Minggu ni boleh dikatakan minggu demama Piala Thomas. Kejohanan pada awalnya suram tetiba menjadi panas pada peringkat separuh akhir apabila Jepun membuat kejutan. Tambahan pula skuad Malaysia juga melangkah ke akhir
JEPUN membuktikan dengan semangat kamikaze, tidak berputus
asa dan yakin menjadi senjata utama untuk menjinakkan kuasa utama badminton
dunia, China d peringkat separuh akhir Piala Thomas semalam. Walaupun China
melangkah mudah ke separuh akhir apabila memenangi kesemua perlawanan tanpa
sebarang kekalahan namun keyakinan dan ego itu dimusnakhan Jepun yang
menundukkan China 3-0.
Semangat melawan menjadi senjata utama Jepun yang langsung
tiada rasa tertekan atau rendah diri ketika bertemu China. Mental yang kuat
dapat disaksikan pada kesemua pemain yang turun iaitu dua perseorangan dan satu
beregu. Pemain utama China iaitu Lin Dan sebagai perseorangan akhir dan beregu
fu hai Feng sebagai beregu kedua tidak sempat merasai perlawanan tersebut.
Psikologi seperti itu harus diterapkan dalam setiap pemain
Negara terutamanya dan ianya seharusnya dijadikan contoh terbaik. Apatah lagi kita bertemu pasukan tersebut di pentas akhir; satu peluang bagi Malaysia menamatkan kemarau mendakap Piala Thomas yang kali terakhir pada tahun 1992
PERLAWANAN AKHIR PIALA THOMAS 2014
MALAYSIA VS JEPUN
5:30PTG LIVE ASTRO AREMA 801
Tiada ulasan:
Catat Ulasan