Terbaik Sepanjang Minggu

Khamis, 24 Julai 2014

[GR INFO] BAHAYA BERBUKA DENGAN MEROKOK?


Bulan Ramadan ini boleh dikatakan sebagai bulan yang paling sesuai bagi mereka yang ingin berhenti dari merokok, namun ada juga yang berpuasa rokok hanya sepanjang hari berpuasa sahaja dan akan merokok apabila berbuka puasa.

Tetapi tahukah anda bahawa berbuka puasa dengan terus menghisap rokok sebenarnya berbahaya dan boleh meragut nyawa? Ini kerana apabila anda berpuasa, badan anda amat memerlukan air, glukos dan oksigen. 

Jadi apabila anda berbuka dengan merokok, ia boleh menyekat saluran darah dan menghalang aliran oksigen yang diperlukan, malah ia juga boleh menyebabkan darah menjadi beku. 

Dipetik dari majalahMaskulin, ketika perut kosong, paru-paru juga akan kosong, jadi apabila diisi dengan asap rokok tanpa mengambil makanan dahulu boleh mendorong denyutan jantung dengan lebih cepat dan ini boleh menyebabkan pembuluh darah tersekat sekali gus meningkatkan tekanan darah. 

Ia juga boleh menyebabkan serangan jantung boleh berlaku secara tiba-tiba. Jadi selepas ini kepada perokok terutamanya golongan lelaki makan terlebih dahulu sebelum anda merokok.

Selasa, 22 Julai 2014

[GR WANITA] SELEPAS SOFYA KINI RARA PULA


Selepas kehadiran wanita muda Melayu yang mengejutkan apabila dipilih sebagai calon untuk bertanding di pilihanraya kecil, Dyana Sofea dalam parti yang dianggap sebagai penentang Melayu dan Islam kini muncul lagi seorang gadis Melayu dalam parti tersebut

Seperti biasa kehadiran gadis jelita dalam parti DAP yang jauh berbeza dibandingkan dengan Sofea, bertudung yang menampakkan imej yang lebih lembut dan bersih berbanding Sofea disulami dengan kontroversi. 

Namun bagi pemilik nama Young Syefura Othman yang lebih mesra disapa Rara berusia 25 tahun ianya sudah lali dengan segala cemuhan negatif dan kontroversi. Bahkan akibat memilih DAP sebagai wadah perjuangan politik beliau, ada yang menaik turun gambar, no telefon serta alamat beliau sebagai pakar urutan batin.

Anak tunggal wanita dari tujuh beradik ini menjadikan ibunya seorang aktivis PAS sebagai ikon dan inspirasi perjuangan politik beliau. 


Namun sejauh mana beliau mampu memberikan sumbangan dalam parti beliau hanya mampu kita tunggu dan lihat. Api perjuangan beliau seharusnya harus meninggalkan impak yang besar dalam parti tersebut jika tidak mahu parti DAP digelar sebagai perekrut gadis jelita Melayu sebagai umpan atau mainan parti semata


Kesudahan gadis-gadis muda Melayu ini juga akan sentiasa diikuti dari semasa ke semasa perkembangan mereka dalam parti tersebut baik oleh ahli parti dan rakan mahupun musuh parti. Ini kerana ramai tokoh Melayu yang lebih terkemuka dalam parti tersebut mengundur diri dan menghentam parti tersebut mutakhir kini menggambarkan seolah-olah parti tersebut mempunyai masalah dengan ahlinya yang berbangsa Melayu.

Jadi kehadiran mereka ini pastinya akan diikut rapat samada akhirnya mereka setia dengan parti atau mengikut jejak langkah senior-senior Melayu dalam parti DAP


[GR BERITA] DOKTOR WANITA MELAYU PERTAMA MALAYSIA MENINGGAL DUNIA





KUALA LUMPUR 21 Julai - Wanita Melayu pertama memperoleh kelayakan doktor perubatan, Tan Sri Dr. Salma Ismail,96, meninggal dunia akibat sakit tua di Hospital Pantai, Bangsar di sini petang semalam.

Beliau yang juga penerima anugerah Tokoh Melayu Wanita Terbilang sempena sambutan ulang tahun UMNO ke-68 pada 11 Mei lalu. - UTUSAN ONLINE
.................................................................................................................
Salam takziah buat keluarga beliau dan Al Fatihah..moga rohnya dicucuri rahmat..Aminnn
 


Jumaat, 18 Julai 2014

[GR HIBURAN] KERANA TERPAKSA AKU RELAKAN : EPISOD AKHIR YANG MENGECEWAKAN?



HAHAHAHA...rupanya ramai jugak yang bersependapat dengan aku yang ending drama bersiri ini kurenggggg..hahahaah
Baik yang dah baca novel ni mahupun tak,pasti berasa kekurangan pada episod akhir atau pengakhiran cerita yang seolah tergantung. 

Namun bagi aku sendiri dah boleh nak agak dah kerana begitulah kebiasaannya drama bersiri kita. dah memang selalu lagu tu, so memang bila dah tau ending jadfi macam tu, tak kecewa la kan..hehehe

Kebiasaannya drama bersiri melayu kita ni akan membawakan seberapa banyak isu mahupun konflik yang perlu dihadapi si hero mahupun heroin. Jika ada 100 episod maka 99 episod merupakan konflik sana sini sehingga membuai perasaan penonton untuk sama-sama terpaku di kaca tv untuk mengetahui apa kesudahan konflik tersebut. Kebiasaannya konflik yang diberikan dalam drama kita ni amat baik dan berkesan terhadap kesetiaan penonton terpaku di hadapan tv.

Namun amat malang kerana konflik, pertelingkahan serta masalah yang kelihatan amat berat dan kompleks pada penonton yang pasti gembira menantikan bagaimana konfliks ini ditangani (yang pastinya tak mengharapkan ianya begitu mudah dan bukan dalam satu episod) akhirnya membawa klimaks terhadap segala konflik dalam hanya satu dua episod. Tak ke mereban camtu..hahahaa

Tak rare langsung. Satu episod terakhir segala-gala konflik dalam puluhan episod terungkai dan happy ending....memang camtu la setiap drama bersiri melayu di tv kita sekarang ni, bukan sekadar drama ni saja..tak klimaks langsung, hahaha

Nasib kau la jah oiii

[GR SEMASA] TAHUN HITAM PENERBANGAN MALAYSIA : PESAWAT MAS MH17 PULA TERHEMPAS!!





BELUM lagi terjawab kehilangan pesawat milik Syarikat Penerbangan negara, Malaysia Airline System (MAS) Kuala Lumpur-Beijing, MH370 semalam kita dikejutkan pula dengan malapetaka kedua dalam tahun ini melibatkan penerbangan kita

Pesawat MAS MH17 yang membawa 280 penumpang termasuk anak kapal dari Armsterdam ke Kuala Lumpur akhirnya disahkan telah terhempas di sempadan Ukraine Rusia yang pastinya mengorbankn kesemua nyawanya.

Tambah menyedihkan apabila ianya dikatakan bukan akibat masalah cuaca ataupun teknikal pesawat namun disahkan telah ditembak oleh peluru berpandu semasa melalui ruang udara kawasan bergolak Ukraine Rusia. Apa salah pesawat komersial tersebut yang melalui laluan yang telah dibenarkan bahkan langsung tidsak membawa sebarang ancaman kepada kedua-dua pihak yang bergolak

Dengan berita ini maka tahun ini merupakan tahun yang amat perit buat penerbangan negara terutamnaya dalam sejarah MAS.

Apapun Takziah buat kesemua saudara mara, ahli keluarga mahupun kenalan penumpang MH17...Al fatihah 

Khamis, 10 Julai 2014

[GR HIBURAN] BERHIJAB & BERFESYEN PILIHAN ARTIS MALAYSIA KINI

KEBANYAKAN mereka dikenali sebagai fashionista..gaya feseyen mereka sentiasa diikuti oleh peminat-peminat. Namun walau kini mereka sudah berhijab ianya tidak sesekali menghalang artis-artis ini untuk terus berfesyen

SITI NURHALIZA

Siapa tidak kenal dengan penyanyi nombor satu Malaysia yang bersuara emas ini. Mula berhijab sepenuhnya pada awal tahun lalu, Siti dilihat semakin ayu dan menawan berbanding hanya mengenakan tudung pada sebahagian kepalanya. Bijak bergaya dengan fesyen-fesyen terkini, penggayaan hijabnya penuh variasi mengikut kesesuaian majlis dan situasi dan baru-baru ini melancarkan koleksi tudungnya hasil kerjasama bersama Ariani.

 

 NATASHA HUDSON

Pelakon kacukan berusia 31 tahun ini semakin selesa dengan kerjaya barunya sebagai seorang pereka fesyen busana muslimah di bawah jenama Dream Cloud by NH. Isteri kepada Carleed Khaza ini juga telah dilantik sebagai duta terbaru produk kecantikan Aura White bersama Amyra Rosli yang menggantikan duta sebelum ini iaitu Hanez Suraya. Natasha yang merupakan seorang model semestinya lebih tahu bagaimana untuk bergaya semenjak mengenakan hijab. 

IRMA HASMIE
 
Walaupun sudah bergelar seorang ibu kepada anak lelakinya Irfan, namun dirinya masih kekal jelita dan pakar dalam menjaga kecantikan. Jadi tidak hairanlah mengapa Irma dilantik sebagai jurucakap bagi produk kecantikan jenama Radiglow. Mengikuti jejak langkah selebriti bertudung lain, Irma juga turut membuka perniagaan berasaskan fesyen muslimah berjenama Debumas yang menampilkan koleksi jubah ringkas namun tetap menawan. Irma kini sedang sarat mengandung anak keduanya dan dikhabarkan bakal mendapat bayi perempuan yang dijangka bersalin pada 18 Julai depan.

 

HELIZA HELMI
 
Bekas finalis rancangan realiti Akademi Fantasia musim kelima ini semakin sepi dalam karier nyanyiannya dan lebih menumpukan kepada syarikat miliknya Heliza Helmi Entertainment. Peka dengan perkembangan bisnes muslimah yang semakin mendapat tempat di negara, Heliza turut melibatkan diri di dalam arena fesyen dengan menubuhkan jenama Falah Abiyana yang menampilkan rekaan terkini khas buat wanita Muslim di luar sana.

 AYU RAUDHAH

Pemilik nama sebenar Raudhah Che Wan ini tidak kurang hebatnya dalam bergaya walaupun sudah bertudung. Isteri kepada pemain bola sepak ATM iaitu Zaquan Adha ini memang sudah dikenali dengan imej wanita ayu bertudung sejak popular dengan drama hebat "Nur Kasih" lakonan bersama Remy Ishak, Tiz Zaqyah dan Fizz Fairuz. Ayu juga turut menjadi model dalam memperagakan koleksi hijab milik butik kakaknya aktres Rozita Che Wan iaitu Padusi Couture.

DIANA AMIR

Isteri kepada bekas pensyarah UiTM Merbok Kedah, Mohd Habibullah A Rahman ini sememangnya cantik dan anggun ketika di awal penghijrahannya untuk memakai tudung. Kerjayanya sebagai seorang pelakon dilihat telah pun berkurangan semenjak mendirikan rumah tangga dan mula berjinak-jinak menjadi pengacara untuk rancangan "SIS" yang bersiaran di TV9. Selain itu, Diana juga sudah mula mengeluarkan jenama busananya sendiri yang menggunakan namannya iaitu Diana Amir Exclusive (DA'e). 

 SHILA HAMZAH
 
Penyanyi yang sedang memuncak kerjayanya di persada muzik China masih kekal dengan imej berhijabnya walaupun hidup di negara orang. Sejak mengenakan hijab, Shila dilihat semakin bergaya dan hebat dalam mensuai padankan pakaiannya agar lebih kelihatan ranggi dan moden. Walaupun pernah dihimpit kontroversi akibat seluar leggingnya yang menyerupai warna kulit, namun anak sulung kepada penyanyi N.D Lala ini semakin peka dengan pemilihan hijab dan pakaiannya kini.

 YATT HAMZAH

Lebih dikenali sebagai Yatt atau nama sebenarnya Haryati Hamzah ini bijak dalam menggayakan hijab dan busana rekaannya yang dijual dengan label Suci by Yatt Hamzah. Selain sibuk dengan kerjayanya sebagai seorang pengacara, Yatt juga kerap dijemput sebagai panel undangan di forum dan majlis agama. Walaupun, sudah bertudung litup dan berhijrah, Yatt masih pandai bergaya dan kelihatan manis dan cantik.

Kredit: Yahoo!


Selasa, 1 Julai 2014

[GR INFO] BAGAIMANA LOGO PIALA DUNIA BRAZIL DICIPTA?


HA..tu dia la kalau angpa nak tau camne Logo Rasmi Piala Dunia FIfa 2014 Brazil dihasilkan. hehehe
Idea asalnya sehinggalah terjadinya logo tersebut. Leh caya tak?
heehehe

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...