Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 28 Julai 2011

85 000 HABIS !!!

MACAM xpercaya pon ada...tp 2 la kenyataannya. 85000 tiket Perlawanan Kedua Pra Piala Dunia antara Harimau Malaya dengan Singa habis terjual hanya dalam dua hari sahaja. Tiada lagi tiket tembahan utk peminat yg nak menyaksikan perlawanan malam ini di stadium.....

Walaupun ada ura2 mengatakan ulat mengambil kesempatan membeli tiket banyak utk dijual dengan harga tinggi malam ini, tapi saya xyakin sampai berpuluh ribu tiket dibeli ulat. Mungkin ada tapi tidak banyak. Yang banyaknya adalah peminat Harimau Malaya!!! Peminat yg dahagakn kemenangan mutlak Malaysia malam ini ke atas Singapura

Ayuh!!! Ayuh semua pejuang Harimau Malaya yg akan beraksi di padang malam ini.Lihatlah sokongan padu peminat anda. Walaupun anda tewas 5-3 di kota Singa namun sokongan tetap tidak berbelah bahagi. Tiket tetap habis!!! Ayuh kita catatkan sejarah..Tumbangkan Singa malam ini.Jangan biarkan pasukan yg tidak bagus ini (hanya tahu mengimport pemain sahaja) melangkah ke pusingan ketiga. Peminat telah menunjukkan sokongan padu!! Peminat masih meletakkan harapan yang amat tinggi utk kita menang malam ini. Peminat mengharapkan kita berjaya membolosi Singa..Jika tidak 2..biarlah 3..4...5...atau 6 gol kita ledakkan!!! Tiada yang mustahil.kita telah buktikan pada malam itu di Kota Singa.3 jaringan kita mampu hasilkan..Itu tempat lawan..malam ini kita beraksi di tanah tumpah kita.Pasti jaringannya akan terus berganda.Kami peminat amat pasti ia akan berlaku!!!

Kami peminat hadir bukan sekadar untuk menonton..kami bukan sekadar untuk melepak membuang masa...kami hadir bukan untuk bergelak ketawa..kami hadir bukan untuk berkelah..Kami hadir dengan satu matlamat..Kami hadir utk memberi semangat kepada barisan 11 pemain dipadang. Kami tidak akan sesekali membiarkan pemain Singa senang menguasai bola.Kami akan mengaum sepanjang 90 minit. Kami akan pastikan pemain2 Singa kecut perut..menggelatar ketakutan..hatta import Singa pun kami akan kecutkan!!Biar singa import jadi ketidakteruan!!Ingat wahai Harimau Malaya..malam ini anda bukan sebelas orang shaja yg berjuang..Tapi kita akan berjuang bersama 85011 pemain akan bertarung !!! itu tidak dicampur lagi peminat yang tidak mendapat tiket..peminat yang menyaksikan di rumah...di kedai2 makan...dan di mana sahaja...Kita akan menjadi satu gelombang yg akan menelan Singa di bumi kita..Biar mereka tahu siapa kita!!

Buat barisan pertahanan..jangan mudah anda goyah..Jangan mudah anda melatah...Cuba bermain secara tenang..berfikirlah dahulu sebelum mengambil tindakan...Kami doakan anda tidak akan memberi ruang Singa membolosi kita!!!

AYUH HARIMAU MALAYA!!  KITA AMUK SINGA MALAM INI!!!


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...