Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 21 Disember 2012

[GR SEJENAK] CAFE SAMBAL BEIJING~Apa yang best?


JIKA anda cuba mencari lokasi mkanan halal di Beijing China, melalui enjin carian Google atau sebagainya, pasti web di atas antara yang terawal anda jumpai di carian anda. Cafe Sambal Beijing merupakan salah satu carian tertinggi @ hits yang sering menjadi pilihan orang Islam terutamanya dari Malaysia untuk menikmati makanan halal di sana

Jika anda melihat pada paparan restoran tersebut pasti anda juga ingin ke sana memandangkan ianya kelihatan selesa, cantik dan unik. Namun tahukah anda keadaan sebenar restoran ini?Jom lihat





Haa...ini bukan main-main, bukan cobaan namun kenyataan yang perlu anda telan setibanya anda di restoran tersebut. Indah khabar dari rupa. Jangan tension sebab anda bukan orang yang pertama tertipu. lapangkan dada dan nikmatilah hidangan sekurang-kurangnya air tehnya (ramai yang puji sedap) bagi melegakan kepenatan anda. Ingat, bukan orang Malaysia sahaja, bahkan satu dunia pon dah terkena. Anda Tertipu!!;;heheh:)

Namun rasionalnya pemilik restoran ini bukan menipu namun menggunakan kemudahan pemasaran di internet untuk menarik pelanggan bukan sahaja dari negaranya bahkan seluruh dunia untuk berkunjung seterusnya menikmati hidangan di restorannya. Gambar yang diletakkan jug adalah benar di laman web restoran tersebut cuma diindahkan menggunakan perisian komputer. Apa yang anda lihat (jika anda teliti betul-betul) itulah keadaan sebanar restoran tersebut..heheheh

Jika anda pandai menggunakan dan mengaplikasikan pemasaran internet, pastinya perniagaan anda menjadi tumpuan dunia!!

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...