Terbaik Sepanjang Minggu
-
Pendekar Laut Episod : 001-020 Episod 1 : http://adf.ly/AN8e1 Episod 2 : http://adf.ly/AN8e2 Episod 3 : http://adf.ly/AN8e3 Episod 4 :...
-
PRA SENJATA MISTERI 4 JILID 2 DOWNLOAD : MEDIAFIRE >>>>>>>>>>>>>>>>>>...
-
Jumaat baru ini berlangsung di PISA Pulau Pinang Maharaja Lawak Minggu ke 10 yang dilancarkan secara langsung di Astro Warna. Ianya merupaka...
-
BORANG Skim Amanah Rakyat (SARA) 1 MALAYSIA mula diedarkan hari ini, 30 Januari 2012 di bank bank terpilih seperti yang telah diwarwarkan ke...
-
RUMAH CONTOH-Tu dia rumah yang akan dibangunkan di kawasan ini. Sapa mahu beli? Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page ...
-
SEMUA sedia maklum akan kematian Puteri Diana pada tahun 1997 akibat kecelakaan jalanraya. Namun begitu seorang seniman bernama Israel ...
-
Latarbelakang: Kereta Mael Lambong telah digunakan oleh Mael Lambong (Zizan Razak) sepanjang pengambaran di sekitar Kemaman, Ranta...
-
Pakaian yang mempesonakan, yang menerima ulasan bercampur-campur daripada penonton di Ukraine Fashion Show, diselaputi dengan 50 ber...
-
MINYAK wangi di atas kelihatan biasa sahaja. Dihiasi watak animasi yang sinonim dengan warga Jepun, maka ianya kelihatan menfokuskan...
-
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/2023...
Rabu, 15 Mei 2013
[GR RENUNGAN] AIR MATA MALAM PERTAMA (PART1)
Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan
perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri
seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.
Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki
yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta
dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya.
Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang
mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang
dibacakan lelaki itu.
Ana dah jadi isteri! Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air
mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah
menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku
tatkala ijab kabul.
Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan
penyeri hidup kami nanti. Doaku perlahan.
Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak
tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina
nanti.
Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti? Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri
terhadap suami.
Assalamualaikum! Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki
berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku
berteleku melihat kakinya.
Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku
tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
Sayang.! Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat
wajahnya.
Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan
kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.
Abang! Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima
Ana seadanya ini seikhlas hati abang.. Bisikku perlahan. Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan
akan kita bina keluarga yang bahagia. Janjinya padaku.
Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping
foto yang telah diberikan emak kepadaku.
Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak
saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku
dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.
Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak
sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta
bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.
Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan
menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun
pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering
berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.
Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana. Ayah memulakan
mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam
memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.
Apa dia ayah, mak? Macam penting je. Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.
Apa!!! Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk
mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak
mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.
Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?! Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan
ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat
sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.
Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana.
Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan
begitu? Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.
Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang
boleh melindungi dan membimbing Ana. Ujar mak setelah sekian lama membisu.
Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian
tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua,
tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya. Terang
ayah lagi.
Ana! Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.
Ini cincinnya, pakailah. Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur.
Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku
menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan citacitaku
semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah
melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa
mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. BERSAMBUNG......
..........................................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Arkib Blog
-
►
2016
(3)
- ► Julai 2016 (1)
- ► Januari 2016 (1)
-
►
2015
(3)
- ► Disember 2015 (1)
- ► November 2015 (1)
- ► Januari 2015 (1)
-
►
2014
(62)
- ► November 2014 (3)
- ► Oktober 2014 (1)
- ► Julai 2014 (7)
- ► April 2014 (1)
- ► Februari 2014 (2)
- ► Januari 2014 (11)
-
▼
2013
(254)
- ► Disember 2013 (8)
- ► November 2013 (12)
- ► Oktober 2013 (18)
- ► September 2013 (6)
- ► Julai 2013 (17)
-
▼
Mei 2013
(34)
- [GR TUTOR-REAL] HITSKAN STATUS FB ANDA
- [GR SEMASA] ZON TANPA MOTOSIKAL CADANG KETUA POLIS...
- [GR DENGAR KATA] PINJAMAN PERIBADI DI BANK-BANK TE...
- [GR PICS] KUNGFU MUSLIMAT: BUKTI ISLAM BUKAN PENGH...
- [GR PICS] SELAMAT PENGANTIN BARU UAI !!
- [GR TAHUKAH] TAHUKAH SEBAB OTAK KITA ROSAK??
- [GR NUKILAN] KITA MARAH BILA X SUKA ; KITA SUKA KI...
- [GR RESEPI] JOM BUAT COKLAT OREO DENGAN EDIBLE IMAGE
- [GR KHIDMAT PESANAN SOSIAL] AWAS!! PENYAMAR PEKERJ...
- [GR SEWEL] KEGILAAN ORANG JEPUN~~ MINYAK WANGI PER...
- [GR TERKINI] USTAZ KAZIM ELIAS PENCEN CERAMAH?
- [GR SEMASA] GST MENJADI REALITI: AKUJANJI DITEPATI...
- [GR HOT] SIAPA ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM?
- [GR SEMASA] GILA!! BILIK PERCUMA KALAU SANGGUP SEK...
- [GR HOT] JEJAKA 'ANWAR' AKHIRNYA BERKAHWIN ?
- [GR HOT] SIAPA ARTIS DITANGKAP KHALWAT HARI INI?
- [GR HOT PICS] ANUAR ZAIN PELUK SAPA?
- [GR INFO] 16 MEI~SELAMAT HARI GURU
- [GR INFO] KABINET BARU MALAYSIA TAHUN 2013
- [GR RENUNGAN] AIR MATA MALAM PERTAMA (PART1)
- [GR EBOOK] MAJALAH MASKULIN MAC & APRIL 2013 (MEDI...
- [GR PIC] JOM SEBERANG PULAU PINANG DGN LAMBORGHINI
- [GR RESEPI] IKAN BAUNG MASAK LEMAK TEMPOYAK
- [GR KESIHATAN] TEH AIS BERBAHAYA?
- [GR INFO] LIRIK LAGU BARA BARA BERE BERE-MICHEL TELO
- [GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN ...
- [GR ANIMASI] BOLA KAMPUNG THE MOVIE MKV FILE
- [GR FILEM MELAYU] KECOH HANTU RAYA TOK CHAI MKV FILE
- [GR FILEM MELAYU] Sembunyi: Amukan Azazil (2013) D...
- [GR FILEM BARU] Awan Dania The Movie (2013) DVDRip...
- [GR CERITA LAWAK] MENGAPA PERLU KAHWIN?
- [GR ROHANI] SEMINAR FIQH & PENGHAYATAN SOLAT
- [GR BICARA GAMBAR] BIAR GAMBAR BERBICARA
- [GR KULIAH ILMU] CERAMAH MANISNYA KAHWIN MUDA
- ► April 2013 (26)
- ► Februari 2013 (32)
- ► Januari 2013 (51)
-
►
2012
(307)
- ► Disember 2012 (31)
- ► November 2012 (12)
- ► Oktober 2012 (28)
- ► September 2012 (26)
- ► Julai 2012 (26)
- ► April 2012 (10)
- ► Februari 2012 (26)
- ► Januari 2012 (46)
-
►
2011
(373)
- ► Disember 2011 (38)
- ► November 2011 (54)
- ► Oktober 2011 (16)
- ► September 2011 (38)
- ► Julai 2011 (42)
- ► April 2011 (30)
- ► Februari 2011 (23)
- ► Januari 2011 (11)
-
►
2010
(14)
- ► November 2010 (1)
- ► Oktober 2010 (4)
- ► September 2010 (5)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan