Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 25 November 2013

[GR PHOTOSHOP] ALL PS HOTKEYS

 New… Ctrl+N
Open… Ctrl+O
Browse… Alt+Ctrl+O
Shift+Ctrl+O
Open As… Alt+Shift+Ctrl+O
Edit in ImageReady... Shift+Ctrl+M
Close.... Ctrl+W
Close All... Alt+Ctrl+W
Close and Go To Bridge… Shift+Ctrl+W
Save.... Ctrl+S
Save As… Shift+Ctrl+S
Save a Version… Alt+Ctrl+S
Save for Web… Alt+Shift+Ctrl+S
Revert F12
File Info… Alt+Shift+Ctrl+I
Page Setup… Shift+Ctrl+P
Print with Preview… Alt+Ctrl+P
Print… Ctrl+P
Print One Copy Alt+Shift+Ctrl+P
Print Online…
Exit Ctrl+Q
Edit
Undo/Redo Ctrl+Z
Step Forward Shift+Ctrl+Z
Step Backward Alt+Ctrl+Z
Fade… Shift+Ctrl+F
Cut Ctrl+X
F2
Copy Ctrl+C
F3
Copy Merged Shift+Ctrl+C
Paste Ctrl+V
F4
Paste Into Shift+Ctrl+V
Fill… Shift+F5
Free Transform Ctrl+T
Transform >
Again Shift+Ctrl+T
Color Settings… Shift+Ctrl+K
Keyboard Shortcuts… Alt+Shift+Ctrl+K
Menus… Alt+Shift+Ctrl+M
Preferences >
General… Ctrl+K
Image
Adjustments >
Levels… Ctrl+L
Auto Levels Shift+Ctrl+L
Auto Contrast Alt+Shift+Ctrl+L
Auto Color Shift+Ctrl+B
Curves… Ctrl+M
Color Balance… Ctrl+B
Hue/Saturation… Ctrl+U
Desaturate Shift+Ctrl+UImage
Canvas Size… Alt+Ctrl+C
Layer
New>
Layer… Shift+Ctrl+N
Layer via Copy Ctrl+J
Layer via Cut Shift+Ctrl+J
Create/Release Clipping Mask Alt+Ctrl+G
Group Layers Ctrl+G
Ungroup Layers Shift+Ctrl+G
Bring to Front Shift+Ctrl+]
Bring Forward Ctrl+]
Send Backward Ctrl+[
Send to Back Shift+Ctrl+[
Merge Layers Ctrl+E
Merge Visible Shift+Ctrl+E
Select
All Ctrl+A
Deselect Ctrl+D
Reselect Shift+Ctrl+D
Inverse Shift+Ctrl+I
All Layers Alt+Ctrl+A
Feather... Alt+Ctrl+D
Shift+F6
Filter
Last Filter Ctrl+F
Extract... Alt+Ctrl+X
Liquify... Shift+Ctrl+X
Pattern Maker... Alt+Shift+Ctrl+X
Vanishing Point... Alt+Ctrl+V
View
Proof Setup >
Proof Colors Ctrl+Y
Gamut Warning Shift+Ctrl+Y
Zoom In Ctrl++
Zoom Out Ctrl+-
Fit on Screen Ctrl+0
Actual Pixels Alt+Ctrl+0
Extras Ctrl+H
Target Path Shift+Ctrl+H
Grid Ctrl+'
Guides Ctrl+;
Rulers Ctrl+R
Snap Shift+Ctrl+;
Lock Guides Alt+Ctrl+;
Actions Alt+F9
Brushes F5
Color F6
Info F8
Layers F7
Help
Photoshop Help F1

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Jumaat, 22 November 2013

[GR SUKAN] SAYONARA RAJA!! TERIMA KASIH ATAS BAKTIMU


PASTI SEMUA sudah tahu akan khidmat pengendali skuad Harimau Malaya, Datuk K Rajagopal tidak lagi disambung kontraknya setelah KPI beliau tidak tercapai.

Misi beliau membawa Malaysia layak ke Piala Asia yang menjadi Indeks KPI beliau musnah setelah tewas di laman sendiri. Seperti kita, beliau juga semestinya telah menduga akan khidmatnya tidak lagi diperlukan

Menyoroti kerjayanya, seharusnya kita masih perlu berterima kasih dengan beliau atas kejayaan beliau menamatkan kemarau puluhan tahun memenangi emas Sukan Sea Laos dan mendakap Piala Suzuki AFF 2010. Ketika itu skuad emas kita digeruni serantau dengan beberapa pemain mendapat perhatian kelab luar. 

Kehadirannya dibantu pemain-pemain ini telah memulihkan semangat penonton tegar dan kita juga dapat saksikan rakyat negara kita tidak lagi malu untuk menyarung jersi Harimau Malaya sebagai pakaian seharian.

Beliau juga disayangi segenap lapisan masyarakat. Namun seperti biasa, langit tidak selalu cerah. Kemerosotan prestasi harimau Malaya akhir-akhir ini telah menjadikan beliau sebagai mangsa kritikan. segala percaturan beliau disanggah peminat. Beliau turut dikatakan tiada kepakaran taktikal. Kecaman demi kecaman terus dilempar sehinggalah kegagalan itu menutup kerjaya beliau sebagai pengendali harimau Malaya

Namun kejayaannya memenangi Piala yang sudah lama didahagakan peminat bolasepak tanah air perlu
dihargai. Sesuatu yang tidak dikecapi skuad di bawah pengendali import dan ternama seperti Allen Harris dan Bertalan Bicskei.

Namun sebagai penyokong, daku menantikan kehadiran jurulatih baru. Samada beliau berjaya mengubah rentak permainan atau tidak. Ini kerana pemain juga menjadi punca kemerosotan prestasi Harimau Malaya. Mereka yang dipertanggungjawabkan tidak dinafikan memberikan persembahan terbaik namun masih tidak cukup seandainya skill dan gaya permainan masih ditahap lama. Tiada peningkatan tahap permainan individu dapat saksikan. Tiada lagi perancang tengah yang kreatif bagi membantu bahagian serangan.Pemain juga seharusnya bettanggungjawab ke atas skuad negara.

Moga mendung tidak berpanjangan dan cerah kembali agar Harimau Malaya kembali semangat mengaumm!!









Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR FILEM] USTAZ AZHAR IDRUS TERJAH WAYANG !!


 
JANGAN lupa 28 NOVEMBER ini untuk saksikan kemunculan Ustaz Azhar Idrus di layar perak. USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG merupakan sebuah filem dakwah komedi arahan Pierre Andre. Filem ini telah mendapat kerjasama dan penampilan istimewa fenomena masa kini dari Ustaz Azhar untuk berlakon beberapa babak selepas 2 bulan dipujuk saudara Pierre.
Mengisahkan Dadu (Sharol Shiro) adalah seorang pemuda yang tidak mempunyai hala tuju dalam hidup dan sering dibuang kerja kerana sikapnya yang sambil lewa. Muiz (Ajak Shiro), sahabat baik kepada Dadu merupakan seorang penganggur yang mengharapkan Dadu untuk menyara kehidupan mereka berdua.

Kemunclan Hamzah (Along Eyzendy), sepupu kepada Dadu sedikit sebanyak telah membuka hati mereka untuk kembali ke jalan Allah.
Mereka semakin teruja untuk mendekatkan diri mereka kearah kebaikan setelah Hamzah mengajak mereka menonton ceramah daripada Ustaz Azhar Idrus.

Di sinilah dugaan bermula setelah Dadu dan Muiz nekad untuk bertemu dan mendengar ceramah Ustaz secara langsung.

Dapatkah mereka berdua berjumpa dengan Ustaz Azhar? Apakah bentuk dugaan yang menimpa mereka?


Membawa mesej berdakwah kepada anak-anak muda, filem ini tidak ditekankan terlalu keras dan lebih santai seperti yang diminta oleh Ustaz Azhar sendiri agar tidak membosankan penonton.

Menurut Pierre, ini merupakan salah satu medium untuk beliau berdakwah dalam bentuk yang lebih santai dan terselit jenaka.

Jika anda peminat Ustaz Azhar Idrus, anda pasti akan menyukai filem terbaru terbitan M.I.G berjudul Ustaz, Mu Tunggu Aku Datang.

‘Ustaz Mu Tunggu Aku Datang’ akan menemui penonton mulai 28 November ini di pawagam berhampiran anda

SAKSIKAN SEDUTAN TRAILER >> USTAZ, MU TUNGGU AKU DATANG

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR REALITI] SAKSIKAN PENCETUS UMMAH DI ASTRO OASIS MULAI 21 NOVEMBER 2013


SELEPAS hadir dengan program raliti keagamaan IMAM MUDA dan USTAZAH PILIHAN, ASTRO OASIS kembali lagi dengan rancangan PENCETUS UMMAH. Mula bersiaran langsung minggu pertama pada 21 Nov 2013, rancangan bertemakan DUNIAKU DAKWAHKU ini menampilkan 12 finalis yang akan berentap setiap minggu. 

Yang menarik perhatian dan minat daku bila terselit dalam 12 peserta itu ialah Ustaz Shahul Hamid, pendakwah yang cukup dikenali terutama di negeri daku ni, Pulau Pinang. Itu antara sebab daku tak miss la program ini pada minggu pertama dan alhamdulilah penampilan Ustaz Shahul yang ingin dikenali sebagai Mamu dalam Pencetus Ummah tidak menghampakan. Beliau merupakan antara 4 peserta mendapat pujian terbaik malam itu.

Buat korang semua, jangan lupa saksikan program mencari bakat pendakwah milinea ini hanya di ASTRO OASIS SALURAN 106

Maklumat lanjut boleh LIKE PAGE >>PENCETUS UMMAH<<

 


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR HIBURAN] ANUGERAH INDUSTRI MUZIK (AIM) 20 KEMBALI!! SENARAI PENCALONAN AKHIR

TU DIA...dia mai dah. Anugerah yang berprestij di negara kita kembali lagi untuk edisi ke 20. Akan bersiaran secara langsung pada Disember nanti.

Apapun jom kita saksikan dulu senarai pencalonan penuh untuk AIM 2013 ini, Ada ka feberet artis angpa yang tak tersenarai?


Berikut ialah senarai pencalonan penuh Anugerah Industri Muzik ke 20:

Artis Baru Terbaik
Alex Subryn
Jes Ebrahim
Mosyi
Sekumpulan Orang Gila
Yubi

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Lelaki
Azlan & The Typewriter – Tanda Tanya
Faizal Tahir – Biar
Hafiz Suip – Bahagiamu Deritaku
Hazama – Relakan Jiwa
Ronnie (Hyperact) – Hanya Aku

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu Wanita
Adira – Dewi Cinta
Dato’ Siti Nurhaliza – Galau
Dayang Nurfaizah – Seandainya Masih Ada Cinta (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
Jaclyn Victor – Ikut Rentakku
Najwa Mahiaddin – Impian Terindah

Persembahan Vokal Terbaik Di Dalam Lagu (Berkumpulan)
Forteen – Kita
Inteam – Syafaat-Mu
Nowseeheart – Maafkan Aku
Saujana – Salam Atasmu
UNIC – Ya Hanana

Persembahan Vokal Duo / Kolaborasi Terbaik Di Dalam Lagu
Anuar Zain & Dayang Nurfaizah – Sedetik Lebih (Anuar & Dayang Live At Dewan Filharmonik Petronas)
Guba & Yuna – You’re So Fine
Noh Salleh & Aizat Amdan – In Love With You
Sleeq menampilkan Hazama – Lari
Velvet & Rich – Bersama Kamu

Kulit Album Terbaik
Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Kasi Gegar Entertainment / J Play)
Faizal Tahir – Faizal Tahir (Zarul Eskandar)
Goldfish & Blink – Goldfish & Blink (Bombshelter Studios)
Zikir Terapi Diri 2 – Hafiz Hamidun (Nizam Ahmad)
Penglipur Lara – Hazama (Zach Mohd Azriq)

Rakaman Album Terbaik
Akim Ahmad – Akim Ahmad (CL Toh & Kuncidemak)
Penghibur Jalanan – Amir Jahari (Felix Voon)
Kali Pertama – Asmidar (Audi Mok, Taja, Ben Tio, Aiyad Sakti, Riza, Nick Lee, Greg Henderson & Rumie)
Luahan Hati Anak Seni – Hafiz Suip (CL Toh)
O – Salammusik (Dubmalas)

Video Muzik Terbaik
Dwihati – Aizat Amdan menampilkan Yuna (Syahir Ismail & Ili Amdan)
Tanpamu – Amir Jahari (Khairul Azri)
Jauh Ke Syurga – Ana Raffali (Ahmad Aznaim Abdullah)
Feraless Heart – Mr Fluff (Tan Hyon-Le)
#1 – Pretty Ugly & Altimet (Perez Oldskool)

Lagu Pop Etnik Terbaik
Sailing the Sahara – Amirah Ali (Amirah Ali / Amirah Ali)
Pahlawan Zafana – Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ahmad Fedtri Yahya)
Selamat Datang – Noraniza Idris Menampilkan Ihab Ismail (Ihab Ismail / Ihab Ismail)
Khilaf Pandangan – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)
Fantasi Sahara – Zehra Zambri (Sharon Paul / Ahmad Fedtri Yahya)

Lagu Nasyid Terbaik
Janji Khalifah – Hijjaz (Isman Isam / Zuryati Isa)
Pemula Langkah – Hijjaz (Putra Aiman / Zuryati Isa)
Zikir Susah Senang – Inteam (Amin Inteam / Amin Inteam)
Maafkan Aku – Nowseeheart (Azahari Nsh / Azahari Nsh)
Mawar Berdarah – Rabbani (B. Nury / B. Nury)

Lagu Rock Terbaik
Dibawah Gerbang Skaea – Amy Search (Edrie Hashim / Buddhi Hekayat)
Tanda Tanya – Azlan & The Typewriter (Light & Bakri / Dark)
Panic – Bunkface (Sam Bunkface / Sam Bunkface)
Vortex – Faizal Tahir (Omar K & Audi Mok / Faizal Tahir)
Ulek Sayang – Hazama (Omar K / Omar K)

Lagu Pop Terbaik
Sekadar Mimpi – Adira (Aubrey Suwito / Shathesh Raj)
Senafas Baru – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
Ikut Rentakku – Jaclyn Victor (Edry Abdul Halim / Edry Abdul Halim)
Bosan – Stacy (Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok / Omar K, Kimberly Chin & Audi Mok)
Lelaki – Yuna (Yunalis Zarai / Yunalis Zarai)

Lagu Hip Hop Terbaik
Ini Janjiku (R&B Mix) – Amran Ismail (Amran Ismail / Amran Ismail)
Aku Pelat – Salammusik menampilkan Zion Dread (DJ Fuzz / Jay Tan, Eyza Bahra, Zion Dread & Salam)
Sebulatnya – The Fabulous Cats (Cat Farish, Zizie & Adeeb Mahar / Cat Farish, Ziziz & Addeb Mahar)
Rembau Most Wanted – Waris (DJ Fuzz / Waris)
Botingkek – Waris menampilkan Juzzthin (DJ Fuzz / Waris & Juzzthin)

Lagu Inggeris Tempatan Terbaik
Rave – Goldfish & Blink menampilkan Sona One & Arabyrd (Goldfish & Blink / Sona One & Arabyrd)
In The House – Goldfish & Blink menampilkan Altimet & ZE! (Goldfish & Blink / Altimet & Ze!)
You’re So Fine – Guba & Yuna (Gabriel Robert / Gabriel Robert & Yunalis Zarai)
Keep On Movin – Joe PV & Joe Flizzow (Joe Pv, Jeffrey Little & Saiful Ridzuan / Joe Pv & Joe Flizzow)
Play Some Reggae Musik – Salammusik (Talal Zahnan / Talal Zahnan & Eyza Bahra)

Lagu Bahasa Melayu Terbaik Persembahan Artis Luar Negara
Pesan Cinta – Afgan (Afgan, Inu Numata & Nino Ran / Afgan, Inu Numata & Nino Ran)
Segalanya Tentang Kita – Kris Dayanti (Ajai / Ahmad Farid Abdul Jalal)
Hilang Naluri – Once (Dewi Q & Ariyanto / Dewi Q)
I Still Love You – Once (Youngky Soewarna, Marijati & Lina / Youngky Soewarna, Marijati & Lina)
Saying – Shae (Posan Tobing / Posan Tobing)


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR ARTIS] SUDAH...LUNA MAYA TANGKAP CINTAN DENGAN NABIL AHMAD PULAK!!


BIAQ BETOI NI. Si Luna Maya (bukan Color Luna ok) , selebriti Indon tu ada hati kat Nabil Raja Lawak ke? Ishhh...mau bergolak rumahtangga si Nabil ni nanti.

Dah la pengakuan tu dari mulut si Luna sendiri. Nak tau betoi ka tak baca dulu sampai abih..

...............................................................................
Kemunculan Luna Maya di minggu pertama sebagai juri tetap di gelanggang Maharaja Lawak Mega 2013 dianggap satu kejutan besar buat para peminat dan penonton. Tidak dinafikan kehadiran Luna Maya bakal menjadi ‘penyeri’ kepada program ini ditambah dengan kemunculan aktres cantik Nora Danish sebagai salah soerang juri tetap.

Mengakui masih baru dalam dunia komedi di Malaysia, Luna Maya sangat kagum dengan kebolehan dan kehebatan para pelawak tempatan yang mempunyai kekuatan dari segi persembahan, perwatakan dan idea yang menakjubkan.

“Aku sangat kagum dengan kebolehan mereka sebagai seorang pelawak. Setiap kumpulan punya kelebihan masing-masing dan punyai peminat yang cukup hebat. Antara yang menjadi perhatian aku di gelanggang MLM adalah Nabil. Aku jatuh cinta dengan perwatakannya dan jalan cerita yang dipersembahkan cukup menarik. 

“Cuma masalah bahasa sedikit membataskan kerana masih kurang fasih dengan cara pertuturan Bahasa Malaysia. Cuma jika dari segi pergerakan badan mungkin aku mudah terhibur. Mungkin minggu kedua aku sudah boleh biasakan diri dengan mereka,” jelas Luna Maya kepada Astro Gempak.

Dalam pada itu, Luna tidak menolak dakwaan penyertaannya sebagai juri MLM memberi pengalaman baru buat dirinya yang sememangnya tidak mempunyai latar belakang dalam bidang komedi.

“Aku bukan seorang pelawak jadi ini satu perkara baru buat aku. Ia beri aku satu pengalaman baru di Malaysia untuk memahami budaya komedi dan bahasa.

“Tapi tidak semestinya aku tidak boleh beri komen atau kritikan buat para peserta. Minggu kedua pasti akan ada persembahan yang lebih bagus dan kurang bagus.  Jadi kita nantikan sahaja apa yang boleh 15 kumpulan ini lakukan untuk buat juri-juri dan para penonton tertawa. 

Harapan agar mereka yang kurang menyerlah tidak mudah putus asa dan cuba untuk perbaiki apa yang perlu,” tambah Luna Maya lagi.

Minggu kedua Maharaja Lawak Mega 2013 akan bersiaran secara langsung di Dewan MBSA, Shah Alam dengan dihoskan oleh Dato’ Ac Mizal dan empat barisan juri tetap iaitu Datuk Yusof Haslam, Luna Maya, Sheikh Haikel dan Nora Danish.

Saksikan minggu kedua MLM 2013 bermula jam 10 malam di saluran Astro Warna (132) dan Mustika HD (134) pada 22 November 2013.

 SUMBER: ASTRO GEMPAK :)
...................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Isnin, 18 November 2013

[GR FILEM] BALADA PENCINTA (2013) DVDRIP 400MB


MUATTRURUN

.....................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Khamis, 14 November 2013

[GR FAKTA] 10 Info Tentang Bayi Yang Anda Perlu Tahu




1. Sekitar usia 3 bulan, bayi mula menelan air ketuban dan mengeluarkannya kembali sebagai air kencing. Ini untuk melatih sistem pencernaan dan perkumuhannya.

2. Bayi boleh menangis sejak di dalam perut lagi. Sekitar usianya 3 bulan, peti suara sudah mula terbentuk dan bayi sudah mula menangis tetapi dalam diam.

3. Seawal usia 4 bulan, bayi mula meneroka ruang di sekelilingnya. Dia mula bermain dgn tali pusatnya, menghisap ibu jarinya sendiri, berenang-renang, menendang sekelilingnya dan berpusing-pusing di dalam kantungnya. Tetapi lazimnya ibu yang baru pertama kali hamil tidak akan menyedari pergerakan bayi sehigga usianya 5 bulan.

4. Ketika usianya memasuki 4 bulan, bayi akan mula tersedu untuk melatih sistem pernafasan. Bila bayi tersedu, ibu dapat merasakan getaran halus atau denyut halus di perut.

5. Pada usia 5 bulan, bayi mula memberi reaksi kepada bunyi di luar perut ibunya dan akan menutup telinga dengan tangannya sendiri apabila mendengar bunyi kuat.

6. Sekitar usia 6 bulan, memori bayi mula terbentuk dan bayi dapat mengingati dan mengenali suara ibu bapanya dan mula meneroka anggota tubuh badannya.

7. Seperti kita, bayi di dalam perut juga bermimpi seawal usianya 7 bulan. Aktiviti bermimpi ini akan melatih perkembangan otak bayi.

8. Apabila otaknya sudah terbentuk, bayi akan dapat merasai kesakitan sejak di dalam rahim lagi. Apabila ibu tertekan atau stress, emosinya juga terganggu dan menyekat perkembangan mentalnya.

