Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 30 November 2011

[GR INFO] 20 CIRI PEREMPUAN MURAHAN


1. Berambut perang..tak pun rambut kaler merah highlight sikit-sikit budget Avril

2. Kau buat facebook ni macam medan memperagakan diri..kau upload beribu ribu gamba muka kau je sampai 10 album.. bila ade org puji kau jawab 'ala shayer tark syomel pown..beshe beshe jew'

3. Snap gambar dari atas, buat duck face & kau upload kat Facebook..geli doh tengok..kalau 1 album nama kau, dalam tu semua muka itik kau. Muka penuh depan kamera..semuat-muat frame..

4. Kau rasa comel bila kau type message 'ewww..jum lepak..busyan lorh...umah tadew orang..pakwe gie maen futsal pulark..busyan busyan! T__T' macam bodo kau tahu tak

5. Kau kerek bila kau makan kat fastfood ngan member-member kau..kau snap gamba sana-sini macam tempat tu tak de orang..annoying!

6. Kau pakai baju nampak lurah kau pegi jalan-jalan kat bandar..kau seronok lah abang misai pandang pastu tulis kat facebook 'nyampah nyew adew abang misai usya-usya kitew..tark syukew tark syukew larh' Perosak bahasa.



**Megat Terawis           credit to Syok.org

Jumaat, 25 November 2011

[GR GELIHATI] SIAPA ADA KEHILANGAN ANAK??


KEPADA IBU DAN BAPA yg ada kehilangan anak berbaju kuning, berambut .........lawan tarikan graviti sila laporkan di meja urusetia....anak anda tidak sabar untuk kembali ke kapal angkasa anda.terima kasih :)
Megat Terawis

[GR NEW FILM]1911: Revolution (2011) BRRip 720p MKV Soft-Sub


 “A historical drama based on the founding of the Republic of China when nationalist forces led by Sun Yat-sen overthrew the Qing Dynasty. "
Megat Terawis

[GR NUKILAN] PUSS IN BOOTS TERBAEKKKK!!!!

 EMMHhh....kawan2 hamba sekalian. Minggu ni agak panjang kita bercuti kan...3 hari tu.Apa yg tuan hamba semua ingin bikin hari cuti tu? Tido je ke?zzzzzzzzzzzzz...!!hahahah

Buat mereka yg ingin meluangkan masa menonoton wayang bersama keluarga, hamba syorkan filem animasi yg bg hamba amat menarik untuk ditonton. Tidak mengecewakan bukan sahaja buat anak-anak bahkan ibu dan bapa untuk bergelak ketawa bersama-sama

Sepanjang hamba menonoton filem berdurasi 1jam 30 minit ini dari awal hingga akhir dipenuhi aksi lucu. Langsung tidak membosankan dan cerita ringan ni amat sesuai untuk mereka yang ingin melepaskan tension kerja.hehehe

Kisah berkenaan seekor kucing bernama Puss yang bertemu semula dengan sahabat karibnya sebutir telur. Puss telah berjaya dipengaruhi sahabatnya itu untuk melupakan persengketaan lama untuk sama-sama kembali meneruskan impian mereka mendapatkan telur emas. Apa kesudahannya? Saksikan di pawagam berhampiran.Pasti tidak mengecewakan punya.Bikin pecah perut sama2..heheheheeheh
Megat Terawis

[GR INFO] KREATIVITI BANJIR PART 1

BARU-BARU ini banjir besar telah melanda negara jiran kita, Thailand. Dalam suasana duka itu lensa sempat merakam beberapa kreativiti penduduk dalam menghadapi banjir..Ayohhhh...saksikan...

Bila la aku nak sampai ni....adehh!!
Penat giler aku cipta bot ni..harap2 leh la masuk sempadan Malaysia
Aku peminat color pink..jgn marah
Leganya dpt berehat di luar rumah..Jom minum!!

**Megat Terawis

Khamis, 24 November 2011

[GR BUKA MINDA] Wang Kertas : Penipuan Terbesar Dalam Sejarah Manusia

Hari ini kalau ada yang berazam untuk tidak mahu menggunakan wang kertas ,orang berkenaan ‘wajib’ berpindah ke dalam hutan. Begitu sekali sekeping wang kertas bergelar ‘not’ menguasai seluruh kehidupan manusia.


“Apa itu wang kertas?” wacana tentang riba dan wang emas tidak mungkin lengkap kalau tidak menyentuh soal wang kertas kerana kedua-dua matawang ini dan riba ada hubung kaitnya dari segi sejarah.

Sejarah mencatatkan bahawa antara wang yang paling awal muncul di dunia ini adalah wang emas yang digunakan pada empayar Rom di Eropah, berkurun lama sebelum kedatangan Islam di bumi Arab. Wang emas terus digunakan oleh dunia Islam dan bahagian-bahagian dunia yang lain setelah keadatangan Nabi Muhammad s.a.w. Kearajaan Melayu Melaka pada kurun ke-14 Masehi juga menggunakan wang emas.

Duit emas yang digunakan 560 sebelum masihi di Turki

Namun, penggunaannya berakhir pada 1924 berikut runtuhnya kerajaan Khilafah Islamiah terakhir iaitu Khalifah Uthmaniah yang berpusat di Istanbul, Turki. Selepas itu, dunia beralih kepada wang kertas yang bersandarkan emas.

Namun, sejarah wang kertas diwarnai misteri, tipu daya dan pembelitan yang dahsyat. Warga Amerika Syarikat, G Edward Griffindalam buku The Creature From Jekyll Island berkata bahawa titik bermulanya penipuan wang kertas adalah pada 1910. Mesyuarat misteri di Pulau Jekyll, Amerika Syarikat pada tahun itu membawa kepada penubuhan the Federal Reserve Department (FRD) pada tahun 1913 yang keahliannya bukan di kalangan rakyat atau institusi kerajaan Amerika Syarikat. Sebaliknya dianggotai oleh syarikat milik persendirian asing. Penggunaan perkataan ‘federal’ (persekutuan) ke atas sesuatu yang berbentuk persendirian adalah pembohongan yang nyata. Kongres Amerika Syarikat pula terpaksa meluluskannya secara curi-curi.

The Creature From Jekyll Island

Jabatan ini kemudiannya mentadbir segala urusan kewangan Negara Amerika Syarikat., antaranya mencetak wang kertas Dolar Amerika dan memperkenalkan Fractional Reserve Bangking (FRB) atauFractional Reserve Requirement (FRR) yang menjadi asas perjalanan sesebuah bank. Sehingga hari ini, FRB digunakakn oleh industri perbankan di seluruh dunia termasuk Malaysia untuk mencipta wang sesuka hati dalam jumlah yang berlipat kali ganda melebihi kekayaan sebenar.

Berikutan penubuhan FRD, banyak peristiwa besar berlaku sehingga membolehkan British mengusai Bandar Jerusalem pada 1919. Penguasaan itu menandakan berakhirnya era Perang Salib yang berlangsung selama 250 tahun antara umat Islam dan Kristian. Dinia pun berubah dengan mendadak. Kemuncaknya ialah kejatuhan Kerajaan Khalifah Uthmaniah.

Peristiwa demi peristiwa terus mengejutkan dunia, antaranya Perang Dunia Pertama dan krisis ekonomi dunia besar-besaran pada 1929. Pada 1944, muncul pula perjanjian Bretton Woods yang melibatkan 44 buah Negara dunia yang bersetuju untuk menyandarkan mata wang kertas masing-masing kepada Dolar Amerika dengan jaminan bahawa USD35 bersamaan dengan satu auns emas.

Krisis yang sengaja dicipta untuk memberikan kekayaan kepada bank

Negara-negara dunia tidak lagi menyandarkan mata wang kertas kepada rizab emas masing-masing seperti sebelum ini. Setahun selepas Dolar Amerika mendapat ‘daulat’ berkenaan, International Monetory Fund (IMF) pun ditubuhkan. Pada 1948, Negara Israel mendapat pengiktirafan sebagai sebuah Negara berdaulat di tengah-tengah Negara Palestin yang sah.

Seterusnya pada 1971, kerajaan Amerika Syarikat pimpinan Ricard Nixon hampir bankrap gara-gara Perang Vietnam dan masalah deficit imbangan pembayaran yang berterusan. Tuntutan rasmi terhadap rizab emas Amerika Syarikat melambung kepada USD32 bilion sedangkan rizab emas yang ada hanya satu pertiga. Keyakinan terhadap Dolar Amerika punah. Berduyun-duyun bank pusat negara lain memeras ugut Amerika Syarikat dengan cara menebus pegangan Dolar Amerika masing-masing. Emas mengalir keluar dari Amerika Syarikat lalu dengan sendirinya meruntuhkan nilai Dolar Amerika.

Namun Amerika licik bertindak dengan memutuskan ikatan antara Dolar Amerika dan emas. Ini bermakna Amerika Syarikat memungkiri perjanjian Bretton Woods dan bertindak secara unilateral untuk menguburkan sistem piawaian emas.

Selepas 15 ogos 1971, dolar tidak lagi bersandarkan kepada emas. Sejak itu, nilai dolar ditentukan oleh kuasa permintaan dan penawaran pasaran tukaran wang asing. Kesannya, semua matawang dunia berubah menjadi matawang fiat iaitu matawang yang bernilai sifar. Ini bermakna setiap Negara bebas mencetak wang kertas tanpa perlu bersandarkan kepada apa-apa rizab. Kalau ada pun, ia dalam jumlah yang kecil seperti yang ditetapkan olehSpecial Drawing Rights IMF. Bayangkan betapa liciknya permainan ini.

Pun begitu apa jua tipu daya tetap ada kelemahannya seperti mana yang disebut oleh Allah dalam al-Quran,Firmannya :

الَّذِينَ آمَنُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ اللَّهِ وَالَّذِينَ كَفَرُوا يُقَاتِلُونَ فِي سَبِيلِ الطَّاغُوتِ
فَقَاتِلُوا أَوْلِيَاءَ الشَّيْطَانِ إِنَّ كَيْدَ الشَّيْطَانِ كَانَ ضَعِيفً

“Orang-orang yang beriman dan berperang di jalan Allah dan orang-orang yang kafir berjalan di jalan thaghut, sebab itu perangi lah kawan-kawan syaitan itu kerana tipu daya syaitan itu adalah lemah.”
[surah an-Nisa’, ayat 76]

Sekarang, ‘tabir’ yang melindungi wajah sebenar wang kertas semakin terungkai. Dunia mula mengetahui apa ada di sebalik wang kertas. Wang kertas tidak mempunyai nilai intrinsik seperti mana wang sebenar (contohnya emas, perak, sebakul barangan dan lain-lain).

Nilai yang dicetak di atas wang kertas kini ditentukan oleh kerajaan yang mengeluarkannya dan kuasa pasaran (market forces). Ini bermakna nilainya bergantung kepada permintaan dan manipulasi pihak yang mengeluarkannya. Ia hanya lah ‘janji’ untuk membayar dan pihak yang mengeluarkannya tidak semesti menunaikan ‘janji’ itu. Atas inilah, sebagai contoh, pada wang kertas Ringgit Malaysia yang kita gunakan sekarang, tercetak ayat, “wang kertas ini sah diperlakukan dengan nilai….”.

Wang kertas digelar fiat kerana ia bukan berbentuk komoditi tetapi dikeluarkan oleh pihak tertentu dan dijamin nilainya oleh pihak yang mengeluarkan. Pengertian sebenar disebalik wang kertas ialah sekadar ‘sekeping kertas’ yang diterima pakai untuk semua urusan jual beli. Asas penerimaan kertas ini hanya atas dasar kepercayaan terhadapnya. Kepercayaan semata-mata. Itu sahaja. Sekiranya di suatu masa kelak, semua orang hilang kepercayaan terhadap ‘kertas ini’ lalu ia tidak lagi berguna, sekalipun jumlahnya berguni.





Zimbabwe menjadi bukti kerapuhan wang fiat

Sejarah membuktikan bahawa dalam peperangan, mata wang sesebuah Negara dilanda krisis akan hancur lalu wang kertas dilambakkan seperti bukit di satu tempat dan dimansuhkan dengan cara membakarnya hingga hangus. Di Malaysia, sebahagian besar generasi sebelum merdeka masih lagi mengingati istilah ‘duit pisang’ atau ‘duit Jepun’ yang menyaksikan berguni duit kertas tidak mampu untuk membeli secawan beras. Ungkapan ‘duit tak laku’ bukan lah sesuatu yang asing buat orang lama yang pernah melalui pengalaman buruk itu.

Duit dibakar di Jerman kerana sudah tidak bernilai

Selain wang kertas, wang fiat juga merujuk kepada wang dalam bentuk angka dalam akaun, hutang-hutang yang dikeluarkan oleh bank atau institusi kewangan dan kad plastic digital. Wang ini tidak disokong oleh apa-apa aset yang nyata. Nilainya mudah dimainkan oleh speculator matawang yang berniat jahat, tamak dan tidak berperikemanusian.

Krisis ekonomi Asia pada 1997 adalah contoh yang paling dekat dengan kita. Spekulasi dan manipulasi menyebabkan berlaku susut nilai matawang atau lebih buruk, matawang itu langsung tidak bernilai. Keadaan yang dinamakan ‘money meltdown’ ini sudah pun berlaku dalam tahun-tahun kebelakangan (kejatuhan Dolar Amerika pada 1973 dan 1980). Keadaan ini pasti akan berulang. Krisis ekonomi dunia diramal menjadi lebih teruk berbanding pada tahun 1929.

Sistem ekonomi kapitalis, bank dan institusi kewangan dengan cara tidak bertanggungjawab telah mencipta wang fiat dengan banyak di pasaran sehingga menyebabkan inflasi. Wang itu dicipta melalui kepelbagaian deposit, memberi hutang dan mengenakan faedah. Setiap wang fiat yang didepositkan ke dalam bank akan mencambahkan tiga wang fiat lagi yang boleh diberikan kepada individu dan syarikat perniagaan. Ekonomi ini adalah ekonomi palsu yang tidak berasaskan kepada pengeluaran sebenar.

Sesetengah kerajaan mencetak wang sewenang-wenang tanpa bersandarkan kepada pengeluaran sebenar dalam Negara bagi kepentingan pemerintah dan pengekalan kuasa.

Apabila semakin banyak wang dicetak, nilai wang fiat akan berkurangan dan menyebabkan inflasi. Kuasa beli rakyat pula akan berkurangan. Satu wang fiat tidak memungkinkan kita membeli barangan yang sama kita beli seperti sepuluh tahun yang lalu. Ini menjadikan nilai wang kertas fiat hanya terletak pada barangan yang kita beli hari ini. Sebagai contoh, tiga puluh tahun lalu, seseorang yang bergaji RM 1000 sebulan mampu memiliki kereta import berjenama dan sebuah banglo. Hari ini, gaji sebanyak RM 20 000 sebulan belum tentu menjanjikan kereta import dan banglo. Harga barangan menjadi terlalu tinggi iaitu meningkat berkali ganda berbanding peningkatan dalam pendapatan.

Orang sekarang berkerja siang dan malam serta melakukan bermacam-macam jenis pekerjaan, tetapi masih berada di dalam keadaan kekurangan. Harta pada hakikatnya dimiliki oleh bank atau institusi kewangan. Hampir semua orang berhutang dengan bank atau institusi keewangan dan pada bila-bila masa boleh menjadi papa kedana kerana hutang itu. Malah hutang bank juga boleh diwarisi sehingga ke anak cucu.


Kadar pengangguran dan kegagalan syarikat perniagaan pula semakin meningkat dari hari ke hari. Semua ini angkara sistem kewangan fiat yang menyebabkan ekonomi berkembang secara tidak stabil serta mewujudkan jurang besar antara golongan berada dengan golongan tidak berada.

Jelas wang kertas adalah wang yang tidak adil dan tidak jujur. Apabila Amerika Syarikat meluluskan penubuhan FRD dan Amerika Syarikat mengadakan perjanjian Bretton Woods pada 1944, seluruh ummah sebenarnya sudah ditipu ‘hidup-hidup’. Inilah penipuan terbesar dalam sejarah manusia.

Megat Terawis

Rabu, 23 November 2011

[GR HIBURAN] Trofi AIM 18 Yuna 'PENAKUT' mungkin ditarik balik

Trofi Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik 18 yang dimenangi oleh Yuna akan ditarik balik. Kontroversi terbaru AIM18 itu disahkan oleh Yuna menerusi akaun laman sosial Twitter miliknya sebentar tadi.
Dalam ruangan  

Dengarnya yang tersiar di akhbar Berita Harian hari ini, khabarnya berlaku kesilapan pada perkiraan sehingga lagu Penakut diumumkan lagu terbaik keseluruhan AIM18, sedangkan ia tidak pun memenangi lagu terbaik kategori yang dipertandingkan.

Ruangan tersebut turut memaparkan bahawa trofi tersebut akan diserahkan kepada pencipta dan penyanyi lagu Sedetik Lebih, Edry Abdul Halim dan Anuar Zain.

**Megat Terawis

[GR SIHAT SELALU] Vitamin & Fungsi nya

MASA KINI, mengambil supplement adalah satu kebiasaan bagi masyarakat kita. Mungkin tahap kesedaran terhadap kesihatan yang semakin tinggi atau mingkin lambakan supplement dengan kemasukan syarikat-syarikat berciorak MLM ke dalam negara kita menyebabkan kita terpaksa mengambil supplement yg telah dibeli.

Namun bagi yg baru nak mencuba-cuba atau dah pernah dan amalkan adakah kita tahu fungsi supplement yg kita ambil? adakah kita sekadar mengambil mengikut rakan-rakan atau sekadar cuba2? Nah...dibawah ni hamba berikan kepada tuan hamba semua jenis2 supplement & fungsinya terhadap kita.....

SUPLEMEN FUNGSI

Vitalea (Multivitamin)
1. Mengandungi 12 vitamin dan 9 mineral penting yang lengkap untuk keperluan tubuh seharian.
2. Membantu meningkatkan kecerdasan minda dan sistem imuniti badan.
3. Memulihkan selera makan dan melancarkan process pencernaan.
4. Penting bagi prosess pertumbuhan.
5. Menyeimbangkan hormon dan bahan kimia dalam badan.
6. Melengkapkan nutrient yang kurang.
7. Membantu penyerapan zat dari makanan.



***Megat Terawis

Selasa, 22 November 2011

[GR SUKAN] HARIMAU MALAYA SELAMANYA DI HATI !!!


TAHNIAH...TAHNIAH...& TAHNIAH buat anak-anak buah Ong Kim Swee yg berjaya mempertahankan pingat emas Sukan SEA yg dimenangi 2 tahun lalu setelah berjaya mematahkan terus kedua-dua sayap garuda yg ego semalam. Tambah manis kejayaan tersebut dilakarkan di Gelanggang lawan dengan penyokong fanatik mereka yang biadap, dengan Barracuda menjadi pengangkutan rasmi, diundi dalam kumpulan yang dikatakan maut, layanan tidak mesra dari tuan rumah (penganjur) semuanya itu menjadi pengalaman yang amat bermakna kerana emas yang akhirnya berjaya dituai

Biarpun kita dikejutkan seketika dengan jaringan awal Indonesia, ianya sebenarnya tidak langsung melemahkan semangat juang anak-anak muda ini dan berjaya meraih jaringan penyamaan. Jika tidak dek kerana ketumpulan barisan serangan (harap2 jgn la Fakri dipilih lagi mewakili skuad ini selagi tidak menunjukkan peningkatan) kemungkinan kita sudah selesa mendahului

Namun kesudahannya....
HARIMAU MALAYA TERUS MENGAUM DI BUMI ASIA TENGGARA!!!



Sambil2 kita meraikan kemenangan yg dicipta dlm kempen bolasepak Sukan Sea semalamkita layan lagu ini yg ada kena mngena dgn bola kita....ala2 lagu tema piala dunia :)

***Megat Terawis

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...