Terbaik Sepanjang Minggu

Rabu, 28 Mei 2014

{GR SEMASA] BABI MAKAN CADBURY MENGATASI PANDA !!!

BELUM reda dan dapat menyesuaikan diri panda-panda dari China di bumi Malaysia, haiwan berhidung kembang mula cemburu dengan perhatian seluruh negara terhadapa panda. Selama ni beliaulah haiwan yg paling glamor di Malaysia

Berita coklat Cadbury mengandungi kandungi babi amat mengejutkan. Mungkin mengejutkan dan mungkin tidak. Mungkin kerana ia mendapat sijil halal Jakim tapi tak mengejutkan sebab rasanya bukan setiap hari atau tidak pon setiap minggu atau tidak pon setiap bulan JAKIM membuat pemantauan terhadap produk yang mendapat pengikhtirafan halal. 



Apapun benda dah berlaku. Amat-amat disyorkan agar pihak JAKIM membuat pemantauan, kawalan yang amat serius dan ketat terhadap produk yang mendapat sijil halal dari JAKIM sebagaimana ketatnya produk-produk itu dikenakan pelbagai syarat bagi memperoleh sijil halal. 

BAyangkan ramai usahawan kecil bumiputra yang beragama Islam, membeli dan menggunakan alatan halal dan cara Islam (mungkin tidak seratus peratus ikut) tapi sah-sah mereka beragama Islam mengeluh kerana sukar untuk memohon sijil halal dengan syarat serta DUIT yang besar perlu dilaburkan. Ia berbeza dengan syarkita besar yang secara mudah mampu mengikut piawaian dikenakan (walau kadang-kadang hanya lakonan agar bila dapat sijil halal mudah dijual pada orang Melayu) kerana mempunyai biayaan kewangan yang kukuh. Pendek kata segala-galanya duit. Dari duit boleh menjadi halal.

Kembali kepada Cadbury, ada yang ambil endah tak endah dan ada yang terlalu ekstrim menghamburkan pandangan. Namun hakikatnya pihak Cadbury harus memohon maaf secara terbuka, harus dikenakan tindakan yang amat tegas dan harus memastikan kesemua produk tersebut ditarik secara 100% dari pasaran negara.

Sebabnya? Berapa ramai yang rajin membelek coklat tersebut mencari kod yang diharamkan apabila kembali dijual kelak bagi produk tersebut. Peniaga yang tidak mahu rugi mungkin akan mengambil kesempatan mencampurkan stok coklat yang diharamkan dengan coklat baru. Siapa yang akan menjadi mangsa? Pengguna!!!

Bagi peniaga coklat yang menjual di Pulau Langkawi, mereka mengakui masih menuual coklat tersebut di Pulau berkenaan kerana coklat yang dijual bukan diambil dari Cadbury Malaysia tetapi diimport dari luar negara. Ini juga secara tidak langsung menimbulkan keraguan. Jika Cadbury Malaysia yang memperoleh sijil halal dari JAKIM masih terlepas mengandungi unsur haram, bagaimana dengan coklat yang diambil secara langsung dari luar negara? Dimana pengiktirafan halal bagi coklat-coklat tersebut? Siapa yang memastikan coklat-coklat tersebut bebas dari bahan-bahan haram?

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Arkib Blog

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...