9. Sebaik sahaja deria rasanya terbentuk, bayi juga dapat merasa makanan yang dimakan oleh ibunya dan boleh mengerutkan dahinya dan memuncungkan mulutnya sebagi reaksi kepada rasa pelik makanan yang dimakan oleh ibu.

10. Sebaik sahaja lahir, pertama kali bayi membuka mata, anak matanya akan membesar untuk menampakkan kecomelannya untuk memikat hati orang di sekeliling terutama ibu bapanya. Sebab itulah bayi nampak comel.


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Rabu, 13 November 2013

[GR HIBURAN] MAHARAJA LAWAK MEGA 2013 KEMBALI MENGGELETEK!! (UPDATE MINGGU 1)


KINI IANYA KEMBALI LAGI!!! PASTIKAN ANDA SIAP SEDIA UNTUK DIGELETEK SETIAP HARI JUMAAT jam 10 MALAM hanya di saluran Astro WARNA (132) dan MUSTIKA HD (134)

13 telah layak secara automatik ke Gelanggang MLM 2013 iaitu:
JAMBU
BOBOI
SHIRO
SAYWHO
WALA
COMEY
NABIL
OSAMA
TULANG
BOCEY
SEPAHTU
KUCAI
SYJ

MANAKALA 12 lagi berentap di Hot Seat MLM untuk memilih 3 yang layak.Siapa antara 12 ini yang layak?
SHAKE
BLORY
SANTAN
HAI
MAMU
ZERO
PAJAK
GADAI
KECIK
2YOL
GERAK
KEROSS

JUARA akan membawa pulang RM 500,000. Juri pula seramai 4 orang masih dirahsiakan sehingga minggu pertama membuka tirai pada 15 November ini!
Para penonton dan peminat yang ingin memenangi hadiah sertai pertandingan dan peraduan yang disediakan dengan melayari www.maharajalawakmega.com.my bermula 14 November ini!!

MUAT TURUN DI SINI
MLM HOT SEAT

MLM MINGGU 1
>> HUGEFILES <<

MLM MINGGU 2
MLM MINGGU 3
MLM MINGGU 4
.......................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR ROHANI] JADUAL KULIAH USTAZ AZHAR IDRUS BULAN NOVEMBER 2013


Salah seorang da'ei yang sangat dikenali pada masa kini. Celotehnya yang diselang seli dengan jenaka menyebabkan ianya mudah difahami dan tidak membosankan terutama bagi golongan muda. Walaupun terdapat beberapa puak yang mempertikaikan latar belakang pengajiannya, ianya melibatkan musuh politik dan ternyata tidak menggugat beliau dari menghimpunkan ribuan manusia dalam siri jelajah kuliahnya. Pendekatan beliau menyebabkan ramai golongan muda dan artis mendekati agama, moga usahanya terus dipermudahkan

Jadual Kuliah Bulan ini,sila klik link bawah


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Selasa, 12 November 2013

[GR TUTOR-REAL] JOM EDIT GAMBAR CARA MUDAH DAN CEPAT

LAMAN WEB di bawah menyediakan perkhidmatan untuk korang edit gambar-gambar korang agar lebih cun dan lebih effect. Cuba la tengok try:
 


Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR INFO] SAIZ-SAIZ KERTAS STANDARD KEBIASAAN: SIRI A

TERDAPAT BEBERAPA SIRI dalam pengelasan kertas yang digunakan secara meluas ke seluruh dunia amnya.

SIRI A

SIRI A merupakan standard antarabangsa ISO 216. Ianya berdasarkan standard German. Ianya sering digunakan untuk cetakan umum serta penerbitan

Setiap angka ialah pengurangan atau penambahan setengah dari yang lain. Semakin rendah nombor semakin besar kertas dan semakin tinggi nombor semakin kecil kertas. Ukuran kebanyakan digunakan secara meluas ialah A4


Ukuran kertas ISO
Format Seri A
Ukuran mm × mm in × in
A0 841 x 1189 33.11 × 46.81
A1 594 x 841 23.39 × 33.11
A2 420 x 594 16.54 × 23.39
A3 297 x 420 11.69 × 16.54
A4 210 x 297 8.27 × 11.69
A4s 215 x 297 8.46 × 11.69
A5 148 x 210 5.83 × 8.27
A6 105 x 148 4.13 × 5.83
A7 74 x 105 2.91 × 4.13
A8 52 x 74 2.05 × 2.91
A9 37 x 52 1.46 × 2.05
A10 26 x 37 1.02 × 1.46





Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...