TERBURU-BURU si Adnan memakirkan motor kapcainya di sebelah pintu masuk bangunan itu. Dua tiga orang yang berada di situ, melihat pakaian mereka yang serupa mungkin dari syarikat mencuci agaknya memerhatikan gelagat Adnan. Ahhh...biarlah,bukan lama pun..getus hati kecil si Adnan
Terpaku Adnan apabila beliau membuka pintu masuk bangunan tersebut. Di hadapannya terdapat sebuah kaunter pertanyaan yang dikelilingi pokok-pokok, bunga-bungaan.Peminat alam semulajadi agaknya tuan empunya syarikat ini. Tapi bukan itu yang membuat lelaki ini tergamam. Kehadiran penyambut tetamu yang sedang leka menyiram air di salah satu pokok tersebut yang membuat lelaki ini tergamam. Bukan tidak kenal, bahkan lebih dari kenal. Bukan sekali dua dia datang ke sini.Sudah acapkali, tidak terhitung banyaknya atas tugasan yang perlu lelaki ini sudahkan di bangunan ini.
"Yoo..AsSalamualaikum Liz...wahhhh..ko x posa ka??" Adnan menyapa wanita tersebut yang nama mesranya Liz sambil ketwa berdekah2. Spontan Liz berkalih ke arah adnan. Riak terkejut jelas terpamer di muka wanita tersebut.
"oiii..ang ni xreti teguq elok2 ka?Dah la tu...suka2 ja kata aku xposa..Awat,ingat aku ni teruk sgt ka xposa?Bek ckit k.entah2 ang tu yg xposa..Merempit sana sini masuk kedai nasi kandaq bkn aku tau!!" Hamun Liz yg terkejut dgn nada yg amat marah
Adnan hanya mampu tersengih sambil memandang Liz atas bawah "astaghfirullah..aku berposa" Tiba2 lelaki tersebut tersedar dari perbuatannya. Wanita di depannya yg berskirt atas lutut bewarna merah, baju yang ketat menyerlahkan bentuk badan, berambut panjang dibiarkan tanpa diikat begitu mencabar imannya. Begitu mencabar dirinya dari menjaga puasanya
Puasa ke tu?
Ramai dikalangan kita yang mengaku beragama Islam sememangnya amt melenting jika ditegur tidak puasa. Kita akan dimarahnya sehingga terkeluar perkataan2 yang tidak sepatutnya sewaktu berpuasa. Sedangkan jika dilihat dari berpakaian tidak langsung menunjukkan beliau berpuasa. Pakaian yang mendedahkan aurat bahkan urat di sana sini. Sah ke puasanya itu? Yup,memang sah kerana ia bukanlah perkara yang membatalkan puasa namun di manakah penghayatan puasa tersebut dalam diri individu tersebut? Sekurang-kurangya hormatilah bulan Ramadhan tersebut dan mereka yang berpuasa.
Ini kerana kita berpuasa bukan sekadar menhaan diri kita dari makan dan minum saja tetapi menahan seluruh anggotan kita dari melakukan perbuatan-pebuatan mungkar. Kita jaga hati kita, kita jaga lidah kita, kita jaga tangan kita, kita jaga kaki kita, kita jaga mata kita...semuanya kita cuba jaga dari melakukan perkara-perkara yang dapat mengurangkan pahala kita. Kita cuba elak mata kita memandang perkara-perkara yang haram. Kita taknak tengok pempuan-pempuan seksi. Tapi sebenarnya kita tidak dapat elak dari bertemu dan bersua dengan wanita sebegini kerana kita hidup dalam berbilang kaum dan agama. Lainlah jika terdapat undang-undang yang menetapkan waktu bulan puasa kita dikehendaki berpakian yang menutup aurat. Terpaksalah kita kurangkan keluar rumah..heheheh
Lebih malang apabila wanita yang berpuasa (yang bergama Islam) seperti Liz tadi antara punca kita susah untuk menjaga mata. Pakai la jika anda mahu tapi apa salahnya jika kita tutup sekejap @ berpakaian sopan barang sebulan sebagai tanda menghormati mereka yang berpuasa.Bukankah anda juga berpuasa?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan