Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 18 Julai 2013

[GR KENAPA?] APA PUNCA UTAMA KITA CEPAT BERASA LAPAR LEPAS MAKAN?

7 Punca Cepat Lapar Selepas Makan

Selalu cepat lapar?? Mesti ada penyebabnya ?? Pernahkah mengalami situasi berasa lapar kembali walaupun baru sahaja selepas makan. Makan berulang-ulang kali dalam kuantiti yang banyak boleh menyebabkan masalah obesiti dan menjejaskan kesihatan tubuh badan. Apakah punca yang menyebabkan masalah ini? Berikut dinyatakan beberapa punca yang menyebabkan kita berasa cepat lapar:

1) Minum terlalu banyak minuman manis
Hasil kajian daripadah University of California di San Fransisco mendapati bahawa kandungan gula boleh 'menipu' otak terhadap keinginan untuk makan lebih banyak. Ia menghalang hormon leptin daripada memberitahu otak bahawa kita telah mendapatkan makanan yang secukupnya.

2) Kerap makan makanan bertin
Makanan di dalam tin terdedah kepada bahan kimia sepertibisphonel-A atau BPA, yang turut mempengaruhi hormon leptin. Ia menyebabkan kita terdorong untuk makan berulang kali yang menjadi salah satu punca terhadap masalah obesiti. Kita boleh makan makanan bertin, tetapi elakkan daripada terlalu kerap.
Minuman Bergas
3) Sarapan pagi yang tidak mencukupi
Hasil kajian terhadap 6746 orang selama empat tahun mendapati bahawa individu yang mengambil 300 kalori ketika sarapan pagi akan meningkatkan pertambahan berat badan sebanyak dua kali ganda berbanding yang mengambil 500 kalori. Sarapan pagi yang tidak mencukupi akan menyebabkan kita makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak sepanjang hari.

4) Tidak makan sayur-sayuran
Sayur-sayuran mengandungi pelbagai khasiat seperti serat, anti oksida dan nutrien yang membantu rasa kenyang tahan lebih lama. Serat dalam sayur-sayuran dapat membantu untuk sistem pencernaan. Nutrien seperti vitamin dan mineral pula mampu meningkatkan imunisasi dalam badan. Seeloknya pilih sayur-sayuran segar untuk dimakan bagi mendapatkan khasiat yang maksimum.

5) Tidak minum teh kurang gula
Minum teh kurang gula selepas makan akan membuat kita berasa lebih kenyang dan secara tidak langsung dapat mengelakkan daripada makan berulang kali dalam kuantiti yang banyak.

6) Kurang minum air putih
Kita perlu minum 8 gelas atau 2 liter air putih setiap hari, seeloknya minum air putih sebelum mengambil makanan. Kekurangan air dalam tubuh badan berpotensi untuk meningkatkan tahap kelaparan yang akan menyebabkan kita makan dalam kuantiti yang banyak. 

7) Kebosanan
Hasil daripada kajian penyelidik Flinders University, Australia mendapati bahawa kebosanan akan meningkatkan keinginan untuk makan lebih banyak dan lebih kerap.

<Sumber _ TryMasak>
kredit: blog rossacalla
.......................................................................................................................
Oooooo..ni la sebabnya yea. MT pon baru saja tau. So ilmu kena la share2 n sebarkan kan. Tapi yea la, mmg bila da habit tu, susah nk tinggalkan. Lepas makan je msti air ais jadi pilihan. Tambah2 yang manis

Apapun sama2 lita cuba latih diri untuk kurangkan habit yang xelok ini k. Aminnn :P
...................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...