Terbaik Sepanjang Minggu

Ahad, 19 Mei 2013

[GR NUKILAN] KITA MARAH BILA X SUKA ; KITA SUKA KITA BODOH

SEUSAI PRU13 Himpunan Blackout 505 menjadi tajuk utama media. Himpunan yang lebih kepada tanda protes. Himpunan anjuran parti politik pembangkang. Himpunan parti-parti yang mendapat sokongan majoriti rakyat. Himpunan parti yang gagal memerintah Malaysia mengikut sistem pilihanraya negara.

Seperti selalu tiada yang baik di media perdana. Tutup mata kita tahu isinya. Tutup telinga kita tahu khabarnya. Kotak fikiran dan ingatan kita sudah ditetapkan. Sudah mampu menangkap apa yang ingin diperkatakan. Jika ada peperiksaan pasti petik jari menjawabnya

Melihat kepada perhimpunan tersebut. Kesemuanya boleh dikatakan dimaklumkan secara mengejut. Tiada persiapan rapi. Bukan seperti kenduri kahwin yang diplan awal segalanya. Lebih seumpama kematian. Ada mati terus buat majlis.Tok imam terus mai. Jiran semua pakat turun walau baru je bagitau.

Begitu perihal dengan himpunan tersebut. Di Selengor ratusan ribu. Di Pulau Pinang juga yang lokasinya berpindah pada saat akhir mengumup ratusan ribu. Juga puluhan ribu di lokasi lain walau bukan diadakan di stadium seperti dua buah negeri PR.

Rungutan, sakit hati, kerugian, kesesakan, himpunan haram, Arab Spring, nak menjatuhkan dan menghuru harakan negara dan pelbagai lagi negatif diperkatakan. Kita harus akui kebenaran bebrapa keadaan negatif tersebut. Sememangnya himpuanan sebesar itu pasti akan berlaku kesesakan. Himpunan saat akhir tanpa kelulusan polis pastinya haram. Apa nak buat. Kalau minta kelulusan awal pon beratnya tetap kepada tidak boleh buat.

Sebut lagi tentang himpunan itu. Ramai marah.ramai sangat. Ada yang marah sebab tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Langsung tak bergerak. Ramai yang marah sebab mengganggu urusan harian mereka. Ramai juga yang ta ada kena mengena pon, duk rumah goyang kaki buat  laporan polis. Simpati dengan mereka yang terjejas akibat himpunan tersebut. Semestinya, sebab himpunan tanpa kawalan trafik dari pihak berkuasa. Tambahan program yang menghimpunkan seramai itu yang dikawal selia dan diatur sebulan awal pihak berkuasa pon mengalami kesesakan, apatah lagi himpunan ini.

Tambah marah bila tahu himpunan ini himpunan haram. Pakat heboh marah-marah. Apatah lagi dalangnya parti pembangkang. Deras darah menggelegak. Semuanya buruk. Maqcam nak bunuh mereka yang terlibat. Eh, kenapa macam tu? Salah ke himpunan tu? Diorang kan berhimpun di stadium. Tertutup dan luas 

Jalan sesak? Tu la, mungkin tu silap penganjur. Mana la penganjur nak duga seramai dan selaut tu nak datang. Kan diorang kalah pilihanraya. Kan diorang ajak berhimpun pon saat akhir. Kad jemputan pon tak sempat buat. Nak buat khemah, nak tempah katering bagi makan percuma pon tak sempat. main bedal buat. Diorang rasa cukup la stadium tu, dah amat besar tu. Takde makan free, takde sampul duit nak dihulur,sapa la gamaknya nak datang. Takde penarik.

Tapi rupanya yang datang tanpa jemputan ramai.Pening juga nak cari tempat mana lagi yang habis besar gamaknya. Dah tu sampai ratus ribu. Dah melimpah luah sampai jauh jaraknya. salah juga la pihak berkuasa taknak bertugas.Hohoho. Kalau tak mesti tak jadi camtu.

Yeke tak jadi macam tu? Himpunan halal pon selalu jem gak. Siap ratus penguatkuasa berkawal tu. Yang tak jem dan dapat laluan mudah orang VIP la. Siap eskort lagi. Biasalah, rakyat didahulukan :) Bila himpunan haram kita tak marah. bila kita tak terlibat kita tak suka kita marah. Tapi bila program yang kita terlibat kita buat bodoh pula. Tak kisah la halal ke. Tak pernah pula kita fikir orang yang turut terperangkap dalam kesesakan tu. Orang yang tidak suka dengan program tersebut walaupun halal. Pernah ke kita fikir?

Kita tak suka kita marah, kita suka kita buat bodoh je

Contohnya rumah terbuka Hari Raya di Guar Perahu. Buat di sekolah, padang tak luas. Jalan sempit,kawasan kampung. Umum 1 Malaysia gahnya. Pakat turun habis Perlis kedah Perak dan sebagainya. nama pon rakyat Malaysia, benda free mana boleh tolak. Kawal la sejuta orang pon pasti sesak juga. Siapa bising? Ada media kata dan menjejaskan aktiviti harian penduduk dan pengguna laluan jalan tu? Ada TV yang peduli temuramah mereka yang tidak puas hati? Tiada kan? Kenapa?Sebab dia halal..Sebab PM turun.

Ada ke kita fikir mereka yang turut terkena tempias kesesakan seperti di himpunan haram pembangkang? Begitu juga bila ada bola. Tak semua yang berminat dengan bola. Bila ada kesesakan pasti ada juga antara mereka yang terperangkap. Kita fikir dan peduli ke? Kenapa hanya ketika himpunan pembangkang kita bersuara lantang

Sebab kita tak suka kita marah tapi bila kita suka kita buat bodoh

Apapun sebenarnya ianya telah membuktikan bahawa himpunan yang dikatakan haram itu mendapat sokongan rakyat. Yela, kalau tak ada sokongan mesti tak ramai. Kalau tak ramai mesti takde kesesakan. Kalau takde kesesakan buat apa nak heboh dalam media. Yang keluar hanya kenyataan rakayat menolak PR. 

Yang herannya duk canang sana sini himpunan tu menyebabkan sekian..sekian...sesak apa la. Tapi bila sebut angka yang hadir cuma ribu pon terketar-ketar. Kalau ribu je dalam stadium muat sangat. Takkan la jadi jem macam tu. Bila dah puluh ribu ratus ribu yang jadi jem teruk. Sebab orang dah tak tau nak letak kereta di mana. alahai media

Tersenyum juga la peniaga-peniaga kecil, penjaja-penjaja malam-malam ritu. Kalau boleh biar tiap-tiap hari ada camtu, rezeki melimpah luah. Penulis pon rasa rugi ketika ke Stadium Batu Kawan ritu. Silap tak pi awal berniaga air. Jadilah rasanya busuk-busuk pon untung bersih 2-3 ratus. Mana ada orang jual air..Pakat-pakat dahaga bila berjalan kaki 6-7 kilometer.

Hangpa tak suka hangpa punya pasai, kami penjaja suka sebab dapat rezeki lebih!! :)

................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...