Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 27 Februari 2013

[GR PICS] KALAU DARAHNYA ARTIS.....



 Gambar-gambar di bawah ini dipercayai adalah gambar anak kepada seorang pelakon kacukan yang popular sekitar tahun 90-an.

Bermacam-macam aksi panas yang ditunjukkan oleh gadis yang berusia 17 tahun ini antaranya merokok dan bergambar mesra dengan seorang lelaki dengan hanya berbikini.
:p :p :p

...........................................



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SOFTWARE] FB Timeline Cover Bundle

  • 32 template facebook timeline cover
  • Mode: RGB color
  • Pixel Dimensions WxH : 851×315 pixels
  • Layered : Yes
  • Grouped : Yes
  • Resolution: 72 dpi
  • Easy modification shape / color and well organized
  • Change photos by replacing with Smart Objects! Couldn’t be easier!
  • Easy to edit text, free font used
KOLEKSI Timeline untuk Facebook anda secara profesional. Anda boleh sedut dan edit untuk dijadikan timeline anda.  Hanya menggunakan perisian Adobe Photoshop
Pro & cool beb!!
CREDIT: BUNTAI @ SYOK.ORG

MUAT TURUN FAIL>> KLIK SINI<<

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR PERSONALITI] MB KELANTAN?

Beliau Berumur 81 Tahun...

Dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka, Kota Bharu beliau merupakan anak kedua daripada sembilan orang adik-beradik. Hasil perkongsian hidup dengan isterinya, iaitu Tuan Sabariah Binti Tuan Ishak, beliau dikurniakan 10 orang cahaya mata (5 lelaki dan 5 perempuan).

Sebelum menjadi Menteri Besar, beliau adalah seorang guru agama yang aktif. Beliau pernah mengajar di Sekolah Menengah Agama Tarbiyyah Mardiah, Sekolah Menengah Agama Darul Anwar dan Sekolah Menengah Maahad Muhammadi yang kesemuanya terletak di Kelantan. Maka tidak hairanlah beliau lebih mesra dengan gelaran 'Tuan Guru' di kalangan rakyat Malaysia. Malah sehingga kini, beliau masih lagi aktif menyebarkan ilmu-ilmu Islam kepada masyarakat. Pada hampir setiap pagi, beliau akan menjadi imam kepada Solat Subuh dan kemudiannya memberikan kuliah ringkas di sebuah masjid yang terletak hanya beberapa langkah sahaja dari rumahnya.

Beliau sentiasa dikenali sebagai seorang Menteri Besar yang paling zuhud dan warak. Pada hampir setiap masa, beliau sentiasa dilihat dalam keadaan berjubah dan berserban. Beliau mengaku bersolat dalam keadaan gelap apabila berada di dalam pejabatnya kerana tidak mahu menggunakan duit kerajaan untuk kepentingan dirinya. Rumahnya pula hanyalah sebuah rumah kampung biasa seperti yang dimiliki oleh rakyat kebanyakan. Rumahnya tidak berpagar sama sekali dan tiada pengawal keselamatan yang diupah untuk menjaganya.

Pada tahun 2008, Gerakan Rakyat Anti Korupsi (GERAK) telah menganugerahkan beliau sebagai Menteri Besar yang memiliki rekod paling bersih di Malaysia. Anugerah itu diberikan sebagai menghargai usaha beliau menentang gejala rasuah sepanjang mentadbir Kelantan selama hampir 18 tahun.

Pada tahun 2009, beliau diletakan diantara 50 tokoh Islam berpengaruh didunia dan disenaraikan dalam buku berjudul "The 500 Most Influential Muslims".

Politik Beliau Yang Menarik yang Perlu Anda Semua Mengetauinya.
Pada pilihan raya umum Malaysia kali ke-12, beliau bersemuka dengan Datuk Dr Nik Mohd Zain Omar yang bertanding di atas tiket Barisan Nasional (BN) di kawasan DUN yang sama. Secara peraturannya, Beliau (PAS) sudah boleh menang tanpa bertanding pada hari penamaan calon apabila lawannya itu terlupa untuk menurunkan tandatangannya pada borang penamaan calon. Namun beliau tidak mahu menang dengan cara begitu lalu meminta calon BN itu menandatangani semula borang pencalonan tersebut. Keputusan pilihan raya kali ini menyaksikan Nik Aziz menang dengan majoriti undi yang lebih besar, iaitu 4,249.

Beliaulah Menteri Besar Kelantan Darul Naim iaitu Tuan Guru Dato' Bentara Setia Haji Nik Abdul Aziz Bin Nik Mat .

"SHARE" Jika Anda Kagum dengan Pentadbiran Tok Guru Kito ♥

"ISLAM DIJUNJUNG, KELANTAN TERSOHOR"


 Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 25 Februari 2013

[GR PIC] MENGAPA PERLU FITNAH?ELAKKAN!!



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] KONVENSYEN FIQH:POLITIK ISLAM SEMASA 2013


K-FIQH menganjurkan satu seminar yang akan membincangkan berkaitan isu politik semasa. Barisan panel yang cukup dikenali akan membentangkan buah fikiran masing-masing untuk dikongsi bersama anda dalam seminar sehari ini.
.........................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Ahad, 24 Februari 2013

[GR INFO] SIAPAKAH MELAYU CHAMPA?



PENGENALAN

Kaum Champa terdiri daripada 5 suku kaum utama dan tinggal di beberapa kawasan di Cambodia, Vietnam, Pulau Hainan, Thailand, Laos dan juga Malaysia. Pengkaji bahasa memasukkan bahasa kaum Champa ke dalam kategori Melayu-Polynesia dan lebih dekat lagi sebagai dialek yang mirip Bahasa Aceh, Utara Sumatera. Banyak juga perkataan bahasa Champa yang sama dengan bahasa Melayu seperti pengiraan dan nama-nama objek. 

SEDIKIT SEJARAH

Dalam pencapaian tamaddun ketika dahulu, kaum Champa telah menerbitkan naskah karya Melayu Tertua dalam Sejarah Dunia Melayu, yakni pada abad ke 4 masihi. Lantas teks Champa ialah 300 tahun lebih tua dari skrip Sumatera Utara yang telah ditemui oleh pakar arkeologi. Banyak lagi penemuan arkeologi kaum Champa sejak abad ke 2 masihi lagi.

Empayar Champa terletak di kawasan IndoChina di pinggir Laut China Selatan dan merupakan kaum pedagang dan pelaut handalan sejak Abad ke 3 sehingga tahun ke 19. Mereka berdagang pelbagai barangan yang dibawa dari seluruh pelusuk IndoChina - emas, perak, batu-batu permata, herba ubatan dan sebagainya. Kawasan asal penduduk Champa pada zaman moden ini dikenali sebagai VietNam. Tapi setelah serangan demi serangan oleh Kaum VietNam dari Utara dan Kaum Khmer dari Barat, maka Empayar Champa musnah. Pada tahun 1832, Empayar Muslim Champa dihancurkan terus oleh kaum pendatang ( VietNam ).

Di mana sahaja kaum VietNam bertapak di bumi Champa, Maharaja VietNam mengharamkan perkahwinan dengan kaum Champa. Malahan Maharaja VietNam mengarahkan pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum Champa. Sehinggalah ramai menjadi pelarian dan yang mana tak mampu melarikan diri, jadilah minoriti di bumi sendiri. Tak hairanlah mengapa berlaku pula pembunuhan beramai-ramai ke atas kaum VietNam yang mencecah 7 juta orang oleh Tentera Ganas Amerika pada abad 20an sebagai karma.

Kini hanya tinggal seramai 400,000 sahaja keturunan Champa di VietNam dan Cambodia.

Daripada 1.7 juta orang yang dibunuh tentera Khmer Rouge yang dikepalai oleh Pol Pot, puluhan ribu kaum Champa dibunuh. Dari 113 masjid di seluruh Cambodia, hanya tinggal 31 sahaja. Itupun pada zaman Pol Pot, mana masjid yang tidak musnah menjadi kadang babi, solat diharamkan dan dipaksa makan pada bulan Ramadan. Masjid-masjid yang terpencil, selamat.

KEPERCAYAAN / ANUTAN

Kaum Champa telah menganut agama Hindu pada awal-awal lagi sebelum wujudnya Empayar mereka. Kemudian mereka menganut agama Buddha selama 200 tahun kerana ikut perintah Raja. Selepas itu mereka menganut agama Hindu kembali. Kemudiannya, Raja dan ramai rakyat Champa memeluk Agama Islam dengan kedatangan sahabat-sahabat Rasulullah pada zaman Sayyidina Usman sebagai Khalifah di abad ke 7. Ia pada masa yang sama dengan kedatangan sahabat-sahabat ke China ketika Dinasti Tang.

Kini di kalangan kaum Champa ada 4 anutan utama:
1. Agama Islam (Sunnah Wal-Jamaah)
2. Agama Kaum Jumaat - solat seminggu sekali sahaja, yakni hari Jumaat sahaja. Berpuasa hanya 3 hari pada bulan Ramadan. banyak amalan dalam bahasa Champa.
3. Agama Cham Bani - mencampur-adukkan amalan agama Islam dengan mistik Hindu Brahma serta memanggil-manggil roh orang mati pada bulan Ramadan dalam masjid
4. Agama Hindu Balamon

HASIL LAWATAN MELAYU MALAYSIA KE CHAMPA

Dengan lawatan demi lawatan Umat Islam Malaysia ke Cambodia, semakin ramai dari golongan Kaum Jumaat dan Cham Bani menjadi teruja dan terpengaruh untuk mendekati Islam yang sebenar. Anak-anak mereka dapat pergi ke sekolah-sekolah agama di Cambodia yang ditaja dari bantuan wang ringgit orang Malaysia. Ada juga yang datang ke Malaysia untuk belajar Agama Islam lebih lanjut lagi. Kesannya cukup baik kerana sekembalinya mereka ke kampong halaman masing-masing, mereka mendakwah pula penduduk di situ.

Saya pasti orang Malaysia yang melawati Cambodia bukan hanya membawa buah tangan sahaja, tetapi juga dengan senyuman manis, aura keikhlasan yang dapat dirasai, ilmu manfaat serta akhlak terpuji. Itulah ciri-ciri pendakwah sebenar yang juga telah dapat memikat hati Kaum Champa pada zaman kedatangan sahabat-sahabat Rasulullah lagi. Begitu besar pahala dan berterusan pula sehingga ke liang lahad.

Jika sesiapa ingin mengetahui serba-sedikit mengenai kaum Champa di Cambodia dan Vietnam, video-video link di bawah ini mungkin dapat memberi sedikit gambaran am.

Semoga artikel ini membuka mata dan dapat memberi bermanfaat.




sumber forum SIM


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 21 Februari 2013

[GR FILEM BARU] WAWA SEMPUT 2013 (MALAY)



::INFO::
Source: Wawa Semput (2013) PPVRip AVI/MKV/RMVB-KURYU
Encoder: Kuryu
Ripper: Jie Azz
Genre: Comedy
COuntry: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: English
PLOT MOVIE
Bobby and Wawa’s love conflict in “Adnan Sempit” has not yet seen its end. Their story continues in this comedy-action film that has Bobby and Wawa facing the biggest challenge in the relationship when Bobby accuses Wawa of being unfaithful to him with Ismat. Wawa, who is also fed up with Bobby’s hooligan act, decides to break up with him and return to her hometown. Even when Bobby comes to his senses and begs her to come back, Wawa is unmovable, and allows Ismat to whisk her back. Bobby, not to be outdone, also travels to her village, which results in various competitions of sorts between the two in order to win Wawa’s heart. Meanwhile, the love triangle faces its share of obstacles in the form of Pak Kudin, Wawa’s father and Ayuni, Wawa’s best friend who falls for Ismat. What will happen to this tangled mess of a relationship?
 
nak muat turun cerita ini? KLIK LINK DI SEBELAH >> MAUT TURUN << 
 
..........................................................................................





Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SEMASA]6.5% DIVIDEN KWSP-TERTINGGI SEJAK TAHUN 2000

Dividen EPF Malaysia 2012 : Apa yang kami perhatikan satu demi satu berita kenaikan demi kenaikan dividen dan bonus bagi Tahun 2013 yang kedengaran. Sehinggakan ada yang mengatakan alangkah baiknya diadakan Pilihanraya Umum setiap tahun, sesuatu yang tidak mungkin berlaku. Sehingga begitu sekali harapan sebilangan rakyat Malaysia? 

Jikalau berita pengumuman dividen EPF Malaysia pada tahun lepas dikatakan yang tertinggi, tetapi pengagihan dividen EPF 2012 lebih tinggi daripada itu.>>BACA LAGI

...............................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SEMASA] 15 FEBRUARI 2013 - TARIKH KERAMAT KENAIKAN INSURANS KENDERAAN

Pekeliling telah pun diedarkan kepada semua pengendali & agen-agen Insurans sejak minggu lepas lagi. Ini kerana bermula hari ini, insurans kereta, dan kenderaan lain akan dinaikkan bermula hari ini (15 Februari 2013) >> LAGI BERITA

..................................................................................................


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Sabtu, 16 Februari 2013

[GR FILEM BARU] JUVANA THE MOVIE ( 2013/MALAY)


MUAT TURUN FAIL? KLIK SINI <<

:INFO::
Source: Juvana The Movie (2013) SDTVRip MKV/RMVB-KURYU
Encoder: Kuryu
Ripper: Mae@TeamHaNNa
Genre: Action | Drama
Runtime: 90 min
Country: Malaysia
Language: Malay
Subtitle: None
PLOT MOVIE
Picking up a few months after the end of the TV drama series “Juvana”, Daim is freed from the juvenile centre after being found not guilty of murdering his mother. He tries to lead a normal life in the outside world, but finds that it is vastly different from life in juvenile prison. Daim begins to attend high school in hopes of finishing his SPM. He also finds a job at the brick factory to support himself. However, in school, he is bullied by the other students and does not have any friends besides Sara. Further, the school guard who knows about his status as an ex-juvenile convict is always watching him. Everything that goes wrong in school is blamed on Daim as well
...................................................................


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR FILEM BARU] CZ12(2013) JACKIE CHAN

MUAT TURUN FAIL>>KLIK SINI



Source: Chinese Zodiac (2012) HDTV 720p MKV-KURYU
Encoder: Kuryu
Genre: Action | Adventure
Runtime: 120 min
User Rating: 6.3/10 from 496 users
Country: Hong Kong | China
Language: English | Chinese
SUbtitle : English | Chinese
IMDB Link: http://imdb.com/title/tt1424310/


PLOT MOVIE
A man searches the world for a set of mystic artifacts – 12 bronze heads of the animals from the Chinese zodiac

....................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 14 Februari 2013

[GR BINCANG] BENARKAH MELAYU SUBSIDI;MELAYU PEMALAS?


 

Bukan semua Melayu, tapi segelintir Melayu. Ramai juga Melayu yang rajin, tapi susah nak cari sekarang ini. Semalam saya pergi ke Batu Caves, bukan menghadiri upacara keagamaan, tetapi menghadiri kenduri kahwin saudara saya. Dalam perjalanan pulang, kami melalui lebuhraya selepas Batu Caves, kelihatan petani Cina tua sedang bercucuk tanam sayur di tanah rizab TNB, di bawah talian voltan tinggi. Mereka yang rajin, akan nampak tanah di mana-mana sebagai rezeki, walaupun bukan tanah miliknya.

Tapi berbeza sebaliknya apabila balik di Rembau, tanahnya banyak, luas, lebar tapi orangnya pemalas terutama golongan belia, walaupun ada belia yang rajin, tapi boleh dibilang dengan jari. Ramai kawan-kawan saya dari Rembau yang mengakui hakikat tersebut, nak cari kontraktor baiki rumah di kalangan belia Melayu di Rembau amat susah, akhirnya terpaksa mencari kontraktor Indonesia.

Bukannya tak nak tolong orang Melayu kata mereka, kalau diberi kerja, lambat siap, tak siap-siap, walaupun modal dah diberi.

Begitu juga yang dapat projek bela lembu, bela ikan, bela ayam, bela kambing. Pengalaman bertani tak ada, pengalaman bercucuk tanam tak ada, pengalaman berniaga tak ada, tapi sentiasa saja mencari peluang untuk dapat dana dari kerajaan. Akhirnya lembu entah ke mana, ayam entah ke mana.

Bukan tak ada Melayu yang rajin, ada, tetapi mereka ini selalunya tidaklah sentiasa mengharapkan bantuan kerajaan.

Agensi kerajaan sepatutnya turun padang kenal pasti peniaga sedia ada, petani sedia ada, penternak sedia ada yang boleh dibantu untuk mengembangkan usaha mereka.

Contohnya seperti seorang pemuda Melayu di pekan Chengkau yang buka warung burger. Saya sering berbual dengannya. Dulu dia kerja bengkel besi dengan orang di Senawang. Bila bengkel besi tersebut tutup, dia pun balik kampung. Akhirnya dia mengambil keputusan jual burger dengan hasil usaha sendiri.

Saya tanya dia, tak ada minta bantuan kerajaan ke. Dia kata, dia tak tahu pun ada bantuan kerajaan, dan dia pun rasa tak perlu minta bantuan. Saya kata pada dia ada banyak bantuan kerajaan, melalui JKM, 1Azam, Baitul Mal, Pejabat Belia dan sebagainya, tak ada sesiapa ke yang datang tawar bantuan? Katanya tak ada pun.

Bandingkan seorang pemuda Melayu yang yakin dengan rezeki Allah, boleh hidup berdikari dengan ramai pemuda Melayu lain yang sentiasa minta bantuan kerajaan tetapi tidak ramai yang berjaya.

Saya bercakap bukan atas dasar parti , ini adalah hakikat.

Kerana perkara yang sama juga saya perhatikan berlaku kepada penyokong Pakatan Rakyat, tidak semua, tetapi ada.

Contohnya untuk buat kertas kerja mohon bantuan kerajaan, masih ramai penyokong Pakatan Rakyat, bahkan ada Ketua Cawangan, AJK Cawangan, pimpinan kawasan , pimpinan surau mengharapkan YB dari Pakatan Rakyat atau Pejabat YB untuk menguruskan perkara remeh temeh ini.

Walhal perkara ini boleh dilakukan oleh sesiapa jua.

Contoh seperti nak sokong surat permohonan bantuan, sepatutnya boleh ditandatangan oleh Pengerusi Surau atau Taman, mereka nak juga pergi jumpa wakil rakyat.

Bukan tak boleh terima subsidi, biasiswa, bantuan dan sebagainya, tapi kita perlu yakin rezeki itu dari Allah. Malu rasanya sebagai orang Islam, diberi Allah tanah yang subur, badan yang sihat, akal yang cerdas tetapi masih tidak menggunakan sepenuhnya untuk mencari rezeki.
SUMBER- FORUM SAHABAT INTERAKTIF MALAYSIA (SIM)
................................................................................

Kenyataan di atas dibuat oleh seorang sahabat di dalam sebuah forum untuk mendapatkan respon dan berbincang berkaitan tajuk berkenaan. Pada pandangan anda, benarkah kenyataan tersebut?



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[ GR GELIHATI] TAUKE KELAB MALAM NAK TOLONG BANTERAS MAKSIAT?

Penyanyi Awie ketuai kempen banteras maksiat

Pertubuhan Islam Gabungan Amal (Pertiga) hari ini mengambil inisiatif menubuhkan pusat media bagi membantu pihak berkuasa membanteras gejala sosial di Pulau Pinang.

? Timbalan Presidennya Azhar Othman atau penyanyi dan pelakon terkenal Awie berkata menerusi pusat media berkenaan, pertubuhan itu akan membongkar aktiviti tidak bermoral seperti kegiatan lumba haram, aktiviti perjudian tidak berlesen dan maksiat.

Katanya maklumat termasuk bukti bergambar mengenai kegiatan tidak sihat itu akan disalur kepada pihak bertanggungjawab untuk tindakan selanjutnya.
>> BERITA LANJUT


...........................................................................
 Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR NEWS] Kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan ITP (RM450), Elaun Sara Hidup COLA (RM300) & Penginapan (RM200) 2013. Pengumuman Sebelum PRU Ke 13


Elaun Tetap Perumahan 2013 : Akhirnya, pihak Cuepacs telah pun menghantar kertas cadangan berkaitan dengan tuntutan majoriti kakitangan awam yang mahukan kenaikan elaun kakitangan awam seperti Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dipercepatkan. Cuma ada sedikit perubahan pada angka yang dituntut berdasarkan kertas cadangan kali ini apabila kami semak semula laporan berita sebelum-sebelum ini :
Jikalau berdasarkan kenyataan Omar Osman sebelum ini (DI SINI), Cuepacs mahu menuntut Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) sekitar RM480. Kali ini angka ada sedikit berkurangan untuk semakan terakhir sebelum dimuktamadkan : >> LAGI BERITA

...................................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 12 Februari 2013

[GR BERITA] PELANCARAN VESPA LIMITED EDITION: RM11 388


 Naza Premira secara rasminya telah melancarkan Vespa LX150 Apple Edition di Vespa 3S Centre in PJ baru-baru ini. Harga yang ditawarkan di atas jalan  hanya RM11,388!!

Fuhyooooo...RM11,388 je..hehehe

Namun berita gembiranya untuk Tahun baru Cina, ianya diperkenalkan dengan harga promosi iaitu hanya RM8,888 (angka ong kot tu) untuk Vespa LX150 standard. Tawaran berakhir 28 Februari ini.

Vespa ini juga dilancarkan dengan slogan yang agak menarik. Nak tahu?slogan tersebut “Chi Vespa mangia le mele” (If you ride a Vespa, you take a bite out of the apple).


..................................................................................................



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] JADUAL LIGA JUARA-JUARA EROPAH PUSINGAN KEDUA

Pusingan kedua(Round of 16, 1st leg)

13 Februari 2013(Rabu):
Celtic vs Juventus
Valencia vs PSG

14 Februari(Khamis):
Shakhtar vs Dortmund
Real Madrid vs Man.United

20 Februari(Rabu):
Porto vs Malaga
Arsenal vs Bayern

21 Februari(Khamis):
Galatasaray vs Schalke
Milan vs Barcelona

Pusingan kedua(Round of 16, 2nd leg)

6 Mac(Rabu):
Man.United vs Real Madrid
Dortmund vs Shakhtar

7 Mac(Khamis):
PSG vs Valencia
Juventus vs Celtic

13 Mac(Rabu):
Schalke vs Galatasaray
Barcelona vs Milan

14 Mac(Khamis):
Malaga vs Porto
Bayern vs Arsenal

Suku akhir pada 3/4 April dan 10/11 April 2013.
Semifinal pada 24/25 April dan 1/2 Mei 2013.
Perlawanan akhir/final pada 26 Mei 2013.



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR PICS] OH NORA DANISH





Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] PISANG OH PISANG

Khasiat Pisang Dari Sudut Kesihatan.

Tahukah anda pisang mempunyai pelbagai khasiat dan pisang sangat bagus untuk penghadaman tubuh badan. Selain itu juga kulit pisang pun ada khasiat yang tersendiri. Kulit pisang boleh di jadikan masker untuk muka atau tangan supaya dapat melembutkan dan melicinkan kulit.

FAKTA


  • Darah tinggi dan strok - pisang membantu menurunkan tekanan darah tinggi kerana kandungan potasiumnya yang tinggi.


  • Kolestrol - pisang rendah dari segi kalori lemak dan sodium yang membantu merendah kolestrol.


  • Cirit-birit - potasium dan magnesium yang terkandung di dalam pisang amat sesuai merawat orang yang mengalami cirit-birit.


  • Anaemia - anaemia ialah penyakit kurang darah. Oleh kerana pisang kaya dengan zat besi, ia boleh merangsang penghasilan haemoglobin di dalam darah.


  • Kemurungan - orang yang sedang murung lebih cepat ceria apabila makan pisang. Ini kerana kandungan sejenis protein membantu kita menjadi tenang.


  • Pening-pening - cara paling cepat merawat rasa pening-pening ialah dengan meminum minuman susu pisang kocak (banana milkshake) yang dicampur madu. Minuman ini bukan sahaja merawat malah sedap.


INFO


  • Pisang yang paling sesuai dimakan untuk menjaga kesihatan ialah pisang yang masih ada warna hijau di hujungnya.


  • Disebabkan permintaan dunia terhadap pisang terlalu tinggi, banyak hutan rimba telah diteroka dan dibersihkan untuk dibuka ladang penanaman pisang.


  • Jika anda digigit nyamuk, cubalah gosokkan bahagian dalam kulit pisang pada tempat yang digigit.


  • Pisang boleh diberi pada bayi seawal usia tiga bulan sebagai makanan pejal kerana mudah dihadam.

 Rakan1klik.blogspot

 :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR KESIHATAN] AWAS!! Cara baru virus HIV merebak di sekeliling anda




Gambar Hiasan
Bismillahirrahmanirrahim, Berikut adalah artikel yang perlu diambil perhatian sekiranya anda belum membacanya. Sila baca artikel berikut mengenai orang yang HIV positif seronok menyebarkan virus HIV. Ianya pernah ke udara di dalam Televisyen Thai di mana pesakit HIV ditangkap & didakwa, tapi apa gunanya, beliau telah merosakkan ramai orang awam yang tak berdosa. Jadi sila berhati-hati...Beberapa tempat berbahaya dan kebarangkalian menemui jarum penyuntik yang telah digunakan penagih:

1) Di kawasan pantai. Apabila anda berjalan di pantai sila pakai selipar atau kasut, ada penagih dadah yang melakukan aktiviti di tepi pantai dan menimbus jarum penyuntik di dalam pasir. Penyuntik ini kemudiannya terdedah akibat ombak.

2)Di kawasan permainan kanak-kanak. Satu lagi kawasan pilihan penagih. Terdapat kes di Australia di mana kanak-kanak yg tak berdosa telah tercucuk jarum penyuntik apabila beliau turun daripada papan lunsur & kemudiannya didapati HIV positif.

3)Di panggung wayang. Sila pastikan kerusi yg anda duduki. Kes yang terjadi apabila seorang perempuan duduk di kerusi beliau dan terasa sesuatu benda mencucuk. Beliau berdiri dan mendapati ada penyuntik dan nota berbunyi "Welcome to the real world, you are now HIV positive' . Doktor telah memeriksa jarum tersebut & mengesahkan ianya terdapat virus HIV. Ianya berlaku di Hawai jadi berhati-hati.

4)Di Georgia & Florida, ada kes menunjukkan pesakit HIV meletakkan penyuntik di dalam tempat mengembalikan syiling, mesin air minuman...jadi pastikan bila anda membeli air atau kandi, perhatikan betul-betul tempat mengembalikan wang syiling....mungkin terdapat jarum penyuntik di dalamnya.

5)Di restoran Burger King, pesakit HIV yang juga pekerjanya meletakkan sedikit darah di dalam burger & mencampurkan dengan mayonis dan salad. Ianya seperti sos. Jadi cuba jangan pesan burger dengan mayonis & sos Order di tempat lain. Ini adalah nyawa anda. Sila 'foward' maklumat ini sebanyak mungkin kepada orang lain, especially orang yang anda cintai, anak anda dan sesiapa saja.


Sumber: Dr Yasmin Anum Mohd Yusof Associate Professor & Head Dept. of Chemical Pathology School of Medical Sciences USM, Kubang Kerian, Kelantan, MALAYSIA.
,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,,


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 11 Februari 2013

[GR NUKILAN] BODOH ITU RASIS - BN, LGE & PSY


LGE:TPM sebut perkatan bodoh terhadapnya adalah rasis


Kenyataan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng membuat"kerja bodoh' kerana meminta orang ramai memakai pakaian dalam tiga warna apabila menghadiri rumah terbuka Tahun Baru Cina di Pulau Pinang, telah dikecam sebagai "rasis".

Lim melahirkan rasa kesalnya terhadap kenyataan tersebut, dan berkata beliau tersinggung kerana Muhyiddin mengucapkan kenyataan 'rasis' yang menghinanya secara peribadi.

"Muhyiddin tidak pernah menggunakan perkataan ini terhadap menteri besar Melayu dalam Pakatan Rakyat," kata Lim dalam satu sidang akhbar hari ini.

"Ini menunjukkan sifat rasisnya. Perkataan 'bodoh' yang digunakan terhadap saya adalah menghina," katanya.

"Beliau tidak pernah menggunakannya terhadap MB Melayu dalam Pakatan Rakyat dan kerana saya satu-satunya KM Cina, beliau menggunakannya terhadap saya," kata Lim.

Muhyiddin sebelum ini dilapor menyifatkan gesaan Lim supaya rakyat Pulau Pinang memakai baju berwarna tertentu semasa menghadiri Rumah Terbuka Tahun Baru Cina BN sebagai satu kerja yang 'bodoh'.

Timbalan perdana menteri dilaporkan berkata Lim seolah-olah seperti orang cerdik tetapi tidak cerdik malah ia adalah perbuatan yang bodoh.


sumber Malaysiakini

Kenyataan LGE ini adalah satu kenyataan yang tidak masuk akal. Bodoh itu rasis? secara dasarnya aku sendiri tidak setuju kehadiran PSY ke negeri ini dengan perbelanjaan yang amat tinggi hanya untuk menyanyikan 2 ke 3 lagu sahaja.Namun kenyataan dikeluarkan LGE ini juga aku anggap kebudak-budakan. Hanya kenyataan TPM mengatakan beliau melakukan perbuatan bodoh, yang mungkin LGE mengatakan kenyatan tersebut tidak sesuai digunakan @ biadap digunakan namun bukanlah dalam konteks Rasis. Tidak nampak dari mana-mana sudut bahawa ianya rasis.

Kehadiran PSY sememangnya dijangka untuk menarik kehadiran pengunjung yang ramai ke Rumah Terbuka berkenaan. Jika diambil artis tempatan atau artis yang sering mengadakan pertunjukan di negara ini yang tidak mempunyai 'X Faktor' maka kehadiran yang diharapkan tidak menjadi kenyataan. Maka wnag ringgiti bukan menjadi pokok utama, asalkan matlamat untuk menarik rakyat memenuhi program yang diatur adalah lebih utama. 

Ketidakhadiran dan kekurangan pengunjung dalam program terutama yang dihadiri PM adalah satu ketakutan dan fobia buat BN terutama menjelang PRU 13. Justeru mereka perlu memastikan dalam apa cara sekali pon ianya mesti dipenuhi untuk mengelakkan menjadi mangsa cipisan, hinaan blogger dan ceramah PR.

Antara yang menjadi jangkaan seperti mana kebiasan selepas Rumah Terbuka esok ialah 'statement' yang akan keluar. Jika berjaya menarik ribuan pengunjung biarlah atas faktor apa sekali pon, maka ayat yang lancar keluar di mulut ialah kehadiran ramai rakyat telah menunjukkan keyakinan rakyat yang semakin pulih terhadap barisan nasional.Adehhhh

Bagi MT program Rumah Terbuka mahupun hiburan serta sebarang program yang menjanjikan habuan terhadap pengunjung ianya tidak boleh dijadikan kayu ukur sokongan rakyat. Makan percuma, persembahan artis pujaan secara percuma, bantuan-bantuan percuma merupakan pilihan rakyat negara ini. Jika ada semua itu, maka penuhlah dengan rakyat jelata kerana rakyat tidak memilih parti ketika itu asalkan habuan diperoleh. Rezeki jangan ditolak merupakan pegangan rakyat kita. Hanya saat mengundi barulah kita lihat siapa menjadi pilihan

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR NUKILAN] HURU HARA HARA HIRI

Meninjau perkembangan mutakhir ini, isu politik @ omong-omong politik kembali berputar ke isu yang sama dimainkan kembali. Agak mengecewakan juga seolah-olah kekeringan idea untuk menjatuhkan pihak lawan.

Isu negara akan menjadi kacau bilau seandainya Pakatan Rakyat kalah dalam pilihanraya umum ke 13 (PRU 13) kini menjadi tajuk utama media-media. Ianya juga menjadi buah ulasan pemimpin Barisan nasional. Mungkin isu ini akan terus hangat dalam 2 3 minggu ini. PR dikatakan akan menajdikan 'Arab Spring' sebagai modal untuk dilakukan di negara ini. Malahan turut disuarakan kebimbangan campurtangan asing seandainya kekalahan di alami PR

Namun malangnya seolah-olah BN lupa bahawa kekalahan meruapakan 'kemenangan' yang sering diperoleh parti-parti pembangkang di negara bernama Malaysia ini. Sejak tertubuhnya Malaysia, sejak kali pertama Malaysia menjalankan pilihanraya belum pernah parti-parti pembangkang ini menjadi kerajaan yang memerintah negara ini tanpa kehadiran parti dari Barisan Nasional

Belum pernah tercatat di sejarah Perdana Menteri dari pembangkang dan belum pernah lagi UMNO menjadi  parti pembangkang bagi pemerintahan pusat di negara ini.Ianya secara tidak langsung mencerminkan bahawa setiap kali pilihanraya umum berlangsung, setiap kali itu juga parti-parti pembangkang mengalami kekalahan. Sinonim sudah kekalahan dengan pembangkang seolah-olah ianya satu kemenangan dan keputusan mutlak mereka.

Persoalannya, sepanjang 12 kali PRU dijalankan, pernahkah terjadi kekacauan? Walaupun hakikatnya pilihanraya yang dijalankan seolah-olah berat sebelah kerana kerahan ke atas penjawat awam untuk turut sama membantu kempen pilihanraya. Seolah-olah BN lupa bahawa penjawat awam dan jentera kerajaan bukanlah ahli dan komponen parti. Tugas parti dan tugas sebagai kerajaan ada pemisahnya yang sengaja dilupakan setiap kali berlakunya pilihanraya

BN juga lupa bahawa mereka juga pernah berkata agar rakyat tidak mengundi PR dalam PRU yang akan datang. alasan dan amaran yang diberikan kerana seandainya PR memerintah maka akan berlaku huru hara di negara ini. Aii, menang huru hara, kalah pon huru hara juga ke? Atau sebenarnya peringatan itu diberikan awal yang BN akan melancarkan huru hara seandainya rakyat menlak BN buat kali pertamanya dalam sejarah dalam PRU akan datang?:)



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 7 Februari 2013

[ GR PIC] DAPATKAN BANGLO BERKEMBAR DENGAN HARGA TERMURAH

RUMAH CONTOH-Tu dia rumah yang akan dibangunkan di kawasan ini. Sapa mahu beli?


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] POHON DANA THE BIG DRE1M - IM4U

Antara galakan kerajaan dalam memastikan bidang kesukarelaan menjadi budaya masyarakat terutamanya golongan belia di negara kita. Dana ini diberikan kepada organisasi serta orang perseorangan yang ingin melakukan sesuatu yang memberi manfaat.

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut dan memohon Dana ini yang dijangka tamat pertengahan Februari 2013 ini sila layari laman web rasminya di bawah

>> IM4U BIG DRE1M <<
...........................................................



 
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] DAFTAR ONLINE BANTUAN LESEN 1 MALAYSIA (BL1M)


SELEPAS pelbagai inisiatif bantuan dikeluarkan kerajaan kepada rakyat terutama menjelang pilihanraya, satu lagi bantuan ialah BL1M yang menfokuskan kepada lesen memandu.

Untuk mendapatkan maklumat lanjut berkaitan BL1m ini lihat web rasminya

Sasaran BL1M ialah mereka yang tidak pernah mengambil lesen motosikal sahaja

FAKTA BL1M
Hanya untuk Lesen B2 tunggal.
Disasarkan kepada 500 ribu warganegara Malaysia
Terbuka kepada rakyat yg tidak mempunyai sebarang lesen memandu dari umur 17-40
Dijalankan di semua kawasan parlimen seluruh negara.
Peserta akan menjalani kursus yg telah ditetapkan oleh JPJ. Tiada jalan pintas.
Akan berjalan serentak setelah dirasmikan
Berpeluang menduduki ujian berkomputer bahagian 1 sehingga 3 kali  

Daftarlah BL1M secara online (atas talian) dengan klik link di bawah ini

.......................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[ GR YEKE NI] AZWAN ALI VS NAJIB DI PEKAN PADA PRU13?



AZWAN ALI nampaknya seolah-olah nak bertanding jadi YB pada PRU 13 nanti. Yeke? Dah yakin boleh menang ke? Pulak tu kawasan yang dipilih untuk menunjukkan kejantanannya ialah kawasan Pee Emm kita, Najib. Camne tu?
........................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Rabu, 6 Februari 2013

[GR INFO] APA ITU KOLOGEN RUMPAI LAUT??

KOLOGEN RUMPAI LAUT kini amat popular di pasaran. Kebiasaan diambil dari kawasan Semporna merupakan aset alam semulajadi yang berkhasiat. Terkenal dengan warna yang pelbagai, dan dikatakan warna ungu mempunyai khasiat yang lebih baik. Jom kita kenal apa itu kologen rumpai laut:


  



SOALAN DARI PENGGUNA TENTANG KOLAGEN RUMPAI LAUT

Apa itu rumpai laut?
Sejenis tumbuhan herba yg tumbuh secara terapung di laut. byk terdapat di semporna atau sabah kerana ia sebahagian daripada projek kerajaan malaysia.

Apa khasiat rumpai laut?
Untuk kecantikan kulit dan kesihatan dalaman, mengurangkan risiko penyakit2 kronik kerana rumpai laut mempunyai byk kandungan mineral yg diperlukan badan manusia.

Tak ada kesan sampingan ker?
Penternakan rumpai laut tdk menggunakan apa2 baja atau racun kimia. ia dibiarkan tumbuh sehinggga matang sebelum di pungut. rumpai laut yg dipungut akan dijemur atau stim sehingga kering, kemudian dijual. maka, tiada apa2 campuran bahan kimia,perisa,pengawet atau perwarna tiruan. tiada kesan sampingan.

Siapa boleh ambil rumpai laut ni?
Lelaki dan perempuan kecuali perempuan baru mengandung atau lepas bersalin dan kanak2 bawah 2thn. bagi kanak2 bawah 10 thn. hadkan pengambilan 1-2 sudu sehari shj.



Kenapa rumpai laut berubah warna dan ada kristal putih?
Kristal putih adalah garam laut. akan hilang apabila dicuci. warna rumpai laut berubah berperingkat2 tetapi jgn risau, khasiat tetap sama.


Harga rumpai laut kuning dgn ungu sama ker?
Stok yg saya jual,harga tak sama. harga stok ungu sedikit tinggi kerana sukar untuk dapatkan rumpai laut ungu dari pembekal. stok terhad dan harga dari pembekal pun lebih tinggi utk rumpai laut ungu.

Beza rumpai laut ungu dgn kuning?
Rumpai laut ungu lebih banyak khasiat berbanding rumpai laut kuning kerana rumpai laut ungu diproses secara semulajadi. rumpai laut kuning diproses secara stim menyebabkan khasiat berkurangan.

Rumpai laut ungu berbau?
Ada sedikit bau tetapi bau akan hilang selepas di cuci atau di rendam.


Berapa lama rumpai laut belum dimasak boleh bertahan?
Setahun lebih jika tdk bercampur dgn apa2 bahan atau cecair.



Bagaimana cara guna rumpai laut ni?

Kaedah pertama; rumpai laut dimasak

-Cuci beberapa kali.
-Rendam semalaman (lbh kurang 5-8jam).
-Kemudian cuci lg beberapa kali.
-rebus dgn air biasa. nisbah utk 100gram = 2-2.5 liter air.
-Masak dgn api perlahan dan kacau sehingga rumpai laut hancur.lbh kurang 20-40minit.
-Biarkan kolagen sejuk dan simpan dlm peti ais.


Cara guna

Masuk 2-3 sudu ke dalam apa2 minuman. contohnya air sunquick, ribena, abc,cendol, laici kang,bandung, dll. amalkan 3 kali sehari shj. jgn ambil minuman berkafein dan berkarbonat. jgn ambil secara berlebihan,boleh sakit kepala dan sakit perut.

Gunakan 1-2 sudu utk sapu dimuka sebagai masker. biarkan sehingga kering (lbh kurang 20minit) dan cuci. amalkan 3 kali sehari.

Bole sapu di mana2 anggota badan seperti lengan, bahu, tengkuk atau tumit kaki bg kulit mengelupas. berkesan utk melicinkan kulit, menghapuskan jerawat dan melembutkan kulit.se eloknya sapu sebelum mandi. bila dh kering (lbh kurang 20 minit), boleh mandi.


Kaedah kedua, mkn secara mentah

-Basuh rumpai laut beberapa kali
- Rendam dgn air panas lebih kurang 30minit-1jam. jgn rendam terlalu lama, rumpai laut akan hancur.
-Kemudian, basuh rumpai laut yg telah direndam.


Hadkan rumpai laut yg ingin direndam utk sehari pengambilan shj. jgn rendam terlalu byk sebab rumpai laut tk boleh di ambil dlm kuantiti yg byk. kena pandai agak2 ye.

Cara guna

-Potong halus dan masuk kan sedikit dlm apa2 air minuman.
-Potong halus dan masuk kan dlm apa2 sup
-Potong halus dan buat kerabu mangga

Rumpai laut yg tdk dimasak tidak boleh di buat masker atau sapu kt badan. kena berhati2 dgn kuantiti pengambilan. jika ambik byk boleh sakit perut dan sakit kepala. kena pandai2 agak kuantiti pengambilan ya.

Berapa byk rumpai laut sekali masak?
Terpulang pada penguna. Disini sy bagi sedikit cadangan,

Utk 50 gram rumpai laut + 1liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 1-2minggu

Utk 100 gram rumpai laut + 2liter air menghasilkan kolagen yg boleh digunakan selama 2-4minggu.


Klu simpan dlm peti ais sebulan, kolagen siap di masak tk rosak ker?
Kolagen siap dimasak anti kulat. tidak rosak tetapi pastikan kolagen ini tdk bercampur dgn bahan makanan yg lain. contohnya gunakan sudu yg bersih semasa scoop kolagen. jika bercampur dgn makanan yg lain, kolagen akan rosak atau basi.

Kolagen rumpai laut yg siap dimasak klu tk simpan dlm peti ais, tak per ke?
Mesti simpan dlm peti ais.klu tidak kolagen rumpai laut akan basi atau rosak.

Bagaimana rasa rumpai laut?
Tawar dan sedikit hanyir. Utk kurangkan hanyir, rendam dgn daun pandan atau masukkan sehelai daun pandan semasa memasak.bole juga rendam dgn asam keping atau tepung gandum.


LIHAT LAGI BERKAITAN KOLOGEN RUMPAI LAUT SERTA RESEPI BERKAITAN KOLOGEN RUMPAI LAUT >> KLIK SINI<<
.....................................................
BAGI MEREKA YANG INGIN MENDAPATKAN KOLOGEN RUMPAI LAUT UNGU, KAMI MERUPAKAN PEMBORONG & PENGEDAR RUMPAI LAUT TERSEBUT DENGAN HARGA ISTIMEWA

PROMOSI FEBRUARI
HARGA ISTIMEWA UNTUK 10 ORANG BULAN INI

SEPAKET RM 10 (100G)
BELI DUA PAKET = RM 14 SAHAJA

HUBUNGI / SMS : 017-6996782 untuk keterangan lanjut
email : aisymo_fiq@yahoo.com 

AKMARLINA ENTERPRISE
Bukit Mertajam, Pulau Pinang

Harga Pos= Pos biasa RM6  Pos Laju = RM9
 

**AGEN DROPSHIP JUGA DIPERLUKAN...HANYA PROMOSI,TIDAK PERLU SIMPAN STOK,ANDA JUAL,KAMI HANTAR,KAMI BAYAR ANDA!!
.........................................................................................
SENARAI AGEN & PENGEDAR 
KOLOGEN RUMPAI LAUT (PURE MARINE COLLOGEN)
AKMARLINA ENTERPRISE

PERAK
Qurratu Aini 
Kawasan Ipoh 
017-3443226

Siti Hajar
Kawasan Seri Iskandar

KEDAH
Noor Hasni
Kawasan Alor Setar
0174066117

PULAU PINANG

PERLIS

SELANGOR



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 5 Februari 2013

[GR INFO] APAKAH KEAJAIBAN TULANG SULBI?

Keajaiban Tulang Sulbi


Daku Amat Menyintai Mu

APA rahsia yang terkandung di dalam keajaiban penciptaan tulang sulbi, sehingga tulang ini disebut oleh Rasulullah SAW sejak lebih 1400 tahun dahulu? Mengikut istilah anatomi, tulang sulbi dikenali sebagai Coccyx. Ia merupakan tulang yang terakhir dalam susunan dari atas ke bawah tulang vertebra (tulang belakang) yang terletak dibahagian pinggul tubuh manusia.

Daripada Abu Hurairah r.a bahawa Rasululah SAW bersabda yang bermaksud :
"Semua bahagian tubuh anak Adam akan dimakan tanah, kecuali tulang sulbi yang daripadanya ia diciptakan dan daripadanya dia akan dibangkitkan." (riwayat An-Nasa'i, Abu Daud dan Ibnu Majah)
Berdasarkan hadith di atas dapat disimpulkan bahawa :

1 - Bermulanya kejadian manusia adalah daripada tulang sulbi.
2 - Tulang sulbi begitu utuh dan tidak akan hancur.
3 - Manusia akan dibangkitkan semula pada hari kiamat daripada tulang sulbi.

Daku Amat Menyintai Mu
Kejadian manusia daripada tulang sulbi. Ovum yang disenyawakan oleh sperma dinamakan zigot. Kemudian pembentukan janin bermula iaitu daripada 1 sel ia membelah menjadi 2 sel dan seterusnya setiap sel masing-masing membelah lagi dan lagi. Struktur yg mula-mula dibentuk pada janin manusia pada hari ke 14 selepas persenyawaan ialah hujung ekor atau coccyx.

Semasa proses pembentukan janin yang sempurna, hujung ekor ini akan terus memanjang dan menjadi benang asas (primitive streak) dan lingkungan asas (notochord).

Kemudian, notochord akan membentuk kepala janin manakala primitive streak akan membentuk tubuh janin. Setelah ia membentuk badan dan kepala janin, pita-pita asas ini akan berundur secara beransur-ansur hingga ia masuk semula ke hujung ekor (coccyx).

Tulang sulbi tidak akan hancur. Seorang saintis Jerman bernama Hans Spermann berjaya membuktikan bahawa sel-sel di dalam coccyx tidak akan hancur atau musnah. Dalam kajian yang dilakukan, beliau telah mengisar tulang coccyx hingga hancur dan memanaskannya dengan suhu yang amat panas dalam tempoh masa yang lama. Beliau kemudian memeriksa sel-sel tulang tersebut dan dan ternyata ia masih lagi hidup dan masih utuh seperti biasa.

Daku Amat Menyintai Mu

Subhanallah, Maha suci Allah. Begitu agung ciptaan-Nya. Jadi ini bermakna, walaupun jasad seseorang telah meninggal dunia, tetapi sel-sel dalam tulang coccyx kekal hidup walau di mana sekalipun dia dikebumikan dan walaupun telah beribu tahun lamanya.

Manusia dibangkitkan semula pada hari kiamat menerusi tulang sulbi. Dalam AL-Qur'an ada menceritakan tentang kebangkitan manusia pada hari kiamat. Firman Allah yang bermaksud :
"Engkau memasukkan malam ke dalam siang dan Engkau memasukkan siang ke dalam malam. Engkau keluarkan yang hidup daripada yang mati dan Engkau keluarkan yang mati daripada yang hidup" (surah Ali I'mran 3:27) 
Maka jasad-jasad akan ditumbuhkan buat kali ke dua daripada hujung ekor seperti mana ia telah tumbuh buat kali pertama di dalam rahim ibu.

Hans Spermann berjaya membuktikan keupayaan sel2 tulang coccyx untuk tumbuh semula. Beliau telah memasukkan tulang sulbi yang telah dikisar dan dibakar tadi ke dalam embrio2 lain. Hasilnya, tulang sulbi tersebut tetap dapat tumbuh dan membentuk janin yang lain. [S]

Wallahu a’lam (Dan Allah lebih Maha Mengetahui)

********************


SUMBER: http://dakuamatmenyintaimu.blogspot.com
......................................................................................
 
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...