Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 30 Ogos 2013

[GR SEMASA] AL FATIHAH BUAT SAHABAT..ZAIDI MOKHTAR

Petugas JKM maut dirempuh kereta
11:14AM Ogos 30 2013
Seorang petugas Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Sungai Petani maut selepas motosikal yang ditunggangi bertembung dengan sebuah kereta di Batu 8, Jalan Alor Setar-Sungai Petani di Alor Setar, semalam.

Dalam kejadian kira-kira 3 petang itu, mangsa Zaidi Mokhtar Affandi, 33, dari Kampung Imam, Jitra dikatakan sedang dalam perjalanan menuju ke Alor Setar bagi menjemput isterinya.

Mangsa dipercayai cuba memotong sebuah motosikal lain sebelum dirempuh sebuah kereta Viva yang dipandu seorang doktor wanita yang dipercayai cuba memotong sebuah lori di laluan bertentangan.

Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh di atas kereta tersebut dan mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah.

Ketua Polis Daerah Kota Setar, ACP Adzaman Mohd Jan ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan berkata mayat mangsa di hantar ke Hospital Sultanah Bahiyah (HSB) di sini untuk bedah siasat.

- Bernama
kredit: Malaysiakini
.......................................................................................... 
BERSAMA-SAMA kita yg mengenali beliau atau tidak untuk menyedekahkan Al Fatihah kepada beliau dan sama-sama berdoa beliau ditempatkan dikalangan orang-orang beriman...Aminn

AL FATIHAH....
..........................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 29 Ogos 2013

[GR DIY] JOM BUAT SENDIRI PERANGKAP NYAMUK

 CARA BUAT PERANGKAP NYAMUK MUDAH DAN SENANG.

Apa yang kita perlukan ialah:

200 ml air 50 gram gula perang, 1 gram yis ( yis ibu roti, boleh dibeli di pasar raya ) dan 1 botol plastik 2-liter.

Bagaimana caranya:

1. Potong botol plastik (jenis PET) pada separuh. Simpan bahagian leher

2. Campurkan gula perang dengan air panas. Biarkan sejuk. Apabila sejuk, tuangkan di separuh bahagian bawah botol.

3. Tambah yis. Tidak perlu untuk bergaul. Ia akan menghasilkan karbon dioksida.(Nyamuk tertarik dengan karbon dioksida)

4. Letakkan bahagian corong, terbalik, ke dalam separuh botol tadi.

5. Bungkus botol dengan sesuatu yang hitam, dan letakkan di beberapa sudut rumah anda.

Dalam masa dua minggu, anda akan melihat jumlah nyamuk dan nyamuk yang mati di dalam botol.

Di samping membersihkan rumah , tapak pembiakan nyamuk dan nyamuk, kita boleh menggunakan kaedah ini dalam: Sekolah, taska, Hospital,kedai, ladang, dan lain-lain .

Silakan SHARE untuk ramai Mencuba!

................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR HOT] 49 KONGSI GELAP DIDEDAHKAN !!

 PIHAK POLIS telah pon mengumumkan akan mendedahkan senarai nama kongsi gelap di Malaysia untuk pengetahuan dan makluman rakyat Malaysia. Cuba-cubalah tengok senarai yang dilampirkan. Mana nak tau kot2 korang ka,family korang ke merupakan ahli tegar salah satu pumpulan tersebut?

1) Geng 04
2) Geng 08
3) Double 7
4) Tiga Line
5) Geng 30
6) Geng 38
7) Geng 24
8) Geng 18
9) Geng 36
10) Geng 21
11) Ang Soon Thong
12) Wah Kee
13) Sio Sam Ong
14) PNEH
15) Hong Hong San
16) Hai San
17) Sin Ang Bin
18) New Cell 20
19) Jit It Hai
20) Sio Koon Tong
21) Gee Lam Kor
22) Gee Ah Eng
23) Loh Kuan
24) Tiang Yee Tong
25) Geng Leng Hor
26) Geng 35
27) Geng 303
28) Geng Satu Hati
29) ATAP
30) Hung Ann
31) Sui Yup
32) Otai
33) Borneo Red EMP
34) Ah Ngau
35) Batu Tiga
36) Ah Feng
37) Batu 10
38) Sibu Ti
39) Ah Seng
40) Ah Chin
41) Lee Lung
42) Lo Han
43) Sg Merah
44) Sg Badut
45) Ting Ching Lee
46) Tua Cak Lee
47) Teksi Station
48) Pintu Merah
49) Krokop

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SEMASA] KENAPA SYAMSUL YUSOF MENGAMUK ?


