Terbaik Sepanjang Minggu

Ahad, 25 Mei 2014

[GR SEMASA] 2 PRK : 2 SITUASI 2 SUASANA

Sejak PRU lepas lagi sehinggalah ke PRU yg baru berlalu 2 tahun lalu bolehlah dikatakan PRU yang menjuarai PRK : acapkali PRK diadakan. Tidak lama lagi kita akan menghadap 2 PRK yang dekat jaraknya setelah berakhir PRK Kajang iaitu di Parlimen Bukit Gelugor, Pulau Pinang juga Parlimen Teluk Intan , Perak . Kebetulan terdapat persamaan.

Persamaannya?

Kedua-duanya melibatkan kawasan Parlimen.

Kedua-duanya dimenangi oleh Pakatan Rakyat pada PRU lalu

Kedua-duanya juga kerusi ahli parlimen dari parti DAP

Bahkan kedua-duanya akibat kematian penyandang

Kedua-duanya di uatara tanah air

Bezanya pula?

Satu di negeri penguasaan Pakatan Rakyat manakala satu lagi di negeri mantan pakatan rakyat

Seorang penyandang meninggal akibat sakit manakala seorang lagi akibat kemalangan

Dan beza paling besar jelas dan nyata…satu BN akan bertanding manakala satu lagi tidak!!

Maka secara logiknya akan berlaku juga 2 perbezaan..satu akan meriah manakala satu lagi akan hambar
Satu kawasan akan dilimpahi kekayaan sekelip mata manakala satu lagi tiada sebarang limpahan kekayaan
Sau kawasan kakitangan agensi kerajaan mula mengeluh, muka masam mencuka, tidur tiada lena dikerah ke sini sana membantu parti kerajaan dengan paksa rela manakala satu kawasan lagi tersenyum lega memanjat kesyukuran ketidakhadiran BN ke dalam PRK

Kalau di sebelum ini pemimpin BN bersuara akan sentiasa menyertai PRK yang bukan disebabkan masalah dalaman Pakatan Rakyat..seterusnya akan sertai PRK yang terjadi atas masalah dalaman Pakatan Rakyat atas semangat pejuang membela rakyat yang tertipu dengan masalah Pakatan Rakyat namun terpaksa akur dengan kehendak empunya kerusi B. Gelugor, parti MCA yang enggan bertanding,kalah sebelum berjuang atas alasan slapstik : menumpukan penyelesaian masalah hudud. Alasan terbaik mampu difikirkan pemimpin parti berkenaan menutup hakikat akan terus dimalukan di kubu kuat pakatan di negeri Pulau Pinang, menutup kuku yang tiada taring, walau pimpinan baru menerajui MCA namun hakikatnya masih hingusan dan mentah dalam merangkul kemenangan


Gentar sangat ke mereka pada hudud? Terseksa ke mereka dengan hudud? Kenapa perlu MCA mahupun DAP kecut pada hudud? Terhukumkah mereka dengan hukum hudud andai terlaksana? Mungkin hudud sebenarnya menjejaskan ekonomi kaum mereka. Cuba tengok. Cuba buka luas-luas mata. Cuba jalan-jalan di kawasan niaga. Jalan tengok dan berfikir. Berapa banyak pusat-pusat hiburan, pub disko, snooker, pusat urut  melimpah ruah, tumbuh bagai cendawan di seluruh Negara. Buka kepiah, tanggal jubah, dekati tempat ini, salami dunia ini maka jawapannya perkhidmatan seks sentiasa ditawarkan disebaliknya. Manusia bergelar M>E>L>A>Y>U beragama ISLAM antara yang ramai memenuhinya. Andai hudud dilaksana, mana leh cari makan lol.  Walaubagaimanapun tiada yang pelik seandainya mereka bukan Islam menentang namun maha pelik seandai mereka yang mengucap kalimah syahadah turut membangkang.

Arggghhh…usah peningkan dengan hudud dalam entri kali ini. Yang pastinya ianya akan reda sebagaimana timbulnya isu Kerajaan Perpaduan, sebagaimana Mat Sabu dengan Syiahnya dan blab la bla.Percayalah..ianya akan sesejuk ais ketul selepas ini

Hudud juga akan tenggelam isunya tanpa tanda harapan terlaksana…dan akan dibuka kembali kehangatannya mengikut kesesuaian semasa. Memang begini la politaik Malaysia

Gerakan tak gentar hudud? Gerakan kenapa tak ikut MCA, penuhkan diari parti mencari penangkis hudud.Tak usah bertanding PRK Teluk Intan. Kan baru Nampak kesepakatan dalam BN, MCA & Gerakan melawan cita-cita pojok UMNO sokong laksana hudud.

Tapi akhirnya Gerakan bertanding juga. Tiada alasan hudud. Mungkin sebenarnya BN rasa boleh makan ini tempat. Atau bomoh 1 Malaysia dah teropong Nampak kemenangan. Bukan macam di Pulau Mutiara, sah-sah malu besar. Kalau tewas pon d Teluk Intan majoritinya dijangka tak la besar, senang sikit cari alasan kekalahan. Takat lawan budak Melayu mentah DAP tu senang sikit bikin isu. Untung sabut menang. Untung batu tenggelam la tak timbul dah, jadi bukti yang orang cina memang tolak BN. Letak Melayu pon menang kan…!!

Kurang-kurang tak rugi labur wang di Teluk Intan, kalah pun ramai lagi yang sokong. Hidangkan projek juta-juta pun, banyak lagi orang BN boleh guna. Kalau di P Pinang..huh…rugi gila babi la. Bawa Gangnam Style pon punya penuh pakat mai, ingat leh gangnam itu Lee Guan Eng, sekali kena gangnam sendiri. Sikit-sikit takpe jugak,ni hentam sampai nak bersih. Tak berbaloi langsung

Tapi ingatlah walau BN Kerajaan Persekutuan masa sekarang, yang bertanding ialah parti. Bukan kerajaan lawan pembangkang. Tapi parti lawan parti.

Parti Gabungan dalam BN lawan gabungan PR


Bukan agensi kerajaan lawan agensi kerajaan pembangkang

Duk susahkan kakitangan awam tu kenapa? Kan diorang dah tugas hakiki beri khidmat pada semua rakyat tanpa kira warna kulit apatah lagi parti. Kalau dah kemaruk sangat wajibkanlah semua tu isi borang BN


Biarlah mereka dengan tugas hakiki mereka, usah dikerah ke hulu hilir kawasan PRK memberi gula-gula pilihanraya. Bezakan pekerja parti dengan pekerja kerajaan. Jadilah parti yang matang dalm bertanding bukam hanya pandai mengumpan dengan duit. Jika kakitangan kerajaan merupakan kakitangan parti maka setiap kali berlaku perubahan parti pentadbir maka mereka juga perlu dipecat dan diganti dengan penyokong parti yang menduduki takhta pemerintah

Namun seperti di Pulau Pinang seperti di Selangor, parti berganti, BN berganti PR, seperti di Perak berganti-ganti BN PR BN, namun kakitangan awam langsung tiada perubahan kerana mereka bekerja untuk kerajaan bukan parti. Justeru bebaskan kakitangan awam dari ikatan parti, merka hanya berkhidmat untuk rakyat atas dasar kerajaan bukan sewaktu pilihnaraya mengikut telunjuk parti pemerintah bertanding memenangkan parti tersebut.

Sebab itu untung jika BN tidak bertanding, kos yang meningkat setiap kali PRK disebabkan gula-gula tersebut,duit kerajaan disalur demi kesinambungan parti. Jika media mengatakan hambar tanpa BN, biarlah hambar kempen. Asalkan kemenangan diperoleh. Duit tak mencurah banyak.


Ada BN lagu lain tiada BN lagu lain, sama-sama PRK namun 2 situasi berbeza….

SELAMAT MENGUNDI SEMUA !!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...