Terbaik Sepanjang Minggu

Ahad, 25 Mei 2014

[GR SEMASA] OH MALAYSIAKU:PANDA OH PANDA

PANDA kini menjadi headlines atau tajuk utama berita media-media utama Negara kita. Jika sebelum ini kita hanya tahu panda pada rupanya saja namun sejak ianya menjadi berita utama kita dah tahu sifat-sifat serta fe’el haiwan ini, diputar-putar segalanya mengenai panda sehingga berapa lama masa panda subur pon dah kita tahu dan hafal

Serupa sebagaimana kemalangan MH370 yang menyebabkan kita kini mampu berbicara soal kapal terbang, radar dan pelbagai informasi berkenaan dunia penerbangan dengan lebih mendalam. Bukan rekaan tapi penuh fakta, cerita kedai kopi bukan lagi omongan kosong tapi bicara yang berfakta

Menariknya penghnataran panda ke Negara ini dikatakan sebagai simbolik ikatan hubungan dua hala yang baik terjalin antara Malaysia dan China. Seandainya itu dimaksudkan maka ianya agak menarik bagi saya sebab dapat juga rakyat Negara ini melihat panda,apatah lagi sebagai satu simbolik semestinya pada perkiraan saya ianya umpama hadiah diberikan pada kita. Bila sebut hadiah maka mestila free kan. FREE. Tugas kita pula sebagai penerima hadiah yang simbolik ikatan baik dua Negara, kita perlu la menjaga dengan sebaik-baiknya pemberian tersebut.Tanda penghargaan kita terhadap si pemberi. Tak kisah la keluar wang ringgit serta keringat sedikit asalkan pemberian terpelihara baik.

Untunglah rakyat Negara ini tak perlu lagi ke lua Negara semata nak tengok  panda. Ingat saya satu ketika dulu ke Beijing China. Kami naik turun keretapi,bas, jalan kaki lagi semata-mata nak tengok panda di zoo Beijing. Sebab kat situ je di Beijing leh tengok panda kata orang sana. Bila sampai nak bayar tiket masuk zoo ada pula bayaran asing untuk lihat panda. Dah special kena bayar asing, dalam kepala dah terbayang-bayang mesti banyak panda dalam taman panda tu, mesti boleh pegang-pegang atau paling kurang bertentang mata dengan lebih dekat.

Masuk ke dalam memang luas kawasan zoonya dan berpusing-pusing kami mencari taman panda. Bila dah sampai mak aihhh, berduyun-duyun manusia beratur nak masuk taman panda. Sabar la lagi beratur pusing sana pusing sini sampai giliran kami, semata kerana PANDA. Kalau tak dah lama kami ca alif but..Cabuttt!!!

Hampeh bila taman yang besar tu Cuma seekor dua je panda yang kami Nampak. Dah la berlemuih (kotor), duduk pula hujung-hujung dunia panda tu. Dengan berduyun-duyun orang terpaksa panjat apa yang boleh panjat nak bagi Nampak. Adehh..keluar zoo memang terasa hampa dan tak berbaloi langsung perjalanan demi panda kami tu

Awal kehadiran panda ni ke Malaysia mungkin begitu la gamaknya akan terjadi

Berebut-rebut la kan

Kembali kepada panda pemberian Negara China, alangkah terkejut beruknya apabila dapat tahu yang pemberian itu bukan sekadar pemberian tetapi pemberian dibalas wang. Maksudnya berbayar.

Maksudnya juga pembelian atau lebih tepatnya penyewaan.

Maksudnya itu juga bukan pemberian tetapi barang dagangan

Berapa? Persoalan yang bermain di kotak pemikiran

Jutaan ringgit untuk satu tempoh tertentu..wowww

Jutaan ringgit untuk penyediaan rumah panda dalam zoo Negara….woooowww lagi

Ribuan ringgit untuk kos elektrik penghawa dingin….. wwooowww tudia

Jutaan ringgit untuk kos insurans dua haiwan tersebut…Masyaaalh

Dan…jutaan ringgit untuk menjaga anak panda jika dilahirkan pasangan panda tersebut…..woww gila!! (fakta dikeluarkan media tv)

Dan kerajaan Malaysia sanggup mengeluarkan kos tersebut, satu jumlah yang tak relevan. Amat tak berbaloi dan membazir. Hanya untuk sepasang haiwan, bukan sekandang haiwan. Haiwan yang akan bergelar billionair seandainya ia manusia.

Bangga kita dengan kehadiran panda, sehingga kita lupa untuk marah dengan pembaziran tersebut. 

Kedekutnya kerajaan kita untuk membantu rakyatnya. Subsidi dikatakan pembaziran. Ditambah kenaikan harga barang, ditambah bebanan GST pula untuk rakyat, semata untuk mendapat kutipan cukai sebagai pendapatan Negara kononnya untuk disalurkan kembali kepada rakyat. Namun kos panda saja dah bernilai sebegitu besar, berapa banyak wang telah disalurkan ke situ.

Alahai nasib rakyat Malaysia,panda dipandang tinggi dari rakyatnya

Kera di hutan disusukan anak di rumah mati kelaparan ; Panda di zoo disusukan, rakyat Negara sendiri mati kelaparan

Alahai panda oh panda




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...