ITULAH amaran yang telah dikeluarkan oleh anak kepada Yusof Haslam ini. Hal ini berlaku setelah sekuel kepada KL Gangster, KL Gangster 2 yang belum lagi ditayangkan di pawagam telahpon dicetak rompak dan diedarkan kepada khalayak

Tinjauan juga mendapati ianya sudah boleh dimuat turun di laman-laman perkongsian muat turun baik dari negara ini mahupun negara jiran. Namun adakah maran tersebut akan tinggal amaran kerana bukan mudah untuk mengesan dan sudah tentu walaupun dengan penagkapan pihak terbabit filem berkenaan akan terus dimiliki dan ditonton orang ramai. Ini kerana filem yang siap dimuat turun itu boleh dikongsi dengan orang lain dengan hanya menyalin ke dalam pemacu mudah alih seperti pendrive dan hardisk
............................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SHARE] TIDAK SEMUA RASA TERHINA DAN MALU DENGAN STATUS IBU TUNGGAL

 Salam,

Saya pun berumur 39 thn dan single mom for one. Alhamdulillah tuhan permudahkn utk dpt kerja setelah comp sebelom ni tutup angkara boss yg tamak. Kalau x kerja mcmana la nk bayar sek anak, sewa rmh, taska, kereta hmm semua perlukan duit. Mmg bersyukur rezeki anak tu ada dan yg paling tak sangka dlm ramai2 yg dtg interview, saya yg terpilih. Agaknya sbb status ibu tunggal. Bila fikir semula jgn la mengeluh dgn status ini dan saya rasa bertuah pula x pernah rasa terhina atau dihina malah bahagia hidup berdua dgn anak. Percaya lah rezeki anak.

Sorry melalut pulak kan sekadar nk share cerita. Saya tgk pn. Noor ada expertise and experience rasanya x susah nk crk keje lbh2 lg dlm bidang account yg rata2 org cina yg pegang. IT pun ramai cina yg pegang. Jika pn noor minat dlm bidang marketing, ada transport saya bole recommend dgn kwn saya dlm bidang pengiklanan. Gaji dan komisyen lumayan janji rajin ganjarannya ada.

Sekian, jika pn noor berminat, email pd saya.

Terima kasih dan selamat hari raya. Hidup untuk dilalui bukan untuk dirancang. Bersyukur sentiasa in sha allah cukup dgn apa yg kita dpt.

Liya
Kl
............................................................................................................

PAPARAN di atas diambil dalam satu forum yang mencari pekerjaan untuk ibu tunggal. Menariknya beliau dengan bangga mengakui bahawa status ibu tungall bukan untuk diratap dan dirintih namun harus dimanipulasi sebagai sesuatu yang membawa tuah dalam kehidupan

Betapa untung sebenarnya ibu tunggal di Malaysia ini kerana mereka mendapat perhatian dan keistimewaan dari kerajaan. Pelbagai peluang serta ruang telah disediakan untuk golongan ini bagi meningkatkan produktiviti terutama dalam aspek ekonomi. Tidak seperti mereka yang mendapat status bapa tunggal yang langsung tidak dipandang sebagai golongan yang perlu dibantu seumpama ibu tunggal

Jadi bersyukurlah, jangan malas untuk naik turun mencari peluang yang telah disediakan

..............................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 27 Ogos 2013

[GR KENAPA?] KENAPA PEREMPUAN SELALU AMBIL GAMBAR DARI ATAS?


 **Betoi tak..betoi tak?heheheh


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SEMASA] LAKARAN POTRET PUTERI DIANA TERKINI OLEH SEORANG SENIMAN


SEMUA sedia maklum akan kematian Puteri Diana pada tahun 1997 akibat kecelakaan jalanraya. Namun begitu seorang seniman bernama Israel Zohar telah melakarkan momen wajah puteri kesayangan rakyat itu yang juga ibu kepada Putera William dan Harry seandainya masih hidup hingga kini

** Macam-macam aii
.........................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] USHAR SAT ETNIK TERCANTIK DI DUNIA





CANTIK KAN? Tapi jika anda ke sana pastikan anda hormati budaya mereka. Jangan sewenang-wenangnya mengambil gambar gadis mereka tanpa meminta izin keluarga. Adat setempat keluarga begitu tegas melarang anak gadis bergambar untuk megelakkan gambar anak disebar luas.

