Teh ais sepertinya memang menjadi kegemaran ramai dan iannya mudah untuk
kita temui baik diwarung pinggir jalan hingga restoran mewah pun
menyediakan teh ais sebagai salah satu menu minumannya.
Tahukah anda, disebalik kenikmatan dan kebaikan teh yang diperkatakan
itu, teh ais menyimpan potensi yang membahayakan kesihatan. Sebuah
kajian yang dilakukan oleh Loyola University Chicago Stritch School of
Medicine menunjukkan bahawa kekerapan mengambil teh ais secara
berlebihan boleh meningkatkan risiko menderita penyakit batu karang.
Seperti dipetik dari akhbar Times of India, teh ais mengandungi kuantiti dan konsentrasi tinggi oksalat (oxalate acid), salah satu bahan kimia utama yang membantu dalam pembentukan batu karang.
“Bagi mereka yang memiliki kecenderungan sakit batu ginjal, teh ais secara jelas menjadi minuman terburuk,” kata Dr John Milner, pembantu profesor di Department Urology, yang turut membantu dalam kajian itu.
Milner mengatakan, teh panas juga sebenarnya menyimpan kesan buruk yang sama. Hanya saja, penyediaan dan penyajian teh panas biasanya lebih sedikit kuantitimya. Secara logiknya pula , orang meminum teh panas tidak akan sebanyak bila meminum teh ais. Sangat jarang orang mengambil teh panas ketika haus. Berbeza dengan teh ais, di mana banyak orang sanggup meminumnya lebih dari segelas ketika haus dan cuaca panas.

Oleh sebab itu, Milner menyarankan agar mereka ini menggantikan
pengambilan minuman itu dengan air kosong, atau mencampurnya dengan
limau. “Limau kaya dengan kandungan citrates, yang dapat menghambat
pertumbuhan batu karang,” kata Milner.
Batu karang adalah kristal kecil yang terbentuk dari mineral dan garam yang biasanya ditemui dalam peluh, ginjal atau saluran kencing. Mineral tak terpakai itu umumnya akan keluar dari tubuh bersama urin, tetapi dalam keadaan tertentu boleh mengendap dan membatu di dalam saluran kencing.
Para pengkaji juga menyenaraikan sejumlah makanan lain yang berpotensi mendatangkan bahaya kesihatan. Mereka antara lain menyenaraikan: bayam, coklat, kekacang, garam, dan daging.
Sebaiknya, pengambilan teh ais dan makanan-makanan itu diambil secara sederhana demi kesihatan ginjal. Sertakan pula pengambilan itu dengan makanan tinggi kalsium yang dapat mengurangkan oksalat dalam tubuh. Dan, tentu saja perbanyakkan meminum air kosong.

SUMBER: 1 KEDAI
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan