Dalam masyarakat tradisi Melayu,terdapat
banyak petua-petua untuk perawan (anak dara) yang elok diamalkan agar
sentiasa dipandang menarik, menawan dan
cepat dipinang orang. Ini juga merupakan petua-petua yang boleh
diamalkan terus oleh wanita yang telah berkahwin dan telah mempunyai
anak.
Petua-petua berikut adalah koleksi dari berbagai pengalaman dan tulisan.
1. Bangkit Bersambut
Apabila mahu tidur malam, duduk berlunjur dan rebahkan badan ke tilam
tanpa menongkatkan badan dengan tangan. Apabila mahu bangkit dan tidur,
lunjurkan kaki dan bangunlah tanpa menongkatkan badan dengan tangan.
Cecah ibu jari kaki dengan kedua tangan.
2. Wajah Suci
Apabila bangun pagi, jika membasuh muka, elakkan dari mencucinya
menggunakan sebarang alat pencuci atau mengesat muka dengan sebarang
pengesat. Biarkan air itu kering sendiri pada muka. Jika mengambil air
sembahyang pun, usahlah dikesat air itu, biarkan ia kering sendiri.Ini
berfaedah mengekalkan kecantikan asli wanita, dan menjadikan muka
bercahaya dan segar kerana pelembap asli muka tidak dibuang.
3. Menyegarkan Payudara
Apabila mandi, terutamanya di awal pagi, cucurkan air pancuran atau air
paip ke atas kedua-dua belah payudara agar payudara sentiasa subur dan
segar,tidak mudah jatuh
4. Taman Semerbak Mewangi
Amalkan
memakan makanan yang segar seperti ulam-ulam yang wangi baunya dan
sayur-sayuran yang wangi sejak dari perawan. Amalkan sentiasa.Nafas dan
badan juga akan menjadi wangi. Petua ini telah diketahui sejak beribu
tahun yang lampau.
5. Lubang Jarum
Latih otot penahan
kencing, seolah-olah seperti menahan dan hendak buang air kecil,
kemutkan berulang-ulang. Kemudian kemutkan pula otot dubur seolah-olah
mahu menahan dari buang air besar, berulang-ulang juga. Jika boleh
jadikan ia amalan setiap hari.
6. Suara Perindu
Elakkan
dari banyak memakan makanan yang pedas-pedas atau yang agak panas.
Selalu minum air asam jawa. Berlatih bercakap dengan mengawal nada
suara, jangan dilepaskan suara sewenang-wenangnya. Dikatakan bahawa
suara perawan adalah bagai bunyi seruling yang merdu.
7. Mengurut Pangkal Bunting Padi
Biasakan mengurut di pangkal betis, iaitu dengan cara menekan dan
memicit kawasan antara urat keting dan buah betis. Lakukan selalu,
kerana ini baik untuk mempertingkatkan prestasi kepekaan rasa apabila
jima' setelah berkahwin nanti.
8. Payudara Montok
Elakkan
dari meniarap di atas lantai sama ada di waktu siang atau malam,kerana
meniarap di lantai akan mengendurkan payudara anda.
Tambahan Petua2 khusus untuk Wanita
Rumahtangga bahagia
1 :: Sering melakukan kegiatan bersama-sama seperti makan bersama, keluar berjalan berdua-duaan, beriadah dan mandi bersama.
2 :: Galakkan isteri tidur di atas lengan suami. Isteri yang penyayang
akan berada di belakang bahu sebelah kanan suami ketika berjalan.
3 :: Jaga agar mulut dan badan tidak berbau agar suami sentiasa mahu berseronok dengan isteri
4 :: Isteri yang hangat dan romantis sentiasa mengharapkan suaminya berada di rumah bersama-samanya.
5 :: Tukar gaya penampilan setelah beberapa ketika untuk mengelakkan jemu kepada pasangan.
6 :: Kreatif mencipta suasana yang harmoni dan tenang dalam rumah tangga.
7 :: Sekiranya ada pergaduhan atau pertengkaran, cuba ingat kembali kenangan manis semasa bercinta dan berbulan madu.
8 :: Kenangkan jasa dan susah payah isteri mengandung dan melahirkan anak.
9 :: Sekiranya berlaku penceraian (bagi pasangan Islam untuk talak satu
dan dua saja) jangan mudah menghalau isteri keluar dari rumah sebelum
habis edah kerana mungkin suami isteri berminat untuk bersatu kembali
(rujuk).
10 :: Suami kena lebih mesra dengan keluarga mentua
kerana sekiranya rumah tangga menghadapi masalah, ibu bapa mentua boleh
membantu dari segi nasihat.
11 :: Suami jangan tumpu perhatian yang berlebihan kepada dunia luar berbanding keluarga sendiri.
12 :: Isteri jangan lebih banyak masa menyibukkan diri dengan dunia
luar, seperti aktif dengan kegiatan persatuan, berpolitik atau terbabit
dengan jualan langsung.
13 :: Sentiasa berlembut dari segi percakapan, layanan kepada pasangan dan pergaulan sesama ahli keluarga.
14 :: Isteri perlu berhias lebih kepada suaminya berbanding apabila keluar rumah.
15 :: Menjawab setiap pertanyaan suami dengan lembut.
16 :: Pasangan tua, terutama isteri jangan terlalu rapat dengan cucu, tidur dengan cucu dan tinggalkan suami tidur sendirian.
17 :: Sekiranya ada masalah, bawalah berbincang. Jangan bertengkar dan masing-masing menegakkan pendapat sendiri.
18 :: Fahami dan hayati sifat pasangan dan anak-anak. Suami disifatkan
seperti matahari sentiasa panas, isteri bulan; cantik, lembut dan indah
dipandang, manakala anak-anak pula umpama bintang iaitu sifatnya sebagai
penghibur dalam rumah tangga.
19 :: Suami isteri perlu mengekalkan sifat romantis dan sentiasa berhati muda walaupun masing-masing sudah berusia.
20 ::Anak-anak jangan dipaksa mengikut telunjuk dan kehendak ibu bapa
tetapi beri mereka pilihan yang sesuai tetapi sentiasa awasi mereka.
21 ::Ketua rumah tangga yang bijak sentiasa ada perancangan jangka
panjang untuk ahli keluarganya. Sama ada dari segi kewangan, pelajaran
dan tempat percutian.
22 :: Keluarga Islam, pastikan
sekurang-kurangnya dua waktu sembahyang berjemaah bersama-sama ahli
keluarga - merapatkan hubungan dan kemesraan.
23 ::Jangan beri
ahli keluarga makanan yang tidak halal atau diragui kehalalannya kerana
bermula dari makanan membentuk air mani dan melahirkan generasi
seterusnya..
sebagai renungan dan panduan..
Catatan :- Megat Terawis =P
"Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Terbaik Sepanjang Minggu
-
Pakaian yang mempesonakan, yang menerima ulasan bercampur-campur daripada penonton di Ukraine Fashion Show, diselaputi dengan 50 ber...
-
Pendekar Laut Episod : 001-020 Episod 1 : http://adf.ly/AN8e1 Episod 2 : http://adf.ly/AN8e2 Episod 3 : http://adf.ly/AN8e3 Episod 4 :...
-
Selepas kehadiran wanita muda Melayu yang mengejutkan apabila dipilih sebagai calon untuk bertanding di pilihanraya kecil, Dyana Sofea...
-
On the 16 th of June 2011, we will be able to observe a total lunar eclipse starting from 1:25 a.m. to 7:01 a.m. In conjuction with To...
-
Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor merek...
-
ARRGGHHH...Penatnya sepanjang tahun 2010 ni. Banyak benda dah aku buat tp byk juga yg belum settle rasanya. Last2 trpksa juga la masukkn ke ...
-
HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR) YANG berlangsung di stadium Merdeka berjalan lancar dengan kehadiran puluhan ribu dan kemungkinan rat...
-
ESOK 25 OKTOBER 2012 bersamaan o9 ZULHIJJAH 1433 HIJRAH merupakan Hari Arafah yang mana kita disunatkan untuk berpuasa. Mari sama-sama k...
-
Jumlah kekayaan terkumpul 40 individu terkaya di Malaysia meningkat 30 peratus disebabkan oleh pasaran saham yang aktif dan pengembangan e...
-
SEBELUM Imam Syafie pulang ke rahmatullah, beliau sempat berwasiat kepada para muridnya dan umat islam seluruhnya. Berikut ialah kandunga...
Jumaat, 1 Mac 2013
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
-
►
2016
(3)
- ► Julai 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(3)
- ► Disember 2015 (1)
- ► November 2015 (1)
- ► Januari 2015 (1)
-
►
2014
(62)
- ► November 2014 (3)
- ► Oktober 2014 (1)
- ► Julai 2014 (7)
- ► April 2014 (1)
- ► Februari 2014 (2)
- ► Januari 2014 (11)
-
▼
2013
(254)
- ► Disember 2013 (8)
- ► November 2013 (12)
- ► Oktober 2013 (18)
- ► September 2013 (6)
- ► Julai 2013 (17)
- ► April 2013 (26)
-
▼
Mac 2013
(18)
- [GR MP3] TOI - RINDU PENGUBAT LUKA (OST KERANA SARAH)
- [GR FILEM] ROCK OOO (2013)
- [GR MP3] RIMBAA BARA- TIKA (OST ROCK OO) MP3
- [GR MP3] PUTIH MELATI- ST12
- [GR KONGSI] PANDUAN PENJAGAAN DSLR DARI MAJALAH PC
- [GR PANAS]SEDIHNYA.. TIADA LAGI DOWNLOAD FILEM & MP3
- [GR PIC] LAHAD DATU: SIAPA SEBENARNYA YANG KEJAM?
- [GR FILEM BARU] Hantu Kak Limah 2:Husin, Mon Dan J...
- [GR SEMASA] LAHAD DATU: OPS DAULAT : SUDAH TERHAN...
- [GR KENANGAN] GAMBAR SAAT2 AKHIR @ CIAST SHAH ALAM :)
- [GR KONGSI] Tragedi "Double Six" 1976 Di Sabah, Ke...
- [GR INFO] CONTOH SURAT PENGESAHAN MAJIKAN UNTUK PE...
- [GR INFO] Apa definisi 'Tanggung Kerja'?
- [GR SEMASA] PAKATAN RAKYAT DITUDUH DALANG DI LAHAD...
- [GR FILEM BARU]The Hobbit An Unexpected Journey (2...
- [GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS MAC 2013
- [GR KISAH] GELORA PERKAHWINAN-HADAPI DENGAN TENANG
- [GR INFO] Petua Untuk Wanita
- ► Februari 2013 (32)
- ► Januari 2013 (51)
-
►
2012
(307)
- ► Disember 2012 (31)
- ► November 2012 (12)
- ► Oktober 2012 (28)
- ► September 2012 (26)
- ► Julai 2012 (26)
- ► April 2012 (10)
- ► Februari 2012 (26)
- ► Januari 2012 (46)
-
►
2011
(373)
- ► Disember 2011 (38)
- ► November 2011 (54)
- ► Oktober 2011 (16)
- ► September 2011 (38)
- ► Julai 2011 (42)
- ► April 2011 (30)
- ► Februari 2011 (23)
- ► Januari 2011 (11)
-
►
2010
(14)
- ► November 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (4)
- ► September 2010 (5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan