Terbaik Sepanjang Minggu

Isnin, 29 Ogos 2011

RUMAH TERBUKA AIDILFITRI 2011- still update

RAYA=RUMAH TERBUKA...Ibarat pantai dan laut, ibarat aur dengan tebing...ibarat irama dengan lagu..sukar dipisahkan..cewahh!! Tapi kenyataannya begitulah, bila tiba hari raya berpusu-pusu la orang mahupun agensi yang mengadakan rumah terbuka...dan iannya kekal menjadi tradisi di negara kita ni.

Mencekik mencekik jugak asalkan tidak sampai membawa penyakit plak...

Hari Raya Pertama

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin di Istana Negara, (10 pagi-1 petang)

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, di Seri Perdana, Presint 10, Putrajaya, Wilayah Persekutuan. (1 petang – 6 petang)

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Dataran Bagunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor. (11 pagi – 3 petang)

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di perkarangan Dewan Undangan Negeri, Wisma Negeri Sembilan. (10 pagi- 1 petang)

Yang Dipertua Melaka, Tun Mohd Khalil Yaakob, Istana Bukit Beruang, Melaka. (10 pagi – 3 petang)

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, di Pusat Konvensyen Borneo, Sejingkat, Kuching, (BCCK) Sarawak. (11 pagi – 5 petang)

Hari Raya Kedua

Yang Dipertua Negeri Sarawak Tun Datuk Patinggi Abang Muhammad Salahuddin Abang Barieng, Pusat Konvensyen Borneo (BCCK), Sejingkat, Kuching. (10 pagi – 3 petang)


2 September

Rumah Terbuka PKR Bukit Mertajam

3 September

Rumah Terbuka UMNO Bahagian Tasek Gelugor,K.Batas di Pejabat UMNO Tasek Gelugor


Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan di No.1, Kampung Tanjung, Rantau. (10 pagi- 6 petang)

4 September

Rumah Terbuka PKR di Pdg Bola Pmtg Damar Laut, Pulau Pinang (10pg-5ptg)

Rumah Terbuka Menteri Besar (MB) Kedah Darul Aman

6 September

Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan yang juga Anggota Parlimen Jelebu Datuk Seri Dr Rais Yatim di Terminal Air Hitam, Jempol. (8 -11 malam)

10 September

Menteri Kerja Raya Datuk Shaziman Abu Mansor di Padang Serbaguna Tampin, Negeri Sembilan. (2- 6 petang)

Rumah Terbuka YB Zabariah (ADUN Bertam) di Pusat Khidmat Parlimen KB

11 September

Rumah Terbuka Malaysia di Pdg SMK Guar Perahu, Pulau Pinang (11.30pg-1.00ptg)

18 September

Rumah Terbuka ADUN Telok Air Tawar, YB Jahara (2-5ptg)

23 September

Rumah Terbuka UMNO Bahagian Kepala Batas di Bangunan UMNO K>Batas (8mlm-10mlm)


Siapakah diantara penyampai ERA yang anda ingin jemput ke rumah anda?

Mahu beraya bersama penyampai penyampai ERA kegemaran anda? Tunggu apa lagi ? hantarkan jemputan anda segera!! Anda hanya perlu isikan borang di laman web ini untuk menghantar jemputan tersebut. Siapa tahu, mungkin anda bertuah tahun ini? Setiap rumah yang terpilih akan menerima buah tangan kuih raya serta duit raya daripada keluarga ERA 

‘Jutawan segera’ dinar Iraq-hARIAN mETRO


Oleh Mohd Sabran Md Sani

KUALA LUMPUR: Satu laman web antarabangsa dikesan aktif menawarkan skim pelaburan cara mudah bagi mata wang dinar Iraq kepada individu yang mengidam menjadi ‘jutawan segera’ tanpa mempedulikan risiko bakal dihadapi

Dengan hanya bermodalkan minimum AS$500 (RM1,775), pelabur dijanjikan keuntungan berlipat ganda tanpa perlu bersusah payah memerah keringat atau melalui prosedur pelaburan biasa.

Untuk meyakinkan pelabur, penganjur skim mata wang dinar Iraq terbabit turut menggunakan beberapa teknik pemujukan termasuk mendakwa dinar itu diiktiraf sebagai mata wang bernilai tinggi di peringkat antarabangsa.

Laman web berkenaan mendakwa mata wang dinar baru Iraq itu, menggantikan dinar digunakan ketika era pemerintahan Allahyarham Saddam Hussein dan ia sedang dicetak sebuah syarikat di Hampshire, England.

Difahamkan, syarikat berkenaan yang menggunakan nama ‘De La Rue’, mencetak tujuh dominasi wang kertas pelbagai nilai membabitkan 50 dinar Iraq, 250, 500, 1,000, 5,000, 10,000 dan 25,000.

Bagi menarik pelabur antarabangsa termasuk dari Malaysia, penganjur skim pelaburan mata wang terbabit mendakwa semua dominasi mata wang baru dinar Iraq itu pertama kali dikeluarkan pada 15 Oktober 2003 dan mulai 15 Januari 2004, ia diiktiraf mewakili versi mata wang rasmi kerajaan Iraq.

Malah, ia turut mengakui not 500 dinar yang dikeluarkan Bank Pusat Iraq pada November 2004 boleh digunakan untuk transaksi di pasaran antarabangsa, selain cantik dan tahan lasak kerana dilengkapi beberapa ciri keselamatan.

Antaranya, mata wang berkenaan mempunyai kualiti ‘Swiss’, manakala ciri-ciri keselamatan yang ada padanya menyebabkan individu atau sindiket sukar menirunya untuk dipalsukan seperti wang kertas sedia ada.

Pemerhatian Harian Metro terhadap laman web berkenaan mendapati, mata wang dinar pelbagai denominasi dikeluarkan dalam beberapa warna iaitu ungu bagi 50 dinar, 250 dinar (biru), 500 dinar (hijau), 1,000 dinar (coklat), 5,000 dinar, 10,000 dinar (hijau) dan 25,000 dinar (merah).

Bagaimanapun, penganjur skim itu mendakwa tidak mampu memproses pesanan melalui kad kredit yang dibuat dari tiga negara iaitu United Kingdom, Thailand dan Malaysia, sebaliknya pelabur perlu memilih kaedah pembayaran melalui internet.

Penganjur skim terbabit mendakwa, nilai mata wang dinar Iraq itu mampu meningkat secara mendadak apabila negara sedang bergolak itu dijangka kembali aman dalam jangka masa terdekat.

Pemerhatian terhadap laman web itu turut mendapati perangkaan terhadap peningkatan nilai dinar Iraq di pasaran apabila kadar tukaran asing yang direkodkan Bank Pusat Iraq melalui nilai jualan lelong antara dinar Iraq dan dolar Amerika Syarikat (AS) berada pada tahap konsisten.

Buktinya, apabila rekod jualan bagi kedua-dua mata wang berkenaan oleh Bank Pusat Iraq tidak menunjukkan perubahan besar dan mampu membawa keuntungan kepada pemiliknya jika disimpan lebih lama.

Penemuan laman web terbabit membongkar kegiatan sindiket tertentu termasuk dari luar negara dikesan menawarkan urus niaga membabitkan mata wang dinar Iraq di negara ini, kononnya ia bakal memberi pulangan sehingga 150 kali ganda.

Aktiviti penipuan yang berlaku di Ipoh, Perak pada 1 Januari lalu seperti disiarkan Harian Metro, membuktikan kegiatan kurang sihat terbabit semakin berleluasa dan mendapat perhatian rakyat negara ini.

Urus niaga yang dijalankan menerusi laman web serta orang perseorangan yang dilantik ejen sindiket terbabit dengan menawarkan jualan dinar Iraq pada harga yang rendah sambil menawarkan pulangan sehingga 150 kali ganda.

Malah, sumber sebuah bank tempatan terkemuka menyatakan, dakyah yang disebarkan itu sebenarnya bertujuan menipu untuk mengaut keuntungan daripada orang awam.

Ini kerana dinar Iraq bernilai rendah dan pengurup wang di negara ini tidak berurus niaga dengan mata wang berkenaan.

Lebih malang apabila mereka yang sudah terpedaya seolah-olah tidak percaya 1,000 dinar Iraq dan 10,000 dinar Iraq yang disimpan tidak dapat ditukar di bank perdagangan dan di premis pengurup wang khususnya di Ipoh dan Kuala Kangsar sehinggakan pembeli mengalami kerugian.

Jumaat, 19 Ogos 2011

JAWATAN KOSONG: SENIOR ENGINEER/ ASST MANAGER

Assalamualaikum,

Syarikat kami mempunyai kekosongan jawatan seperti berikut :-

Jawatan : SENIOR ENGINEER/ASSISTANT MANAGER - SALES & MARKETING
Kelayakan : Degree in Mechanical or Electrical Engineering from recognised instittution
Pengalaman : 5 years relevant experience especially in small medium sized manufacturing environment
Location : SIT Schiffs-& Industrie Technik Sdn Bhd, Sunway Damansara Technology Park, Petaling Jaya.
                website : www.sit-malaysia.com (please visit our website to know more about the company and its products)

Sekiranya berminat, boleh hantar resume kepada saya : zila_8855@yahoo.com or call me at 017 8787335 (Ruzilah)

Terima kasih.

Wassalam - Ruzilah Redzuan

Khamis, 18 Ogos 2011

RESEPI : AYAM BEREMPAH


Bahan-bahan:
1 ekor ayam ~ dipotong kecil
5 biji bawang merah ~ ditumbuk
4 ulas bawang putih ~ ditumbuk
1 inci halia ~ ditumbuk
3 sudu besar serbuk cili
2 sudu kecil serbuk ketumbar
2 sudu kecil serbuk jintan manis
3-4 sudu besar tepung jagung
1 sudu serbuk kunyit
1 biji telur
Garam secukup rasa
Minyak


Cara penyediaan:
1. Satukan ayam dengan semua bahan hingga sebati.
2. Perap ayam selama 2-3 jam.
3. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.

E-BOOK : MAJALAH PC OGOS 2011

E-BOOK : MAJALAH APO PUASA 2011

HIJRAH IWAN "DANGDUT"


SEJAK akhir-akhir ini semakin ramai artis yang telah berhijrah dalam kata lain menjadi manusia yang lebih hampir kepada Penciptanya. Antaranya ialah penyanyi genre dangdut yang cukup popular masa lalu dengan pasangannya Amelina, Iwan. Beliau juga telah melakukan penghijrahan seperti mana beberapa rakan-rakan artis yang lain

Namun begitu bukan bermakna beliau lupa akan dunia hiburan terutama nyanyian yang telah lama beliau bergelumang selama ini. Dalam temubual di Malaysia Hari Ini, beliau telah memaklumkan bahawa beliau telah menerbitkan sebuah album dakwah. Salah satu lag yang dijangka hits ialah Segalanya Allah. Lenggok lagu tersebut tetap tidak lari dari irama dangdut yang sebati dalam jiwanya

DOWNLOAD LAGU SEGALANYA ALLAH DI SINI..........>>>>>>

Selasa, 16 Ogos 2011

NEW FILM: RASUK (2011) DVDRip MKV

“Based upon an old Malay myth, it tells the story of Arman (Iqram Dinzly) and Melati (Fouziah Ghous) who chose to live in a bungalow built since the Japanese occupation as both of them wanted to live in a peaceful environment without the hustle and bustle of city life. Mysterious things start to occur after Melati accidentally knocks a marked stone in the vicinity of the house and collapses. Melati's mother, Zaiton (Fauziah Nawi) came to visit but then passed away unexpectedly, shocking both Arman and Melati. Melati frequently day dreams, but in fact she have been possessed by an evil ghost that wants to exact revenge after being awaken by Melati. Eventually, Arman suspects that Pak Mail (Sidek Hussain) is responsible for all the strange occurrences

MP3 : KOLEKSI LAGU RAYA



Ahad, 14 Ogos 2011

BADI SUPER DAN TERUS MENGHANTUI CHONG WEI

BIARPUN kini Datuk Lee Chong Wei telah pun siap dimandi bunga oleh jurulatih baru namun badi kekalahan ke atas pemain China, Lin Dan terus menghantui Chong Wei. Terbaru beliau kalah lagi kepada pemain tersebut dalam perterungan akhir Badminton Dunia yang berlangsung di Wambley dalam Rubber Set.

Biarpun seketika seperti badi tersebut seakan sudah hilang dari beliau, hanya menunggu pukulan terakhir sebelum sah bergelar juara namun mata akhir itu juga turut menjadi badi tambahan kepada beliau. Lin Dan akhirnya memenangi dan menjuarai kejohanan tersebut. Ia sekaligus memusnahkan harapan Lee Chomng Wei untuk bergelar juara buat pertama kali dalam kejohanan berprestij tersebut, menyebabkan beliau terus kempunan mencipta kejayaan di kejohanan besar di dalam kariernya. Hanya tinggal Olimpik sahaj menjadi sasaran beliau yang mungkin juga mempertemukan beliau dengan Lin Dan

Sabtu, 13 Ogos 2011

MISMAH OH MISMAH

AKHIR-akhir ni nama MISMAH amat popular.Tiba2 je meletup bak mercun. Artis mana plak ni ye.penyanyi ke pelakon ke? Artis realiti ke? anak datok ke? jutawan baru ke? semuanya pakat duk tertanya2

MISMAH..OOOO..MISMAH...Bagaimana rupa wajahmu yea..Bak Siti ke...Tizz Zaqiah ke...semua dalam persoalan..tapi tak lama..akhirnya kau berjaya ditemui Akhbar Sinar Harian. Mulanya muka kau diblurkan last2 xde lg blur2..sbb kau bkn pesalah kan..kau hanya dipersalahkn..huhuhu

Nama kau cukup popular kerana dikatakan sebagai pemegang kad pemastautin tetap yg berjaya mendapat kewarganegaraan dalam 4 jam seperti yg dilaporkan Malaysiakini..Nama kau menjadi sebutan pembangkang..Nama kau menjadi modal bicara politik saban hari..nama kau terus diperkatakan di kedai kopi hatta di mana saja..tidak perlu 4 jam mcam JPN..lambat..nama ko popular xsampai 4jam..lebih laju dr sistem pendaftaran JPN

Kata kau, bkn 4 jam tapi dah berpuluh tahun memohon...kau kata kau xtahu apa2...kau tetap xbersalah..

Jangan risau Mismah..kami tau kau xbersalah..kami yakin kau xtahu apa2..kami tahu kau bercakap benar..JPN yg salah..JPN yg lambat update sstem dia..kan Mismah kan

Pembangkang yang salah juga...Malaysiakini juga salah...diorang menggunakan kau sbg kambing hitam kan Mismah..xpatut betul diorang buat kau mcm itu...betul x Mismah?

Tapi kan Mismah...kenapa nama kau dah ada dalam sistem pengundi SPRdari hari pertama..oppss..sebelum kau sah menjadi waganegara lagi nama kau da ada dalam senarai pengundi.kenapa ye? Kami pelik Mismah...itu yg kami pelik. Kami bila cukup umur utk mengundi pun kami kena daftar..tak seperti kau didaftar secara automatik..sedangkan kami dilahir terus menjadi warganegara, tapi kami xmempunyai keistimewaan seperti yg kau kecapi Mismah..tiada pendaftran pengundi secara automatik walau pernah diminta diadakan namun tidak pernah dilayan.beruntungnya kau..tup2 terus mengundi..xperlu mcm kami Mismah, kena isi borang...tu pun kena tunggu Mismah,6 bulan baru kami dpt semak...tu pn belum tentu lg kami dah didaftarkan Mismah...walau kami ni anak Malaysia...Warganegara sejak lahir..

Tapi kau beruntung....nama kau terus saja didaftarkan.Kat mana kau buat pendaftaran ye Mismah?Bagitahu la kami...kami pun nak cepat mcm tu juga..kami pun xnak hak menundi kami dihalang...tolong ye Mismah...

Selasa, 9 Ogos 2011

JAWATAN KOSONG: PEMBANTU TASKA



NAMA JAWATAN    : Pembantu Taska
GAJI                          : Boleh dirunding

new film:Tom and Jerry Meet Sherlock Holmes (2010) BRRip 300MB


 

[YEAR]:…………………..[ 2010
[FORMAT]:…………………..[ MKV
[iMDB RATING ]………………[ 6.7/10
[GENRE]:……………………[ Animation | Family
[FILE SIZE]:………………..[ 300 MiB
[RESOLUTION]:……………….[ 1280*720
[FRAME RATE]:……………….[ 23.98 fps
[LANGUAGE ]:………………..[ English
[RUNTIME]:…………..[ 00:49:51
[SOURCE]:…………..[ BluRay 720p AC3 x264-CHD

NEW FILM: Thor (2011) PPVRip RMVB-KURYU

The powerful but arrogant warrior Thor is cast out of the fantastic realm of Asgard and sent to live amongst humans on Earth, where he soon becomes one of their finest defenders. 


TAWARAN MENYERTAI TENDER LOT PERNIAGAAN SEMPENA PESTA PULAU PINANG TAHUN 2011

TAWARAN MENYERTAI TENDER LOT PERNIAGAAN SEMPENA PESTA PULAU PINANG TAHUN 2011
Tawaran adalah dipelawa kepada Syarikat / Pembekal / Pengusaha yang berdaftar dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) bagi menyertai tender berikut :
1. Tender Penyertaan Gerai Makanan dan Minuman untuk Medan Selera Pesta Pulau Pinang Tahun 2011 yang akan berlangsung dari 28 November 2011 hingga 01 Januari 2012.
2. Tender Penyertaan Gerai Jualan dan Pameran Pesta Pulau Pinang Tahun 2011 yang akan berlangung dari 28 November 2011 hingga 01 Januari 2012.

Tarikh Lawatan Tapak / Jualan Borang Tender :
06 September sehingga 13 September 2011 ( Kecuali Sabtu & Ahad )
Tempat :
Tapak Pesta Sungai Nibong Pulau Pinang
Masa :
9.00 Pagi – 4.00 Petang ( Selasa – Khamis )
9.00 Pagi – 12.00 Tghari ( Jumaat )
3.00 Ptg – 4.00 Petang ( Jumaat )

Sebarang pertanyaan boleh menghubungi Jawatankuasa Gerai Pesta Pulau Pinang Tahun 2011 di talian 04-6585202 atau 04-2623505 atau boleh melayari lawan web jkn.penang.gov.my

Sahur Itu Penuh Barakah

Sahur Itu Penuh Barakah

Abu Numair Nawawi B. Subandi


Di ketika bulan Ramadhan, kita diperintahkan untuk berpuasa di siang hari dan berbuka di malam harinya. Selagi mana waktu masih malam, iaitu selagi belum masuknya Subuh, maka kita dibolehkan untuk makan, minum, dan menggauli isteri yang mana perkara ini diharamkan dilakukan di waktu siangnya

7 SebabAnda perlu ambil Supplemen / Pemakanan Tambahan

1 -Kita sering terdedah dengan pencemaran alam sekitar
Dari saat anda menghidupkan enjin kereta anda telah pun terdedah kepada pencemaran. Tahukah anda pemeluwapan dari bahan-bahan didalam kereta terutama dari dashboard kereta anda itu mengandungi bahan kimia berbahaya? YA, ia mengandungi karsinogen, sejenis bahan kimia toksik yang boleh menyebabkan kanser. Bagaimana pula dengan Cat rumah! Asap Rokok! Asap kenderaan! Jika di senaraikan semua puncanya, nanti ada pula yang memakai sut pelindung dan berkurung didalam rumah.

                                                                                                                                                                     SETERUSNYA.....>>>>


NEW FILM: LETHAL JUSTICE (2011) DVDRip RMVB



“Lethal Justice” Kane (Steven Seagal) and his team are up against a new wave of criminals, a society of people trying to organize and revitalize the ways of segregation; a group who call themselves, the “New Hope.” With Radner (Warren Christie) on the case and undercover in the “New Hope” compound, Mason (William “BIGSLEEPS” Stewart) has to keep the volatile Juliet (Meghan Ory) under control after District Attorney, Lisa Clayton (guest star Tia Carrere) fails to convict, Kenneth (Fulvio Cecere), a suspected serial rapist. The escalation continues when the team finds that Kane’s former war veteran and sniper comrade, Bird (Ryan Robbins), who’s suffering from Post-Traumatic Stress Disorder, is suspected of killing innocent people by way of sniper rifle. With the current political elections and the people of Seattle running scared, Kane’s team must keep it’s cool even as the recent crime wave looks to be the bloodiest yet."


Isnin, 8 Ogos 2011

NEW FILM: SUPER 8 (2011) DVDRip RMVB


“After witnessing a mysterious train crash, a group of friends in the summer of 1979 begin noticing strange happenings going around in their small town, and begin to investigate into the creepy phenomenon. "

Jumaat, 5 Ogos 2011

PERADUAN :Hang Tuah..Hang Jebat...Kita nie 'HANG' apa???



Satu pertandingan (contest ) dari KIT KAT di Facebook yg agak menarik utk disertai. Amat mudah utk disertai & hadiah juga agak lumayan.. Mana nk tau kita bernasib baik..dapat hadiah Raya ni...BAUCER MEMBELI BELAH RM100 utk pemenang.


MACAM MANA NAK SERTAI?

1. KLIK saje Link di atas akan membawa anda ke Page FB Kit Kat Hang Contest
2. ANDA cuma perlu upload gambar anda enjoy rileksss bersama KIT KAT dengan gaya 'HANG' yg tersendiri (dilarang meniru gaya Hang Tuah ..Hang Jebat...Hang Pacak..dll) :)
3. TUNGGU apa lg? Submit je laaa


NEW FILM: Senario Opps Pocott (2011) SdtvRip MKV


“Senario The Movie Ops Pocot mengisahkan tentang 3 lelaki yang berlainan. Masing-masing mempunyai karakter yang pasif dan sentiasa ditindas oleh orang sekeliling mereka. Azli seorang pemuda yang masih bujang dan bekerja sebagai pengawal keselamatandi sebuah pasaraya. Azli seorang yang mudah penat danmudah tertidur dalam apa keadaan sekalipun. Mazlan seorang pemuda yang penakut dan bekerja di sebuah syarikat swasta. Beliau selalu dibuli oleh rakan sekerjanya malah sejak kecil lagi dia menjadi mangsa buli rakan-rakannya.Wahid pula seorang yang pendiam dan bekerja di sebuah agensi membekalkan pekerja-pekerja asing. Sikap mereka itu memebuatkan ketua mereka mengambil langkah memasukkan mereka ke kem motivasi yang dikendalikan oleh Ikatan Relawan Malaysia (RELA)."



KELEBIHAN RAMADHAN

Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mempunyai banyak kelebihan. Kedatangannya selepas dua bulan yang juga tidak kurang keistimewaannya iaitu Rejab dan Sya'ban. Bagi tujuan menyuburkan rasa tanggungjawab dan rasa ingin menambahkan ibadat kepada Allah sepanjang Ramadhan ini, di sini dibawa beberapa hadis yang menceritakan mengenai kelebihannya.

Khamis, 4 Ogos 2011

KOLEKSI SOAL JAWAB SEKITAR IBADAH PUASA

Soal jawab di bawah adalah di koleksi dari beberapa laman web saperti http://www.islam.gov.my/soal/puasa.html#17 semoga memberi manfaat kepada sahabat group sekalian.

Soalan 1: Apakah kita dibolehkan memberus gigi selepas waktu subuh ketika berpuasa?
Jawapan:
Sengaja bersugi atau memberus gigi dalam berpuasa dengan benda basah atau kering tidaklah membatalkan puasa. Tiada ada perselisihan para ulama dalam masalah ini. Namun menurut Imam Syafei memakruhkan memberus gigi setelah tergelincir matahari dengan tujuan untuk menghilangkan bau mulut.

Soalan 2:
Bagaimana pula jika kita sudah terbiasa memasukkan air ke dalam hidung ketika berwudhuk? Begitu juga, ketika mandi wajib selepas masuk waktu subuh kerana berjimak di malam sebelumnya, kita dikehendakki meratakan air ke seluruh kulit. Bagaimana kita hendak meratakan air ke dalam cuping telinga? Dikhuatiri air akan termasuk ke dalam telinga.?
Jawapan:
Memasukkan air ke dalam hidung ketika berwuduk pada bulan Ramadhan tidaklah membatalkan puasa, kerana memasukkan air disini bukanlah menyedutnya hingga ke dalam tetapi cukup saja dengan membersihkan rongga hidung tersebut. Begitu juga dengan membasuh telinga, cukup membasuh diluarnya saja tidaklah sampai memasukkan air ke dalam rongga telinga bagi menghilangkan dahaga.

 

Rabu, 3 Ogos 2011

MEMORI SHAH ALAM MENGGAMIT DI BULAN RAMADHAN

ENTAH  kenapa tetiba saje tengah menunggang motosikal pulang dari kerja aku teringat secebis kenangan di rumah sewa sewaktu menjadi pelajar di CIAST Shah Alam. Walau hanya sempat  sekali tak salah aku berposa di rumah sewa  (sekali sewaktu menginap di hostel) (sekali internship di ILP Perlis) tapi tetap meninggalkan kenangan yang bermakna bagiku.

Sebelas orang bebudak kelas & dari sebelas itu 10 orang tinggal serumah. Selamatlah rumah dua tingkat (teres dua tingkat) dengan tiga bilik. Tapi standardnya tido di ruang tamu bawah dari tido dalam bilik.hehehehe. Yg bagusnya Shah Alam time tu ialah penduduknya yang berbangsa Melayu memonopoli. Sedap mata memandang

Aku, Rashid, Ije, Ayah Nik, Shafa, Putra, Mat Le, Fikri, Satan, & Adi merupakan sepuluh orang yg bersesak2 dalam rumah tersebut. Makan berbuka? Ala kadar je la tapi leh kata banyak juga. Almaklumlah berhampiran rumah (Seksyen 18) tu ada Pasar Ramadhan. Dekat lak kan.

So kebiasaanya penghujung hampir2 berbuka kami baru melilau mencari juadah. Tambah2 utk membeli air. Harga di sana memang agak mahal. Seingat aku xde pun air dijual seringgit sebungkus mcm kt penang ni. Dua ringgit sebungkus..Nak jimat py kerana kami tunggu sehingga bro2 jual air tu memulakan lelongan air. Satu singgit...3 dua ringgit!! Time tu baru duit dikuar dari poket tuk beli air. Kadang2 tu dah lambat sgt penjual2 tu memulakan lelongan mereka, terpaksa la kami berbuka di situ sahaja dengan air yg dibeli memandangkan azan telah berkumandang sebelum sempat kami melangkah pulang.

Kami juga harus bersyukur kerana punya seorang sahabat yang buat parttime membantu abangnya menjual Putu Piring kononnya utk mengumpul duit biar dpt kawin (tapi mmg dh kawin pn,berkat duit usaha dia tu,dah dua anak). Si Rashid tempat kami order kuih Putu Piring bg juadah berbuka. Tapi kdg2 free je kami dpt bila ada lebihan jualan (tu yg kami nak sebenarnya,order tu trick je ) hehehehehe

Kalau elaun bulanan RM400 (xkira yg dipotong lg tu, duit umah, api air lg) lmbat masuk? Apa lagi...sekali lagi bersyukur coz rumah kami yg agak strategik berhampiran Masjid Salahudin Shah (lbh kurang 10 minit)membolehkan kami menjadikannya sasaran port terbaik tuk berbuka....Sahur pun kami pernah pergi..heheheh..Janji jimat dan kenyang

Betul x kawan2?

NEW FILM: Fist 2 Fist (2011) DVDRip RMVB

“Years ago, Ken Min failed to stop his friend from killing a young couple, leaving their infant son orphaned."
 
 >>DOWNLOAD SECTION<<

MAKHLUK GANJIL DITANGKAP DI CHINA


MAKHLUK ganjil bermata besar, berkepala botak dan kurus ditangkap oleh seorang suri rumah, Mao Xiping di Kampung Gezhai, wilayah Henan, China baru-baru ini.

BEIJING - Seekor haiwan ganjil ditangkap seorang wanita dan dimasukkan ke dalam baldi sebelum diserahkan kepada polis, lapor sebuah akhbar semalam.

Wanita itu yang merupakan seorang suri rumah, Mao Xiping pada mulanya memberitahu polis bahawa dia menemui seekor makhluk yang kebuluran mencuri timun dari flatnya.

Xiping memberitahu polis, haiwan itu mempunyai muka seperti makhluk asing dan dia tidak pernah melihatnya.

Namun, polis tidak mempercayai dakwaan wanita tersebut.

Wanita itu kemudian bertindak memerangkap haiwan tersebut dan membawa makhluk berkenaan yang berada di dalam baldi ke sebuah balai polis di kampung Gezhai, wilayah Henan, tengah China.

Dia juga meminta polis menahan haiwan itu.

Kelmarin, beberapa pakar masih melakukan pemeriksaan bagi mengetahui dengan lebih terperinci tentang spesies makhluk itu.

Makhluk itu kelihatan amat kurus sehingga tulang rusuknya dapat dilihat selain berkepala botak.

Terdapat dakwaan bahawa ia merupakan seekor monyet yang bermata besar.

Menurut wanita itu, dia pada mulanya menyangka haiwan itu seekor arnab.

Dia berkata, jiran-jirannya juga menyatakan mereka tidak pernah melihat haiwan tersebut sebelum ini.

"Makhluk tersebut berhenti makan timun apabila kami memberikan haiwan itu buah pic. Haiwan itu kini tidak mahu lagi makan makanan lain," katanya. - Agensi

AMALAN BERSAHUR

BERSAHUR adalah amalan penting pada Ramadan. Bagi mereka yang hanya mengkaji ilmu fikah akan berkata: “Oh, bersahur hukumnya adalah sunat saja.” Andai kata hukum ini dikaitkan dengan hadis sahih, kita akan menyedari betapa pentingnya sahur ini walaupun hukumnya adalah sunat.

Rasulullah saw bersabda yang bermaksud : “Bersahurlah kamu kerana pada sahur itu ada berkat.” (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Ahmad, Tirmizi, Nasai dan Ibn Majah). Melalui hadis ini, amalan bersahur dikaitkan dengan keberkatan dan keberkatan pula membawa makna rahmat, kebaikan serta restu Ilahi.

Amalan bangun sahur ini membezakan antara puasa orang Islam dengan puasa orang Yahudi dan Nasrani (ahli kitab). Hal ini disebut dalam sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Imam Muslim, yang bermaksud : “Perbezaan di antara puasa kami dengan puasa ahli kitab (Yahudi dan Nasrani) ialah adanya makan sahur.”

Sahur adalah satu rahmat dan berkat yang dikurniakan Allah ke atas umat Islam. Anjuran bersahur itu dapat dilihat lagi dalam hadis Nabi bermaksud: “Makanlah sahur, sekalipun dengan seteguk air.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Hadis tadi menunjukkan kepentingan bersahur kepada orang yang berpuasa walaupun makan atau minum dengan sedikit saja sekalipun dengan hanya seteguk air.

Dalam hadis lain, kelebihan ke atas orang yang bersahur itu ialah seperti sabda Rasulullah bermaksud: “Sesungguhnya Allah dan malaikatnya mengucapkan selawat (berdoa dan memohon daripada Allah akan keampunan dan keredaan) ke atas orang yang bersahur.” (Hadis riwayat At-Tabrani).

Selain disunatkan bersahur kita juga disunatkan untuk melambatkan waktu bersahur itu kerana amalan itu dilakukan oleh utusan Allah dan sahabat. Imam Ahmad meriwayatkan bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Sentiasa umatku dalam kebaikan selama mereka mahu bersegera berbuka puasanya dan mengakhirkan makan sahurnya.”

Melewatkan sahur bermaksud bersahur ketika menghampiri waktu Subuh. Berkaitan perkara ini, Zaid bin Thabit pernah berkata: “Kami pernah bersahur bersama nabi, kemudian kami bangun untuk melakukan solat (Subuh).

Zaid ditanya : “Berapa lama masa antara kedua-duanya (yakni antara makan sahur dan solat Subuh)?” Berkata Zaid: “Sekadar membaca 50 ayat al-Quran.” (Hadis riwayat Bukhari)

Dalam kitab Nailul Authar, disebutkan Imam Ibn Abdil Bar berkata bahawa hadis yang menerangkan kepentingan menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan sahur semuanya bertaraf sahih dan mutawatir.

Penekanan Nabi agar sahur dilewatkan dan tidak diabaikan amat signifikan lagi saintifik kerana ia menepati waktu bersarapan pagi. Kajian menunjukkan makanan paling utama dalam masa 24 jam ialah sarapan pagi.

BBC News pada 7 Mac 2003 melaporkan, bersarapan pagi penting untuk memelihara kesihatan seseorang berbanding mengambil makanan pada waktu lain. Kajian oleh Dr Mark Pereira dan rakannya dari Pusat Perubatan Harvard, mendapati mereka yang tidak bersarapan pagi berisiko tinggi menjadi gemuk, sakit jantung dan menghidap kencing manis.

Kajian sama juga menunjukkan, mereka yang sentiasa bersarapan pagi menanggung risiko 50 peratus lebih rendah diserang masalah kesihatan berkaitan lebihan kadar gula dalam darah berbanding yang jarang bersarapan pagi. Hal ini menjadi lebih penting kepada kanak-kanak yang berpuasa. Ini kerana kesan kanak-kanak meninggalkan sarapan pagi adalah lebih negatif disebabkan tubuh mereka yang kecil.

Kajian terkini menunjukkan apabila glukosa dalam darah menurun selepas bangun tidur dan keadaan ini berterusan kerana tidak bersarapan pagi, kanak-kanak akan menghadapi masalah memberi tumpuan kepada pelajaran.

Tambahan daripada itu, satu kajian oleh Dr Theresa Nicklas dari Kolej Perubatan Baylor dan rakannya ke atas 700 pelajar di Louisiana, menunjukkan mereka yang tidak bersarapan pagi menanggung risiko dua kali ganda mengalami kekurangan zat besi dalam darah. Keadaan ini akan menyebabkan penyakit anemia (penyakit berkaitan kekurangan hemoglobin dalam darah). Hal ini dilaporkan oleh Kerry Neville dari Chicago Tribune pada 24 September 2001.

Justeru, secara umumnya, mereka yang berpuasa tanpa mengabaikan sahur, tidak akan mendapat kemudaratan daripada puasa mereka berdasarkan kajian itu. Lebih daripada itu, bersahur adalah ibadah kerana ia adalah sunnah dan waktu sahur juga masa yang dipenuhi keberkatan.

Allah berfirman bermaksud: “Katakanlah, Mahukah aku khabarkan kepadamu apa yang lebih baik daripada yang demikian itu? Bagi mereka yang bertakwa, ada syurga di sisi Tuhan mereka yang mengalir di bawahnya sungai-sungai. Mereka kekal dalamnya. Mereka juga dikurniakan isteri-isteri yang suci serta mendapat keredhaan Allah. Dan Allah Maha Melihat akan hamba-hamba- Nya. (Iaitu) orang yang berdoa, Ya Tuhan kami sesungguhnya kami telah beriman, maka ampunilah dosa kami dan peliharalah kami daripada seksa neraka. (Merekalah) orang yang sabar, yang benar, yang taat, yang menafkahkan hartanya di jalan Allah dan yang memohon ampun pada waktu sahur.” (Surah Ali Imran, ayat 15 hingga 17) 

Kredit 2: My Dreams blog

Selasa, 2 Ogos 2011

UPDATE: KOLEKSI NASYID RAMADHAN

BERIKUT merupakan sebahagian koleksi nasyid sempena bulan Ramadhan utk kekawan...


NEW FILM:Tactical Force (2011) BLUERAYRip RMVB

“A training exercise for the LAPD SWAT Team goes terribly wrong when they find themselves pitted against two rival gangs while trapped in an abandoned Hangar, armed with nothing but blanks."

 >> DOWNLOAD SECTION<<




SERBA SEDIKIT PANDUAN PUASA DI BULAN RAMADHAN

PANDUAN IBADAT PUASA

PENDAHULUAN

Puasa ialah salah satu ibadat tertua dalam sejarah kehidupan manusia. Amalan ini telah dilakukan oleh umat-umat terdahulu sebelum Muhammad s.a.w. diutuskan menjadi rasul. Dalam ajaran Yahudi dan Nasrani, puasa adalah satu amalan yang wajib dilaksanakan. Orang-orang arab pada zaman jahiliah juga telah menetapkan hari-hari tertentu seperti hari Asyura dan lain-lain untuk mereka berpuasa. Begitulah juga dengan bangsa-bangsa lain di dunia ini mengamalkan puasa dengan cara dan tujuan yang tersendiri.

Dalam syariat Islam, puasa mempunyai tujuan dan hikmah yang sangat besar. Ia boleh meningkatkan taqwa orang-orang mukmin terhadap Allah S.W.T. Ibadat ini mula disyariatkan sebagai satu kefardhuan bagi umat Islam ialah pada akhir bulan Syaaban tahun kedua Hijrah dan menjadi salah satu daripada Rukun Islam. Firman Allah S.W.T. seperti yang termaktub dalam al-Quran, Surah al-Baqarah, ayat 183.

“Wahai orang-orang yang beriman.! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana di-wajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa.”

Nabi Muhammad s.a.w. bersabda,

Islam itu dibina di atas lima perkara (rukun), iaitu mengucap syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan yang berhak disembah melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah pesurah Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah. (Hadis sahih, riwayat Bukhari, Muslim dan Ahmad)

DEFINASI PUASA

Puasa ialah perkataan bahasa Melayu yang diterjemahkan dari kata bahasa Arab “as-saum” atau “as-siyam” Dari segi bahasa ia bererti menahan diri dari sesuatu perkara. Pada pengertian syarak ia bermaksud menahan diri dari makan, minum dan lain-lain perkara yang membatalkannya mulai dari terbit fajar sadiq sehinggalah ke waktu matahari terbenam.

JENIS PUASA

Puasa terbahagi kepada empat jenis, iaitu puasa wajib, puasa sunat, puasa makruh dan puasa haram. Puasa wajib ialah puasa pada bulan Ramadhan, puasa nazar dan puasa kifarat iaitu kifarat (denda) kerana membunuh orang atau kerana bersetubuh pada siang hari di bulan Ramadhan.

Puasa sunat di antaranya ialah puasa enam hari pada bulan syawal, puasa hari Arafah iaitu pada sembilan haribulan Zulhijjah bagi orang yang tidak mengerjakan haji, puasa hari Asyurah iaitu pada sepulah haribulan Muharram, puasa pada bulan Rejab dan Shaaban, puasa pada hari Isnin dan Khamis dan lain-lain.

Puasa makruh ialah puasa yang dilakukan terus menerus sepanjang tahun kecuali pada hari-hari yang diharamkan dan puasa pada hari Jumaat sahaja. Puasa haram ialah puasa pada dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji dan puasa pada Tasyrik, iaitu hari kesebelas, duabelas dan tigabelas Zulhijjah dan juga pada hari syak iaitu hari yang tidak dapat dipastikan sama ada sudah masuk bulan Ramadhan atau belum.

RUKUN PUASA

Rukun puasa ada dua perkara, iaitu: Berniat puasa, Niat puasa hendaklah dilakukan pada tiap-tiap malam sebelum hari puasa. Walaupun begitu ia boleh juga dilakukan pada malam sebelum hari pertama puasa. Contoh lafaznya ialah “ aku berniat berpuasa esok hari dan hari-hari seterusnya sepanjang bulan Ramadhan, wajib atasku kerana Allah Taala”. Tetapi jika ia tertinggal puasa, ia hendaklah berniat semula selepas hari yang ditinggalkan itu. Bagaimanapun sebaik-baik niat puasa ialah dilakukan pada tiap-tiap malam semasa memulakan makan sahur.

Menahan diri daripada segala perkara yang membatalkan puasa mulai dari waktu terbit fajar (masuk waktu subuh) sehingga terbenam matahari (masuk waktu maghrib).

SYARAT WAJIB PUASA

1. Beragama Islam
2. Baligh atau sampai umur
3. Berakal sempurna
4. Berkuasa mengerjakannya

SYARAT SAH PUASA

1. Islam, Orang-orang bukan Islam tidak sah puasanya.

2. Mumaiyiz, yakni mengerti perbezaan yang baik dengan yang buruk atau yang bersih dengan yang kotor.

3. Suci daripada haid dan nifas bagi perempuan. Orang yang berhaid dan yang sedang berdarah nifas tidak sah puasa, tetapi wajib mengqadaq kan puasa yang tertinggal itu.

4. Puasa pada hari-hari yang dibenarkan sahaja. Tidak sah puasa pada dua hari raya iaitu hari raya puasa dan hari raya haji serta hari-hari tasyrik iaitu dari 11 hingga 13 haribulan Zulhijjah

PERKARA YANG MEMBATALKAN PUASA

1. Niat membatalkan puasa. Berniat untuk berbuka atau membatalkan puasa dengan sengaja dan bersungguh-sungguh boleh membatalkan puasa sekalipun ia tidak makan atau minum atau tidak melakukan sesuatu yang boleh membatalkan puasa.

2. Makan atau minum dengan sengaja. Orang yang makan, minum atau merokok dengan sedar dan sengaja batal puasanya. Sekiranya perbuatan itu dilakukan dengan tidak sengaja atau terlupa, tidak batal puasanya dengan syarat ia segera meluahkan makanan atau minuman itu apabila ia sedar bahawa ia sedang berpuasa.

3. Muntah dengan sengaja. Muntah dengan sengaja bererti muntah yang berlaku kerana perbuatan sendiri, bukan kerana keadaan seperti mabuk dan sebagainya. Jika termuntah tanpa sengaja tidaklah membatalkan puasa.

4. Bersetubuh. Orang yang melakukan persetubuhan dengan sengaja dalam masa puasa, selain terbatal puasanya, ia diwajibkan membayar kifarat (denda). Kifaratnya ialah memerdekakan seorang hamba. Jika ia tidak berupaya, ia hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya ia tidak berupaya juga, ia hendaklah memberi makan kepada enam puluh orang miskin atas kadar sekali seorang dengan nilai yang sepatutnya. Seseorang yang serta merta menghentikan persetubuhannya sebaik sahaja terbit fajar (masuk waktu subuh), sah puasanya. Tetapi keadaan ini hendaklah dijauhi bagi mengelakan terbatalnya puasa dan terkena kifarat.

5. Keluar mani dengan sengaja. Mengeluarkan mani dengan sengaja seperti dengan tangan, menonton gambar lucah atau lain-lain yang boleh mengeluarkan mani adalah membatalkan puasa. Walaubagaimanapun, jika mani terkeluar disebabkan bermimpi atau berkhayal tidaklah membatalkan puasa.

6. Keluar darah haid atau nifas. Sekiranya seseorang perempuan datang haid atau bersalin dan keluar darah nifasnya ketika ia sedang berpuasa maka batallah puasanya.

7. Gila. Jika kegilaan itu datang pada siang hari, batallah puasanya.

8. Memasukkan sesuatu benda ke dalam rongga badan. Memasukkan sesuatu benda secara sengaja ke dalam rongga badan seperti hidung, dubur dan telinga adalah membatalkan puasa.

ORANG YANG DIHARUSKAN BERBUKA PUASA

1 Orang Sakit. Seseorang yang tidak berupaya untuk meneruskan puasa kerana sakit atau sekiranya ia berpuasa juga akan menambahkan kesakitannya atau melambatkan sembuh penyakitnya. Ia dibolehkan berbuka dan wajib menggantikannya (qada).

2 Orang yang sedang dalam perjalanan jauh. Orang yang sedang musafir atau dalam perjalanan jauh iaitu tidak kurang daripada dua marhalah kira-kira 80.640 kilometer atau 50.086 batu harus berbuka puasa. Puasa yang ditinggalkan itu wajib diqada.

3 Orang yang uzur. Orang-Orang tua yang sudah lemah, orang-orang yang lemah kerana penyakit yang tidak ada harapan untuk sembuh atau kerana semulajadinya lemah diharuskan berbuka atau tidak berpuasa langsung. Tiap-tiap hari yang ditinggalkan itu wajib dibayar fidyah, iaitu satu cupak atau ¾ liter makanan yang boleh mengenyangkan bagi sesebuah negeri berkenaan. Orang-orang ini tidak diwajibkan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.

4 Orang hamil. Orang yang sedang hamil dan bimbang kalau ia berpuasa akan membahayakan dirinya, ia diharuskan berbuka, tetapi wajib diqadakan puasa yang ditinggalkan itu. Sekiranya ia bimbang akan membahayakan kandungannya seperti takut terjadi keguguran, ia harus berbuka tetapi wajib mengqadakannya serta membayar fidyah dengan secupak beras atau makanan yang mengenyangkan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan itu.

5 Ibu yang menyusukan anak. Orang yang menyusukan anak juga harus berbuka puasa dan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu kalau ia bimbang dengan berpuasa akan menyebabkan mudarat kepada dirinya. Kalau ia bimbang memberi mudarat kepada bayi yang disusuinya seperti kurang air susu atau menjejaskan kesihatan bayinya itu, maka ia diwajibkan mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu serta membayar fidyah secupak makanan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkannya.

6 Wanita yang haid atau nifas. Wanita yang didatangi haid atau nifas wajib berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.

7 Orang yang pitam sepanjang hari. Orang yang pitam sepanjang hari harus berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia wajib mengqadakan puasa yang ditinggalkan itu.

8 Orang gila. Orang gila juga harus berbuka puasa kerana puasanya batal. Ia juga wajib mengqadakan puasa yang tertinggal itu.

PERKARA YANG DISUNATKAN BAGI ORANG BERPUASA

1. Bersahur walaupun sedikit makanan atau minuman pada waktu akhir malam. Tujuannya ialah supaya menambahkan kekuatan berpuasa.

2. Menyegerakan berbuka setelah yakin matahari telah terbenam.

3. Berdoa sewaktu berbuka dan maksud doa : “Wahai Tuhanku! Kerana Engkau aku berpuasa dan dengan rezeki Engkau aku berbuka, dahaga hilang dan urat-urat telah menyedut makanan, mudah-mudahan Allah menetapkan ganjaran-Nya”

4. Berbuka dengan buah korma atau sesuatu yang manis atau dengan air.

5. Memberi makanan atau minuman kepada orang untuk berbuka puasa.

6. Memperbanyakkan amalan kebajikan seperti bersedekah dan sebagainya terhadap kaum kerabat yang lemah dan fakir miskin.

7. Memperbanyakkan membaca al-Quran dan berselawat ke atas Rasulullah s.a.w. sama ada pada waktu malam atau siang. Ibadat yang dilakukan dalam bulan Ramadhan akan diberi pahala yang berlipat ganda.

8. Menjauhkan diri daripada percakapan-percakapan yang tidak berguna dan buruk seperti mengumpat, mencela dan sebagainya. Memang telah dimaklumi bahawa perkara-perkara itu dilarang, tetapi perkara-perkara seperti itu jika dilakukan pada bulan yang mulia ini dosanya lebih besar.

9. Menyucikan diri (mandi junub) bagi orang yang berhadas besar sebelum naik fajar.

PERKARA YANG MAKRUH BAGI ORANG BERPUASA

1. Berbekam atau mengeluarkan darah penyakit melalui kulit kepala.
2. Memamah sesuatu yang tidak boleh hancur.
3. Menyedut air yang berlebihan ketika berwuduk.
4. Mengucup isteri.
5. Masih dalam keadaan berjunub semasa sudah masuk waktu subuh.
6. Memberus gigi atau berkumur-kumur selepas tergelincir matahari.

BEBERAPA MASALAH MENGENAI PUASA

Melewatkan Qada Puasa

Orang yang melewatkan qada puasanya sehingga sampai puasa berikutnya, sedang ia mampu untuk berbuat demikian, ia wajib mengqadakannya serta membayar fidyah, iaitu memberi makan fakir miskin dengan kadar satu hari secupak beras atau yang sama dengannya.

Junub Sampai Pagi Hari Puasa

Ada orang menyangka bahawa berkeadaan junub sampai terbit fajar hari puasa membatalkan puasa. Sebenarnya sangkaan tersebut tidak benar. Tetapi sebaik-baiknya (sunat) orang yang berjunub segera mandi sebelum terbit fajar, kerana dikhuatiri terjadi hal yang membatalkan puasa.

Menggantikan Puasa Orang Lain

Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan dengan sebab uzur, kemudian ia meninggal dunia sebelum sempat mengqadanya, umpamanya uzur yang terus menerus sampai mati, ia tidak berdosa. Puasa yang ditinggalkan itu tidak wajib diqada dan tidak pula wajib fidyah. Sekiranya ia meninggal dunia sesudah ada kemungkinan untuk mengqada, tetapi tidak dilakukannya, keluarganya wajib mengqada puasa yang ditinggalkan itu. Hal ini berdasarkan hadis dari Aisyah r.a. yang bermaksud..

“Rasulullah s.a.w. bersabda ; Sesiapa yang mati dan meninggalkan kewajipan puasanya, hendaklah walinya berpuasa untuk menggantikannya” (Riwayat Bukhari & Muslim)

Makan Kerana Lupa Atau Dipaksa

Orang yang termakan pada siang hari puasa atau menyangka belum naik fajar atau menyangka matahari telah terbenam, puasanya tetap sah dengan syarat ia hendaklah terus berhenti dan meluahkannya sebaik sahaja ia sedar. Demikian juga orang yang dipaksa makan.

Mimpi Berjimak Dan Keluar Mani

Orang yang bermimpi berjimak semasa ia tidur di siang hari, tidak batal puasanya. Demikian juga jika air maninya keluar kerana mengkhayalkan persetubuhan, tidak batal juga puasanya.

Mandi Atau Menyelam Kerana Panas - Orang yang mandi atau menyelam kerana kesangatan panas, tidak merosakkan puasanya.

Merasa Makanan - Merasa makanan dengan lidah dan tidak ditelan tidak membatalkan puasa.

DENDA-DENDA BAGI ORANG YANG TIDAK PUASA

Terdapat empat jenis denda yang dikenakan kepada orang-orang yang tidak berpuasa Ramadhan.

1. Kifarat berserta qada
2. Fidyah berserta qada
3. Fidyah
4. Qada

Kifarah Berserta Qada

Denda ini dikenakan kepada orang lelaki yang membatalkan puasanya melalui persetubuhan. Persetubuhan yang dimaksudkan ialah dengan memasukkan kemaluannya melepasi had tertentu (hasyafah) ke dalam faraj (qubul atau dubur) sama ada manusia atau haiwan, yang masih hidup atau telah mati, lelaki atau perempuan sekalipun tidak keluar mani. Walaubagaimanapun, persetubuhan orang-orang yang berpuasa seperti berikut hanya diwajibkan qada tanpa kifarat, iaitu :

1 Orang yang bersetubuh dengan memasukkan kemaluan ke dalam faraj sekadar belum sampai had yang ditentukan.
2 Orang yang disetubuhi.
3 Orang yang bersetubuh dalam keadaan lupa atau tidak sedar.
4 Orang yang tidak tahu batalnya puasa dengan kelakuan tersebut.
5 Kanak-kanak yang belum baligh.
6 Orang-orang yang berpuasa tanpa niat.
7 Orang-orang dalam musafir.
8 Orang sakit, dengan harapan persetubuhan itu akan menyembuhkan sakitnya.
9 Orang yang yakin ketika persetubuhannya itu masih malam hari, atau yakin masuk waktu malam sedangkan sebenarnya masih siang.
10 Orang yang berpuasa selain dari puasa Ramadhan seperti puasa nazar, puasa kifarat dan puasa qada sekalipun qada bagi puasa Ramadhan.

Kifarah puasa ada tiga peringkat. Pertamanya ialah memerdekakan seorang hamba yang beragama Islam, sempurna sifat dan tubuh badannya. Jika tidak mampu, hendaklah berpuasa dua bulan berturut-turut. Sekiranya terputus walaupun sehari, hendaklah diulangi puasanya semula. Jika tidak berupaya juga, hendaklah memberi makan fakir miskin seramai 60 orang dengan kadar secupak seorang. Kifarat puasa wajib ditunaikan, tetapi kewajipan tersebut terhapus sekiranya seseorang itu gila atau mati.

Fidyah Berserta Qada

Denda ini dikenakan kepada tiga golongan, iaitu orang yang melengah-lengaahkan qada puasa wajib tanpa apa-apa keuzuran sehingga masuk bulan Ramadhan pada tahun berikutnya dan orang-orang perempuan hamil atau sedang menyusukan anak yang bimbang tentang keselamatan bayi atau anaknya sekiranya ia berpuasa. Kadar fidyah ialah secupak makanan bagi setiap hari puasa yang ditinggalkan. Di samping fidyah itu, puasa yang ditinggalkan itu wajib diqada.

Fidyah

Fidyah dikenakan kepada orang yang meninggalkan puasa-puasa wajib seperti puasa Ramadhan (seperti yang telah diterangkan) atau puasa nazar, puasa kifarat orang yang mati tanpa sebarang sakit atau uzur sebelum sempat mengqadakannya. Bagi orang yang telah mati itu menjadi kewajipan kepada keluarganya terutama walinya untuk membayar fidyah bagi simati sebanyak satu cupak makanan bagi tiap-tiap satu hari puasa yang ditinggalkan.

Qada

Qada ialah mengulangi berpuasa kerana menggantikan puasa Ramadhan yang ditinggalkan oleh sebab-sebab tertentu. Puasa qada boleh ditunaikan oleh orang lain dengan syarat orang yang berkenaan telah meninggal dunia dan tidak sempat mengqadakan puasanya sedang dia berkemungkinan mengqadakannya. Oleh yang demikian hendaklah diqadakan oleh keluarganya.

HIKMAH PUASA

1. Melahirkan kesyukuran terhadap Allah. Semua ibadat yang difardhukan mempunyai erti terima kasih kepada Allah s.w.t. kerana Allah s.w.t. telah melimpahkan berbagai nikmat yang tidak terbatas banyaknya kepada manusia. Sebagai tanda terima kasih itulah maka manusia, khususnya yang beragama Islam sewajibnya melaksanakan kefardhuan-kefardhuan yang telah ditentukan.

2. Puasa dapat membentuk seseorang itu menjadi penyabar, tabah menanggung kesusahan dan penderitaan. Di dalam kehidupan manusia didunia ini, kesusahan dan penderitaan adalah perkara lumrah yang lazimnya ditempuhi oleh setiap orang. Orang-orang yang memiliki sifat sabar akan mudah menguruskan soal-soal kehidupannya dengan matang dan teratur. Selain mendapat faedah untuk diri sendiri, orang-orang yang memiliki sifat sabar akan dikasihi Allah.

3. Puasa juga dapat melatih seseorang itu mengawal nafsu buas dan ammarah yang suka melakukan kejahatan. Melalui puasa seseorang itu dapat membentuk personalitinya menjadi seorang yang baik dan dihormati.

4. Puasa dapat menghindar seseorang itu daripada bersikap tamak, gelojoh dan mementingkan diri sendiri. Sifat-sifat tersebut amat dikeji dan membawa kepada kerugian dan keburukan.

5. Puasa dapat membentuk seseorang itu menjadi seorang yang amanah di dalam amal kehidupannya sehari-hari. Ini berlaku kerana seseorang yang berpuasa akan patuh kepada peraturan-peraturan puasa yang telah ditetapkan seperti menahan makan, minum dan lain-lain. Ia tidak akan melakukan semua itu sama ada di hadapan orang atau secara sembunyi. Latihan sebegini sudah tentu membentuknya menjadi seorang yang amanah.

6. Puasa dapat menanam rasa belas kesihan terhadap seseorang yang dalam kesusahan atau kemiskinan. Seseorang yang telah merasa sakit dan pedih kerana berlapar, akan dapat mengukur kesusahan dan penderitaan yang dialami oleh orang-orang fakir dan miskin. Oleh itu orang-orang fakir dan miskin, yang hidup melarat akan sentiasa ditolong bantu oleh orang yang berada. Kesedaran dan keadaan ini akan melahirkan keadilan dan kesejahteraan dalam kehidupan bermasyarakat.

7. Puasa memberi kesan yang baik kepada kesihatan tubuh badan. Ahli-ahli perubatan pada keseluruhannya telah mengakui bahawa puasa memberi kesan yang baik terhadap sesetengah penyakit. Para doktor juga berpendapat bahawa setiap manusia perlu sekali sekala berpuasa sekalipun ia tidak berpenyakit.

8. Puasa dapat mengujudkan perpaduan di kalangan umat. Apabila tibanya bulan Ramadhan, setiap umat Islam menyedari bahawa semua umat Islam di dunia ini akan berpuasa. Umat Islam diseluruh pelusuk dunia ini mengamalkan ibadat yang serupa sepertinya juga. Keadaan in sudah tentu mencetuskan dihati sanubarinya dengan rasa kesatuan dan kesamaan. Dengan ini terjalinlah rasa muhibah, kasih sayang, persaudaraan dan ingin tolong menolong antara satu dengan lain.

9. Sebagai kemuncaknya, puasa dapat membentuk seseorang itu menjadi muslim mukmin yang bertaqwa kepada Allah s.w.t. Kemuncak ini akan dapat dicapai apabila seseorang itu benar-benar tekun dan ikhlas menjalani ibadat puasa ini tanpa ada tujuan yang lain selain semata-mata kerana Allah s.w.t.

SEMBAHYANG TARAWIH

Sembahyang Tarawih ialah sembahyang sunat yang dikhususkan penunaiannya pada bulan Ramadhan sahaja. Para ulama terdahulu membaca al-Quran dari awal hingga akhir di dalam sembahyang Tarawih. Setiap malam dibacanya sekadar yang termampu sampai mereka khatamkan al-Quran itu pada malam terakhir Ramadhan.

Sesiapa yang tidak berpeluang untuk mengikuti jejak langkah para ulama salaf itu, janganlah pula sampai terlalu meringan-ringankan ibadat ini kerana ganjaran dan faedahnya sangat besar. Ibadat ini kerana ganjaran dan faedahnya sangat besar. Ibadat ini hendaklah dilakukan dengan sempurna, sama seperti sembahyang-sembahyang yang lain di mana mesti ditunaikan dengan baik berdirinya, bacaannya, rukuk dan sujudnya, khusyu’ dan tawaduknya dan juga terhadap semua rukun-rukun yang lain serta tertib-tertibnya.

IKTIKAF

Iktikaf ialah ibadat sunat yang dituntut oleh Islam. Iktikaf ialah berdiam atau berhenti di dalam masjid. Ia boleh dilakukan pada bila-bila masa dan sangat digalakkan diamalkan pada bulan Ramadhan terutamanya pada sepuluh malam terakhir.

Iktikaf mempunyai empat rukun

1. Niat. Kalau iktikaf yang dinazarkan wajib berniat fardhu supaya berbeza dengan yang sunat.
2. Hendaklah dilakukan di dalam masjid. Tidak sah iktikaf di tempat lain selain dari masjid sekalipun tempat itu dijadikan tempat sembahyang jamaah seperti balai, madrasah atau surau.
3. Kadar diam atau berhenti ialah melebihi kadar tama’ninah.
4. Orang yang mengerjakan iktikaf itu mestilah Islam, berakal dan suci daripada hadas.

Perkara-perkara yang boleh memutuskan iktikaf ialah murtad, iaitu keluar dari Islam, mabuk atau hilang akal dan keluar haid atau nifas. Iktikaf menjadi batal apabila seseorang itu bersetubuh atau keluar dari masjid.

KEUTAMAAN SEPULUH HARI TERAKHIR DAN LAILATUL QADAR

Nabi Muhammad s.s.w. menggandakan amal dalam bulan Ramadhan lebih daripada bulan-bulan lain. Dalam bulan Ramadhan pula baginda lebih rajin beramal dalam masa sepuluh hari terakhir daripada keseluruhan bulan itu. Nyatalah tempoh tersebut mempunyai keutamaan dan fadhilatnya.

Para ulama berkata kemungkinan Lailatul Qadar berlaku pada malam-malam yang ganjil dari sepuluh hari terakhir Ramadhan. Nabi Muhammad s.a.w. telah menganjurkan umat Islam supaya mencari malam Qadar tersebut, kerana orang yang beramal pada malam itu sangat besar ganjarannya dan diumpamakan sebagai lebih utama daripada seribu bulan, tidak kira sama ada ia mengetahui malam Qadar itu ataupun tidak.

Oleh itu setiap mukmin mestilah menyediakan dirinya untuk mencari malam tersebut bermula dari awal bulan lagi. Tidak bermakna hanya mencari-cari satu malam itu sahaja baru mahu beramal. Umat Islam sewajarnya memperbanyakkan amalan pada tiap-tiap malam pada bulan Ramadhan ganjarannya berlipat ganda jika dibandingkan dengan amalan pada bulan-bulan lain. Selain daripada itu amalan yang dilakukan setiap malam itu sudah pasti akan menemui satu malam yang dicari-cari itu.

Para ulama mempunyai pendapat masing-masing mengenai malam Qadar ini. Mengikut Imam Ghazali, malam ini boleh dikenali seperti berikut :

1. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Ahad atau hari Rabu, maka Lailatul Qadarnya pada malam 29hb. Ramadhan.
2. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Isnin, maka Lailatul Qadarnya pada malam 21hb. Ramadhan.
3. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Selasa atau Jumaat, maka Lailatul Qadarnya pada malam 27hb. Ramadhan.
4. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Khamis, maka Lailatul Qadarnya pada malam 25hb. Ramadhan.
5. Jika awal Ramadhan jatuh pada hari Sabtu, maka Lailatul Qadarnya pada malam 23hb. Ramadhan.

Selain daripada tanda-tanda itu, Lailatul Qadar juga boleh dikenali dengan tanda-tanda lain seperti malam itu langitnya kelihatan suci bersih, bulannya bercahaya segar, terang benderang, udaranya nyaman, tidak sejuk tidak panas, manakala matahari diwaktu pagi memancarkan cahaya yang seimbang seperti cahaya bulan purnama. Sungguhpun panduan dan gambaran telah diberikan oleh para ulama, namun tarikh atau bila berlakunya Lailatul Qadar itu adalah sukar dipastikan. Inilah rahsianya supaya umat Islam bersungguh-sungguh beramal ikhlas kerana Allah s.w.t. mudah-mudahan akan memperolehi faedah malam yang berharga itu.



FIRMAN ALLAH

“Dan Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan supaya mereka menyembahKu, Aku tidak sekali-kali mengkehendaki rezeki sedikit pun dari mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan, sesungguhnya Allah, Dialah yang maha pemberi rezeki yang mempunyai kekuatan lagi sangat kukuh” (Adz-Dzaariyaat : 56-58)

“Dan jiwa serta penyempurnaannya (penciptaannya) maka Allah mengilhamkan kepada jiwa itu jalan kefasikan dan ketakwaannya, sesungguhnya beruntunglah orang yang menyucikan jiwa itu dengan sesungguhnya rugilah orang yang mengotorkannya” (Asy-Syams : 7 – 10)

“Tiap-tiap orang terikat dengan apa yang dikerjakannya” (Al-Muddatstsir : 38)

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu untuk bermain-main (sahaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami, maka Maha Suci Allah raja yang sebenarnya tiada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) arasy yang mulia” (AL-Mukminun : 115-116)

“Barang siapa yang taat kepada Allah dan Rasul-Nya dan takut kepada Allah dan bertakwa kepada-Nya maka mereka adalah orang-orang yang mendapat kemenangan” (An-Nuur : 52)

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berfikirlah tentang kejadian ciptaan Allah dan jangan kamu berfikir tentang zat Allah kerana kamu tidak dapat mentakdirkan (menentukan zat) Allah sebenarnya”

Isnin, 1 Ogos 2011

NEW MOVIE : HOP 2011 dvdSCRN (MEDIAFIRE LINK) ANIMATION/ACTION

“E.B., the Easter Bunny's teenage son, heads to Hollywood, determined to become a drummer in a rock 'n' roll band. In LA, he's taken in by Fred after the out-of-work slacker hits E.B. with his car."
>> DOWNLOAD SECTION<<



POSA KE NI?

TERBURU-BURU si Adnan memakirkan motor kapcainya di sebelah pintu masuk bangunan itu. Dua tiga orang yang berada di situ, melihat pakaian mereka yang serupa mungkin dari syarikat mencuci agaknya memerhatikan gelagat Adnan. Ahhh...biarlah,bukan lama pun..getus hati kecil si Adnan

Terpaku Adnan apabila beliau membuka pintu masuk bangunan  tersebut. Di hadapannya terdapat sebuah kaunter pertanyaan yang dikelilingi pokok-pokok, bunga-bungaan.Peminat alam semulajadi agaknya tuan empunya syarikat ini. Tapi bukan itu yang membuat lelaki ini tergamam. Kehadiran penyambut tetamu yang sedang leka menyiram air di  salah satu pokok tersebut yang membuat lelaki ini tergamam. Bukan tidak kenal, bahkan lebih dari kenal. Bukan sekali dua dia datang ke sini.Sudah acapkali, tidak terhitung banyaknya atas tugasan yang perlu lelaki ini sudahkan di bangunan ini.

"Yoo..AsSalamualaikum Liz...wahhhh..ko x posa ka??" Adnan menyapa wanita tersebut yang nama mesranya Liz sambil ketwa berdekah2. Spontan Liz berkalih ke arah adnan. Riak terkejut jelas terpamer di muka wanita tersebut.

"oiii..ang ni xreti teguq elok2 ka?Dah la tu...suka2 ja kata aku xposa..Awat,ingat aku ni teruk sgt ka xposa?Bek ckit k.entah2 ang tu yg xposa..Merempit sana sini masuk kedai nasi kandaq bkn aku tau!!" Hamun Liz yg terkejut dgn nada yg amat marah

Adnan hanya mampu tersengih sambil memandang Liz atas bawah "astaghfirullah..aku berposa" Tiba2 lelaki tersebut tersedar dari perbuatannya. Wanita di depannya yg berskirt atas lutut bewarna merah, baju yang ketat menyerlahkan bentuk badan, berambut panjang dibiarkan tanpa diikat begitu mencabar imannya. Begitu mencabar dirinya dari menjaga puasanya

Puasa ke tu?

Ramai dikalangan kita yang mengaku beragama Islam sememangnya amt melenting jika ditegur tidak puasa. Kita akan dimarahnya sehingga terkeluar perkataan2 yang tidak sepatutnya sewaktu berpuasa. Sedangkan jika dilihat dari berpakaian tidak langsung menunjukkan beliau berpuasa. Pakaian yang mendedahkan aurat bahkan urat di sana sini. Sah ke puasanya itu? Yup,memang sah kerana ia bukanlah perkara yang membatalkan puasa namun di manakah penghayatan puasa tersebut dalam diri individu tersebut? Sekurang-kurangya hormatilah bulan Ramadhan tersebut dan mereka yang berpuasa. 

Ini kerana kita berpuasa bukan sekadar menhaan diri kita dari makan dan minum saja tetapi menahan seluruh anggotan kita dari melakukan perbuatan-pebuatan mungkar. Kita jaga hati kita, kita jaga lidah kita, kita jaga tangan kita, kita jaga kaki kita, kita jaga mata kita...semuanya kita cuba jaga dari melakukan perkara-perkara yang dapat mengurangkan pahala kita. Kita cuba elak mata kita memandang perkara-perkara yang haram. Kita taknak tengok pempuan-pempuan seksi. Tapi sebenarnya kita tidak dapat elak dari bertemu dan bersua dengan wanita sebegini kerana kita hidup dalam berbilang kaum dan agama. Lainlah jika terdapat undang-undang yang menetapkan waktu bulan puasa kita dikehendaki berpakian yang menutup aurat. Terpaksalah kita kurangkan keluar rumah..heheheh

Lebih malang apabila wanita yang berpuasa (yang bergama Islam) seperti Liz tadi antara punca kita susah untuk menjaga mata. Pakai la jika anda mahu tapi apa salahnya jika kita tutup sekejap @ berpakaian sopan barang sebulan sebagai tanda menghormati mereka yang berpuasa.Bukankah anda juga berpuasa?

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...