ZON TANPA MOTOSIKAL akan dilaksanakan di bandar-bandar besar bagi mengawal kes ragut dan kecurian oleh pihak polis, menurut Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar
Ianya mengikuti contoh bandar-bandar besar di negara lain agar masyarakat rasa lebih selamat ketika di bandar. Tak pasti pula kebenaran ini kerana setahunya semakin banyak negara yang setuju mengehadkan jumlah kenderaan besar seperti kereta di bandar-bandar besar untuk mengelakkan kesesakan serta mengawal pencemaran udara. Motosikal dan basikal kini menjadi pilihan alternatif. Namun sebaliknya pula bagi Malaysia
Menurut beliau lagi 90% jenayah jalanan dilakukan mereka yang bermotosikal. Ummhhh..Praktikal ke langkah ni. Penjenayah ni sebenarnya lebih licik, adakah jika selepas ini mereka mengubah modus operandi mereka kepada kereta maka KPN nak menghalang kereta pula dari memasuki bandaraya besar di negara ini
Takkan jika bank sering kali menjadi lokasi rompakan maka bank-bank ini perlu ditutup.
Bukan semua yang menunggang motosikal itu penjenayah, bukan semua bermotosikal itu mat rempit. Motor tidak salah tetapi mereka yang melakukan perbuatan itu yang menjadikan motor sebagai pengangkutan yang salah.
.........................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P
"Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Tiada ulasan:
Catat Ulasan