanlah mengapa Irma
dilantik sebagai jurucakap bagi produk kecantikan jenama Radiglow.
Mengikuti jejak langkah selebriti bertudung lain, Irma juga turut
membuka perniagaan berasaskan fesyen muslimah berjenama Debumas yang
menampilkan koleksi jubah ringkas namun tetap menawan. Irma kini sedang
sarat mengandung anak keduanya dan dikhabarkan bakal mendapat bayi
perempuan yang dijangka bersalin pada 18 Julai depan.
HELIZA HELMI
Bekas finalis rancangan realiti
Akademi Fantasia musim kelima ini semakin sepi dalam karier nyanyiannya
dan lebih menumpukan kepada syarikat miliknya Heliza Helmi
Entertainment. Peka dengan perkembangan bisnes muslimah yang semakin
mendapat tempat di negara, Heliza turut melibatkan diri di dalam arena
fesyen dengan menubuhkan jenama Falah Abiyana yang menampilkan rekaan
terkini khas buat wanita Muslim di luar sana.
AYU RAUDHAH
Pemilik nama sebenar Raudhah Che
Wan ini tidak kurang hebatnya dalam bergaya walaupun sudah bertudung.
Isteri kepada pemain bola sepak ATM iaitu Zaquan Adha ini memang sudah
dikenali dengan imej wanita ayu bertudung sejak popular dengan drama
hebat "Nur Kasih" lakonan bersama Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz
Fairuz. Ayu juga turut menjadi model dalam memperagakan koleksi hijab
milik butik kakaknya aktres Rozita Che Wan iaitu Padusi Couture.
DIANA AMIR
Isteri kepada bekas pensyarah
UiTM Merbok Kedah, Mohd Habibullah A Rahman ini sememangnya cantik dan
anggun ketika di awal penghijrahannya untuk memakai tudung. Kerjayanya
sebagai seorang pelakon dilihat telah pun berkurangan semenjak
mendirikan rumah tangga dan mula berjinak-jinak menjadi pengacara untuk
rancangan "SIS" yang bersiaran di TV9. Selain itu, Diana juga sudah mula
mengeluarkan jenama busananya sendiri yang menggunakan namannya iaitu
Diana Amir Exclusive (DA'e).
SHILA HAMZAH
Penyanyi yang sedang memuncak
kerjayanya di persada muzik China masih kekal dengan imej berhijabnya
walaupun hidup di negara orang. Sejak mengenakan hijab, Shila dilihat
semakin bergaya dan hebat dalam mensuai padankan pakaiannya agar lebih
kelihatan ranggi dan moden. Walaupun pernah dihimpit kontroversi akibat
seluar leggingnya yang menyerupai warna kulit, namun anak sulung kepada
penyanyi N.D Lala ini semakin peka dengan pemilihan hijab dan pakaiannya
kini.
YATT HAMZAH
Lebih dikenali sebagai Yatt atau
nama sebenarnya Haryati Hamzah ini bijak dalam menggayakan hijab dan
busana rekaannya yang dijual dengan label Suci by Yatt Hamzah. Selain
sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengacara, Yatt juga kerap
dijemput sebagai panel undangan di forum dan majlis agama. Walaupun,
sudah bertudung litup dan berhijrah, Yatt masih pandai bergaya dan
kelihatan manis dan cantik.
Kredit: Yahoo!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan