Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 5 Disember 2012

[GR RESEPI] NAK RESEPI DURIAN CREPE?


WALAUPUN pada hakikatnya kini aku tidak suka makan raja segala buah, BUAH DURIAN, tapi memandangkan Durian Crepe telah menjadi makanan popular akhir-akhir ini yang mampu dijadikan produk jualan, rajin juga jejari aku search resepi untuk membuat Durian Crepe.

Usaha itu tidak sia-sia kerna aku berjaya temui di TRIGGY.COM. Aku pon curi la sikit post dia tuk kongsi dengan korang semua


Cara Membuat Durian Crepe

Bahan-Bahan Membuat Durian Crepe
  1. Isi Durian (Buang Biji)
  2. 50g Tepung Gandum
  3. 1 Penutup Esen Vanilla..
  4. Pewarna ( Terpulang )
  5. 1 Sudu Besar Tepung Ubi Kayu
  6. 1 Biji Telur
  7. 3 Sudu Kecil Butter (Cairkan)
  8. 160 ml Air
  9. 40 ml Susu Cair
  10. 2 Sudu Besar Gula Halus


 Masukkan tepung gandum, tepung ubi kayu dan gula halus. Seterusnya, tuang susu cari dalam adunan tadi.

  Kacau campuran tadi sehingga sebati

 Masukkan telur yang telah dikacau ke dalam campuran. Kacau campuran.

 Masukkan Esen Vanilla. Kacau Campuran.

 Masukkan air. Kacau campuran.

 Masukkan Butter cair. Kacau campuran.

 Masukkan pewarna. Kacau campuran sehingga sebati. Tapis campuran tadi.

 Panaskan non-stick pan. Ambil sedikit adunan dan tuang atas pan dengan lemah-lembut.

 Gaur 150mL Fresh Cream atau Whipping Krim

 Letakkan sedikit krim tadi diantara inti durian diatas crepe. Lipat dan Siap

SELAMAT MENCUBA!! :)

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

2 ulasan:

  1. ini resepi tuan amik mana, nak mintak kebenaran tuan dia sblm try buat sendir thank..

    BalasPadam
  2. Bukan rahsia lg...dh byk pn disebarkn..dr mmbeli baik dr hasil air tgn sndiri..lbh enak;)

    BalasPadam

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...