Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 6 Mac 2013

[GR KONGSI] Tragedi "Double Six" 1976 Di Sabah, Kemalangan Atau Konspirasi?

Secara ringkasnya,Double Six Tragedy ini adalah kisah nahas kapal terbang yang berlaku pada pada 6.6.1976  yang melibatkan 6 orang pemimpin Sabah. Kapal terbang yang sepatutnya bertolak pada jam 6.00pm (tapi diawalkan penerbangan) dan banyak lagi yg dikaitkan dengan no. 6 dalam kejadian nahas ini, dikatakan mengalami gangguan kerana menampung penumpang yang ramai ketika itu.

Tun Fuad Stephens (Donald Stephens) merupakan ketua menteri yang bertanggungjawab dalam penyatuan Sabah ke dalam Malaysia. Isu royalti minyak Sabah masih dalam perbincangan ketika itu. Perjanjian dan
beberapa masih lagi di peringkat perbincangan, tetapi malangnya menteri-menteri kabinet bersama dengan ketua mereka mati dengan tragik.

 Pesawat dari Labuan itu sepatutnya mendarat di Lapangan Terbang Kota Kinabalu, kira-kira dua kilometer dari lokasi kejadian.

Pesawat jenis GAF Nomad itu membawa hampir keseluruhan anggota Kabinet Sabah termasuk Ketua Menterinya, Tun Mohd. Fuad Stephens bersama 11 anggota rombongannya.

Senarai mereka yang terkorban iailah

1. Ketua Menteri Sabah,Tun Mohd Fuad Stephens
2. Menteri Kerajaan Tempatan Negeri, Datuk Peter Mojuntin
3. Menteri Perhubungan dan Kerja Raya, Datuk Chong Tahin Vun
4. Menteri Kewangan Negeri, Datuk Salleh Sulong
5. Pembantu Menteri kepada Timbalan Ketua Menteri, Darius Binion
6. Setiausaha Tetap Kementerian Kewangan, Wahid Peter Andau
7. Pengarah Unit Perancang Ekonomi Negeri Sabah , Dr Syed Hussein Wafa
8. Setiausaha Sulit kepada Menteri Kewangan Malaysia Tengku Razaleigh Hamzah , Ishak Atan
9. Pengawal peribadi kepada Tun Fuad, Koperal Said Mohammad
10. Juruterbang, Gandhi J Nathan
11. Johari Tun Fuad Stephens

Konspirasi??
YM Tengku Razaleigh Hamzah sepatutnya menaiki kapal terbang yang sama tetapi pada saat-saat akhir telah diajak turun daripada pesawat oleh Timbalan Ketua Menteri pada masa itu iaitu Datuk Harris Mohd. Salleh untuk merasmikan projek ladang lembu di Pulau Banggi, Kudat. Tengku Razaleigh yang juga menaiki jenis pesawat yang sama telah diarahkan untuk menjauhi pesawat sebaik sahaja mendarat di Kudat kerana dikhuatiri pesawat mengalami masalah yang sama. Sebaik sahaja mereka mendapat berita buruk ini, mereka telah di terbangkan oleh helikopter tentera ke Kota Kinabalu.
 Sejurus pesawat tersebut menjunam di kawasan air cetek, lokasi berkenaan menjadi tumpuan orang ramai kerana ketika terhempas, ia dikatakan menggegarkan kawasan itu.

Malapetaka tersebut kemudiannya dikenali sebagai peristiwa Double Six sempena tarikh kejadian itu iaitu 6/6/1976.

Setahun selepas kejadian tersebut, sebuah tugu peringatan didirikan di lokasi berkenaan bagi memperingati tragedi itu yang merupakan salah satu peristiwa penting negara.

Sehingga kini banyak persoalan belum terjawab kepada anak2 sabah..

-rombongan ini sdg menuju ke Kota Kinabalu bg menandatangani
perjanjian 10% hasil minyak akan diberikan kepada kerajaan Sabah dan
Sarawak.. sebelum menaiki pesawat tersebut, Alahyarham Tun Fuad ada
menyatakan bahawa jumlah 10% itu adalah terlalu kecil dan ada yg
mengatakan berkemungkinan Tun tidak bersetuju akan jumlah tersebut

-YM Tengku Razaleigh Hamzah
telah pun duduk dalam pesawat tersebut bersama-sama rombongan lain, tetapi
di saat2 akhir Datuk Harris (ketua menteri Sabah selepas kematian Tun
Fuad) mengajak Tengku Razaleigh turun dari pesawat tersebut dengan alasan
ingin menjemput Tengu Razaleigh merasmikan Kandang Lembu miliknya
di Kudat..sedangkan ketika itu Tengku Razaleigh dlm perjalanan untuk
melihat sejarah besar negara ketika itu iaitu sesuatu yang terkandung
dalam Perlembagaan Malaysia Perkara-20. Tetapi beliau memilih untuk
melawat kandang lembu????di saat akhir????

-Punca kemalangan ialah kerana pesawat Nomad Mohammad Fuad Stephens itu lebih muatan.Sepatutnya 6 penumpang sahaja tetapi diisi 11 orang. Juruterbang gagal menaikkan sayap pesawat untuk diselaraskan dengan tekanan minyak dan
akhirnya menyebabkan kemalangan.Sejak itu, kerajaan tidak menggalakkan VIP menaiki pesawat sama pada waktu serentak terutama membabitkan jumlah yang ramai..Logik ke golongan2 VIP sanggup bersesak macam sardin dalam satu pesawat???takde bajet ke nk bagi pesawat yg lebih besar???

-Negeri Sabah ketika itu adalah negeri terkaya di Malaysia..selepas
perjanjian itu ditandatangani, negeri Sabah Jatuh antara negeri termiskin
di Malaysia..dan sekarang, dengan bangganya, negeri Sabah adalah negeri
termiskin di Malaysia..
 p/s : Semua ini hanyalah anggapan dan mungkin ditokok tambah oleh pihak-pihak tertentu..Kisah sebenar masih lagi misteri.. ada otak, gunakanlah..

sumber: forum syok.org







........................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...