Terbaik Sepanjang Minggu

Jumaat, 31 Mei 2013

[GR TUTOR-REAL] HITSKAN STATUS FB ANDA



Kekadang status kita di FB tidak mendapat hits seperti yang diharapkan. Kenapa? Tidak perlu terkejut kerana mungkin kemaskini status dengan cara yang salah.



Mari kita lihat punca-punca yang mungkin terlepas pandang :




1. Tidak Like status orang lain

aisymo kurang Like status orang lain
akan menyebabkan orang tidak tahu
aisymo sebenarnya wujud dan aktif
dalam Facebook.

Tambah-tambah aisymo orang yang baru
menapak dalam Facebook sebagai
cabang pemasaran.

Like bukan bermaksud menyetujui tetapi
lebih kepada sokongan secara tidak
langsung, dengan Like status orang
lain, aisymo akan lebih mudah diberi
perhatian ini kerana dalam Facebook
sekarang ini rata-rata orang mempunyai
lebih 3000 rakan.

Jadi bagaimana mereka hendak nampak
jika anda sendiri pun tidak muncul di
status mereka?


2. Tidak komen status orang lain

Ini adalah perkara yang lebih advanced dari
Like tadi, aisymo komen status dengan baik
dan tidak berunsur provokatif adalah amat
digalakkan.

Jadi semasa komen, gunakan bahasa yang
jelas untuk digunakan dan tidak menggunakan
perkataan singkat seperti, aq = aku,
pki = pakai dan sebagainya.

Sikap profesional dengan menggunakan
bahasa yang betul amat memainkan
peranan untuk membina sifat jatidiri
aisymo.


3. Banyak cerita benda negatif

Kuasa utama dalam Facebook ialah Cause
atau bermaksud penyebab, kalau aisymo
menulis sesuatu yang tida ada penyebab
aisymo akan di Unfriend oleh orang yang
berkredibiliti tinggi.

Ini kerana mereka perlukan input yang
menjaga kepentingan semua pihak.
Jadi apa yang boleh membantu aisymo
di status aisymo ialah kongsikan kata-
kata motivasi dengan berkongsi status
orang lain adalah satu perkara yang
baik.

aisymo mesti lebih telus dalam memberi
maklumat dan ini akan membolehkan
aisymo disukai dengan lebih natural dan
cepat.

Adalah paling bahaya aisymo kemaskini
dengan kata-kata makin hamun,
kebencian, luahan perasan dan
sebagainya.

Facebook ialah tempat bersosial, adakah
aisymo mahu tunjuk aisymo jenis
perangai buruk?


4. Menggunakan tulisan besar kecil
    sesuka hati

Perkara paling sering dilakukan ialah menggunakan
huruf besar huruf kecil. Dalam internet, orang
tidak tahu apakah intonasi yang aisymo
gunakan.

Jika aisymo gunakan huruf besar dengan
ayat yang sesuai itu menunjukkan aisymo
menekankan sesuatu perkara.

Tetapi jika aisymo tulis tidak tentu arah,
ini akan mendapatkan perkara negatif
walaupun aisymo cuba menyampaikan
yang positif.


5. Tidak ada topik yang resonate

Topik yang resonate ialah bermaksud topik
yang berkait dengan isu semasa. aisymo
mesti bercakap dalam aliran semasa,
contohnya topik bola aisymo cakap pasal
aisymo, topik atlit ke London aisymo
cakap pasal topik ke London .

Cuma pastikan elakkan dengan topik politik,
bukan tidak sesuai dikongsi tetapi aisymo
poskan mengikut rakan yang sesuai.

Topik yang baik ialah panduan harian,
tips untuk membantu perniagaan,
hubungan, dan pemasaran.

Dan cara untuk menyampaikan sesuatu
ialah dengan menulis dengan satu persatu
dan biar berkait, sebagai contoh aisymo tulis
2 hingga 3 pos berlainan tetapi dalam
topik yang sama.

Ini adalah supaya meningkatkan resonate
rakan aisymo.


6. Tidak kerat status aisymo kepada
    bahagian yang kecil

Kejayaan utama dalam menyampaikan
maklumat ialah, kerat bahagian kecil.
Apabila aisymo menulis dengan penuh
ayat tanpa perenggan, aisymo akan
mengalami masalah orang tidak
boleh mendapat apa yang aisymo
sampaikan.

Maksimum baris penulisan kemaskini
yang baik ialah hanya 3 hingga 4
baris sahaja.


7. Tidak ada Call To Action

Ini perkara paling penting, aisymo tiada
call to action, namun jika aisymo gunakan
perkara sama contohnya ‘Like and
Share’ jika setuju sekarang tidak
menjadi.

Apa yang boleh aisymo buat ialah, poskan
status aisymo, dan minta pandangan
orang lain. Untuk membolehkan ia dikongsi,
serahkan pada orang lain untuk menilai
sama ada berbaloi untuk dikongsi atau
tidak.

Adalah penting aisymo melihat struktur
pos yang sering dikongsi. Cuba lihat
ciri-cirinya.



Salam kejayaan,



sumber~Ikhwan Fahmi
.........................................................................................



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR SEMASA] ZON TANPA MOTOSIKAL CADANG KETUA POLIS BARU

ZON TANPA MOTOSIKAL akan dilaksanakan di bandar-bandar besar bagi mengawal kes ragut dan kecurian oleh pihak polis, menurut Ketua Polis Negara yang baru, Tan Sri Khalid Abu Bakar

Ianya mengikuti contoh bandar-bandar besar di negara lain agar masyarakat rasa lebih selamat ketika di bandar. Tak pasti pula kebenaran ini kerana setahunya semakin banyak negara yang setuju mengehadkan jumlah kenderaan besar seperti kereta di bandar-bandar besar untuk mengelakkan kesesakan serta mengawal pencemaran udara. Motosikal dan basikal kini menjadi pilihan alternatif. Namun sebaliknya pula bagi Malaysia

Menurut beliau lagi 90% jenayah jalanan dilakukan mereka yang bermotosikal. Ummhhh..Praktikal ke langkah ni. Penjenayah ni sebenarnya lebih licik, adakah jika selepas ini mereka mengubah modus operandi mereka kepada kereta maka KPN nak menghalang kereta pula dari memasuki bandaraya besar di negara ini

Takkan jika bank sering kali menjadi lokasi rompakan maka bank-bank ini perlu ditutup.
Bukan semua yang menunggang motosikal itu penjenayah, bukan semua bermotosikal itu mat rempit. Motor tidak salah tetapi mereka yang melakukan perbuatan itu yang menjadikan motor sebagai pengangkutan yang salah.

.........................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR DENGAR KATA] PINJAMAN PERIBADI DI BANK-BANK TELAH DIHADKAN KEPADA 10 TAHUN SAHAJA?

SAHIH atau tidak belum dapat dipastikan. Namun kini telah kedengaran bahawa Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan pekeliling mengehadkan pinjaman peribadi di bank-bank seluruh Malaysia hanya dibenarkan sehingga maksima 10 tahun sahaja.

Ada rakan yang bekerja di bahagian pinjaman di bank tempatan mengesahkan bahawa telah menerima surat berkaitan perkara tersebut yang berkuatkuasa Mei 2013 dan bagi koperasi mulai Julai 2013

Kebiasaan pinjaman melebihi 10 tahun ialah pinjaman yang meliibatkan kakitangan kerajaan yang kini ada institusi kewangan menawarkan maksima mencecah 25 tahun.

Ada baik dan buruknya penguatkuasaan ini. Apapun kita nantikan hebahan muktamad dari BNM selepas ini.


.....................................................................................
Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR PICS] KUNGFU MUSLIMAT: BUKTI ISLAM BUKAN PENGHALANG

ALLAH yang menciptkan kita, justeru peraturan Allah adalah sebaik-baik peraturan, kekal dan relevan sepanjang zaman, tidak menyusahkan makhluknya ini, kerna dia pencipta, dia maha mengetahui tentang kita

Islam menyuruh wanitanya menutup aurat. Buat mereka yang sinis dengan perintah Allah ini, lihatlah, menutup aurat tidak sesekali menghalang anda untuk aktif, mungkin lebih hebat dari anda!!





Wushu, salah satu jenis mempertahankan diri yang lasak telah dipraktikkan muslimat dan pelajar Sekolah Umum Bad-Assery. Bukan terletak di China tetapi di India.

Gambar-gamabr ini telah diambil oleh China Daily. Walau berpakaian menutup aurat sepenuhnya mereka berupaya menunjukkan aksi tangkas berwushu kepada media tersebut. Siapa kata menutup aurat menghalang anda?

[GR PICS] SELAMAT PENGANTIN BARU UAI !!






SELAMAT PENGANTIN BARU USTAZ AZHAR IDRUS !!

Ustaz Youtube selesai melangsungkan perkahwinan ketiganya dengan seorang gadis berusia 27 tahun. Kiranya Ustaz mempunyai 3 orang isteri ketika ini. Hanya tinggal satu lagi kekosongan untuk diisi beliau :P

Khabar angin serta penyebaran berkaitan majlis ini di laman-laman sosial akhirnya terjawab dan ianya adalah benar.

Izyan merupakan nama gadis tersebut dan beliau merupakan anak saudara kepada Ketua Cawangan PAS Cawangan Keramat AU1, Hulu klang Gombak, Tn Hj Omar Tahar

Walaupun telah selamat melangsungkan perkahwinan secara sah, terdapat kontroversi yang timbul dikalangan orang ramai terutamanya di Facebook iaitu berkaitan dengan makan beradab dan keutamaan untuk berkahwin dengan janda jika ingin berpoligami

Ini kerana dikatakan Ustaz pernah menyebut bahawa makan beradab salah dan tiada dalam ajaran agama

Wallahualam


Selasa, 21 Mei 2013

[GR TAHUKAH] TAHUKAH SEBAB OTAK KITA ROSAK??



OTAK akan berlaku kerosakan jika perkara ini diamalkan. 10 amalan penyebab otak menjadi rosak:

1. Tidak mengambil sarapan pagi.
Apabila seseorang tidak mengambil sarapan pagi, paras gula dalam darah akan menjadi rendah. Ini akan mengakibatkan kekurangan bekalan nutrisi pada otak dan menjadikannya kurang aktif.

2. Terlebih makan
Ia akan membebankan pembuluh darah otak dan mengurangkan kuasa mental otak.

3. Perokok
Asap rokok akan mengakibatkan sel-sel otak terjejas atau terbakar dan boleh mengakibatkan penyakit 'Alzheimer'.

4. Penggunaan gula yang berlebihan
Pengambilan gula secara berlebihan akan mengganggu penyerapan protein dan nutrisi. Selain daripada itu, ia akan mengganggu perkembangan otak yang sihat.

 5. Pencemaran udaraOtak adalah pengguna oksigen terbesar dalam badan manusia. Pencemaran udara boleh menyebabkan pengurangan bekalan oksigen ke otak dan keaktifan otak.

6. Terlebih tidur
Tidur adalah bagus untuk merehatkan otak tetapi masa tidur yang panjang boleh mengakibatkan sel-sel otak kita mati.

7. Menutup muka ketika tidurTidur sambil menutup muka akan mengakibatkan otak menerima lebih banyak karbon dioksida berbanding oksigen dan ini akan membawa kerosakan kepada otak.

8. Membiarkan otak bekerja semasa kita berada di dalam keadaan kurang sihat.
Bekerja semasa anda kurang sihat boleh mengurangkan keberkesanan otak dan juga membawa kerosakan kepada sel-sel otak.

9. Kurang berimiginasi.
Berfikir adalah satu cara terbaik untuk melatih otak kita. Kurangnya berimiginasi boleh menyebabkan tahap kecerdasan/keaktifan otak menurun.

10. Jarang berfikirJarang berfikir akan menyebabkan otak kita kurang aktif. Oleh itu, perbincangan yang membina boleh menambah keberkesanan kecerdasan otak kita.



Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

Ahad, 19 Mei 2013

[GR NUKILAN] KITA MARAH BILA X SUKA ; KITA SUKA KITA BODOH

SEUSAI PRU13 Himpunan Blackout 505 menjadi tajuk utama media. Himpunan yang lebih kepada tanda protes. Himpunan anjuran parti politik pembangkang. Himpunan parti-parti yang mendapat sokongan majoriti rakyat. Himpunan parti yang gagal memerintah Malaysia mengikut sistem pilihanraya negara.

Seperti selalu tiada yang baik di media perdana. Tutup mata kita tahu isinya. Tutup telinga kita tahu khabarnya. Kotak fikiran dan ingatan kita sudah ditetapkan. Sudah mampu menangkap apa yang ingin diperkatakan. Jika ada peperiksaan pasti petik jari menjawabnya

Melihat kepada perhimpunan tersebut. Kesemuanya boleh dikatakan dimaklumkan secara mengejut. Tiada persiapan rapi. Bukan seperti kenduri kahwin yang diplan awal segalanya. Lebih seumpama kematian. Ada mati terus buat majlis.Tok imam terus mai. Jiran semua pakat turun walau baru je bagitau.

Begitu perihal dengan himpunan tersebut. Di Selengor ratusan ribu. Di Pulau Pinang juga yang lokasinya berpindah pada saat akhir mengumup ratusan ribu. Juga puluhan ribu di lokasi lain walau bukan diadakan di stadium seperti dua buah negeri PR.

Rungutan, sakit hati, kerugian, kesesakan, himpunan haram, Arab Spring, nak menjatuhkan dan menghuru harakan negara dan pelbagai lagi negatif diperkatakan. Kita harus akui kebenaran bebrapa keadaan negatif tersebut. Sememangnya himpuanan sebesar itu pasti akan berlaku kesesakan. Himpunan saat akhir tanpa kelulusan polis pastinya haram. Apa nak buat. Kalau minta kelulusan awal pon beratnya tetap kepada tidak boleh buat.

Sebut lagi tentang himpunan itu. Ramai marah.ramai sangat. Ada yang marah sebab tersekat dalam kesesakan lalu lintas. Langsung tak bergerak. Ramai yang marah sebab mengganggu urusan harian mereka. Ramai juga yang ta ada kena mengena pon, duk rumah goyang kaki buat  laporan polis. Simpati dengan mereka yang terjejas akibat himpunan tersebut. Semestinya, sebab himpunan tanpa kawalan trafik dari pihak berkuasa. Tambahan program yang menghimpunkan seramai itu yang dikawal selia dan diatur sebulan awal pihak berkuasa pon mengalami kesesakan, apatah lagi himpunan ini.

Tambah marah bila tahu himpunan ini himpunan haram. Pakat heboh marah-marah. Apatah lagi dalangnya parti pembangkang. Deras darah menggelegak. Semuanya buruk. Maqcam nak bunuh mereka yang terlibat. Eh, kenapa macam tu? Salah ke himpunan tu? Diorang kan berhimpun di stadium. Tertutup dan luas 

Jalan sesak? Tu la, mungkin tu silap penganjur. Mana la penganjur nak duga seramai dan selaut tu nak datang. Kan diorang kalah pilihanraya. Kan diorang ajak berhimpun pon saat akhir. Kad jemputan pon tak sempat buat. Nak buat khemah, nak tempah katering bagi makan percuma pon tak sempat. main bedal buat. Diorang rasa cukup la stadium tu, dah amat besar tu. Takde makan free, takde sampul duit nak dihulur,sapa la gamaknya nak datang. Takde penarik.

Tapi rupanya yang datang tanpa jemputan ramai.Pening juga nak cari tempat mana lagi yang habis besar gamaknya. Dah tu sampai ratus ribu. Dah melimpah luah sampai jauh jaraknya. salah juga la pihak berkuasa taknak bertugas.Hohoho. Kalau tak mesti tak jadi camtu.

Yeke tak jadi macam tu? Himpunan halal pon selalu jem gak. Siap ratus penguatkuasa berkawal tu. Yang tak jem dan dapat laluan mudah orang VIP la. Siap eskort lagi. Biasalah, rakyat didahulukan :) Bila himpunan haram kita tak marah. bila kita tak terlibat kita tak suka kita marah. Tapi bila program yang kita terlibat kita buat bodoh pula. Tak kisah la halal ke. Tak pernah pula kita fikir orang yang turut terperangkap dalam kesesakan tu. Orang yang tidak suka dengan program tersebut walaupun halal. Pernah ke kita fikir?

Kita tak suka kita marah, kita suka kita buat bodoh je

Contohnya rumah terbuka Hari Raya di Guar Perahu. Buat di sekolah, padang tak luas. Jalan sempit,kawasan kampung. Umum 1 Malaysia gahnya. Pakat turun habis Perlis kedah Perak dan sebagainya. nama pon rakyat Malaysia, benda free mana boleh tolak. Kawal la sejuta orang pon pasti sesak juga. Siapa bising? Ada media kata dan menjejaskan aktiviti harian penduduk dan pengguna laluan jalan tu? Ada TV yang peduli temuramah mereka yang tidak puas hati? Tiada kan? Kenapa?Sebab dia halal..Sebab PM turun.

Ada ke kita fikir mereka yang turut terkena tempias kesesakan seperti di himpunan haram pembangkang? Begitu juga bila ada bola. Tak semua yang berminat dengan bola. Bila ada kesesakan pasti ada juga antara mereka yang terperangkap. Kita fikir dan peduli ke? Kenapa hanya ketika himpunan pembangkang kita bersuara lantang

Sebab kita tak suka kita marah tapi bila kita suka kita buat bodoh

Apapun sebenarnya ianya telah membuktikan bahawa himpunan yang dikatakan haram itu mendapat sokongan rakyat. Yela, kalau tak ada sokongan mesti tak ramai. Kalau tak ramai mesti takde kesesakan. Kalau takde kesesakan buat apa nak heboh dalam media. Yang keluar hanya kenyataan rakayat menolak PR. 

Yang herannya duk canang sana sini himpunan tu menyebabkan sekian..sekian...sesak apa la. Tapi bila sebut angka yang hadir cuma ribu pon terketar-ketar. Kalau ribu je dalam stadium muat sangat. Takkan la jadi jem macam tu. Bila dah puluh ribu ratus ribu yang jadi jem teruk. Sebab orang dah tak tau nak letak kereta di mana. alahai media

Tersenyum juga la peniaga-peniaga kecil, penjaja-penjaja malam-malam ritu. Kalau boleh biar tiap-tiap hari ada camtu, rezeki melimpah luah. Penulis pon rasa rugi ketika ke Stadium Batu Kawan ritu. Silap tak pi awal berniaga air. Jadilah rasanya busuk-busuk pon untung bersih 2-3 ratus. Mana ada orang jual air..Pakat-pakat dahaga bila berjalan kaki 6-7 kilometer.

Hangpa tak suka hangpa punya pasai, kami penjaja suka sebab dapat rezeki lebih!! :)

................................................................................................

Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

[GR RESEPI] JOM BUAT COKLAT OREO DENGAN EDIBLE IMAGE

Bahan-bahan:
  1. Coklat Compound/Couverture yang telah dicairkan
  2. Biskut Oreo
  3. Acuan coklat Oreo (dalam gambar guna acuan Cupcake)
  4. Edible image (boleh didapati dikedai menjual peralatan membuat kek)


Cara-cara:



  • Jika Edible image dalam bentuk transparent sheet, potong menjadi bulatan yang boleh dimuatkan ke dalam acuan.
  • Masukkan Edible Image ke dalam acuan dan tuangkan sedikit coklat kedalamnya. Pastikan dilangkah ini, tangan kita tidak panas kerana ianya akan merosakkan Edible Image. Selepas dituangkan sedikit coklat, sejukkannya sebentar didalam peti sejuk supaya Edible Image tersebut melekat bersama coklat.
  • Masukkan biskut Oreo.
  • Tuangkan coklat sehingga memenuhi acuan dan sejukkan sehingga keras


  • Cara lain:
    1. Siapkan coklat Oreo tanpa letak Edible Image seperti langkah (1) diatas.
    2. Selepas coklat Oreo siap dikeraskan, sapu sedikit coklat cair dibawah permukaan Edible Image. Kemudian, lekatkannya pada coklat Oreo yang telah siap.
    3. Sejukkan sebentar cantuman tadi didalam peti sejuk sehingga coklat cair tadi menjadi keras dan Edible Image sudah terlekat pada coklat Oreo.
    4. Sedia untuk dihidangkan
    Untuk lebih resepi dan tips berkaiatan penghasilan coklat lawati Blog Guru Coklat >> KLIK SINI

    ................................................................................................

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    [GR KHIDMAT PESANAN SOSIAL] AWAS!! PENYAMAR PEKERJA TNB


    Tenaga Nasional Berhad (TNB) menasihati orang ramai supaya berwaspada terhadap pihak yang menyamar sebagai pekerja atau kontraktor mereka seperti yang dilaporkan di dalam akhbar. 

        
    Menurut TNB, anggota kerja atau kontraktor TNB yang sebenar diwajibkan berpakaian seragam syarikat berupa kemeja-T bewarna merah, berjaket biru dengan logo serta nama, ketika menjalankan tugas di premis pengguna. 
        
    "Pemeriksaan hanya akan dibuat setakat di meter sahaja (iaitu di luar rumah) dan tidak dibenarkan membuat pemeriksaan pendawaian di dalam rumah kerana ia di luar bidang kuasa TNB," menurut kenyataannya hari ini.
        
    Kakitangan TNB juga perlu menunjukkan kad kuasa (kad pengenalan diri sebagai pekerja TNB yang memaparkan gambar anggota kerja beserta nombor kad pengenalan dan nombor pekerja), ketika mahu memeriksa meter di halaman rumah penghuni.
        
    Akhbar semalam melaporkan penjenayah menyamar sebagai pegawai TNB menyamun kediaman warga emas setelah berpura-pura memeriksa perkakasan elektrik di rumah mangsa.
        
    - Bernama



    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Sabtu, 18 Mei 2013

    [GR SEWEL] KEGILAAN ORANG JEPUN~~ MINYAK WANGI PERISA KENCING BUDAK SEKOLAH PEREMPUAN !!



    MINYAK wangi di atas kelihatan biasa sahaja. Dihiasi watak animasi yang sinonim dengan warga Jepun, maka ianya kelihatan menfokuskan pengguna remaja
    Namun inovasi terbaru pengeluar produk ini bagi memenuhi selera warga Jepun yang terkenal dengan kegilaan melampau (tamadun & teknologi tinggi tanpa agama..camni la jadinya) maka keluarlah pewangi ini, bauan lain dari yang lain.
    Produk ini dikeluarkan oleh pengeluar alat mainan dewasa berpengkalan di Akibahara, Tokyo yang mengeluarkan minyak wangi berbau bauan badan budak sekolah
    Pewangi 'Schoolgirl Urine Scent' dan 'Schoolgirl Armpit Scent' dibuat dengan bauan mirip aroma air kencing dan bau ketiak wanita budak sekolah !!
    Sah gila!!
    Jika kita dengar pon dah loya..wwerrrkkkk... tapi hakikatnya Jepun tetap Jepun, tetap dengan kegilaanya apabila produk ini dikatakan menjadi hits dan mendapat sambutan hangat penduduk di sana.
    Biasa bagi diorang, kalau yang takde duit pon boleh ke kedai tertentu, jual underwear yang dipakai untuk mendapat wang. Yang pastinya akan ada pembeli di sana!!



    SUMBER:SIAKAP KELI

    [GR TERKINI] USTAZ KAZIM ELIAS PENCEN CERAMAH?



    PENCERAMAH BEBAS yang juga Mudir di Pusat Pendidikan Al Barokah akhinya hari ini mengumumkan akan bersara dari memberikan ceramah. Tindakan ini dilakukan akibat tekanan melampau dari bebrapa pihak termasuk ugutan bunuh. Demi menjamin keselamatan dan keselesaan keluarganya, beliau membuat keputusan akan  berhenti dari program-program ceramah berkuatkuasa 28 November ini.

    Ustaz Kazim Elias 41 tahun sudah lebih  20 tahun berceramah. Namun tarikh yang diletakkan beliau untuk berhenti adalah amat jauh lagi. Macam-macam boleh berlaku, boleh jadi beliau menukar keputusan. Jika benar beliau terdesak dengan isu keselamatan pasti belaiu akan berhenti serta merta. Kemungkinan juga beliau terpaksa menghabiskan siri ceramah beliau yang telah dipersetujui dengan pihak-pihak penganjur sebelum berhenti sepenuhnya

    Beliau yang merupakan penceramah popular sebelum Ustaz Azhar Idrus berdepan ketidakpuasan hati beberapa pihak akhir-akhir ini terutama di Kedah akibat tindakan beliau sendiri. Namun kesahihan tidak dapat dibuktikan. Cuma apa yang dapat dilihat Ustaz kini lebih banyak berceramah di negeri kelahirannya, Perak

    Untuk rekod nama beliau pernah tercatat antara sepuluh carian tertinggi Google di Malaysia tahun lalu

    .......................................................

    [GR SEMASA] GST MENJADI REALITI: AKUJANJI DITEPATI-SYABAS!

    MINGGU ini selepas perlantikan barisan kabinet baru diumumkan, akujanji pertama yang hangat dan semakin menjadi nyata ialah pelaksanaan GST. Selepas ianya dibekukan dari dilaksana & dihebohkan ketika PRU 13 hampir dulu, kini ianya merupakan seolah-olah perkara penting dan utama perlu dilaksanakan kerajaan

    Namun bersediakah kita rakyat Malaysia untuk menerima pelaksanaan ini?


    Menurut Idris Jala Pelaksanaan GST amat penting sebagai menambah pendapatan Negara sehingga RM27 Bilion. Ianya seolah-olah kerajaan terdesak untuk menjana pendapatan segera bagi menampung janji-janji indah bulan dan bintang yang telah dinyatakan dalam Akujanji (bukan manifesto kerana Najib kata manifesto tak ditepati) BN dalam PRU yang lalu

    Ianya terbukti melalui kenyataan Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri dalam forum 'GE13-What it means for business' semalam,"GST juga akan menjana dana tambahan bagi kerajaan untuk dibelanjakan bagi kesejahteraan rakyat seperti yang dijanjikan dlam manifesto BN sebelum PRU 13"

    Ya memang benar ianya bakal meningkatkan pendapatan negara tapi hakikatnya ianya juga menurunkan pendapatan rakyat yang sementelahnya cukup terbeban ketika ini terutama golongan rendah dan sederhana di bandar-bandar besar.

    Bandingan beliau dengan negara jiran Singapura yang mengenakan GST sebanyak 7% adalah tidak adil kerana negara jiran terlebih dahulu telah meningkatkan pendapatan perkapita rakyatnya sehingga USD60500

    Apa itu GST dan berapa kadarnya?

    GST ialah cukai barangan dan perkhidmatan. Cukai penggunaan ini dikenakan ke atas semua barangan dan perkhidmatan termasuk import kecuali yang mendapat pengecualian kerajaan

    Cadangan awal ialah 4% dan belum dimuktamadkan lagi. Pada peringkat awal juga dinyatakan bahawa semua perkhidmatan asas rakyat tidak dikenakan cukai ini iaitu seperti tol, pengangkutan awam, kesihatan dan pendidikan 

    Malahan turut dinyatakan bahawa pelaksanaan GST tidak akan meningkatkan harga barangan tetapi akan lebih menjimatkan.(sumber KPKK) Maklumat lanjut >KLIK SINI<

    Apapun sama-sama kita nantikan kebenaran dan kewajaran GST. Kekadang ianya nampak segalanya baik pada dasarnya di atas kertas namun sebaliknya setelah dilaksanakan. Janji ditepati perlu menjadi ingatan kerajaan. Walau sebenarnya kerajaan mempunyai medium hebahan seperti media utama baik elektronik mahupun bercetak namun masih gagal memberikan penjelasan berkenaan GST ini sehingga ianya terpaksa ditangguhkan menjelang PRU kerana takut berlaku undi protes. Media kerajaan lebih banyak menjadikan berita perkauman, hentaman ke atas pembangkang dan menabur fitnah sebagai bahan hiasan dan wadah masyarakat dari memberikan penerangan ilmiah.

    Secara umumnya pelaksanaan GST memang tidak adil kepada golongan pendapatan rendah kerana mereka perlu dan terpaksa membayar nilai cukai yang sama dengan golongan berpendapatan tinggi. Semakin tinggi perbelanjaan semakin tinggi cukai. Untuk menutup kelemahan ini maka dikatakan ianya sebagai cara terbaik untuk mengajar rakyat bersikap hemah ketika berbelanja

    GST Pengganti SST?

    GST juga dinyatakan sebagai pengganti SST sedia ada iaitu cukai perkhidmatan dan cukai jualan. Kedua-dua cukai ini bernilai 6% dan 10% ketika ini yang perlu dibayar kita. Boleh lihat bil ASTRO anda..hehehe

    Jadi dengan pelaksanaan GST ianya akan menjadi pengganti kepada SST yang kadarnya lebih rendah dan tetap iaitu sebanyak 4% sahaja.

    Namun malangnya ianya bukan hanya perlu dibayar pengguna akhir malahan GST akan dibayar setiap peringkat rntaian barangan. Contohnya barang A dikeluarkan kilang A. Gudang B sebagai Pemborong. Gudang B akan mengedarkan ke Stor C sebelum diedar ke kedai-kedai D. Kedai D akan menjual kepada pengguna E

    Setiap peringkat edaran akan dikenakan cukai 4%. Gudang B membeli barang dari kilang A dengan GST 4%. Stor C juga membeli barangan tersebut dari Gudang B dengan cukai 4% sehnggalah ke pengguna E juga GST 4% dikenakan

    Seandainya peringkat seterusnya ingin mendapat keuntungan lebih maka GST yang perlu dibayar mereka akan diserapkan kepada pengguna berikutnya yang turut dikenakan GST. Ianya secara tidak langsung memungkinkan berlaku kenaikan harga yang perlu ditanggung pengguna akhir jika tidak dipantau dengan sewajarnya.

    1 Malaysia~Rakyat Didahulukan: Nak kena ada duit la dulu :P

    ~merupakan pandangan peribadi penulis sahaja
    ............................................................................................................

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Jumaat, 17 Mei 2013

    [GR HOT] SIAPA ISTERI KEDUA ASHRAF MUSLIM?


    GAMBAR WANITA di atas bukan gambar hiasan
    Wanita ini merupakan isteri kedua yang bakal dinikahi Ashraf Muslim. Wan Sakinah merupakan krew produksi di sebuah stesen televisyen swasta.

    Mutakhir ini kita semua maklum dengan desas desus Ashraf akan berkahwin lagi dengan kebenaran isteri pertamanya. Namun dalam satu kenyataan di akhbar, beliau menafikan perkara ini.

    Apapun kita doakan agar kekusutan ini akan terungkai dengan baik hendaknya

    ..................................................
    MyNews Hub

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    [GR SEMASA] GILA!! BILIK PERCUMA KALAU SANGGUP SEKS SETIAP HARI

     GILA TAPI BENAR !!

    Seorang lelaki mengiklankan dalam bebrapa portal menawarkan bilik sewa secara percuma kepada gadis yang berumur 18-23 tahun sahaja. Beliau yang dikenali sebagai Bryan turut meletakkan bebrapa syarat tertentu antaranya ialah PERLU MEMBERIKAN LAYANAN SEKS SETIAP HARI!!

    Amat mengejutkan bila ianya secara berani dan terbuka diiklankan dan lokasinya ialah di negara Malaysia
    Fuhyoooo....Siapa agaknya akan menggadaikan diri untuk bilik itu?

    sumber: OneNewsHub
    ..........................................................
    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    [GR HOT] JEJAKA 'ANWAR' AKHIRNYA BERKAHWIN ?

     WALAUPUN lelaki ini dikaitkan dengan wanita dalam barisan peguamnya namun akhirnya beliau memilih personaliti TV3 menjadi suri hidupnya

    Saiful Bukhari Azlan itulah gerangan lelaki ini. Beliau yang dikenali seantero Malaysia dengan kes liwat dengan Anwar Ibrahim dan kini kes itu masih lagi berjalan.

    Nik Suriani Megat Deraman, iaitu wartawan TV3 yang pernah bertugas di Meja Jenayah Dan Politik bertunang dengan Saiful pada 20 Oktober tahun lalu secara tertutup dan tidak dihebohkan. Mereka dijangka berkahwin pada 25 Mei 2013 ini

    Nik Suryani sendiri mengesahkan akan perkara ini apabila dihubungi wartawan.


    Selamat Pengantin Baru:)

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    [GR HOT] SIAPA ARTIS DITANGKAP KHALWAT HARI INI?



    TEKA TEKI siapa pelakon baru lelaki yang ditangkap khalwat hari ini disahkan dengan keluarnya kenyataan akhbar dari Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)

     

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    [GR HOT PICS] ANUAR ZAIN PELUK SAPA?


    GAMBAR INI telah menimbulkan kontroversi.Akhirnya si Anuar memohon maaf atas keterlanjuran memeluk kekasih hati Safiq Rahim, Sandra Aziela

    Tak sengaja pon...dapat gak la merasa kan Nuar kan...:)

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Khamis, 16 Mei 2013

    [GR INFO] 16 MEI~SELAMAT HARI GURU






    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Rabu, 15 Mei 2013

    [GR INFO] KABINET BARU MALAYSIA TAHUN 2013


    Berikut merupakan barisan Kabinet baru Malaysia bagi tahun 2013:

    PRIME MINISTER

    CURRENT: Datuk Seri Najib Razak - Umno
    FORMER: Datuk Seri Najib Razak



    muhyiddinDEPUTY PRIME MINISTER

    CURRENT: Tan Sri Muhyiddin Yassin - Umno         
    FORMER: Tan Sri Muhyiddin Yassin



    MINISTERS IN THE PRIME MINISTER'S OFFICE

    CURRENT MINISTERS:
    1. Datuk Seri Jamil Khir Baharom 
    2. Datuk Seri Abd Wahid Omar (Senator)
    3. Datuk Seri Idris Jala
    4. Datuk Seri Panglima Joseph Kurup
    5. Datuk Seri Shahidan Kassim
    6. Puan Hajjah Nancy Shukri
    7. Datuk Joseph Entulu Beluan
    8. Datuk Paul Lau Seng Huat


    CURRENT DEPUTY MINISTERS: 
    1. Datuk Razali Ibrahim
    2. P. Waythamoorthy

    FORMER:
    Tan Sri Dr Koh Tsu Koon
    Datuk Seri Nazri Aziz
    Datuk Nor Mohamed Yakcop
    Datuk Seri Jamil Khir Baharom
    Datuk Idris Jala
    G. Palanivel


    MINISTRY OF FINANCE

    Minister 1:

    CURRENT: Datuk Seri Najib Razak - Umno
    FORMER: Datuk Seri Najib Razak

    Minister 2:

    CURRENT: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah - Umno                          
    FORMER: Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah

    Deputy Minister 1:

    CURRENT: Datuk Ahmad Maslan - Umno
    FORMER: Datuk Ir Donald Lim Siang Chai

    Deputy Minister 2:

    CURRENT: -
    FORMER: Datuk Dr Awang Adek Hussain

    MINISTRY OF HOME AFFAIRS

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi - Umno
    FORMER: Datuk Seri Hishammuddin Hussein

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Wan Junaidi - Umno
    FORMER: Datuk Wira Abu Seman Yusop


    MINISTRY OF EDUCATION (merged with Ministry of Higher Education)

    Minister 1:

    CURRENT: Tan Sri Muhyiddin Yassin - Umno
    FORMER: Tan Sri Muhyiddin Yassin - Umno
    Minister 2:
    CURRENT: Datuk Seri Idris Jusoh - Umno
    Deputy Minister 1:

    CURRENT: Mary Yap
    FORMER: Datuk Ir Dr Wee Ka Siong

    Deputy Minister 2:

    CURRENT: P. Kamalanathan
    FORMER: Dr Mohd Puad Zarkashi


    MINISTRY OF WOMEN, FAMILY AND COMMUNITY DEVELOPMENT

    Minister:

    CURRENT: Datuk Rohani Abdul Karim - Umno
    FORMER: Datuk Seri Najib Razak (took over from Datuk Seri Shahrizat Jalil after she stepped down) - Umno

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Azizah Mohd Dun - Umno
    FORMER: Datuk Noriah Kasnon

    MINISTRY OF FOREIGN AFFAIRS

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri Anifah Aman - Umno
    FORMER: Datuk Seri Anifah Aman

    Deputy Minister:

    CURRENT: Hamzah Zainuddin -
    FORMER: Senator A. Kohilan Pillay


    MINISTRY OF THE FEDERAL TERRITORIES AND URBAN WELL-BEING

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor - Umno
    FORMER: Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin - Umno

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Dr. Bala Logamohan
    FORMER: Datuk M. Saravanan


    MINISTRY OF DEFENCE

    Minister:

    CURRENT Datuk Seri Hishammudin Hussein - Umno
    FORMER: Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Rahim Bakri
    FORMER: Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad


    MINISTRY OF WORKS

    Minister:

    CURRENT: Datuk Fadillah Yusof - Umno
    FORMER: Datuk Shaziman Abu Mansor

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin - Umno
    FORMER: Datuk Yong Khoon Seng


    MINISTRY OF HEALTH

    Minister:

    CURRENT: Datuk Dr S Subramaniam - MIC
    FORMER: Datuk Seri Liow Tiong Lai

    Deputy Minister:

    CURRENT: Hilmi Yahya
    FORMER: Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin


    MINISTRY OF YOUTH AND SPORTS

    Minister:

    CURRENT: Khairy Jamaluddin - Umno
    FORMER: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - Umno

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk M. Saravanan - MIC
    FORMER: Datuk Razali Ibrahim


    MINISTRY OF HUMAN RESOURCES

    Minister:

    CURRENT: Datuk Richard Riot -
    FORMER: Datuk Dr S. Subramaniam - MIC

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Mohd Ismail Abd Mutalib
    FORMER: Datuk Maznah Mazlan


    MINISTRY OF TRANSPORT

    Minister:

    CURRENT:
    FORMER: Datuk Seri Kong Cho Ha - MCA

    Deputy Minister 1:

    CURRENT:
    FORMER: Datuk Abdul Rahim Bakri

    Deputy Minister 2:

    CURRENT:
    FORMER: Jelaing Mersat


    MINISTRY OF PLANTATION INDUSTRIES AND COMMODITIES

    Minister:

    CURRENT: Datuk Douglas Uggah Embas -
    FORMER: Tan Sri Bernard Giluk Dompok

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Noriah Kasnon - Umno
    FORMER: Datuk Hamzah Zainuddin


    MINISTRY OF COMMUNICATION AND MULTIMEDIA

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek - Umno
    FORMER: Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim - Umno

    Deputy Minister 1:

    CURRENT: Datuk Jailani Johari - Umno
    FORMER: Datuk Joseph Salang Gandum

    Deputy Minister 2:

    CURRENT: -
    FORMER: Datuk Maglin Dennis D'Cruz


    MINISTRY OF ENERGY, GREEN TECHNOLOGY AND WATER

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili -
    FORMER: Datuk Seri Peter Chin Fah Kui -

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Mahdzir Khalid - Umno
    FORMER: Vacant


    MINISTRY OF RURAL AND REGIONAL DEVELOPMENT

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal - Umno
    FORMER: Datuk Seri Mohd Shafie Apdal

    Deputy Minister 1:

    CURRENT: Datuk Alexander Nanta Linggi -
    FORMER: Datuk Haji Hasan Bin Malek

    Deputy Minister 2:

    CURRENT: -
    FORMER: Datuk Joseph Entulu anak Belaun


    MINISTRY OF INTERNATIONAL TRADE AND INDUSTRY

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri Mustapa Mohamed - Umno
    FORMER: Datuk Seri Mustapa Mohamed

    Deputy Minister:

    CURRENT: Hamim Samuri - Umno
    FORMER: Datuk Mukhriz Mahathir


    MINISTRY OF SCIENCE, TECHNOLOGY AND INNOVATION

    Minister:

    CURRENT: Datuk Dr Iwan Ibin -
    FORMER: Datuk Seri Dr. Maximus Johnity Ongkili

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Dr Abu Bakar Md Diah - Umno
    FORMER: Datuk Fadillah Yusof


    MINISTRY OF NATURAL RESOURCES AND ENVIRONMENT

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri G. Palanivel -
    FORMER: Datuk Seri Douglas Unggah Embas

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk James Dawos Mamit -
    FORMER: Tan Sri Joseph Kurup


    MINISTRY OF TOURISM

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri Mohd Nazri Aziz - Umno
    FORMER: Datuk Seri Dr Ng Yen Yen

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Joseph Salang Gandum -
    FORMER: Datuk Dr James Dawos Mamit


    MINISTRY OF AGRICULTURE AND AGRO-BASED INDUSTRY

    Minister:

    CURRENT: Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob - Umno
    FORMER: Datuk Seri Noh Omar

    Deputy Minister 1:

    CURRENT: Datuk Tajuddin Abd Rahman - Umno
    FORMER: Datuk Wira Mohd Johari Baharum

    Deputy Minister 2:

    CURRENT: -
    FORMER: Datuk Chua Tee Yong


    MINISTRY OF DOMESTIC TRADE, CO-OPERATIVES AND CONSUMERISM

    Minister:

    CURRENT: Datuk Hassan Malek - Umno
    FORMER: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Ahmad Bashar Hanipah - Umno
    FORMER: Datuk Tan Lian Hoe

    Deputy Minister 2:

    CURRENT: -
    FORMER: Datuk Rohani Abd Karim


    MINISTRY OF HOUSING AND LOCAL GOVERNMENT

    Minister:

    CURRENT: Datuk Abdul Rahman Dahalan - Umno
    FORMER: Datuk Wira Chor Chee Heung

    Deputy Minister:

    CURRENT: Datuk Halimah Sadique - Umno
    FORMER: Datuk Seri Lajim Ukin (resigned)


    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    [GR RENUNGAN] AIR MATA MALAM PERTAMA (PART1)


    Hatiku bercampur baur antara kegembiraan, kesedihan dan kehibaan. Terlalu sukar untuk kugambarkan
    perasaan hatiku tatkala ini. Sanak saudara duduk mengelilingiku sambil memerhatikan gerak geri
    seorang lelaki yang berhadapan dengan bapaku serta tuan imam.

    Hari ini adalah hari yang cukup bermakna bagi diriku. Aku akan diijab kabulkan dengan seorang lelaki
    yang tidak pernak kukenali pilihan keluarga. Aku pasrah. Semoga dengan pilihan keluarga ini beserta
    dengan rahmat Tuhan. Bakal suamiku itu kelihatan tenang mengadap bapaku, bakal bapa mentuanya.
    Mereka berkata sesuatu yang aku tidak dapat mendengar butir bicaranya. Kemudian beberapa orang
    mengangguk-angguk. Serentak dengan itu, para hadirin mengangkat tangan mengaminkan doa yang
    dibacakan lelaki itu.

    Ana dah jadi isteri! Bisik sepupuku sewaktu aku menadah tangan. Tidak semena-mena beberapa titis air
    mata gugur keribaanku. Terselit juga hiba walaupun aku amat gembira. Hiba oleh kerana aku sudah
    menjadi tanggungjawab suamiku. Keluarga sudah melepaskan tanggungjawab mereka kepada suamiku
    tatkala ijab kabul.

    Ya Allah! Bahagiakanlah hidup kami. Kurniakanlah kami zuriat-zuriat yang menjadi cahaya mata dan
    penyeri hidup kami nanti. Doaku perlahan.

    Aku bertafakur sejenak. Memikirkan statusku sekarang. Aku suadh bergelar isteri. Sudah tentu banyak
    tanggungjawab yang perlu aku tunaikan pada suamiku dan pada keluarga yang aku dan suamiku bina
    nanti.

    Mampukah aku memikul tanggungjawab ini nanti? Tiba-tiba sahaja soalan itu berdetik di hati.
    Kadang-kadang aku rasakan seolah-olah aku tidak dapat melaksanakan tanggungjawab seorang isteri
    terhadap suami.

    Assalamualaikum! Sapa suatu suara yang mematikan tafakur tadi. Baru aku perasan, seorang lelaki
    berdiri betul-betul di hadapanku. Aku masih tidak mampu untuk mendongak, melihat wajahnya itu. Aku
    berteleku melihat kakinya.

    Sanak saudara yang tadi bersama-samaku, kini membukakan ruang buat lelaki itu mendekatiku. Aku
    tambah gementar bila dibiarkan sendirian begini. Tanpa kusangka, dia duduk menghadapku.
    Sayang.! Serunya perlahan. Suaranya itu seolah membelai dan memujuk jiwaku supaya melihat
    wajahnya.

    Aku memaksa diriku untuk mengangkat muka, melihat wajahnya. Perlahan-lahan dia mencapai tangan
    kiriku, lalu disarungkan sebentuk cincin emas bertatahkan zamrud kejari manisku.

    Abang! Seruku perlahan sambil bersalam dan mencium tangan lelaki itu yang telah sah menjadi suamiku.
    Ana serahkan diri Ana dan seluruh kehidupan Ana kepangkuan abang. Ana harap, abang akan terima
    Ana seadanya ini seikhlas hati abang.. Bisikku perlahan. Kita akan sama-sama melayari hidup ini dan
    akan kita bina keluarga yang bahagia. Janjinya padaku.

    Itulah kali pertama aku menemui suamiku itu. Aku tidak pernah melihatnya selain daripada sekeping
    foto yang telah diberikan emak kepadaku.
    Kenduri perkahwinan kami diadakan secara sederhana sahaja. Namun meriah dengan kehadiran sanak
    saudara terdekat dan sahabat handai yang rapat. Senang sikit, tak payah berpenat lelah. Sibuk juga aku
    dan suamiku melayani para tetamu yang hadir ke majlis itu.

    Ramai juga teman-teman suamiku yang datang. Mereka mengucapkan tahniah buat kami berdua. Tak
    sangka, suamiku punyai ramai kawan. Katanya, kawan-kawan sejak dari universiti lagi.
    Pada pandanganku, suamiku itu memang seorang yang segak. Berbaju melayu putih sepasang serta
    bersampin. Aku juga memakai baju pengantin putih. Kami dah berpakat begitu.

    Aku selalu berdoa pada Tuhan agar Dia kurniakan padaku seorang suami yang dapat membimbing dan
    menunjukkan aku jalan ketuhanan. Mengasihi aku sebagai seorang isteri. Tidak kuminta harta mahupun
    pangkat, cukuplah sekadar aku bahagia bersamanya dan dia juga bahagia denganku. Aku juga sering
    berdoa agar dikurniakan zuriat yang dapat membahagiakan kami.

    Ana, ada perkara penting yang mak dan ayah nak bincangkan dengan Ana. Ayah memulakan
    mukadimah bicaranya di suatu petang sewaktu kami minum petang di halaman rumah. Mak hanya diam
    memerhatikan aku, membiarkan ayah yang memulkan bicaranya.

    Apa dia ayah, mak? Macam penting je. Soalku tanpa menaruh sebarang syak wasangka.
    Sebenarnya, kami telah menerima satu pinangan bagi pihak Ana.

    Apa!!! Pengkhabaran begitu membuatkan aku benar-benar terkejut. Aku masih belum berfikir untuk
    mendirikan rumah tangga dalam usia begini. Aku mahu mengejar cita-citaku terlebih dahulu. Aku tidak
    mahu terikat dengan sebarang tanggungjawab sebagai seorang isteri.

    Kenapa ayah dan mak tak bincang dengan Ana dulu?! Soalku agak kecewa dengan keputusan mak dan
    ayah yang membelakangi aku. Sepatutnya mereka berbincang denganku terlebih dulu sebelum membuat
    sebarang keputusan yang bakal mencorakkan masa depanku.

    Kami tahu apa jawapan yang akan Ana berikan sekiranya kami membincangkan perkara ini dengan Ana.
    Pastinya Ana akan mengatakan bahawa Ana masih belum bersedia. Sampai bilakah Ana akan berterusan
    begitu? Ayah mengemukakan alasannya bertindak demikian.

    Sebagai orang tua, kami amat berharap agar anak kesayangan kami akan mendapat seorang suami yang
    boleh melindungi dan membimbing Ana. Ujar mak setelah sekian lama membisu.

    Apakah Ana fikir mak dan ayah akan duduk senang melihat anak gadisnya berterusan hidup sendirian
    tanpa penjagaan dari seorang suami? Kami bukan nak lepaskan tanggungjawab kami sebagai orang tua,
    tapi itulah tanggungjawab orang tua mencarikan seorang suami yang baik untuk anak gadisnya. Terang
    ayah lagi.

    Ana! Seru ayah setelah dia melihat aku mendiamkan diri, menahan rasa.
    Percayalah, kami membuat keputusan ini adalah untuk kebaikan Ana sebab kami terlalu sayangkan Ana.
    Ini cincinnya, pakailah. Mak meletakkan satu kotak kecil berbaldu di hadapanku. Perasaanku berbaur.
    Macam-macam yang datang. Berbelah bagi. Apa yang patut aku lakukan sekarang. Sekiranya aku
    menerima dan bersetuju dengan keputusan mak dan ayah itu, bermakna aku telah membiarkan citacitaku
    semakin kabur dan berbalam di hadapan. Namun kiranya aku menolak, bermakna aku telah
    melukakan hati kedua-dua orang tuaku itu. Orang tua yang telah banyak berjasa dalam hidupku. Tanpa
    mereka berdua, aku takkan hadir dan mustahil untuk melihat dunia ini. BERSAMBUNG......

    ..........................................................................................................

    Catatan :- Megat Terawis =P "Like Facebook Page : http://www.facebook.com/pages/GuRiNdAm-RaSa/202342826515715

    Arkib Blog

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...