Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 18 Julai 2013

[GR KONGSI] FILEM PECAH (2013) BOLEH DISEDUT DAH

POSTER FILEM PECAH
REVIEW:
Bank CIMB Shah Alam simpan harta. Herman, Alan, Radi, dan Don sempat lari dengan wang. Namun Alan ditembak pengurus bank. Parah. Mereka sepakat ke hospital.
Rumah Seri Memori simpan warga emas. Bakar – sang penghuni dimamah dosa – tiba-tiba tumbang. Hilang sedar. Lidya – sang jururawat – dan Dr Vivian gegas bantu. Mereka sepakat ke hospital.
Hospital Tengku Ampuan Rahimah simpan nyawa. Alan di wad kecemasan. Bakar di wad lelaki. Herman-Don-Radi mahu cabut namun terbantut. Kereta kandas, sedang Inspektor Paul tiba pantas. Pintu pagar hospital dikawal, mereka perlu cari akal.
Herman-Lidya cinta hati. Dalam denyut debar Herman; di celah kerunyut gebar Bakar; satu-persatu kisah terpokah. Satu-persatu PECAH

 ULASAN:
 BANYAK review di blog-blog memaparkan rekasi yang positif dengan filem adaptasi novel ini. Jalan ceritanya kemas, menarik untuk ditonton sebagai sebuah aksi triller yang baik di Malaysia.

Bagi kaki novel Fixi, ianya pasti ditunggu-tunggu mereka. Namun novel dari penerbit yang boleh dikatakan indie (underground) ini mungkin agak janggal jika dibandingkan dengan novel terbitan lain seperti Karangkraf dan Alaf 21.

>>Laman web Fixi : KLIK SINI <<

Jika anda rasa nak membeli novel ini, dari web rasmi dikatakan novel ini SOLD OUT. Hasil tulisan Khairulnizam Bakeri ini boleh didapati dengan edisi Movie-Tie-In dengan harga lebih murah RM16.90
Review NOVEL >>KLIK SINI<<

KULIT BUKU PECAH
 MT telah blogwalking dan dapati filem ini dah mula boleh dimuatturun @ download @ sedut sekarang ni. Kat mana? Rajin-rajin la mencari yea..hehehehe

.......................................................................


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...