Etnik Pushtun ini tinggal di Sibi. Wilayah Balochistan 160km dari lembah Quetta. Terdapat satu sambutan festival Sibi Mela di mana ketika minggu ini banyak keluarga-keluarga etnik Pushtun ini akan mengahwinkan anak-anak gadis mereka. Sambutan festival ini telah berlangsung selama lebih ratusan tahun di wilayah ini.

....................................................................


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 20 Ogos 2013

[GR NUKILAN] JEMPUTAN WALIMATULURUS

DENGAN RENDAH DIRI admin menjemput semua rakan2 untuk ke majlis walimatulurus saya :)



Saya sediakan sekali petanya k :)
 

Jumaat, 16 Ogos 2013

[GR KEMUSYKILAN] Hukum Memakai Inai Bagi Lelaki?


Assalamualaikum w.b.t
Saya ditanyakan persoalan berkenaan hukum memakai inai bagi lelaki semasa perkahwinan yang mana ia menjadi satu adat didalam perkahwinan?

Jawapan:

Didalam Islam, kita mengutamakan dalil iaitu dari Al-Quran dan Al-Hadis  dari Al-Qur’an dan sunnah, sebagaimana Firman Allah:
Bermaksud: Dan janganlah kamu mengikuti apa yang kamu tidak
mempunyai pengetahuan tentangnya. sesungguhnya pendengaran,
penglihatan dan hati, semuanya itu akan diminta pertanggunganjawabnya.
(QS. 17:36).

Dan orang yang berkata dalam masalah agama tanpa dalil,bererti berkata atas nama Allah tanpa ilmu. Dan ini dilarang oleh Allah,sebagaimana firman-Nya,

Bermaksud:“ Sesungguhnya syaitan itu hanya menyuruh kamu berbuat jahat dan keji, dan mengatakan terhadap Allah apa yang kamu tidak ketahui”, (QS.2:169)."

Begitu juga ketika seseorang berfatwa dan memberikan jawapan dalam masalah agama tanpa dalil yang benar,maka fatwa atau jawabannya hanya akan menyesatkan saja. Rasulullah bersabda, 

Bermaksud: “Sesungguhnya Allah tidak mengambil ilmu dari manusia dengan mencabutnya, tetapi dengan mewafatkan para ulama’, dan ilmu akan ikut hilang bersamanya. Dan akan tinggal insan-insan jahil yang berfatwa tanpa ilmu, Maka dia telah tersesat dan akan menyesatkan”, (HR.Bukhari dan Muslim).

Jadi untuk menjawab persoalan ini memerlukan kepada tokohnya iaitu ulama yg berilmu.Dalam meneliti soalan dalam permasalahan Fiqh, metode yg digunakan adalah mengutamakan dalil dari Al-Quran dan Hadis kemudian Ijma' Sahabat dan pandangan ahli ilmu.

Mari kita lihat Fatwa-Fatwa para ulama Salaf dalam menjawab permasalahan inai dan hukumnya?


Memetik Fatwa Syiekh Masyhur Hassan Salman[1] didalam Kitab kumpulan Fatwa beliau:

خضاب الرجل يكون على الحال الذي استخدم عند الصحابة والتابعين ويكون في اللحية والشعر إن كان فيهما شيب ، أما في اليدين والرجلين فلا يجوز للرجل أن يستخدم الحناء إلا تطبباً ، أما من باب التزيين ففي هذا تشبه بالنساء فلا يحل له أن يحني رجله أو يديه إلا من باب التطبيب أما الشيب في اللحية أو الشعر وإن كان قليلاً فمن السنة أن يحني الشيب فقد صبغ النبي صلى الله عليه وسلم لحيته وشعرات الشيب قليلة
Maksudnya: Mewarnakan atau inai bagi lelaki dibolehkan pada keadaan yang digunakan oleh para Sahabat Nabi SAW dan Tabie'en dan juga dipakai pada janggut dan rambut sekiranya pada kedua-duanya terdapat uban, manakala pada tangan-tangan dan kaki-kaki maka tidak dibolehkan bagi lelaki untuk memakai inai melainkan hanya untuk berubat dengannya, adapun jika ia digunakan untuk tujuan perhiasan, padanya penyerupaan seperti perempuan, maka tidak dibolehkan baginya mewarnai kaki atau tangannya melainkan untuk tujuan perubatan. Adapun uban pada janggut dan rambut walaupun sedikit maka daripada sunnah Nabi SAW baginya mewarnai ubannya. Pernah dilakukan Nabi SAW, mewarnai janggut baginda dan rambut-rambut baginda yg sedikit.

Didalam Fatwa Online[2] oleh Mufti Markaz Fatwa dibawah naungan Prof. Dr Abdullah Faqeh, diajukan soalan berkenaan "Adakah dibolehkan inai dipakai oleh lelaki untuk majlis perkahwinan?

Beliau menjawab:
الحمد لله والصلاة والسلام على رسول الله وعلى آله وصحبه أما بعد
Sekiranya yang dimaksudkan penyoal adalah mewarnakan seorang lelaki tangannya atau kakinya dengan inai bagi majlis perkahwinan, maka hal itu tidak dibolehkan, malah juga tidak dibolehkan selain perkahwinan kerana hal itu adalah daripada perhiasan wanita, dan tidak boleh (haram) menyerupai wanita ke atas apa yg dikhususkan ke atas para wanita dalam perhiasan atau pakaian.Dan dalil yg mengkhususkan bagi perempuan adalah berdasarkan hadis yg diriwayatkan oleh Abu Daud dan juga Al-Nasai'e dengan sanad yg Hasan:
Dari Ummul Mukminin A'isyah r.a. berkata:  Seorang wanita mengisyaratkan di belakang tabir bahawa dia ingin menyampaikan surat kepada baginda S.A.W. lalu baginda melihat tangan itu seraya baginda bersabda: Aku tidak tahu samada ini tangan lelaki atau perempuan. itu menjawab: Aku adalah seorang wanita. bersabda: Sekiranya kamu seorang perempuan, berbezalah dengan memakai inai dijarimu.
dan juga hadis yg diriwayatkan oleh abu hurairah radhiallahu anhu:
"Bahwasanya Nabi SAW didatangkan kepadanya seorang mukhannath (khunsa) yang mewarnakan tangannya dgn inai. Dikatakan kepada Rasulullah S.A.W: "Wahai Rasulullah. Lelaki ini cuba menyerupai wanita." Lalu diperintahkan lelaki itu dihantar ke naqi'ah(nama tempat) (sebagai hukuman, dihantar ke tempat yang terpencil supaya dijauhi dari orang ramai). Lalu mereka bertanya kepada rasulullah S.a.w: "Kenapa dia tidak dibunuh?" Lalu baginda S.A.W bersabda: "Aku dilarang membunuh mereka yang bersembahyang." (Diriwayatkan oleh Abu Daud dengan sanad yg soheh)
Berkata Imam Al-Nawawi rahimahullah: Dan berkenaan menginaikan kedua-dua tangan dan kaki maka ia satu sunnah kepada pengantin perempuan. Dan ianya haram ke atas lelaki melainkan untuk tujuan perubatan. Dan daripada dalil-dalil ke atas pengharamannya adalah dari sabda baginda SAW:

Bermaksud:"Allah melaknat orang yg menyerupai wanita dari kalangan kaum lelaki, dan juga perempuan-perempuan yg menyerupai lelaki dari kalangan wanita. (Diriwayatkan oleh Imam Ahmad dan Tirmizi)

Dan sekiranya bertujuan untuk menwarnakan uban dengan inai maka ianya dibolehkan malahan ia adalah sunnah ini berdasarkan hadis Nabi SAW:

Ertinya : Sesungguhnya sebaik-baik bahan untuk mengubah (mewarna) uban ini adalah inai dan khatam(Diriwayatkan oleh Imam Ahmad)‌

Janganlah kita mencabut uban kerana Nabi SAW bersabda:
Ertinya : Janganlah kalian mencabut uban kerana uban itu cahaya seorang muslim. Tidaklah seorang muslim tumbuh ubannya kerana (memikirkan) Islam malainkan Allah catatkan baginya (dengan sebab uban tersebut) satu kebaikan, mengangkatnya (dengan sebab uban tersebut) satu derajat, dan menghapus darinya (dengan sebab uban tersebut) satu kesalahan‌ (Ahmad dan Abu Daud)

-----------------------------------------------------------------
Foot Note:

[1] Nama beliau adalah Masyhur bin Hasan bin Mahmud Ali Salman,dilahirkan diPalestin tahun 1960 dan kunyah beliau adalah Abu Ubaidah. Beliau adalah seorang Syaikh yang mengikuti manhaj salaf dan berpegang dengan atsar mereka. Beliau memiliki banyak buku yang unik, bermanfaat dan sangat ilmiah. Termasuk buku ulama lain yang beliau takhrij dan tahqiq. Beliau merupakan anggota Mujtama’ al-Ilmi wal Ifta’ markaz Imam
Albania juga murid kepada Syiekh Nasaruddin Al-Albani rahimahullah.

[2] Meenyepakati Fatwa Lajnah Al-Daimah Lil- Buhus I'lmiyah Wal Iftaa'

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 15 Ogos 2013

[GR KONGSI] NAK TAHU TANDA SEORANG ITU MASIH GADIS?


1. DAHI

Gadis yang masih suci, dahinya licin. Bila selalu melakukan hubungan seksual, licinnya hilang, malah yang timbul kedutan (garis2) yang kadangkala nampak kadangkala tidak ketika sedang bercakap. Kedutan kerana sudah tidak suci, tidak sama dengan kedutan wajah yang disebabkan faktor usia. Kedutan suci yang telah hilang, tidak begitu ketara dan tidak begitu nampak, kecuali ketika muka menunjukkan reaksi tertentu seperti sedang ketawa dan bercakap, manakala kedutan disebabkan faktor usia sentiasa nampak jelas dan kekal.

2. HIDUNG

Gadis yang masih suci atau tubuhnya belum disentuh oleh lelaki, hujung hidungnya berwarna kemerah-merahan, jika disentuh hujung hidungnya nampak merah. Gadis yang tidak suci hujung hidungnya merah tetapi merah pucat, terkadang warna merah tidak nampak, yang nampak hanyalah pucat. kalau tak percaya, cuba lihat hujung hidung anak gadis, merahkan.? Bagi lelaki yang suka merosakkan kesucian wanita, hidungnya berbelang, oleh karena itu disebut lelaki hidung belang. Wallahualam..

3. MATA

Dari mana datangnya cinta? Dari mata turun ke hati….. Kita menggunakan mata untuk memandang dan melihat seseorang, cantik ke, seksi ke, menghairahkan ke, dan lain-lain. Selalunya kita memandang wanita cantik hanya dibahagian luar saja, tapi bahagian dalamnya sudah rosak, untuk mengetahui wanita itu masih suci atau tidak, cubalah tengok matanya. Bila bahagian bawah kelopak terlipat sedikit dan terdapat tanda lebam bererti gadis itu sudah tidak suci lagi, mungkin sudah bersuami. lebam yang menunjukkan tidak suci nampak seperti garis-garis hitam di bawah kelopak mata di samping warna hitam di bawah kelopak mata sedikit kelihatan berkedut (berkeriput).

4. BUAH DADA

Peranan buah dada memang banyak, bukan sekadar menggoda nafsu lelaki saja, tapi buah dada sebagai bukti bahawa gadis itu pernah disentuh atau tidak. Buah dada gadis yang belum pernah disentuh, sentiasa tegang. Tetapi kalau sudah kena sentuhan, buah dada itu tegangnya berkurang dan membesar sedikit daripada ukuran asalnya, lebih kerap disentuh, lebih kendur. Perhatikan gadis ketika berjalan atau berlari, bergerak-gerak dan melambung jatuh (ke bawah) dan berbuai sekali bererti ketegangan sudah hilang. Kalau belum pernah kena sentuhan, walaupun buah dada berbuai disaat berlari tetapi buaiannya tidak terlalu melambung-lambung bererti ketegangan masih ada.

Puting buah dada yang pernah kena sentuhan menjadi panjang dan terjojol (keluar) sedikit dari tempat persembunyiannya. Buah dada yang selalu kena ramas akan menjadi lebih besar, dan jangan menuduh gadis yang berbuah dada besar itu kena ramas. Sebab, buah dada yang besar kena ramas dan yang besar kerana faktor semulajadi (alami) memang berbeza.

5. GARIS TAPAK TANGAN

Gadis yang berkulit tebal dan kasar, cuba perhatikan kedua tapak tangannya, jikalau retak (pecah urat, urat-urat yang menyerupai retak), bukan kerana disebabkan tidak tahan bahan pencuci yang mengandung kimia (alergiC), bererti gadis itu sudah hilang kesuciannya. Gadis yang masih suci, kedua tapak tangannya halus dan licin. Jika kesuciannya telah hilang, kedua tapak tangannya ketika di tekan warnanya pucat tidak merah, jika dipicit terus ia menganjal balik. Satu cara lagi, cuba perhatikan tapak tangan kanan, jika ada garis putus-putus dibahagian tengah bererti kesuciannya telah hilang, bila tidak terputus-putus bererti ada harapan kesuciannya belum hilang. setelah melihat tapak tangan yang kanan, cuba genggam ibu jari tangannya sekejap kira-kira satu minit. bila disaat mengenggam terasa panas (hangat) dan ibu jarinya merah ketika dilepaskan, bererti ada harapan masih suci. Perhatikan pula ibu jarinya, bila nampak pucat sangat walaupun ada rasa panas (hangat) bererti kemungkinan besar kesuciannya sudah diserahkan pada lelaki lain.

Cuba pegang erat jari kelingkingnya kira-kira satu minit, kemudian lepaskan. tanyalah bagaimana rasanya ketika dipegang erat dan dilepaskan? Kalau ia menjawab tak ada rasa, mintalah maaf sajalah, kemungkinan ia sudah tidak suci lagi. Tetapi kalau ia menjawab ada rasa rangsangan, jantungnya berdebar-debar atau ada rasa sakit seperti berdenyut-denyut. nampaknya masih suci. (Yang menguji adalah orang laki-laki) ..(Pakai Sarung tangan.. aurat nak kena jaga ( ^_^ )

6. JARI TAPAK TANGAN

Dengan jari-jari lah lelaki suka memegang dan menggoda perempuan. perempuan juga begitu. jari-jari adalah kawasan yang paling mudah untuk mengetahui gadis yang suci atau tidak. Caranya cukup mudah. terlebih dahulu berjabat tangan, ketika berjabat tangan ramas-ramaslah tangannya, kalau lelaki bukan mahramnya boleh memegang tangan seorang gadis, itu menunjukkan dara kecil dibahagian tangannya sudah ternodai. Apabila tangan dan jari-jari gadis itu boleh di ramas-ramas bererti peluang untuk memegang tempat-tempat yang lain sudah terbuka luas. Cuba jari-jari gadis itu di belai-belai dan di ramas-ramas dengan lembut, bagaimana perasaan gadis itu?

Sentuhan lelaki dijarinya memang memberi satu rasa yang nikmat dan berahi yang tersendiri. Sentuhan tangan sentuhan ajaib, dari tanganlah akan menjalar ke daerah-daerah yang lain. Sentuhan tangan memang syahdu, kalau tak percaya cubalah betapa bahagianya berjalan sambil berpegangan tangan. Bila anda ingin mengetahui gadis itu sudah terbiasa disentuh atau tidak, Cuba hulurkan tangan dan bersalaman dengannya, ketika bersalaman genggamlah tangannya dengan lembut dan cuba sentuh jari kelingking gadis itu. Ketika menyentuh jari kelingkingnya tengoklah wajah gadis itu, apakah dia nampak gelisah dan resah?, kalau dia terkejut dan berubah wajahnya, berkemungkinan besar dia masih suci. walaupun mungkin dia pernah berasmara (ringan-ringan), tapi mungkin belum sampai tertebuk daranya. Jika ketika jari kelingkingnya disentuh kemudian dia nampak macam biasa saja dan tak mahu bersuara, kemungkinan besar kesuciannya sudah tiada. Wallahualam..

7. PERUT

Peribahasa menyebut, biar pecah di perut jangan pecah di mulut. begitulah kata peribahasa, tapi tubuh wanita bukanlah peribahasa. Kalau pecah daranya, pasti pecah perut. Bila seseorang gadis pernah melakukan hubungan sulit, maka perutnya akan menjadi mengembang dan menjadi buncit sedikit.

8. RAMBUT

Rambut merupakan mahkota wanita tetapi juga berperanan dalam menentukan gadis itu masih suci atau tidak. Gadis yang masih suci, rambutnya kelihatan rapi, segar dan tidak kasar. manakala gadis yang sudah hilang kesuciannya, rambutnya kelihatan tidak bersemangat (kuyu).

9. BIBIR

Percaya atau tidak bahawa bibir gadis yang pernah dicium lebih menarik dan cantik. Apabila bibir bertemu bibir, maka akan membuat pergerakan darah akan mengalir ke bibir dan membentuk bibir yang baru. Lebih kerap dicium, lebih cantik pula bibirnya. Tapi ada juga gadis yang mempunyai bibir mulut yang cantik walaupun tidak pernah dicium. Gadis yang belum pernah dicium bibirnya kelihatan berwarna merah jambu dan tidak ada garis pucat atau hitam di sekitar bibirnya. Bibir gadis yang tidak pernah dicium tidak nampak lebam dan bibirnya licin dan basah. Bibir yang pernah dicium akan nampak lebam-lebam sedikit walaupun hanya sekali saja, dan juga dapat mengubah bibirnya dimana terdapat garis-garis kasar yang memperindah bentuk bibir. Bila gadis itu tidak suci lagi, bahagian tengah bibirnya nampak retak, seakan-akan terbahagi dua, retaknya tidak begitu jelas, akan tetapi boleh dilihat jika diperhatikan betul-betul.

10. FARAJ

Ini sudah tentu hanya akan diketahui setelah bernikah. Permukaan gadis yang pernah melakukan hubungan badan, pintu kemaluannya tidak tertutup rapat, agak renggang sedikit dan lebih kembang. Kalau gadis yang masih perawan, kemaluannya sentiasa tertutup rapat. Sebenarnya selaput dara boleh dilihat terus kedalam kemaluan gadis. Bila kemaluan masih tertutup bererti gadis itu masih suci. Kalau lubang itu terbuka sedikit bererti gadis itu sudah tidak perawan lagi.

11. LEHER

Leher juga menjadi salah satu tempat yang dapat menunjukkan gadis itu masih suci atau tidak. Bila leher perempuan itu nampak berkedut-kedut, ertinya perempuan itu pernah disentuh lelaki. Garis kedutnya bukan seperti garis kedutan akibat dah tua, garisnya kecil-kecil, pendek-pendek dan putus-putus, bukan garis yang panjang. Kalau ingin melihat dengan jelas tunggulah gadis itu menundukkan kepalanya. Lihatlah dengan cepat dan cermat.!. apabila gadis itu kerap keluar dengan lelaki, maka lehernya terdapat tanda-tanda hitam kecil diliang romanya dan warna pucat kecil seperti bintik-bintik. Adakalanya lubang dibulu roma nampak jelas di leher, ini juga bererti gadis itu selalu disentuh. Kalau gadis itu berleher panjang, cuba perhatikan dibahagian lehernya, jika terdapat garis-garis urat yang bersilang ertinya gadis itu masih suci. Jika terdapat garis-garis yang melintang, bukannya urat yang melintang, ini bererti perempuan itu sudah pernah beranak….

Sumber: blog rossacalla
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 13 Ogos 2013

[GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN OGOS 2013

Salah seorang da'ei yang sangat dikenali pada masa kini. Celotehnya yang diselang seli dengan jenaka menyebabkan ianya mudah difahami dan tidak membosankan terutama bagi golongan muda. Walaupun terdapat beberapa puak yang mempertikaikan latar belakang pengajiannya, ianya melibatkan musuh politik dan ternyata tidak menggugat beliau dari menghimpunkan ribuan manusia dalam siri jelajah kuliahnya. Pendekatan beliau menyebabkan ramai golongan muda dan artis mendekati agama
Jadual Kuliah Bulan ini,sila klik link bawah
 


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 12 Ogos 2013

[GR SEMASA] PENANGAN 1 MALAYSIA : SURAU PON NAK DIKONGSI AGAMA LAIN KE


 AKHBAR hari ini melaporkan akan kehadiran sekumpulan individu bukan beragama Islam di sebuah surau. Mengejutkan dipercayai beragama Buddha, individu terbabit telah menjalankan ritual sembahyang agama berkenaandi dalam surau terbabit !

Apa sebenarnya tujuan sebenar kumpulan ini?
..............................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] SIAPAKAH MORSI?


[GR SEMASA] HUJAN METEOR DI LANGIT MALAYSIA


 MALAM INI, 12 Ogos 2013 rakyat Malaysia khususnya berkesempatan menyaksikan satu fenomena luar biasa yang jarang dapat disaksikan iaitu hujan meteor di langit negara kita.

Fenomena yang dianggarkan berlaku pada jam 11.00 malam ini mampu dilihat dengan mata kasar menurut ketua Unit Penyelidikan Sains Angkasa.

Jadi sama-samalah kita tunggu dan saksikan kebesaran Allah SWT. Bagi mereka yang dapat menyaksikannya nanti jangan lupa berzikir memuji kebesaran Allah SWT

....................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] AIR MATA & KEAJAIBANNYA


Keajaiban Air Mata
7 KEAJAIBAN AIR MATA
  1.  
  2. 1.    Membantu penglihatan
    Air mata ternyata membantu penglihatan seseorang, jadi bukan hanya mata itu sendiri. Cecair yang keluar dari mata dapat mencegah dehidrasi pada mata yang boleh membuat penglihatan menjadi kabur.
  3.  
  1. 2.    Membunuh bakteria
    Tidak perlu ubat titis mata, cukup air mata yang berfungsi sebagai antibiotik. Di dalam air mata terkandung cecair yang disebut dengan lisozom yang dapat membunuh sekitar 90-95 peratus bakteria-bakteria yang tertinggal dari keyboard komputer, pegangan tangga, bersin dan tempat-tempat yang mengandungi bakteria, hanya dalam 5 minit
  2.  
  1. 3.    Meningkatkan mood
    Seseorang yang menangis boleh menurunkan kadar emosi kerana dengan menangis, mood seseorang akan terangkat kembali. Air mata yang dihasilkan dari menangis kerana emosi mengandungi 24 peratus protein albumin yang berguna dalam meregulasi sistem metabolisme tubuh dibanding air mata yang dihasilkan dari iritasi mata.
  2.  
  1. 4.    Mengeluarkan racun
    Seorang ahli biokimia, William Frey telah melakukan beberapa kajian tentang air mata dan menemui bahawa air mata yang keluar dari hasil menangis kerana emosional ternyata mengandung racun. Tapi jangan salah, keluarnya air mata yang beracun itu menandakan bahawa ia membawa racun dari dalam tubuh dan mengeluarkan dari mata.
  2.  
  1. 5.    Mengurangkan stres
    Bagaimana menangis boleh mengurangkan stress? Air mata juga mengeluarkan hormon stres yang terdapat dalam tubuh iaitu endorphin leucine-enkaphalindan prolactin.Selain menurunkan level stress, air mata juga membantu melawan penyakit-penyakit yang disebabkan oleh stress seperti tekanan darah tinggi.
  2.  
  1. 6.    Membina komuniti
    Selain baik untuk kesihatan fizikal, menangis juga membantu seseorang untuk bangun dengan semangat dan azam baru. Biasanya seseorang menangis setelah menceritakan masalahnya pada teman-temannya atau seseorang yang memberikan bantuan, dan hal ini meningkatkan kemampuan berkomunikasi dengan lebih tenang.
  2.  
  1. 7.    Melegakan perasaan
    Semua orang rasanya merasa demikian. Walaupun anda didera berbagai macam masalah dan cubaan, namun setelah menangis biasanya akan muncul perasaan lega. Setelah menangis, sistem dalam badan, otak dan jantung akan menjadi lancar, dan hal itu membuat seseorang merasa lebih baik dan lega. Keluarkanlah masalah di fikiranmu dengan menangis, jangan dipendam kerana anda boleh menangis dengan penuh penyesalan.

<Portal Interaktif - K-Masjid>

Ahad, 11 Ogos 2013

[GR NUKILAN] SALAM LEBARAN..SALAM AIDILFITRI

Saya sekeluarga dengan rendah diri mengucapkan Salam Aidilfitri dan Maaf Zahir dan Batin kepada semua rakyat Malaysia dan seluruh umat Islam di seluruh dunia

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...