Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 28 Julai 2011

TAKRAW:MASIA KECUNDANG AWAL SEBELUM FINAL

MALANG BUAT MALAYSIA... Walau menjadi tuan rumah pertama Piala Dunia Sepak Takraw 2011 namun kita gagal untuk menjadikan ianya satu yang bersejarah kerana gagal menjulang piala pertama berkenaan . Gagal memenangi kejuaraan bernmakna kita juga gagal menamatkan badi kekalahan kepada skuad Gajah Putih, Thailand.

Dalam perlawanan akhir yang menemukan Malaysia dengan seteru utama, Thailand, serta iringan sorakan penyokong Malaysia memenuhi seluruh pelosok gelanggang, kita gagal sekurang-kurangnya memberi saingan kepada Thailand dalam aksi final tersebut. Kita mudah ditewaskan, gagal menjawab segala rejaman tekong serta killer Thailand sehingga mengecewakan para penyokong yang hadir

Tapi jika kita lihat betul2, kita sebenarnya telah tewas awal dalam permainan tradisi kita ini. Kenapa? Iyelah, walau kita menjadi tuan rumah namun kita tidak dapat hak penajaan untuk peralatan permainan ini. Marathon, syarikat dari Thailand terus menguasai gelanggang penajaan. Baik bola hingga.ke jaring, semuanya Marathon

Itu satu. Yang menghairankan kita ialah apabila baju jersi negara yang digunakan dalam perlawanan termasuk perlawanan akhir ditaja oleh FBT,(kalau xperasan cuba tgk balik) sebuah lagi syarikat Thailand.Betul x?

Kita akhirnya sekali lagi gah sebagai tuan rumah namun gagal meraih takhta kejuaraan di bumi sendiri....!!!!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...